unisza di persada 40 tahun · 2020. 7. 20. · 12 / syarahan naib canselor 2020 syukur kepada allah...

52

Upload: others

Post on 15-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang
Page 2: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang
Page 3: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40

Tahun

Page 4: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang
Page 5: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada

40 Tahun

Hassan Basri Awang Mat Dahan

PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

KUALA NERUS • 2020

www.penerbit.unisza.edu.my

Page 6: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

© Hak cipta / Copyright Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020.

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk

atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar

serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin

terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or

transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including

photocopy, recording, or any information storage and retrieval system,

without permission in writing from

Universiti Sultan Zainal Abidin Press.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by Penerbit UniSZA

Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak 21300 Kuala Nerus

Terengganu, MALAYSIA

Tel: 09-668 8772, Faks: 09-668 7867 Laman web: http://www.penerbit.unisza.edu.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hassan Basri Awang Mat Dahan, 1962- UniSZA di Persada 40 Tahun / Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Mode of access: Internet

eISBN 978-967-2231-51-6 1. Universiti Sultan Zainal Abidin.

2. 2. Education, Higher--Malaysia--Terengganu.

3. Universities and colleges--Malaysia--Terengganu. 4. Government publications--Malaysia.

5. Electronic books.

I. Judul. 378.595122

Page 7: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

Kandungan

Abstrak…………7

Pendahuluan…………… 9

UniSZA 40 Tahun……………9

Pencapaian Hala Tuju Utama SNC 2019……………12

Pencapaian Hala Tuju Akademik……………12

Pencapaian Hala Tuju Kecemerlangan Penyelidikan…15

Hala Tuju Graduan Holistik……………17

Pelan Sttrategik UniSZA 2020-2022……………19

Visi, Misi dan Nilai Teras Naseem……………21

S1 Graduan Kalis Masa Hadapan…23

S2 Wira Komuniti……………30

S3 Penyelidikan Bertaraf Dunia……………34

S4 Universiti Tersohor di Peringkat

Antarabangsa……37

Penjanaan Hasil Universiti Melalui UniSZA Holding Sdn

Bhd…………..40

Penutup…………………42

Tanah Ini……………………..44

Page 8: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang
Page 9: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

Abstrak

Syarahan Tahunan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal

Abidin (UniSZA) 2020 yang bertajuk ‘UniSZA di Persada

40 Tahun’ menyaksikan visi UniSZA ‘Universiti Islam

Integrasi Kontemporari’ diolah dalam tiga tunjang lestari

yang menjadi identiti UniSZA. UniSZA sebuah universiti

Islam yang berasaskan paradigma Tauhid merupakan

tunjang lestari yang pertama. Tunjang lestari kedua ialah

UniSZA sebuah institusi pengajian berkonsepkan Integrasi

Ilmu. Tunjang lestari ketiga ialah UniSZA sebagai sebuah

institusi pengajian yang memenuhi keperluan

kontemporari. Bagi mencapai visinya, UniSZA telah

menetapkan satu misi iaitu melahirkan insan holistik yang

dilengkapi dengan nilai-nilai Naseem melalui pendidikan

cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi ke arah

memperkasa masyarakat. Visi dan misi UniSZA akan

dipandu oleh lapan nilai teras Naseem iaitu i) ilmu; ii)

iman dan akhlak; iii) amal; iv) kepimpinan atau qiyaadah;

v) kolaborasi atau ta’awun; vi) keusahawanan atau

tijarah; vii) transformasi atau taghyir; dan viii) inovasi

atau ibtikaar. Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 pula

menggariskan empat objektif strategi iaitu i) Graduan

Kalis Masa Hadapan; ii) Wira Komuniti; iii) Penyelidikan

Bertaraf Dunia; dan iv) Universiti Tersohor di Peringkat

Antarabangsa.

Page 10: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang
Page 11: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين، والصلاة

والسلام على الرسول الأمين س يدنا محمد وعلى آله وأصحابه

أجمعين.Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan

salam sejahtera.

Pendahuluan

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sukacita, saya mengalu-alukan kehadiran sahabat-

sahabat warga Universiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA) sekalian, ke Majlis Syarahan Naib

Canselor 2020 dan Pelancaran Pelaksanaan Pelan

Strategik UniSZA 2020–2022 di Dewan Al-Muktafi

Billah Shah yang penuh bersejarah ini. Moga

kehadiran kita semua pada pagi ini dihitung sebagai

amal jariah dan santunan budi buat seluruh warga

bumi Dataran Abidin, sekali gus mengeratkan lagi

ikatan ukhuwah yang terjalin sesama kita.

UniSZA 40 Tahun

Pada hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan

syabas kepada seluruh warga UniSZA, atas genapnya

usia 40 tahun kewujudan institusi kita yang tercinta

ini. Mengenang kembali permulaan kita 40 tahun

yang lalu, pada hari Rabu 22 Oktober tahun 1980,

kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan

Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin bagi

Page 12: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

10 / Syarahan Naib Canselor 2020

penubuhan sebuah Kolej Universiti. Pada tahun

tersebut, kumpulan pertama mahasiswa KUSZA telah

memulakan pengajian dan ditempatkan sementara di

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal

Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Setahun

selepas itu KUSZA kemudiannya berpindah ke Jalan

Hiliran, Kuala Terengganu, sebelum berpindah ke

kampus kita sekarang di Gong Badak, pada akhir

Disember 1982. Sejak dari itu, Dataran Abidin yang

berakar-umbikan ilmu, iman, akhlak dan amal terus

subur membesar menjadi pohon ilmu, yang akarnya

tetap kukuh mencengkam bumi, pucuknya berterusan

menjulang tinggi. Buah yang dihasilkannya sentiasa

segar dan masak ranum, untuk dikecapi dan

dinikmati bersama, sesuai dengan gagasan ‘Ilmu

Demi Faedah Insan’ yang menjadi moto UniSZA

semenjak awal penubuhannya setelah dinaik taraf

daripada KUSZA lebih sedekad yang lalu.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim, ayat

24 – 25, yang bermaksud: “Tidakkah engkau melihat

(wahai Muhammad), bagaimana Allah

mengemukakan satu perumpamaan bagi kalimah

toyyibah (yang baik) adalah seperti sebatang pohon

yang baik, pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh

dan puncak dahannya menjulang ke langit. Ia

mengeluarkan buahnya pada setiap ketika dengan

izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan

perumpamaan-perumpamaan tersebut supaya

manusia dapat mengambil peringatan

(pengajaran)”. Inilah perumpamaan bagi kita dan

institusi yang kita dukungi; seumpama kalimah

toyyibah yang kukuh akar umbinya, tinggi dan murni

visi serta misinya. Buah yang dihasilkannya dapat

Page 13: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 11

dimanfaatkan oleh seluruh khalayak berkepentingan

termasuk masyarakat sekitar.

Kalimah toyyibah inilah yang masih menjadi

amalan dan budaya dalam kalangan warga UniSZA

selama tempoh 40 tahun ini. Ia seumpama pohon

besar yang menaungi warga dan persekitarannya

dalam bentuk biah solehah. Bumi Dataran Abidin ini

makmur dengan manusia-manusia yang santun

peribadi dan nuraninya. Terdidik dari sudut

keterampilan, pergaulan dan amalan. Biah solehah

inilah yang menjadi sumber inspirasi kepada

kejayaan dan kecemerlangan yang telah terlakar di

bumi bertuah sepanjang empat dekad yang

lalu. Selama 40 tahun kita telah berjaya melahirkan

tokoh-tokoh agamawan, profesional, pemimpin, dan

manusia yang kemenjadiannya terserlah di persada

negara dan dunia.

Kejayaan dan kecemerlangan yang kita kecapi

dan nikmati bersama ini, termasuk biah solehah,

rezeki yang melimpah, pimpinan beramanah, warga

bermaruah dan kehidupan yang sejahtera; adalah

kurniaan daripada Allah s.w.t. yang boleh

diungkapkan sebagai Hayatan Toyyibah. Firman

Allah s.w.t. dalam surah an-Nahl ayat 97, yang

bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh,

baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan

beriman, maka sesungguhnya akan Kami kurniakan

kepadanya hayatan toyyibah (kehidupan yang baik);

dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada

mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang

telah mereka kerjakan”. Justeru, dengan hati yang

tulus, marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi rasa

Page 14: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

12 / Syarahan Naib Canselor 2020

syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan

pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat

datang ke persada 40 tahun UniSZA.

