unit 3- teori berkaitan pengajaran kemahiran berfikir & kemahiran saintifik.pdf

10
KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 60 UNIT 3 TEORI BERKAITAN PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud berfikir. 2. Menghuraikan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. 3. Membincangkan teori berkaitan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. PENGENALAN Pernahkah anda bertanya adakah berbeza berfikir daripada kemahiran berfikir? Mungkin anda fikir bahawa semua orang berfikir secara automatik, dan tidak perlu belajar bagaimana untuk berfikir. dakah anda tahu definisi berfikir? Adakah definisi berfikir yang sama boleh digunapakai oleh semua orang? Atau tidak ada satupun definisi yang memuaskan, kerana kebanyakan definisi hanya memuaskan pada satu peringkat atau peringkat yang lain? Berfikir, untuk mendefinisinya secara falsafah dan secara penggunaannya yang praktikal adalah tidak sama. Definisi berfikir didapati berbeza pada peringkat yang berbeza. Jika kanak-kanak ditanya apakah yang mereka suka untuk fikir, jawpan mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan kanak-kanak di bawah dua-belas tahun dan kumpulan lebih-dua belas tahun. Bagi kumpulan yang pertama, berfikir bermakna sejenis angan-angan, impian, perlakuan yang melibatkan berfikir dengan mendalam berkenaan sesuatu, bercerita mengenai perkara dalaman dan imaginasi. Manakala bagi kumpulan kedua, selain dari meneroka pengalaman, kali ini, pengalaman itu sangat berkaitan dengan diri sendiri. Berfikir bagi kumpulan ini kelihatannya seperti sesuatu yang berlaku dalam fikiran dan tidak berkaitan dengan keadaan semasa. Seperti sedang bermain di layar fikiran mengenai pengalaman lampu dan masa depan. A

Upload: thiru-arasu

Post on 18-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 60

    UNIT 3

    TEORI BERKAITAN PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN

    KEMAHIRAN SAINTIFIK

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan maksud berfikir. 2. Menghuraikan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. 3. Membincangkan teori berkaitan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran

    saintifik.

    PENGENALAN

    Pernahkah anda bertanya adakah berbeza berfikir daripada kemahiran berfikir? Mungkin anda

    fikir bahawa semua orang berfikir secara automatik, dan tidak perlu belajar bagaimana untuk

    berfikir.

    dakah anda tahu definisi berfikir? Adakah definisi berfikir yang sama boleh digunapakai oleh semua

    orang? Atau tidak ada satupun definisi yang memuaskan, kerana kebanyakan definisi hanya

    memuaskan pada satu peringkat atau peringkat yang lain?

    Berfikir, untuk mendefinisinya secara falsafah dan secara penggunaannya yang praktikal adalah tidak

    sama. Definisi berfikir didapati berbeza pada peringkat yang berbeza. Jika kanak-kanak ditanya apakah

    yang mereka suka untuk fikir, jawpan mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan kanak-kanak di bawah

    dua-belas tahun dan kumpulan lebih-dua belas tahun. Bagi kumpulan yang pertama, berfikir bermakna

    sejenis angan-angan, impian, perlakuan yang melibatkan berfikir dengan mendalam berkenaan sesuatu,

    bercerita mengenai perkara dalaman dan imaginasi. Manakala bagi kumpulan kedua, selain dari

    meneroka pengalaman, kali ini, pengalaman itu sangat berkaitan dengan diri sendiri. Berfikir bagi

    kumpulan ini kelihatannya seperti sesuatu yang berlaku dalam fikiran dan tidak berkaitan dengan keadaan

    semasa. Seperti sedang bermain di layar fikiran mengenai pengalaman lampu dan masa depan.

    A

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 61

    Apabila, siswa, siswazah, dan kakitangan fakulti pendidikan di sebuah universiti ditanya soalan yang sama,

    sebahagian mereka menjawab bahawa berfikir berlaku dalam minda dan ianya proses dalam sedar. Dan

    sebahagian lagi menjawab berfikir ialah mengenai penyelesaikan- masalah atau usaha untuk mencapai

    sesuatu tujuan di penghujungnya.

    Apabila sekumpulan guru matematik ditanya untuk memberikan definisi berfikir, mereka hampir secara

    eksklusif melihatnya sebagai satu proses penyelesaian masalah.

