unit akaun - operasi akaun transit

Upload: mrleehb

Post on 30-May-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Unit Akaun - Operasi Akaun Transit

    1/2

    Bil.( )dlm.ANM.PHG(A)52 Jld.4

    April 2010Semua Ketua Jabatan Persekutuan / NegeriNegeri Pahang Darul Makmur

    Y.Bhg. Dato/ Datin/Tuan/Puan,

    PELAKSANAAN PEMBAYARAN MELALUI AKAUN TRANSIT FORMAT BARU SURAT KUASA PEMUNGUT TUNAI

    Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

    2. Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan pembayaran melalui Akaun Transittelah berjalan dengan lancar mulai Februari 2008. Walaubagaimana sebagai usahamenambahbaik pelaksanaan tersebut, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan bagi mengatasi masalah-masalah yang pernah timbul sebelum ini.

    2.1 Surat Kuasa Pengesahan e-maklum dan Pemungut Tunai Di Kaunter Bank

    i. PTJ perlu menyenaraikan nama, nombor kad pengenalan, jawatan,had amaun yang boleh ditunaikan dan contoh tandatangan pegawaiyang diberi kuasa untuk membuat pengesahan dan memungut tunaidi kaunter bank. Format Surat adalah seperti Lampiran 1 dan 2. PTJ

    juga perlu mengisi kad contoh tandatangan yang perlu diperolehidari BIMB / BSN untuk dilengkapkan.

    ii. Sebanyak 4 salinan format Lampiran 1 dan 2 beserta salinan kadpengenalan pegawai yang diberi kuasa dan kad contoh tandatanganperlu dikemukakan kepada JANM Negeri Pahang. Sesalinan suratyang telah disahkan oleh JANM Negeri Pahang akan diserahkankembali kepada PTJ, sesalinan untuk simpanan JANM NegeriPahang dan 2 salinan lagi akan dikemukakan kepada bank yangterlibat.

    iii. Jabatan dibenarkan memberi beberapa nama pegawai yangdiberikuasa untuk mengesah dan memungut tunai di kaunter bank.Walau bagaimanapun pegawai yang mengesah di notis pembayarane-maklum hendaklah berbeza dengan pegawai yang memunguttunai di kaunter. Jawatan pegawai yang diberikuasa hendaklahbersesuaian dengan had amaun yang dibenarkan untuk ditunaikan.

    ..2/-

  • 8/9/2019 Unit Akaun - Operasi Akaun Transit

    2/2

    - 2 -

    iv. Apa-apa perubahan yang dilakukan terhadap senarai nama pegawai

    yang diberikuasa di masa hadapan perlulah dihantar surat baru(Lampiran 1 & 2) kepada JANM Negeri Pahang sebanyak 4 salinansebagaimana peraturan di atas.

    2.2 Proses tuntutan tunai di kaunter bank adalah amalan yang sama sepertipara 3.1(e) Surat Arahan Operasi Bil.1/2008.

    2.3 Pastikan alamat email dan no. telefon bimbit / no. fax dilengakpkan dalammaklumat penerima bayaran.

    2.4 Sila buat penerimaan tunai di kaunter bank selewat-lewatnya 7 hari dari

    tarikh penerimaan pemakluman bayaran melalui email / SMS / fax. Silahubungi JANM Pahang sekiranya tidak menerima pemakluman bayaranmelebihi 5 hari dari tarikh baucar berstatus 8.

    3. Kerjasama pihak Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatdihargai bagi memastikan proses pembayaran dapat di laksanakan dengan lancar.Arahan ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARAInovasi Pemangkin Kecemerlangan Perkhidmatan

    Saya yang menurut perintah,

    (DATO HAJI ZAMIMI BIN AWANG, DIMP, AAP)PengarahJabatan Akauntan Negara MalaysiaNegeri Pahang.

    Excellent Accounting @ Your Service

    Float

    k.yah/zaini/Operasi Akaun Transit/