Pencapaian Hala Tuju Utama SNC 2019

Sahabat-sahabat yang saya muliakan,

Dalam Syarahan Naib Canselor 2019 yang lalu, saya

telah menggariskan tiga hala tuju utama iaitu

kecemerlangan akademik, kecemerlangan

penyelidikan, dan graduan holistik. Kita di UniSZA

telah merancang dan melaksanakan aktiviti mengikut

hala tuju yang digariskan. Aktiviti-aktiviti ini

mempunyai kesan dan impak kepada semua

pemegang taruh universiti seperti pelajar, pensyarah,

staf pentadbiran dan masyarakat setempat.

Pencapaian Hala Tuju Kecemerlangan Akademik

Dalam usaha mendepani segala cabaran dalam dunia

pendidikan hari ini, alhamdulillah dan tahniah saya

ucapkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik

dan Antarabangsa), Pusat Pengurusan

Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-I)

dan seluruh fakulti kerana telah melaksanakan

pelbagai aktiviti ke arah penambahbaikan kandungan

mengikut kurikulum tersedia masa hadapan atau

Future Ready Curriculum (FRC).

Page 15: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 13

Seminar Future Ready Curriculum (FRC)

pada tahun lalu telah menyaksikan ucaptama seminar

yang telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian

Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pendidikan

Malaysia. Seminar tersebut merupakan salah satu

langkah dalam memberi pendedahan kepada

pensyarah UniSZA berkenaan kerangka kurikulum

tersedia masa hadapan. Selain itu, Bengkel Outcome

Based Education (OBE) dan High Impact

Educational Practices (HIEPs) juga telah

dilaksanakan kepada semua pensyarah secara

berperingkat bagi memastikan pelaksanaan FRC

dalam program akademik yang ditawarkan dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam syarahan saya yang lepas juga, saya

ada menyentuh berkenaan penerapan kemahiran abad

ke-21 dalam bidang pendidikan. Kita perlu tekankan

bahawa selain cemerlang dalam bidang akademik,

generasi muda juga perlu mempunyai kemahiran

seperti kreatif dan inovatif, fleksibiliti, mempunyai

pemikiran yang kritis dan mampu menyelesaikan

masalah, mampu berkomunikasi dan menjalankan

kolaborasi dengan baik serta berkepimpinan dan

bertanggungjawab.

Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada

pihak CoMAE-I kerana telah menganjurkan Karnival

e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL) pada bulan Julai

2019 seterusnya menyertai Karnival e-Pembelajaran

peringkat Kebangsaan iaitu IUCEL. Selain

pensyarah, pelajar turut terlibat dalam penyertaan

Karnival e-Pembelajaran ini sekali gus mendedahkan

pelajar kepada kemahiran komunikasi, kolaborasi,

Page 16: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

14 / Syarahan Naib Canselor 2020

dan pemikiran yang kritis serta mampu

menyelesaikan masalah. Tahun 2019 menyaksikan

penyertaan warga UniSZA dalam IUCEL dan kita

telah berjaya memperoleh empat pingat emas, tiga

pingat perak, dan tiga pingat gangsa.

Selain itu, pada tahun lepas juga, tiga

Geran Scholarship of Teaching and Learning (SoTL)

berjumlah RM20,000 telah dianugerahkan kepada

pensyarah bagi melaksanakan kajian berimpak dalam

menaik taraf kaedah pengajaran dan pembelajaran

kita. Selaras dengan usaha untuk menerapkan

kemahiran abad ke-21, Bengkel Heutagogi, Sibergogi

dan Paragogi turut diadakan kepada pensyarah pada

bulan Disember 2019.

Tahniah saya ucapkan kepada pensyarah yang

terlibat kerana rentetan daripada bengkel itu,

beberapa kursus telah dibangunkan menggunakan

Augmented Reality dan boleh dicapai di pelantar

ocw.unisza.edu.my. Selain itu, saya amat berbangga

apabila UniSZA menjadi universiti pertama di

Malaysia yang memperkenalkan teknologi

Blockchain sepenuhnya kepada kesemua graduan

diploma, ijazah dan pasca ijazah, bagi mengesahkan

ketulenan skrol graduan mereka.

Melalui aplikasi yang dikenali sebagai

myBLOCKCERTS, yang menggunapakai teknologi

blockchain, data skrol para graduan akan terjamin

dari segi kesediaan data, telus, integriti dan dapat

meningkatkan kebolehpercayaan umum terhadap

kesahihan skrol yang kita keluarkan.

Page 17: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 15

Pencapaian Hala Tuju

Kecemerlangan Penyelidikan

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Umum mengetahui bahawa dunia akademia sarat

dengan aktiviti penyelidikan. Tahun 2019

menyaksikan UniSZA telah melaksanakan pelbagai

usaha dalam memastikan hala tuju kecemerlangan

penyelidikan dicapai. Tahniah saya ucapkan kepada

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator

Penyelidikan (CREIM) kerana telah mempergiatkan

usaha ke arah penyelidikan translasi dan

transdisiplin. Dua kaedah penyelidikan ini tertumpu

kepada ilmu penyelidikan yang memberi manfaat

kepada masyarakat dan merentasi disiplin.

Pada tahun 2019, Translational University

Grant (TUG) telah diperkenalkan, dan telah

dianugerahkan kepada tiga kumpulan penyelidikan

dengan jumlah sebanyak RM 61,500.

Selain geran dalaman universiti dan KPM,

tahun 2019 menyaksikan UniSZA telah berjaya

memperoleh geran lain seperti Geran Penyelidikan

Ilmiah, dan geran yang ditaja oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM). Tahniah saya ucapkan

kepada Dr. Mohd Razif Shahril dari Fakulti Sains

Kesihatan (FSK) kerana berjaya memperoleh geran

khas dibawah KKM berjumlah RM200,000 dengan

projek bertajuk Development and Feasibility of

Nutrition Education and Promotion Strategies among

Household with Children Under Two Years at Risk

for Stunting in Terengganu. Projek ini dijalankan di

Terengganu kerana masalah kanak-kanak bantut di

Page 18: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

16 / Syarahan Naib Canselor 2020

Terengganu adalah antara tertinggi di Malaysia

selepas Kelantan. Dalam projek penyelidikan ini,

penyelidik UniSZA akan membantu Kementerian

Kesihatan Malaysia untuk membangunkan strategi

pendidikan pemakanan dan kesihatan bagi

mengurangkan risiko bantut pada kanak-kanak di

negeri Terengganu. Ini akan memberi limpahan

manfaat kepada semua isi rumah di Terengganu

dalam menerima pendidikan pemakanan yang sesuai

dengan sosiobudaya masyarakat setempat dan

seterusnya mengurangkan beban penyakit akibat

masalah bantut.

Manakala dalam aktiviti inovasi dan

pengkomersialan, UniSZA telah meneruskan

kecemerlangan melalui PECIPTA 2019, dengan

kejayaan memperoleh pencapaian seratus peratus

pingat, dengan tujuh emas, lima perak, dan satu

gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah

yang membantu melonjakkan nama UniSZA melalui

aktiviti inovasi dan penyelidikan.

Sebagai langkah memposisikan UniSZA

sebagai tempat rujukan dunia, kita telah mengambil

langkah menubuhkan beberapa Special Interest

Group (SIG). Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

(FKI) UniSZA, telah menubuhkan tiga SIG; (i) Fiqh

Kontemporari, (ii) Penyusuan Susu Ibu Patuh Syariah

(PSIPPS), dan (iii) Unit Kelestarian Keluarga,

Kejiranan dan Komuniti (U4K). Manakala

SIG Kanak-kanak Kelainan Upaya (OKU) telah

ditubuhkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan

(FSSG). Penubuhan SIG-SIG ini adalah satu inisiatif

dalam menggalakkan penyelidikan translasional

Page 19: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 17

berfokus yang akan menumpukan kajian dalam

menyelesaikan masalah-masalah sebenar yang ada

dalam komuniti, seterusnya memberi penyelesaian

secara lebih langsung.

Hasil daripada keseluruhan aktiviti

penyelidikan dan inovasi yang telah berbudaya di

UniSZA, para pensyarah kita telah melangkah

setapak lagi menuju ke arah pengkomersialan

produk-produk penyelidikan. Sebagai contoh, projek

i-Wudhu’ yang telah dibangunkan oleh penyelidik

dari Fakulti Perubatan, telah bersedia untuk

dikomersialkan melalui Perjanjian Perlesenan Produk

i-Wudhu’ dengan Syarikat Duta Edge Sdn. Bhd.