    Oleh kerana itu, Edward De Bono menyimpulkan bahawa berfikir itu dianggap sebagai suatu penglihatan

    dalaman yang kita tujukan ke atas pengalaman untuk tujuan meneroka, memahami dan mengembangkan

    pengalaman itu. Ataupun Berfikir ialah penerokaan pengalaman secara sengaja kerana sesuatu tujuan.

    Tujuan itu mungkin untuk memahami, membuat-keputusan, penyelesaian-masalah, perancangan,

    pertimbangan, tindakan dan sebagainya.

    Jika kita boleh mengajar bagaimana untuk berfikir, ini bermakna mesti ada satu kemahiran khusus untuk

    mengajarnya. Oleh itu apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir?

    Sebelum itu, cuba anda tulis dengan ringkas kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

    Adakah kedua-duanya berbeza?

    Apa itu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik?

    aiklah. Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir. Setiap satunya mempunyai maknanya

    tersendiri. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda ketahui bahawa tiada satupun kemahiran

    tersebut yang eksklusif. Ada saja maknanya yang berkaitan ataupun kadangkala bertindih makna

    dengan jenis kemahiran yang lain. Antara kemahiran berfikir yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir

    secara kritikal, kreatif, deduktif, induktif, rasional, analogikal, metafor, metakognisi, aras-tinggi,, aras-

    rendah, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat kesimpulan, menghakimi idea, menyelesaikan

    B

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 62

    masalah, membuat ramalan, menganalisis, mencadangkan penyelesaian, membanding, dan membuat

    hipotesis,

    Dalam bidang sains pula, kemahiran berfikir merupakan sebahagian daripada bidang sains itu sendiri.

    Dahulunya kemahiran saintifik bermaksud kemahiran berfikir secara kritikal, objektif, kreatif, manipulatif dan

    seumpamanya. Kini, kemahiran sains lebih popular dikenali sebagai kemahiran proses sains. Ianya

    terbahagi kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran

    proses sains asas seperti membuat pemerhatian, membuat inferens, perlu dikuasai sebelum memperoleh

    kemahiran proses sains bersepadu. Beberapa contoh kemahiran proses sains bersepadu ialah mengawal

    pembolehubah, membuat hipotesis, dan menjalankan eksperimen.

    Oleh itu tiada satu definisi yang sempurna bagi mendefinisikan kemahiran berfikir. Bagaimanapun ramai

    para cendikiawan bersetuju bahawa kemahiran berfikir ialah satu kemahiran yang luas, seperti kemahiran

    kerjakayu: mengetahui apa yang hendak dilakukan, bila hendak dilakukannya, bagaimana hendak

    melakukannya, apa peralatan yang hendak digunakan, sebab akibatnya, dan apa yang perlu

    dipertimbangkan. Berfikir itu tidak mencukupi dengan mengetahui peraturan-peraturan yang logik atau

    mempelajari bagaimana untuk mengelak melakukan kesilapan yang logik. Yang pasti, kemahiran berfikir

    sangat melibatkan persepsi dan pengarahan-perhatian. Ia adalah mengenai penerokaan pengalaman dan

    menggunakan pengetahuan. Kemahiran berfikir adalah mengetahui bagaimana untuk menangani situasi,

    idea kita sendiri, dan pemikiran orang lain. Kemahiran berfikir melibatkan perancangan, membuat-

    keputusan, melihat kepada bukti, meneka, kreativiti dan banyak lagi aspek berfikir yang lain.

    Teori-teori berkaitan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik

    pakah teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik?

    Adakah teori-teori ini mendasari pengajaran kemahiran berfikir? Adakah penting bagi guru yang

    ingin mengajar kemahiran berfikir mengetahui teori-teori ini?

    Teori Kognitif

    Jean Piaget (1896-1980) terkenal kerana telah membina model perkembangan dan pembelajaran kanak-

    kanak yang sangat berpengaruh hingga ke hari ini. Teori Piaget ini adalah berasaskan idea bahawa

    kanak-kanak yang sedang membesar membina struktur-struktur kognitif, iaitu membina skema atau

    rangkaian konsep untuk memahami dan bergerakbalas kepada pengalaman fizikal di persekitarannya.

    Piaget kemudiannya membuktikan yang struktur kognitif kanak-kanak itu meningkat semakin canggih

    dengan perkembangan usia kanak-kanak itu, dari gerakan reflek mudah seperti menangis kepada aktiviti

    mental yang tersangat kompleks.

