unit 0 maklumat kursus

3
Panduan Kursus | i i i SINOPSIS Kursus ini meneliti kurikulum matematik sekolah dan aplikasi teori pengajaran pembelajaran matematik di dalam pendidikan matematik sekolah rendah. Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran matematik yang berkesan yang melibatkan tajuk- tajuk terpilih sekolah rendah. Strategi pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik sekolah rendah juga diberi penekanan. Integrasi teknologi dalam pengajaran pembelajaran matematik juga diberi tumpuan untuk melengkapkan pelajar pengetahuan dalam era teknologi. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah dan mengaplikasikan aspek teori-teori pembelajaran dalam pengajaran pembelajaran tajuk-tajuk matematik sekolah rendah; 2. memilih kaedah dan strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran matematik mengikut tajuk-tajuk sekolah rendah; 3. memilih dan mengaplikasikan pengajaran konstruktivisme, pembelajaran koperatif dan Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang sesuai untuk setiap tajuk-tajuk terpilih; 4. merancang, memilih dan menyediakan alat bantuan mengajar (ABM) yang sesuai bagi memudahkan kefahaman berkaitan prinsip, konsep, kemahiran dan fakta matematik; 5. Menerapkan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah; dan 6. merancang pengajaran pembelajaran dan menjalankan pengajaran makro. CARA PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN Modul ini merupakan pembelajaran arah kendiri yang dapat membantu anda memahami dan menguruskan pembelajaran anda supaya dapat menguasai isi kandungan modul ini dengan berkesan. Anda dikehendaki mengikuti arahan dan membuat latihan yang disediakan setiap unit pembelajaran. Anda juga perlu mencari maklumat tambahan tentang tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk dan dicadangkan jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda memahami isi kandungan yang telah pelajari . Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat

Upload: aminah-rahmat

Post on 20-Jul-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 0 maklumat kursus

P a n d u a n K u r s u s | i

i

i

SINOPSIS Kursus ini meneliti kurikulum matematik sekolah dan aplikasi teori pengajaran pembelajaran matematik di dalam pendidikan matematik sekolah rendah. Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran matematik yang berkesan yang melibatkan tajuk-tajuk terpilih sekolah rendah. Strategi pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik sekolah rendah juga diberi penekanan. Integrasi teknologi dalam pengajaran pembelajaran matematik juga diberi tumpuan untuk melengkapkan pelajar pengetahuan dalam era teknologi. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah dan mengaplikasikan aspek

teori-teori pembelajaran dalam pengajaran pembelajaran tajuk-tajuk matematik sekolah rendah;

2. memilih kaedah dan strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran matematik mengikut tajuk-tajuk sekolah rendah;

3. memilih dan mengaplikasikan pengajaran konstruktivisme, pembelajaran koperatif dan Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang sesuai untuk setiap tajuk-tajuk terpilih;

4. merancang, memilih dan menyediakan alat bantuan mengajar (ABM) yang sesuai bagi memudahkan kefahaman berkaitan prinsip, konsep, kemahiran dan fakta matematik;

5. Menerapkan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah; dan

6. merancang pengajaran pembelajaran dan menjalankan pengajaran makro. CARA PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN Modul ini merupakan pembelajaran arah kendiri yang dapat membantu anda memahami dan menguruskan pembelajaran anda supaya dapat menguasai isi kandungan modul ini dengan berkesan. Anda dikehendaki mengikuti arahan dan membuat latihan yang disediakan setiap unit pembelajaran. Anda juga perlu mencari maklumat tambahan tentang tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk dan dicadangkan jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda memahami isi kandungan yang telah pelajari . Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat

Page 2: Unit 0 maklumat kursus

P a n d u a n K u r s u s | ii

ii

ii

masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

Modul ini mengandungi 10 unit pembelajaran. Setiap unit pembelajaran diberi cadangan peruntukan masa pembelajaran. Unit 1 - Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan matematik sekolah rendah Unit 2 - Isu-isu kontemporari pendidikan matematik sekolah rendah Unit 3 - Teori-teori pengajaran pembelajaran matematik Unit 4 - Kaedah, strategi dan contoh-contoh pengajaran matematik Unit 5 - Konsep, kaedah pengajaran Konstruktivisme dan contoh pengajaran Unit 6 - Konsep, kaedah pengajaran Kemahiran Berfikir (KBKK) dan contoh pengajaran Unit 7 - Konsep pembelajaran koperatif struktur dan contoh pengajaran Unit 8 - Konsep pembelajaran koperatif kompleks dan contoh pengajaran Unit 9 - Integrasi ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah Unit 10 – Penyediaan rancangan mengajar matematik dan pengajaran makro/mikro HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Page 3: Unit 0 maklumat kursus

P a n d u a n K u r s u s | iii

iii

iii

Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasikan konsep yang dibincangkan.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

A