Manakala produk Virtual Speaking Buddy (VirSbud)

pula akan dilesenkan kepada Syarikat Teacherfiera

Resources untuk dikomersialkan. Virtual Speaking

Buddy merupakan sebuah aplikasi bantuan

pengajaran yang direka khas oleh penyelidik Fakulti

Bahasa dan Komunikasi, untuk meningkatkan

kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris di

peringkat sekolah. Tahniah diucapkan kepada

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi,

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator

Penyelidikan (CREIM) dan seluruh warga penyelidik

UniSZA atas segala pencapaian ini.

Hala Tuju Graduan Holistik

Hadirin yang dikasihi sekalian,

UniSZA merupakan gedung ilmu yang telah

melahirkan ramai graduan dalam pelbagai bidang

ilmu. Ia menjadi medan yang mematangkan graduan

Page 20: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

18 / Syarahan Naib Canselor 2020

secara holistik. Pelbagai aktiviti dan usaha telah

dijalankan dalam meningkatkan daya saing pelajar di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya UniSZA merupakan universiti

awam (UA) pertama di Malaysia yang melantik dua

orang pelajar menjadi Ahli Senat Universiti,

manakala dua orang lagi sebagai pemerhati.

Pelantikan ini merupakan langkah strategik UniSZA

yang menyahut seruan Kementerian Pendidikan

Malaysia, yang mahu memberi nafas baharu dalam

proses student empowerment. Selain itu, pihak

pengurusan universiti juga telah memberi peluang

kepada pelajar untuk menguruskan sepenuhnya

Pilihan Raya Kampus, Karnival Mahabbah (Pesta

Konvokesyen) dan Minggu Mesra Siswa (MMS)

bermula sesi kemasukan September

2019. Pencapaian hala tuju graduan holistik

menunjukkan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

juga komited menjayakan pelbagai aktiviti komuniti

dan kemasyarakatan. Program Hospitalku Sekolahku

yang melibatkan aktiviti bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan bahasa Arab giat dilaksanakan oleh FBK

sejak tujuh tahun yang lepas di Hospital Sultanah Nur

Zahirah oleh para pensyarah dan pelajar FBK untuk

pesakit kanak-kanak hospital tersebut.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni, dekan-dekan fakulti dan pusat, serta Pusat

Alumni, Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat

(PAKAT), kerana telah menyahut cabaran saya bagi

meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan

Page 21: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 19

UniSZA. Alhamdulillah, bersumberkan data sistem

kajian pengesanan graduan 2019 (SKPG 2019) yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) pada 15 Disember 2019 yang lalu, seramai

92.4 peratus graduan yang bergraduat pada Majlis

Idul Ilmi Konvokesyen tahun lepas telah

dikategorikan sebagai bekerja. Definisi bekerja yang

digunapakai oleh SKPG termasuklah bekerja dengan

majikan/makan gaji, menjalankan perniagaan sendiri,

terlibat dengan gig economy, menunggu penempatan,

melanjutkan pelajaran atau sedang mengikuti mana-

mana kursus kemahiran. Secara perbandingan antara

universiti awam, UniSZA berada di tangga ke-3,

selepas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang

(UMP). Sekali lagi, syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada semua warga UniSZA.

Pelan Strategik UniSZA 2020 - 2022

Sahabat-sahabat seperjuangan yang saya kasihi

sekalian,

Selama 40 tahun, kita telah melakar pelbagai

kejayaan dan kecemerlangan sama ada di peringkat

negeri, negara, bahkan di peringkat dunia. Apa yang

kita ada pada hari ini bukanlah sesuatu yang dapat

dikecapi dalam sekelip mata. Ia merupakan hasil

usaha gigih pemimpin-pemimpin dan sahabat-sahabat

kita yang terdahulu. Namun, kita tidak patut leka dan

berpuas hati dengan apa yang kita ada pada hari

ini. Landskap dunia sedang berubah dengan

pantas. Zaman masa depan adalah suatu zaman yang

Page 22: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

20 / Syarahan Naib Canselor 2020

penuh dengan ketidaktentuan, kompleks, rentan dan

berubah-ubah. Natijahnya, adalah amat sukar untuk

kita menjangka apatah lagi menentukan masa depan

sebagaimana yang kita kehendaki. Ini kerana, faktor-

faktor yang menjadi pemacu masa depan seperti

perubahan demografi dan perkembangan teknologi

amat sukar untuk dikawal. Justeru, masa depan

pendidikan tinggi negara juga sukar untuk

diramal. Pastinya kita tidak boleh mengawal masa

depan. Namun, kita mampu mengawal tindakan dan

berusaha, serta melakukan perubahan bagi

memastikan kita berada dalam keadaan terbaik untuk

terus relevan memberi khidmat kepada pelajar,

masyarakat dan negara.

Atas dasar itu, alhamdulillah kita telah pun

sama-sama membangunkan Pelan Strategik UniSZA

2020-2022 bagi menyiapkan diri dalam menghadapi

segala cabaran mendatang, dan memastikan agar

masyarakat mendapat impak yang

bermanfaat. Kekuatan Pelan Strategik UniSZA pada

kali ini adalah terletak kepada semangat kerjasama

dan saling melengkapi dalam pelaksanaan segala

strategi dan inisiatif yang telah dirancang. Apa yang

saya maksudkan ialah, sebagai contoh, jika dahulu

segala usaha dalam memastikan kecemerlangan

akademik hanya dilaksanakan oleh pusat-pusat

tanggungjawab yang berkaitan akademik sahaja,

terutamanya pihak fakulti. Namun kini, usaha ini

akan dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar

dan Alumni, Pusat Sukan dan Rekreasi, Kolej

Kediaman dan Kesihatan Pelajar, bahkan Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Semuanya

akan berganding bahu dalam memastikan

Page 23: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 21

kecemerlangan akademik dan kurikulum kita berada

di tahap yang terbaik. Kini, kita tidak mahu lagi

bekerja secara bersendirian (in silo), tetapi mulai

sekarang, kita akan saling membantu dan

bekerjasama dalam setiap tindakan agar visi dan misi

yang telah kita tetapkan akan dapat kita capai secara

bersama.

Visi, Misi dan Nilai Teras Naseem

Visi kita ialah untuk menjadi sebuah Universiti Islam

Integrasi Kontemporari atau Contemporary

Integrated Islamic University. Islam, integrasi dan

kontemporari merupakan tiga tunjang lestari yang

bakal menjadi identiti UniSZA:

1. Tunjang Identiti Lestari Pertama: Bahawa

UniSZA adalah sebuah universiti Islam

berasaskan paradigma tauhid. UniSZA secara

sistematik telah melahirkan warga dan mahasiswa

yang terdidik dalam zon ibadah dan khilafah. Ia

mewacanakan sebuah institusi pengajian yang

makmur dengan konsep tarbiyyah, ta'alim, ta’dib

dan tazkiyyah yang kini akan diperkasakan dalam

jenama baharu iaiatu ‘Flexible Education with

Soul’.

2. Tunjang Identiti Lestari Kedua: Bahawa UniSZA

adalah sebuah institusi pengajian berkonsepkan

integrasi ilmu. Konsep Pendidikan Bersepadu

yang tercatat pada legasi ilmuannya dicatatkan

sebagai Kesepaduan ilmu Wahyu (al-Quran dan

Page 24: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

22 / Syarahan Naib Canselor 2020

al-Sunnah) sebagai teras kepada ilmu akal yang

menjadi tonggak kepada Falsafah Pendididkan

Negara. Justeru dalam aktiviti pendidikan,

penyelidikan mahupun pembangunan masyarakat

akan menekankan aspek keseimbangan dan

keharmonian kerana menyedari semua elemen

kehidupan adalah suatu ekosistem peradaban

yang saling melengkapi.

3. Tunjang Identiti Lestari Ketiga: Bahawa UniSZA

adalah sebuah institusi pengajian berkonsepkan

memenuhi keperluan

kontemporari. Kontemporari dalam erti kata

medium penyambung kebijaksanaan silam dan

cabaran masa depan dalam pembinaan peradaban.