    Terdapat empat peringkat perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu:

    A

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 63

    Sensorimotor (lahir 2 tahun)

    Kanak-kanak melalui interaksi dengan persekitarannya, membina satu set konsep mengenai realiti dan

    bagaimana ia bekerja. Pada peringkat ini kanak-kanak tidak tahu bahawa objek fizikal kekal wujud

    walaupun tidak kelihatan.

    Praoperasi (2 7 tahun)

    Kanak-kanak belum lagi dapat mengkonsepsi secara abstrak dan masih memerlukan situasi fizikal yang

    konkrit.

    Operasi konkrit (7 11 tahun)

    Apabila pengalaman fizikal semakin bertambah, kanak-kanak mula mengkonsepsi, mencipta struktur yang

    logik untuk menerangkan pengalaman yang dihadapi. Mereka sudah boleh menyelesaikan masalah

    secara abstrak. Misalnya persamaan matematik sudah boleh diselesaikan menggunakan nombor.

    Operasi formal (11-15 tahun)

    Pada peringkat ini, struktur kognitif kanak-kanak adalah menyerupai orang dewasa dan termasuklah

    kebolehannya menaakul.

    Piaget telah menjelaskan beberapa prinsip untuk membina struktur kognitif. Sewaktu perkembangan

    kanak-kanak di semua peringkat, kanak-kanak tersebut menimba pengalaman di persekitaran yang

    dihadapinya menggunakan peta mental yang diciptanya setakad ini. Jikalau pengalaman itu suatu

    ulangan, pengalaman itu padan dengan mudah atau diasimilasi ke dalam struktur kognitif kanak-kanak

    tersebut. Seandainya pengalaman itu adalah lain atau baru, kanak-kanak itu hilang keseimbangan, dan

    mengubah struktur kognitifnya untuk diakomodasi dengan situasi baru. Dengan cara begini, kanak-kanak

    itu akan membangunkan semakin banyak struktur kognitif.

    Teori Konstruktif

    Konstruktivisme ialah suatu falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada idea bahawa, apabila membuat

    refleksi ke atas pengalaman kita, kita membina kefahaman kita sendiri terhadap dunia ini. Setiap daripada

    kita menjana peraturan dan model mental kita sendiri, yang kita gunakan untuk menjadikan sesuatu

    pengalaman itu logik. Oleh kerana itu, pembelajaran, tidak lain hanyalah suatu proses mengadaptasi

    model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru.

    Terdapat beberapa prinsip yang memandu kita untuk memahami konstruktivisme:

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 64

    1. Pembelajaran ialah suatu pencarian makna. Oleh kerana itu, pembelajaran mesti dimulakan dengan isu yang mana murid sedang aktif mencuba untuk membina makna yang ada kaitan dengan isu tersebut.

    2. Permaknaan memerlukan kefahaman keseluruhan perkara tersebut dan juga pecahan-pecahannya. Dan pecahan-pecahannya mesti difahami dari segi keseluruhannya. Oleh demikian, proses pembelajaran difokuskan kepada konsep penting, tidak hanya fakta-fakta yang terasing.

    3. Supaya dapat mengajar dengan sempurna, kita mesti memahami model mental yang murid gunakan untuk menanggap dunia sekelilingnya dan anggapan yang mereka buat untuk menyokong model itu.

    4. Tujuan pembelajaran ialah untuk murid membina permaknaan sendiri, bukan sekadar menghafal jawapan yang betul dan mengeluarkan semula permaknaan kepunyaan orang lain. Cara yang lebih bernilai untuk mengukur pembelajaran ialah dengan membuat pentaksiran sebagai sebahagian dari proses pembelajaran, dengan memastikan pentaksiran tersebut memberikan maklumat kepada murid akan kualiti pembelajaran masing-masing.

    Kognisi Sosial

    Model pembelajaran kognisi sosial menegaskan bahawa budaya adalah penentu utama terhadap

    perkembangan individu. Setiap orang kanak-kanak membesar dalam lingkungan sesuatu budaya. Oleh

    kerana itu, perkembangan pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya, termasuklah budaya

    persekitaran keluarga yang negatif.

