undang-undang kelab sukan dan kebajikan …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=undang2 jab...

12
UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA 1/13

Upload: lequynh

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA 1/13

Page 2: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

UNDANG-UNDANG BAGI GABUNGAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA

FASAL 1 NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama GABUNGAN KELAB SUKAN DAN

KEBAJIKAN JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA.

Selepas ini dikenali sebagai “Kelab”

FASAL 2 ALAMAT BERDAFTAR

Alamat dan tempat urusan kelab ialah Pejabat Pengarah

Kesihatan Negeri Melaka, Tingkat 6, Wisma Persekutuan,

Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat kelab

tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan

terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT

3.1 Menyediakan peluang-peluang dan mana-mana kemungkinan kemudahan-kemudahan yang perlu untuk ahli memajukan bakat mereka dalam bidang sukan, kebajikan, kesusasteraan,drama, kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain disamping berkehendakkan kerjasama sebagai satu pasukan dan kepatuhan sendiri yang mendatangkan faedah memajukan semangat pasukan dan “Espirit de Corps” dikalangan ahli-ahli.

3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan kejohanan olahraga dan lain-lain permainan diantara badan gabungan Kelab.

3.3 Menjaga dan memajukan kebajikan am bagi ahli-ahli dan keluarga mereka (suami, isteri dan anak).

3.4 Menerima sumbangan daripada bukan ahli bagi membiayai dan menjalankan objektif Kelab.

3.5 Kelab ini boleh menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi secara sah atas nama Kelab dengan syarat semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh Kelab akan digunakan semata-mata untuk

2/12

Page 3: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Kelab ini dan tidak sebahagian pun daripada wang dan keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Kelab. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja.

3.6 Merapatkan tali silaturrahim dan perhubungan serta persahabatan diantara ahli dalam satu pertubuhan berdaftar melalui aktiviti sukan dan lain-lain aktiviti yang dijalankan.

3.7 Mengelolakan lawatan sambil belajar.

3.8 Bergabung dengan mana-mana pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama seperti di atas.

FASAL 4 KEAHLIAN

4.1 Terbuka kepada semua Persatuan/Kelab Sukan Dan Kebajikan dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

4.2 Permohonan ahli gabungan Kelab hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Kelab dengan mengisi boring permohonan keahlian

4.3 Tiap-tiap permohonan menjadi Ahli Kelab yang diterima oleh Setiausaha hendaklah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kelab secepat mungkin. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa sebarang sebab.

4.4

4.5

4.6

Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti di atas hendaklah diterima menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli setelah membayar yuran tahunannya yang pertama seperti ditentukan.

Seorang pelajar Universiti atau kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Kelab ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Setiap ahli Kelab berhak menghantar sepuluh peratus (10%) wakil termasuk Jawatankuasa untuk menghadiri Mesyuarat Agong dan layak untuk mengundi dan diundi untuk memegang jawatan dalam Kelab.

3/12

Page 4: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

FASAL 5 YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN

5.1 Yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut :

5.1.1 Yuran Pendaftaran : RM200.00 (setiap kelab)5.1.2 Yuran Tahunan : 10% daripada yuran tahunan keahlian kelab.

5.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari pada atau sebelum 31 haribulan Mac setiap tahun.

5.3 Ahli Kelab yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak keistimewaannya sebagai ahli Kelab sehingga hutangnya dibayar.

5.4 Ahli kelab yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.

5.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi ahli Kelab yang telah membiarkan keahliannya terlucut.

5.6 Sumbangan atau kutipan yuran khas daripada ahli-ahli Kelab untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli Kelab. Sekiranya ada ahli-ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut didalam masa yang ditentukan maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang tahunan.

FASAL 6 PEMBERHENTIAN KEAHLIAN

6.1 Ahli-ahli Kelab yang hendak berhenti daripada menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan bertulis dua bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha Kelab dan membayar segala hutang-hutangnya.

6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

4/12

Page 5: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

7.1 Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada jumlah wakil-wakil atau 2 kali ganda bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir didalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan korum untuk mesyuarat.