Justeru UniSZA akan selamanya bersedia

menangani hari ini, apatah lagi mendepani masa

hadapan sama ada dalam konteks cabaran

keagamaan, kemasayarakatan mahupun sains dan

teknologi. Identiti kontemporari ini akan

dijelmakan dalam bentuk inovasi pendidikan,

penyelidikan mahupun inovasi pembangunan

masyarakat yang memintas masa hadapan.

Bagi mencapai visi tersebut, kita telah

menetapkan satu misi yang mulia, iaitu untuk

melahirkan insan holistik yang dilengkapi dengan

nilai-nilai Naseem melalui pendidikan cemerlang dan

penyelidikan berimpak tinggi ke arah memperkasa

masyarakat. Visi dan misi kita ini akan dipandu oleh

lapan nilai teras Naseem iaitu: (i) ilmu, (ii) iman dan

akhlak, (iii) amal, (iv) kepimpinan atau qiyaadah, (v)

kolaborasi atau ta’awun, (vi) keusahawanan atau

Page 25: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 23

tijarah, (vii) transformasi atau taghyir, dan (viii)

inovasi atau ibtikaar.

Apa yang telah kita tetapkan dan zahirkan ini

adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara,

yang berhasrat memperkembang potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek (JERI), yang dapat

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan tinggi, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Warga UniSZA yang saya kasihi sekalian,

Dalam memastikan kita dapat mencapai visi

dan misi yang ditetapkan, empat objektif strategi

telah kita gariskan iaitu: (i) Graduan Kalis Masa

Hadapan, (ii) Wira Komuniti, (iii) Penyelidikan

Bertaraf Dunia dan (iv) Universiti Tersohor di

Peringkat Antarabangsa.

S1 Graduan Kalis Masa Hadapan

Persiapan yang paling ampuh dalam mendepani

cabaran masa hadapan adalah melalui pendidikan

yang cemerlang. Pendidikan yang cemerlang

bermaksud ia tidak hanya berpaksikan kepada

kekuatan aqliah sahaja tetapi pendidikan yang

komprehensif dan holistik serta berorentasikan masa

depan. Ia akan menjadi azimat kepada graduan kita

Page 26: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

24 / Syarahan Naib Canselor 2020

untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan pada

masa depan. Kita tidak ada pilihan melainkan untuk

bekerja secara luar biasa bagi mentransformasikan

agenda akademik ini dalam usaha kita untuk

melahirkan Graduan yang Kalis Masa

Hadapan. Bagi mencapai hasrat tersebut lima

inisiatif akan dilaksanakan seperti; (i) pembentukan

kurikulum tersedia masa hadapan, (ii) penyediaan

ekosistem pembelajaran yang komprehensif dan

lestari, (iii) Flexible Education with Soul (FlexS), (iv)

Graduan kehendak industri serta (v) Pemerkasaan

pelajar yang aktif dan efektif. Pusat Pengurusan

Kecemerlangan Akademik dan Inovasi Akademik

(CoMAE-I), Pusat Alumni, Keusahawanan dan

Jaringan Masyarakat (PAKAT), Fakulti Pengajian

Kontemporari Islam (FKI) dan Majlis Perwakilan

Pelajar (MPP) akan berganding bahu dalam

menyelaraskan segala inisiatif ini agar ia dapat

dilaksanakan secara berkesan.

Kurikulum Tersedia Masa Hadapan

mempunyai tiga komponen yang dijadikan asas

dalam pembangunan program baharu dan

pelaksanaan program sedia ada, iaitu:

Pertama, kurikulum yang dibangunkan

mestilah bersifat boleh lentur, mudah berubah dan

organik serta bersedia untuk menerima sebarang

pembaharuan yang relevan dengan kehendak

pemegang taruh tanpa terlalu terikat dengan

kebiasaan dan peraturan lapuk. Program yang bersifat

multi-disiplin dan rentas-disiplin mestilah

dibangunkan berteraskan paradigma tauhid (with

soul). Fakulti tidak boleh lagi bekerja secara

Page 27: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 25

sendirian (in silo) dalam sebarang pembangunan dan

pelaksanaan program akademik, namun perlu

sentiasa berhubungan terus dengan semua pemegang

taruh bagi memastikan kurikulum yang disediakan

kekal relevan.

Kedua, kurikulum tersedia masa hadapan juga

menuntut pensyarah untuk meneroka pendekatan

pembelajaran yang bersifat transformatif. Pensyarah

perlu bersedia untuk meningkat, memperbanyak serta

mempelbagaikan kemahiran pengajaran dan

pembelajaran bersesuaian dengan kemahiran

pedagogi abad-21 termasuklah heutagogy, paragogy

dan cybergogy. Pedagogi abad-21 menekankan

empat tonggak iaitu belajar untuk menguasai ilmu,

belajar untuk menguasai kemahiran, belajar untuk

menjadi insan berguna dan belajar untuk hidup

bersama secara harmoni dan berkerjasama.

Ketiga, pentaksiran alternatif, pada masa yang

sama pentaksiran pelajar juga harus berubah sifatnya

kepada pentaksiran yang lebih sahih (authentic

assessment) iaitu pentaksiran yang diadakan dalam

konteks sebenar atau sekurang-kurangnya

menghampiri konteks sebenar serta memenuhi

kehendak pemegang taruh. Pentaksiran berasaskan

tempat kerja, pentaksiran berteraskan projek,

pentaksiran yang bersifat cabaran (challenge-based

assessment) dan seumpamanya akan diperkasakan.

Sahabat -sahabat yang dikasihi sekalian,

Bagi menyokong pembangunan kurikulum

pembelajaran ini maka eksositem pendidikan yang

komprehensif dan lestari akan dibangunkan. Talian

Page 28: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

26 / Syarahan Naib Canselor 2020

internet berkapasiti 2 GigaByte yang khusus bagi

tujuan pembelajaran atas talian akan dipertingkatkan.

Kelajuan jalur lebar kepada 500 MegaByte serta

peningkatan spesifikasi pelayan sistem e-

pembelajaran UniSZA akan menjadi pemangkin

untuk merancakkan lagi agenda e-pembelajaran.

Lebih banyak ruang pembelajaran yang bersifat

futuristik termasuk ruang pembelajaran maya seperti

bilik darjah global (global class room) dan pusat

simulasi pembelajaran mendalam (Immersive

Experiential Learning centre) akan diwujudkan

dalam usaha penambahbaikan kemudahan Pengajaran

dan Pembelajaran.

Satu ungkapan yang disebut oleh Muhammad

Qutb dalam Manhaj al-Tarbiyah; “Cara Islam

mendidik manusia ialah memupuk seluruh keadaan

manusia dengan pemupukan yang komprehensif yang

tidak meninggalkan apa-apa pun daripadanya dan

tidak pernah lupa apa-apa dari segi jasadnya, akalnya,

dan rohnya termasuk kehidupan material dan bukan

material, malah seluruh kegiatannya di atas dunia”.

Flexible Education with Soul atau FlexS

merupakan satu inisiatif UniSZA yang unik dan

asli. Ia akan dibangunkan bagi mengimbangi

perubahan landskap dunia, mengejar kepesatan

kemajuan teknologi, serta bertindak balas terhadap

kemerosotan nilai dan budaya yang sedang meracuni

dunia zaman sekarang. Kebergantungan kepada

panduan hidup bertamadun yang ditanzilkan oleh

Allah s.w.t. mestilah menjadi kerangka pembentukan

pelajar yang syumul. Justeru, FlexS telah

diintegrasikan dengan nilai-nilai Naseem yang

menjadi nilai teras perjuangan warga

Page 29: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 27

UniSZA. Terdapat empat elemen penting yang akan

diberikan penekanan dalam FlexS; iaitu Hubungan

Insaniah, Ilmu dan Tarbiyyah, Gaya Hidup Sihat dan

memperkasa peranan pensyarah sebagai mua’alim,

mu’adib dan murrabi. Nilai-nilai Islam yang murni

dan bersifat sejagat akan diterapkan dalam

pelaksanaan kurikulum melalui modul hubungan

insaniah, ko-kurikulum, program sokongan, ilmu dan

tarbiyah, serta gaya hidup sihat. Pelbagai program

telah dirangka bagi menyokong usaha ini

termasuklah program UniFit yang memfokuskan

kesihatan jasmani, UniMind yang memfokuskan

kesihatan minda dan UniQalb yang memfokuskan

kesihatan rohani. Program-program ini akan

dilaksanakan secara kerjasama melibatkan pelbagai

pusat tanggungjawab dan diselaraskan oleh Fakulti

Pengajian Kontemporari Islam (FKI).