    Dari segi perkembangan intelek, budaya menyumbang dua perkara kepada kanak-kanak. Pertama,

    melalui budaya kanak-kanak memperoleh kandungan untuk mereka berfikir, iaitu pengetahuan. Keduanya,

    budaya persekitaran menyumbang kepada kanak-kanak proses berfikir, sebagaimana yang disebut oleh

    pendokong Vygotsky sebagai alat untuk adaptasi keintelektualan. Mengikut model kognisi sosial ini,

    budaya mengajar kanak-kanak apa yang hendak difikirkan dan bagaimana hendak berfikir. Perkembangan

    kognitif terhasil daripada proses dialektikal di mana kanak-kanak belajar melalui pengalaman

    menyelesaikan masalah yang dikongsi bersama orang lain seperti ibu bapa, adik-beradik, guru dan rakan

    sebaya.

    Bahasa merupakan bentuk utama orang dewasa berinteraksi dengan kanak-kanak untuk memindahkan

    pengetahuan yang wujud dalam budaya. Semasa pembelajaran meningkat maju, bahasa ibunda kanak-

    kanak menjadi alat utama adaptasi keintelektualannya. Akhirnya, kanak-kanak boleh menggunakan

    bahasa dalaman untuk menentukan perlakuannya sendiri. Salinghubungannya dengan budaya

    persekitaran dan agen sosial, seperti ibubapa dan rakan sebaya yang kompeten, sangat menyumbang

    terhadap perkembangan intelektual kanak-kanak berkenaan.

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 65

    Teori Standard IQ

    Ujian keintelektualan yang asli direkabentuk oleh Alfred Binet untuk mengukur kemungkinan besar

    seseorang kanak-kanak akan berjaya di sekolah. Soalan-soalan IQ tersebut direkabentuk bukan untuk

    dilaksanakan di dunia sebenar tetapi bertujuan untuk pemilihan murid mana yang lebih berjaya.

    Kebanyakan ujian IQ meminta calon untuk menunjukkan maklumat yang spesifik yang telah dipelajari

    terdahulu dan untuk mengaplikasikan peraturan, prinsip, atau pengetahuan untuk menyelesaikan suatu

    masalah yang novel. Jadual 1 menunjukkan skor IQ dan interpretasinya. Secara keseluruhannya hampir

    95 peratus daripada populasi memperoleh skor di antara 70 dan 130.

    Jadual 1 Skor IQ dan Interpretasi

    IQ Huraian Laras

    130+ Sangat superior Gifted

    120-129 Superior

    110-119 Sederhana yang tinggi

    90-109 Sederhana IQ tipikal

    80-89 Sederhana yang rendah

    70-79 Atas garisan

    Bawah 70 Teramat rendah Berkeperluan khas

    Pengkritik teori ini meluahkan ketidakpuasan hati dengan menyatakan ujian ini condong kepada

    kecerdasan logik-matemaik, verbal dan ruang. Terdapat juga kritikan yang mengatakan ujian ini telah

    digunakan secara tidak sepatutnya untuk melabel murid dan tidak berdasarkan dunia sebenar.

    Teori Kecerdasan Pelbagai

    Gardner mencadangkan bahawa terdapat banyak cara untuk kita mengetaui, belajar, dan memaparkan

    apa yang diketahui. Beliau merevolusikan konsep kecerdasan dengan memperkenalkan idea bahawa

    bukan satu tetapi terdapat sembilan jenis kecerdasan (Jadual 2).

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 66

    Jadual 2 Kecerdasan Pelbagai Gardner

    Kecerdasan Ciri

    Linguistik Membenarkan Individu berkomunikasi dan memahami dunia melalui bahasa. Pekerjaan yang tipikal termasuklah guru, jurnalis, novelis, dan peguam

    Logik-matematikal Membolehkan individu menggunakan dan menghargai hubungan yang abstrak. Pekerjaan yang tipikal termasuklah saintis, ahli matematik, akountan, dan ahli falsafah

    Musikal Membolehkan individu mencipta, berkomunikasi, dan memahami permaknaan yang datang dari bunyi. Pekerjaan yang tipikal termasuklah komposer, konduktor, dan penyanyi

    Ruang Membolehkan individu mempersepsi maklumat visual atau ruang, menukar maklumat ini, dan mencipta semula imej visual dari daya ingatan. Pekerjaaan yang tipikal termasuk arkitek, pengukir, juruterbang, mekanik

    Badan-kinestetik Membenarkan individu menggunakan seluruh atau sebahagian bahagian badan untuk menghasilkan produk atau menyelesaikan masalah. Pekerjaan yang tipikal termasuk atlet, penari,, dan pelakon

    Intrapersonal Membantu individu untuk membezakan pelbagai perasaannya sendiri, untuk membina model mental mengenai dirinya dengan tepat, dan untuk menggunakan model ini dalam membuat keputusan tentang hidupnya. Pekerjaan yang tipikal termasuk terapis, kaunselor, pelukis, dan pemimpin agama

    Interpersonal Membolehkan individu mengenalpasti dan membuat perbezaan yang jelas mengenai perasaan dan tujuan orang lain. Pekerjaan yang tipikal termasuk guru, ahli politik, dan jurujual

    Naturalistik Mengizinkan individu membezakan, mengklasifikasikan, dan menggunakan ciri-ciri persekitaran. Pekerjaan yang tipikal termasuk peladang, pendaki gunung, pekebun, dan ahli geologi

    Eksistensial Membolehkan individu mempersepsi kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, erti kematian, dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Pekerjaan yang tipikal termasuk ahli falsafah, pemikir, saintis (teoris)

    Teori pelbagai kecerdasan Gardner ini merupakan penyambung rantai yang tersangat penting di antara

    pembelajaran dan berfikir. Mencadangkan terdapat pelbagai kecerdasan, menjadikan definisi berfikir itu

    implisit, yang mengalih kita dari bertindak menghasilkan satu produk artistik yang baru kepada idea

    bahawa setiap dari kita berpotensi untuk mengembangkan kecerdasan-kecerdasan kita. Berfikir dan

    kreativiti menjadi lebih nyata dan bukannya suatu aktiviti golongan pilihan.

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 67

    Teori Otak Kiri dan Otak Kanan

    Roger Sperry menemui bahawa kedua-dua belah otak manusia (korpus kalosum) dikaitkan dengan aktiviti

    yang sangat berbeza. Dahulunya saintis menyangkakan manusia mempunyai dua otak, sebagaimana

    kita mempunyai dua ginjal, telinga atau mata. Didapati bahawa otak sebelah kiri umumnya menangani isu

    urutan, matematik, dan logik, sementara otak sebelah kanan umumnya menangani kreativiti dan perkaitan.

    Otak kiri bersifat literal, manakala otak kanan membuat terjemahan secara metaforikal. Kedua-dua

    hemisfera otak melaksanakan fungsi yang berbeza, hemisfera kiri, sebagai contoh, berurusan dengan

    bahasa.

    Daripada hasil uijkaji-ujikaji, menunjukkan kedua-dua hemisfera otak bertanggungjawab kepada cara

    berfikir yang berlainan. Jadual 3 menunjukkan perbezaan fungsi berfikir otak.

    Jadual 3 Fungsi Otak

    Otak Kiri Otak Kanan

    Logikal Random

    Urutan Intuitif

    Rasional Holistik

    Analitikal Mensintesis

    Objektif Subjektif

    Melihat kepada bahagian-bahagian Melihat kepada keseluruhan

    Kebanyakan individu mempunyai kegemaran yang jelas bagi salah satu daripada gaya berfikir ini.

    Manakala ada sesetengah individu mempunyai gaya berfikir keseluruhan otak dan bagus dalam kedua-dua

    mod ini.

    Literatur terkini telah meneroka lebih jauh dan menunjukkan bagaimana kedua-dua hemisfera otak ini

    bekerjasama dan bagaimana otak kanan memainkan peranan istimewa dalam menangani isu masa kini

    yang kompleks. Otak kiri memainkan peranan bahagian logik dan rasional. Ia membuat penghakiman dan

    bergantung kepada intelek. Ia suka melakukan sesuatu perkara satu persatu dan mengikut peraturan.

    Otak kanan merupakan sumber intuisi kita dan imaginasi. Ia suka bermain-main dan suka membuat

    lonjakan pemikiran. Ia gemar mencipta corak baru dan penyelesaian.