Bagi usaha membangunkan insan holistik ini,

wajar kita merenung semula pesan daripada Raja Ali

Haji dalam gurindam 12 yang dinukilkan lebih 150

tahun yang lampau;

Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa. Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,

Page 30: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

28 / Syarahan Naib Canselor 2020

lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Bagi melahirkan Graduan Kehendak Industri,

UniSZA perlu melakukan transformasi modal insan

‘minda kelas pertama’, sejajar dengan Wawasan

Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dilancarkan

oleh YAB Perdana Menteri Tun Mahathir

Mohammad baru-baru ini. Khazanah Research

Institute dalam kajiannya berjudul The School to

Work Transition of Young Malaysian memperihalkan

profil graduan yang dihajati oleh majikan. 50 peratus

daripada majikan berhasratkan graduan yang

mempunyai soft skill, 30 peratus majikan

berhasratkan graduan yang mempunyai pengalaman

pekerjaan dan 27 peratus pula berhasratkan hard

skill. Maka ketiga-tiga faktor ini akan menjadi

tumpuan utama kita dalam merancang dan

melaksanakan sebarang aktiviti dan program sama

ada bersifat akademik dan bukan akademik.

Kemudahan Taman Usahawan Muda Pelajar

UniSZA (TUMPU) perlu dimanfaatkan sebaik

mungkin oleh para pelajar sebagai satu medium bagi

menimba pengalaman keusahawanan dan

membangunkan soft skills secara praktikal dan

langsung dengan masyarakat. Pelajar perlu

meningkatkan keterlibatan mereka dalam aktiviti

keusahawanan melalui ruang-ruang yang telah

disediakan oleh UniSZA. Penubuhan Career

Development Centre dan penambahan inkubator

keusahawanan perlu menjadi usaha strategik dalam

menyediakan graduan yang bersedia untuk menerajui

industri negara, bersesuaian dengan slogan ‘Industry

Ready Graduates’. Ketiga-tiga prasarana ini

Page 31: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 29

sewajarnya menjadi one stop centre dan gateway

kepada pelajar dalam mempersiapkan diri mereka

dengan kemahiran yang dihajati oleh

majikan. Aktiviti-aktiviti pembangunan kemahiran

insaniah pelajar pula mesti dijalankan secara

bermodul dan bersistematik.

Hadirin-hadirat sahabat saya sekalian,

Sehingga 2019, UniSZA telah berjaya

melahirkan seramai 43,057 orang alumni. Angka ini

menjadikan alumni sebagai pemegang taruh yang

cukup signifikan dalam menyokong dan memperkasa

segala usaha UniSZA ke arah masa hadapan. Kita

perlu kerjasama erat dalam kalangan alumni UniSZA

yang sedang menjadi peneraju industri, agar dapat

memainkan peranan dalam meningkatkan mutu dan

kualiti pelajar UniSZA, sesuai dengan kehendak

industri. Bagai irama dan lagu, begitu juga harapan

saya ‘alumni dan alma mater, berpisah tiada’. Tanpa

menafikan penglibatan aktif alumni terhadap

pembangunan UniSZA dan warganya selama ini,

namun masih terdapat lakuna yang perlu diisi oleh

anak didik UniSZA ini.

Dalam usaha pemerkasaan pelajar, insya

Allah, tahun 2020 bakal menyaksikan satu perubahan

yang cukup signifikan dalam sejarah 40 tahun

UniSZA dalam pembangunan kepimpinan

pelajar. Perubahan yang saya maksudkan adalah,

penubuhan Kesatuan Pelajar atau Student Union bagi

menggantikan struktur Majlis Perwakilan Pelajar

(MPP) yang sedia ada. Student Union akan diberikan

autonomi dan kebebasan untuk menentukan hala tuju

dan pembangunan kemahiran insaniah pelajar-pelajar

yang diwakili oleh mereka. Melalui Student Union,

Page 32: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

30 / Syarahan Naib Canselor 2020

pelajar UniSZA bakal merancang, menentu serta

menguruskan sendiri segala aktiviti dan program

berkaitan hal ehwal pelajar. Ini akan memberi ruang

dan peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar

UniSZA untuk menimba pengalaman menjadi

pelaksana, pengurus, pembuat dasar dan pemimpin di

lapangan sebenar. Dengan menjadikan UniSZA

sebagai lapangan latihan dan kajian, pelajar UniSZA

bakal keluar ke dunia sebenar bersama masyarakat

dan industri berbekalkan pengalaman serta

pengetahuan yang lebih praktikal dan

relevan. Sasaran program yang akan diuruskan oleh

Student Union pada tahun 2020 adalah 50 peratus

daripada keseluruhan program yang dianjurkan oleh

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

(HEPA). Kemuncaknya Student Union diberikan

cabaran untuk melahirkan pemimpin pelajar yang

bakal menerima anugerah kepimpinan tertinggi di

peringkat KPM pada tahun 2020. Namun, kebebasan

yang diberikan ini tidaklah bersifat mutlak bahkan ia

haruslah diseimbangkan dengan maklum balas tahap

kepuasan pelajar-pelajar di samping pemantauan

yang berkala dan sistem audit yang berkesan.

S2 Wira Komuniti

Sahabat-sahabat warga Abidin sekalian,

Menerusi Pelan Strategik UniSZA 2020-2022,

kita komited untuk terus menjadi sebuah institusi

pengajian tinggi yang bukan sahaja dapat melahirkan

graduan yang terbaik, bahkan kita juga ingin menjadi

Wira Komuniti yang dapat memberi manfaat secara

langsung dan berimpak kepada masyarakat dan

negara. UniSZA harus berperanan menjadi institusi

Page 33: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 31

pengajian tinggi yang dapat menjana ilmu untuk

kesejahteraan masyarakat setempat. Bagi mencapai

hasrat ini, dua inisiatif utama telah ditetapkan iaitu;

(i) Penubuhan Hub Pembangunan Komuniti dan (ii)

Pelaksanaan Projek Penyelidikan berasaskan

Komuniti yang Mampan. Pejabat TNC (HEPA) dan

Fakulti Sains Sosial dan Gunaan (FSSG) telah

dipertanggungjawabkan dalam menyelaras segala

aktiviti yang bakal dilaksanakan di bawah kedua-dua

inisiatif ini.

Penubuhan Hub Pembangunan Komuniti atau

Community Development Hub dilihat sangat relevan

dalam mewujudkan sinergi antara seluruh pusat

tanggungjawab dalam melaksanakan interaksi dan

kerjasama pintar antara UniSZA dengan

komuniti. Melalui inisiatif ini, beberapa fakulti juga

akan dipilih bagi menganjurkan program komuniti

perdana atau Community Flagship Programme yang

akan menghubungkaitkan antara teori dengan praktis

dalam penyelesaian masalah sebenar yang dihadapi

oleh masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran

berkaitan kerohanian, perubatan dan kesihatan,

pengurusan kewangan, sains pertanian, dan teknologi

maklumat haruslah diadun dengan bijak dan murni

seterusnya diintegrasikan ke dalam program komuniti

yang bakal dilaksanakan. Ia sebagai medium bagi

merungkai masalah masyarakat seterusnya dapat

mewujudkan penyelesaian yang mampan dan

saksama untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Integrasi teori dan amali dalam program-program

komuniti ini diharap dapat menyediakan mereka

berdaya tahan dalam menghadapi isu-isu mendatang.

Page 34: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

32 / Syarahan Naib Canselor 2020

Pelaksanaan program-program komuniti ini

bukan sahaja perlu digalas oleh kakitangan akademik

dan bukan akademik sahaja. Pelajar juga seharusnya

dilibatkan secara menyeluruh bermula daripada

perancangan, pelaksanaan sehinggalah bersama-sama

menilai keberkesanan setiap program komuniti yang

dilaksanakan. Umum menyedari bahawa universiti

adalah tempat penyebaran, pentarbiahan serta

pemerkasaan pelbagai ilmu dan amali kepada pelajar

yang juga merupakan sebahagian daripada

masyarakat dari segenap pelusuk rantau. Tidak

dinafikan juga bahawa saban tahun pelajar-pelajar

UniSZA gah melaksanakan pelbagai program

khidmat komuniti di dalam dan di luar negara, namun

persoalannya adakah kita telah secukupnya

membimbing mereka secara sistematik dan

berstruktur? Adakah mereka aktif bertindak sebagai

agen perubahan komuniti atau sekadar bersikap pasif

melaksanakan aktiviti berdasarkan permintaan

komuniti? Oleh itu, sudah sampai masanya kita

membangunkan satu program perantis pelajar

berasaskan komuniti yang berupaya mencapai

objektif yang dinyatakan sebelum ini. Kita perlu

melahirkan pelajar-pelajar yang bijaksana merancang

bahkan cemerlang melaksanakan program komuniti

daripada isu-isu komuniti setempat

sehingga antarabangsa, berjaya dirungkai dan

diselesaikan.

Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian,

UniSZA senantiasa menyokong penuh hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar

penyelidikan translasional terus diperkasa dan

memberikan impak serta manfaat kepada kerajaan,

Page 35: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 33

akademia, industri dan komuniti. Kesejahteraan

rakyat harus diutamakan dengan mengambil manfaat

daripada perkembangan teknologi dan kepakaran

dalaman yang sedia ada dalam UniSZA. Pelaksanaan

Projek Penyelidikan berasaskan Komuniti bukan

hanya dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek

kepada masalah komuniti, malah lebih daripada

itu. Ia diharap akan menjadi pencetus kepada

perubahan sosio ekonomi jangka panjang. Konsep

inovasi sosial akan diterapkan secara menyeluruh

bagi memastikan pemindahan ilmu dan teknologi

dapat dilakukan dengan berkesan. Oleh itu, pada

tahun ini kita mensasarkan untuk menghasilkan tiga

penyelidikan translasional yang mampan dan

komersial.

Program pemindahan ilmu juga merupakan

salah satu inisiatif KPM bagi memastikan segala hasil

penyelidikan universiti dapat diadaptasikan ke dalam

komuniti secara mampan dan

sistematik. Pelaksanaan program pemindahan ilmu

ini amat penting bagi tujuan pengukuhan ilmu dalam

komuniti dan industri di Malaysia dan secara

langsung akan meningkatkan taraf hidup dan

pendapatan sesebuah komuniti dan

industri. Program-program yang dirancang dan

dilaksanakan mestilah yang berimpak, lestari dan

mempunyai hasil yang boleh diukur. UniSZA

sebagai sebuah universiti komuniti mesti terus

melipatgandakan usaha untuk melakukan

penyelidikan mentoring dan coaching yang lestari

kepada masyarakat iaitu; kita wajib membantu

komuniti dan kelompok fakir dan miskin, OKU,

penagih rokok dan dadah, orang asal, warga tua dan

Page 36: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

34 / Syarahan Naib Canselor 2020

seumpamanya. Usaha ‘enggagement and

collaboration’ dengan penyedia dana kerajaan dan

industri mesti dilipatgandakan. Harapan saya,

penyelidikan dan latihan keusahawanan ini mampu

membantu masyarakat dalam kerangka memperkasa

taraf hidup dan keusahawanan sosial mereka.

S3 Penyelidikan Bertaraf Dunia

Sahabat sahabat sekalian,

Penyelidikan merupakan asas kepada perkembangan

ilmu yang menjadi tunjang kepada penubuhan

sesebuah institusi pengajian tinggi. Dalam

memastikan penyelidikan yang dijalankan di UniSZA

bertaraf dunia, pelbagai inisiatif telah dirancang

menerusi pelan strategik ini. Inisiatif ini dirangka

bertujuan menangani cabaran dengan cara terbaik

serta hasilnya dapat dimanfaatkan selayaknya oleh

masyarakat. Bagi mencapai hasrat dan objektif ini,

kita telah merangka pelbagai aktiviti dan

perancangan sepanjang tahun 2020-2022. Antara tiga

inisiatif utama ialah; (i) menghasilkan warga

penyelidik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,

(ii) merancakkan kerjasama penyelidikan bersama

pihak industri dan (iii) mengeluarkan hasil

penyelidikan yang berkualiti tinggi. Segala inisiatif

ini akan diselaraskan secara bersama oleh Pusat

Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan

(CREIM), Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai

Timur (ESERI) dan Pusat Pengurusan Makmal

Berpusat (CLMC).

Page 37: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 35

Bagi melahirkan warga penyelidik yang

diiktiraf di peringkat antarabangsa, serta

mengeluarkan hasil penyelidikan yang berkualiti

tinggi, UniSZA mensasarkan setiap fakulti/COE

untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu

perjanjian persefahaman (MoU/MoA) penyelidikan

dengan universiti di dalam dan di luar negara atau

institusi terkemuka. Melalui perjanjian persefahaman

tersebut, kita harus memanfaatkannya melalui

kerjasama projek-projek penyelidikan dan penerbitan.

Pada tahun ini, kita mensasarkan sebanyak 120

artikel berimpak tinggi yang diterbitkan bersama

dengan universiti atau institut terkemuka luar negara.

Sasaran ini dijangka meningkat sehingga 180 artikel

menjelang tahun 2022. Selain itu, penyelidik

UniSZA juga disarankan agar membentangkan hasil

penyelidikan mereka di persidangan antarabangsa

bagi membuka ruang hubungan kerjasama yang lebih

luas dengan universiti antarabangsa. Sebagai

sokongan, pihak CREIM telah menyediakan geran

perjalanan khas bagi penyelidik yang tidak

mempunyai geran menghadiri persidangan

antarabangsa.

Bagi merancakkan aktiviti penyelidikan, pada

tahun ini sejumlah RM400,000 geran dalaman telah

diperuntukkan. Antara peruntukan yang disediakan

termasuklah Dana Penyelidikan Universiti (DPU),

Special Research Grant Scheme (SRGS), LabMat

Research Grant, Translational University Grant

(TUG) dan geran Graduate on Time (GOT). Selain

itu, kita akan terus menumpukan usaha dalam

menyokong dan memperkasa kumpulan Special

Interest Group (SIG) yang telah dibentuk agar terus

Page 38: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

36 / Syarahan Naib Canselor 2020

aktif dalam menjalankan penyelidikan yang

berfokus. Penubuhan SIG-SIG ini bakal

melonjakkan bidang penyelidikan berfokus dan

berimpak, dan akhirnya akan melonjakkan nama

UniSZA sebagai pakar dalam bidang-bidang

tersebut.

Bagi menyokong inisiatif Kerjasama

Penyelidikan bersama Pihak Industri pula, beberapa

aktiviti telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan

kadar segera. Program sangkutan di industri bagi staf

akademik dilihat sebagai satu wadah yang baik dalam

meningkatkan kerjasama dua hala bersama pihak

industri, di samping memberi pendedahan dan

pengalaman kepada pensyarah dan penyelidik

kita. Dalam pelan strategik ini, kita merancang untuk

menghantar lebih ramai ahli akademik untuk keluar

menimba pengalaman dan ilmu dari industri untuk

dibawa pulang ke UniSZA. Pembangunan makmal

penyelidikan yang mendapat akreditasi (ISO

17025:2017) juga dilihat amat penting bagi

meningkatkan kualiti penyelidikan bagi penyelidik

dalaman serta pihak industri dan

komuniti. Kewujudan makmal yang berakreditasi

mampu melonjakkan nama UniSZA sebagai salah

sebuah universiti yang dapat menyediakan servis

pengujian sampel kepada pihak industri dan komuniti

yang memerlukan pengesahan tepat dengan

mudah. Kerja-kerja perundingan atau kontrak

penyelidikan bersama Pihak Industri bakal

ditingkatkan kerana ia dilihat mampu menyerlahkan

keupayaan kepakaran penyelidik UniSZA dalam

bidang sains dan teknologi.

Page 39: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 37

S4 Universiti Tersohor di Peringkat Antarabangsa

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,

Strategi utama yang keempat adalah untuk

menjadikan UniSZA sebagai sebuah universiti

tersohor di peringkat antarabangsa. Strategi ini

memerlukan gerak kerja yang aktif dan

terancang. Justeru, tiga inisiatif utama telah

digariskan iaitu; (i) Pembangunan Bakat Berasaskan

Kompetensi, (ii) Memperhebatkan program-program

bertaraf antarabangsa dan (iii) Memperluas dan

memantapkan jaringan global melalui kolaborasi

strategik. Bagi memastikan segala inisiatif ini dapat

dilaksanakan dengan berkesan, Pusat Pengurusan

Latihan dan Bakat (CenTTM), Pusat Pengurusan

Penjanaan Pendapatan dan Pelaburan (P4P) dan Pusat

Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan

(CCoRM) telah diamanahkan untuk merancang dan

menyelaras segala aktiviti yang berkaitan.

Pengurusan bakat berasaskan kompetensi

(CBTD) merupakan satu pendekatan yang terkini

dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan

pembangunan sumber manusia di universiti awam

(UA). Kompetensi yang bertunjangkan kepada tiga

elemen penting kompetensi iaitu pengetahuan

(knowledge), kemahiran (Skill) dan perilaku

(behaviour) dilihat mampu meningkatkan keupayaan

bakat supaya mampu berdaya saing di peringkat

antarabangsa. Justeru, di sinilah terletaknya peri

pentingnya sumber manusia untuk dipilih dalam

Page 40: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

38 / Syarahan Naib Canselor 2020

menguruskan pembangunan bakat berasaskan

kompetensi secara berterusan.

Andrea Eisenberg, seorang pakar dalam

bidang “HR retention and development”, telah

menyatakan “the optimal investment of human

resources dollars happens when we allocate

resources to developing those people who will be

successful rather than allocating dollars to people

without requisite competencies.”. Oleh itu, dalam

usaha untuk memastikan UniSZA diperakui di

peringkat global, maka usaha-usaha bagi

meningkatkan kompetensi staf akan difokuskan

melalui Penyediaan Sistem Profail yang

komprehensif serta Penyediaan Program Kepimpinan

yang sistematik dan terancang. Kita juga telah dan

sedang menghantar beberapa pegawai bagi menyertai

Program Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi

(CBTM) yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan

Pengajian Tinggi (AKEPT). Program ini bertujuan

meningkatkan keupayaan pengurusan bakat di

UniSZA, yang antara lain menjadi salah satu agenda

utama pengurusan kompetensi bakat di negara kita.

Antara usaha dalam memperhebatkan

program-program bertaraf antarabangsa, sebuah

kampus cawangan di luar negara bakal ditubuhkan

selewat-lewatnya pada tahun 2022. Bermula tahun

2019, UniSZA telah memulakan program pesisir

bersama rakan strategik di Mauritius dalam bidang

bahasa Arab. Program akademik secara pesisir yang

julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang

amat positif, dan akan diperluaskan lagi dengan rakan

Page 41: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 39

strategik baharu di United Kingdom dan India dalam

masa terdekat.

Agenda pengantarabangsaan terus

diperkemaskan lagi dengan pemantapan jaringan

global melalui kolaborasi bersama rakan strategik di

luar negara. Pemantapan jaringan ini akan

diperkukuhkan dengan mengaktifkan MoU dan

MoA yang telah ditandatangani sebelum ini melalui

aktiviti-aktiviti akademik, penyelidikan dan mobiliti.

Kita mensasarkan peningkatan program mobiliti

berkredit dan tidak berkredit bagi merealisasikan

pemerkasaan pelajar di peringkat antarabangsa. Pada

tahun ini, secara keseluruhannya sebanyak RM1 juta

telah pun diperuntukkan bagi merancakkan aktiviti

mobiliti pelajar ke luar negara. Namun program

mobiliti tidak akan terhenti dalam kalangan pelajar

sahaja, bahkan dalam kalangan staf. UniSZA

menggalakkan program pertukaran staf akademik,

program latihan serta penempatan staf UniSZA di

luar negara yang akan turut dipergiatkan demi

keterlihatan UniSZA di peringkat global. Pada tahun

ini juga kita telah menyediakan peruntukan khas

sebanyak RM550,000 bagi menggalakkan sebarang

aktiviti yang dapat meningkatkan jaringan hubungan

antarabangsa antara pihak fakulti dengan universiti

atau organisasi pilihan masing-masing di luar negara.

Saya menyeru kepada semua fakulti agar dapat

merebut peluang ini dan menyahut saranan saya

dalam meningkatkan kolaborasi bersama rakan

strategik di peringkat global.

Bagi memastikan peningkatan pelajar dan staf

antarabangsa, pada tahun 2020, UniSZA

Page 42: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

40 / Syarahan Naib Canselor 2020

mensasarkan sepuluh peratus daripada keseluruhan

pelajar UniSZA adalah pelajar antarabangsa. Ini

akan dapat direalisasikan melalui pelaksanaan aktiviti

promosi yang lebih terancang melalui pelbagai

medium. Kita mensasarkan peningkatan pelajar

daripada negara-negara ASEAN, Timur Tengah dan

negara-negara Asia lain selain dapat menembusi

pasaran di negara-negara Eropah. Selain

pengambilan pelajar antarabangsa, UniSZA turut

memberi penekanan terhadap pengambilan staf

akademik antarabangsa. Sehingga kini, terdapat 51

staf antarabangsa dari 18 buah negara yang sedang

berkhidmat di UniSZA iaitu 8.7 peratus daripada

jumlah staf akademik UniSZA. UniSZA

mensasarkan peningkatan jumlah staf antarabangsa

sehingga sepuluh peratus daripada keseluruhan staf

akademik di UniSZA pada tahun 2022.

Penjanaan Hasil Universiti Melalui UniSZA Holding Sdn.

Bhd.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Kebergantungan universiti awam terhadap dana

kewangan kerajaan harus dikurangkan dari semasa ke

semasa, sehinggalah pada satu hari nanti, kita mampu

bergerak sendiri tanpa sebarang bantuan kerajaan,

bahkan mungkin kita pula yang akan menyumbang

dana kepada kerajaan. Selaras dengan saranan KPM

tersebut, usaha ke arah menambah dan

memperkukuhkan dana sentiasa dijadikan agenda

utama kita. Dalam menyahut usaha ini, kepelbagaian

Page 43: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 41

sumber perlulah diperhebatkan serta segala aset yang

kita ada perlulah digunakan dengan bijak agar dapat

memberikan pulangan yang optimum. Inisiatif ini

hendaklah diperkasakan dengan sokongan UniSZA

Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) sebagai sebuah badan

yang berperanan khusus bagi menjana hasil bagi

universiti. Beberapa aktivti penjanaan hasil yang

berpotensi besar telah dikenal pasti iaitu;

1. Penjanaan hasil melalui hospital UniSZA, sebuah

hospital awam yang akan diuruskan secara

korporat;

2. Penjanaan hasil program-program akademik

melalui UniSZA SPACE yang akan ditubuhkan

di bawah kelolaan UniSZA Holding, dengan

kerjasama erat dari semua fakulti;

3. Penjanaan hasil melalui projek pembangunan

hartanah dan prasarana UniSZA, di mana kita

akan menggunakan segala kemudahan dan fasiliti

yang kita ada bagi tujuan penjanaan hasil;

4. Pengkomersialan produk-produk penyelidikan

UniSZA melalui UniSZA Venture yang juga akan

ditubuhkan di bawah UniSZA Holding, dengan

kerjasama Pusat Kecemerlangan dan Inkubator

Penyelidikan (CREIM).

Saya berharap agar kerjasama antara UniSZA

Holding dengan pusat-pusat tanggungjawab UniSZA

akan ditambah baik dan diperhebatkan lagi, bagi

menyokong segala usaha melestarikan kewangan

universiti bagi membolehkan kita menempuh cabaran

pada masa akan datang dengan lebih berautonomi.

Page 44: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

42 / Syarahan Naib Canselor 2020

Penutup

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Usia 40 tahun bukanlah suatu pengakhiran. Bahkan

ia merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan

meniti usia kedewasaan dalam meneruskan

kelangsungan perjuangan generasi terdahulu. Ia

menuntut kita untuk bersedia berubah, daripada apa

yang telah kita ada sekarang, ke arah yang lebih baik

pada masa akan datang. Nasib dan masa depan kita

terletak di tangan dan bahu kita sendiri. Firman

Allah s.w.t. dalam surah ar-Ra’d, ayat sebelas yang

bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan

mengubah apa yang ada (nasib) pada sesuatu kaum,

kecuali kaum tersebut sendiri yang mengubah apa

yang ada pada mereka”.