    Kecerdasan Kejayaan

    Sternberg dan Gregenkio (2005) menghuraikan Kecerdasan kejayaan ialah satu set kebolehan yang

    bersepadu yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup, namun seseorang individu itu mendefinisinya

    dalam konteks sosiobudaya masing-masing. Individu dikatakan memiliki kecerdasan kejayaan bila mereka

    mengenalpasti kekuatan-kekuatan dan menggunanya dengan sepenuhnya dan pada masa yang sama

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 68

    mereka mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi

    atau mengimbangkannya. Orang yang cerdas kejayaan dapat mengubahsuai diri, membentuk dan memilih

    persekitaran dengan mengimbangkan kebolehan analitikal, kreatif dan praktikal. Individu ini juga

    berkebolehan untuk mengubahsuai cara berfikir atau perlakuan untuk menjadi sesuai dengan persekitaran

    tempat individu itu bertugas atau memilih suatu persekitaran baru.

    Kebolehan analitikal bermaksud kebolehannya untuk menganalisis, menghakimi, menilai, membanding

    atau membezakan. Kebolehan kreatif bermaksud kebolehan untuk mereka, mencipta, menemui,

    mengimaginasi, meramal, atau mengandaikan. Manakala kebolehan praktikal ialah kebolehan yang

    digunakan untuk mengaplikasi, melaksanakan, atau menggunakannya.

    Kecerdasan Emosi

    Kecerdasan emosi termasuklah jika individu itu dapat memahami dirinya dan orang lain, mempunyai

    empati terhadap orang lain, boleh memimpin atau mempengaruhi orang lain, tahu bagaimana untuk

    memotivasi diri sendiri dan mengurus impuls dirinya. Goleman (1995) mencadangkan bahawa untuk

    menjadi seorang yang pintar, mempunyai kemahiran emosi dan sosial amatlah penting. Kecerdasan emosi

    merangkumi ciri dan kebolehan berikut:

    1. Menyedari tentang diri, iaitu mengetahui emosi, mengenal pasti perasaan yang datang, dan dapat membezakan setiap satunya.

    2. Pengurusan mood, iaitu dapat mengurus perasaan supaya perasaan itu relevan dengan situasi semasa dan dapat bertindak dengan sesuai.

    3. Memotivasi-kendiri, iaitu dapat mengumpul dan fokuskan perasaan dan mengarahkan diri kepada satu matlamat, walaupun ada keraguan, inertia, dan sifat impulsif.

    4. Empati, iaitu mengenal pasti perasaan dalaman orang lain dan bertindak mengikut sebagaimana petanda-petanda verbal dan bukan-verbal yang ditunjukkan oeh mereka.

    5. Mengurus perhubungan, iaitu menangani salinghubungan interpersonal, penyelesaian konflik, dan perundingan.

    Kesihatan emosi seseorang individu adalah asas untuk ia berjaya. Mempunyai ciri-diri yang menunjukkan kecerdasan emosi seperti yakin diri, ingin tahu, bertujuan dalam tindakan, dapat mengawal-diri, mampu membuat perkaitan, kemampuan untuk berkomunikasi, dan kebolehan untuk bekerjasama selalunya membolehkan individu berjaya dalam hidupnya. Memiliki kecerdasan emosi dikatakan lebih menjamin kejayaan seseorang individu di masa depan berbanding dengan mengukur kecerdasan melalui skor ujian atau IQ.

  • KRS 3013 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS 69

    RUJUKAN Abdul Rahman, A (2002) Falsafah Dan kaedah Pemikiran Perbandingan Pemikiran Barat dan Pemikiran

    Islam dalam Menyelesaikan Masalah-Masalah Manusia. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd

    De Bono, E. (1991) Teaching Thinking. England:Penguin Books.

    Rajendran, N.S. (2008) Teaching and Acquiring Higher-Order Thinking Skills Theory and Practice Tg.

    Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Moon, J (2008). Critical Thinking An Exploration of Theory and Practice. London:Routledge

    Ong, E. T., Wong, Y. T., Sopia, M. Y., Sadiah, B. Asmayati, Y. & Zahid, M.S. (2011). The Development and

    Validation of Malaysian-Based Basic and Integrated Science Process Skills Inventory. Tg. Malim:

    Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Presseisen, B. Z. (Editor). (2008) Teaching For Intelligence 2nd Ed. Thousand Oak: Corwin Press

    Suppiah, N., Kamarulzaman, K., Abd.Aziz, A. S., Ramlah, J., Roslinda, M., & Hazalizah, H.

    (2009).Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

    Sternberg dan Gregenkio (2005). American psychologist. vol 20. No. 1. 46-59