Atas semangat itu, saya menyeru kepada

sahabat-sahabat sekalian, marilah kita semua

berganding bahu dan saling bekerjasama untuk

mencorakkan masa depan yang lebih gemilang untuk

UniSZA yang kita sayangi ini. Kita semua umpama

jasad yang satu, saling melengkapi, saling bergantung

dan memerlukan antara satu sama lain, dalam

menjayakan visi dan misi kita, yang telah kita

terjemahkan dalam Pelan Strategik UniSZA 2020-

2022. Apa yang kita telah rancangkan sememangnya

agak tinggi untuk dicapai, namun berkat kerjasama

dan usaha ikhlas daripada diri kita semua, ia

bukanlah sesuatu yang mustahil.

Bak kata peribahasa Melayu: “Perahu sudah

di air, dayung sudah di tangan”. Justeru, sudah

sampai masanya kita bertindak untuk terus

Page 45: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 43

melangkah ke hadapan menggalas visi dan misi suci

kita ini, untuk merealisasikan moto yang menjadi

obor pembakar semangat kita semua selama ini,

“Ilmu Demi Faedah Insan”.

Akhir kata, saya sudahi syarahan ini dengan

sebuah sajak hasil nukilan dua orang sahabat kita dari

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Prof.

Madya Dr. Wan Mohd Yusof Wan Chik dan Ustaz

Zulkifli Mohd, yang dikarang khas bersempena 40

tahun umur kematangan UniSZA.

Page 46: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

44 / Syarahan Naib Canselor 2020

Tanah Ini (UniSZA di Persada 40 Tahun)

Tanah ini, Tanah Abidin

Sempena Baginda Tuanku, Raja berjiwa abidin

Tersohor bijaksana orangnya alim

Terkenal bersopan tingkahnya halim

Dibantu para ulama lagi ‘amilin

Tokku-tokku rohaninya mukhlisin

Tok sheikh-tok sheikh nuraninya ‘arifin

Rakyat jelata pula setia dipimpin

Tanah ini, Tanah Abidin

Resolusi Muktamar Persidangan Islam Sedunia

Cetusan idea Profesor Syed Naquib al-Attas

pemikir bijaksana

Gagasan Al-Marhum Profesor Ismail al-Faruqi

ilmuwan Islam sedunia

Berkat usaha gigih Ayahanda Tan Sri Wan Mokhtar

pemimpin berjasa

Teraju Al-Marhum Dr. Wan Shamsuddin sebagai nakhoda

Dengan moto keramat ‘Ilmu, Iman dan Takwa’ ia

mengembara

Melahirkan ilmuwan, agamawan dan para karyawan

Membangun ummah demi faedah insan

Tanah ini, Tanah Abidin

Dulu KUSZA, UDM dan kini UniSZA

Biar bertukar rupa dan nama

namun isi dan kualiti jangan kompromi

Tradisi ilmu aqli dipandu ilmu naqli, diadun, diintegrasi

Ilmuan nusantara sampai ke dunia arab, disaring, dicari

Para murabbinya tulus mendidik dengan hati dan nurani

Dari kurikulum, muqarrar, sampai tingkah laku diteladani

Barakah dan sanad ilmu mereka

boleh sahaja diperbaharui

Tapi jangan sampai terputus

bertukar ganti selang sehari

Page 47: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

UniSZA di Persada 40 Tahun / 45

Tanah ini, Tanah Abidin

UniSZA juara dalam rahmah, bitara dalam istiqamah

Anak-anaknya ada di mana-mana

menjadi khadimul ummah

Di sekolah, di universiti dialah ilmuan berhemah

Di skrin TV, di corong radio dialah selebriti dakwah

Dalam sektor awam

dialah pegawai yang dedikasi beramanah

Dalam bisnes, dialah jutawan lagi pemurah

Dalam masyarakat, bahagia dan derita ummah

dia sama mencecah

Tanah ini, Tanah Abidin

40 tahun kita di angkasa gilang-gemilang

Atas usaha bersama, kita masih di sini

meneruskan perjuangan

Apapun, kita tetap sederap

senafas menyanyi dalam girang

bertasyahhud tanpa kumandang

dalam hela nafas nan panjang

Kita bina jiwa dan nurani, sebelum kebendaaan

Kita bina akhlak dan adab, sebelum keterampilan

Kita bina integriti dan amanah, sebelum kebijaksanaan

Kita bina keilmuan, sebelum canang kemasyhuran

Kita bina insan, sebelum kita berkarya bertulisan

Kita bina dan bina sayap keyakinan dan kepasrahan

dalam doa-doa kudus yang terus berpanjangan

bahawa seorang Abdaniyy adalah jua seorang pejuang

yang tak sekali akan menyerah kecundang

walau pelbagai rintangan mendatang

Tanah ini, Tanah Abidin,

Madrasah barakah, tempat kita berdiri

Tanah budiman, dataran budi, ilmu dan iman bersendi

Untuk kita, seluruh warganya berbakti membina generasi

Mewariskan amanah ilmu para guru yang kita saksi

untuk kita realisasikan secara bersama dan abadi

bahawa UniSZA ini, akan terus terbang tinggi

Page 48: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

46 / Syarahan Naib Canselor 2020

mencapai visi luhur

Universiti Islam Integrasi Kontemporari

melahirkan insan holistik berteraskan

nilai Naseem dalam diri

melalui pendidikan cemerlang dan

penyelidikan berimpak tinggi

dalam memperkasakan masyarakat sebagai misi

dengan restu-Mu Ilahi

atas jejakmu wahai Nabi Ilahi!

Anta Maqsudi wa Ridaka Matlubi

Nukilan:

Wan Mohd Yusof Wan Chik

Zulkifli Mohd

Wabillahittaufik wal hidayah wassalamualaikum

warohmatullahi wabarokaatuh.

Page 49: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

secara rasminya dilantik sebagai Naib Canselor

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1

Februari 2019. Sebelum ini beliau adalah Timbalan Naib

Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti

Sains Islam Malaysia (USIM) dari tahun 2015 hingga

2018. Beliau juga menyandang jawatan sebagai

Profesor Pengajian Bahasa Arab di Universiti

Perguruan Sultan Idris (UPSI). Bidang kepakaran beliau

adalah pengajian Bahasa Arab, kaedah Pengajaran Bahasa

Arab dan Pengujian Bahasa. Beliau juga adalah seorang

pensyarah dan Profesor Madya di Universiti Malaya

(UM) daripada tahun 1987 hingga 2011. Beliau juga

pernah menyandang jawatan Pengarah, Jabatan

Pengajian Malaysia di Universiti Cairo, Mesir daripada

Januari 2007 sehingga Jun 2011.

Pada tahun 2004, beliau telah dilantik oleh

ISESCO, sebuah organisasi di bawah UNESCO sebagai

Pakar Rujuk Luar dalam kurikulum Bahasa Arab sebagai

bahasa asing di Jakarta, Indonesia. Pada tahun 2007 pula,

belilau telah dilantik sebagai felo oleh Fulbright

Foundation, Amerika Syarikat, di bawah program ‘Visiting

Fulbright Scholars: An Access to Muslim Worlds’ bagi

menyampaikan syarahan kepada komuniti di Aurora,

Denver, dalam bidang Islam dan Pengajian Bahasa Arab.

Dari tahun 2003 sehingga tahun 2004, beliau

telah terlibat memberi latihan kepada guru-guru bagi

pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Singapura

yang telah dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura

(MUIS) dan Madrasah Al-Junaid, Singapura. Bketika

berkhidmat dengan universiti-universiti terdahulu, beliau

turut diberi kepercayaan sebagai Koordinator kepada

Program Pertukaran Pelajar bagi Pengajian Bahasa Arab

dengan universiti-universiti di Timur Tengah seperti di

Page 50: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang

Yaman, Oman ada Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Arab

Saudi dan Mesir.

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri juga adalah Ahli

Lembaga Pengarah Program Pengajian Bahasa Arab di

universiti-universiti di dalam negara seperti Universiti

Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia

Kelantan, Medinah International University, Institut

Kemahiran Ikhtisas Pahang, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor dan lain-lain.

Beliau dilantik sebagai ahli Kluster Pendidikan,

Majlis Perundingan Islam (MPI) lantikan Perdana

Menteri Malaysia bermula dari 2014 hingga 2016,

seterusnya dilantik sebagai Ketua Kluster Pendidikan MPI

lantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Page 51: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang
Page 52: UniSZA di Persada 40 Tahun · 2020. 7. 20. · 12 / Syarahan Naib Canselor 2020 syukur kepada Allah atas nikmat kejayaan dan pencapaian yang kita peroleh selama ini. Selamat datang