7.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak melebihi 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tersebut tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

7.3 Mesyuarat Agung tahunan Kelab hendaklah diadakan secepat mungkin selepas penutupan tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 haribulan Mac dan tarikh serta masanya hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung adalah:-

7.3.1 Menerima laporan Setiausaha berkenaan aktiviti-aktiviti Kelab di dalam setahun yang lalu.

7.3.2 Menimbang dan menerima penyata kewangan tahunan.

7.3.3 Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Juru Audit setiap 2 tahun.

7.3.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

7.4 Pengumuman awal bagi Mesyuarat Agung Tahunan yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat dan panggilan untuk usul-usul yang akan dibincangkan, pencalonan-pencalonan untuk pemilihan ahli Jawatankuasa hendaklah dihantar kepada Setausaha tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di pejabat yang telah didaftarkan atau ditempat mesyuarat Kelab.

7.5 Usul-usul untuk dirundingkan di dalam Mesyuarat Agung hendaklah dihantar supaya sampai kepada Setiausaha tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pengumuman mesyuarat.

5/12

Page 6: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

FASAL 8 MESYUARAT AGUNG KHAS

8.1

8.2

8.3

8.4

Jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa dan atas sebab tertentu, mengadakan Mesyuarat Agung Khas dan hendaklah berbuat demikian dalam masa sebulan setelah menerima permintaan secara bertulis tidak kurang daripada setengah (1/2 ) jumlah ahli dengan menyatakan sebab-sebab mengapa mesyuarat ini hendak diadakan. Pemberitahuan Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Khas itu dijalankan.

Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat penyata kira-kira tahunan yang telah di audit. Salinan surat-surat ini hendaklah senang diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat dan tempat urusan berdaftar atau di tempat mesyuarat Kelab.

Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 JAWATANKUASA

9.1 (a) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Kelab hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan :

Seorang Presiden Secara automatik dipegang oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Seorang Timbalan Presiden

4 orang Naib Presiden

Dipilih dari kalangan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dipilih dari kalangan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan 1 orang dari Yang Dipertua Kelab gabungan

6/12

Page 7: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

Seorang Setiausaha Seorang Penolong SetiausahaSeorang Bendahari Seorang Penolong Bendahari

16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa

- Yang Di Pertua /Naib Yang Di Pertua Kelab gabungan

- Setiausaha Kehormat Kelab gabungan

9.1 (b) Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Kelab ini hendaklah warganegara Malaysia.

9.2 Nama-nama untuk jawatan-jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula setiap 2 tahun.

9.3 Tugas Jawatankuasa adalah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian Kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung dan atas kehendak Jabatan. Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dan hendaklah taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberikan laporannya berkenaan kegiatan-kegiatan tahunan yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

9.4 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan dan notis mesyuarat hendaklah 7 hari dan pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli

Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

9.5 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa secara bertulis melalui surat/pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:-9.5.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan

terang di dalam surat yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

7/12

Page 8: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

9.5.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu.

9.5.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyakSebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan didalam peringatan mesyuarat.

9.6 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, Jawatankuasa boleh melantik Ahli Kelab yang lain bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung diadakan.

9.7 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-Pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

9.8 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI10.1 Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah

menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia atau Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Bendahari.

10.2 Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden.

10.3 Salah seorang Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden.

10.4 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan dokumen kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua

8/12

Page 9: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

mesyuarat. Ia atau Presiden hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

10.5 Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

10.6 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. Ia hendaklah menyimpan kira-kira bagi semua urusan berkaitan kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama Presiden atau Setiausaha.

10.7 Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerjanya dan memangku jawatan ini semasa ketiadaan Bendahari.

10.8 Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 KEWANGAN11.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-

undang ini wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab termasuk belanja Pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun , wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dujatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

11.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Akaun Bank itu hendaklah di atas nama Kelab.

11.3 Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden atau Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden atau Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Kelab.

11.4 Perbelanjaan yang kurang daripada RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden, bersama Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan yang

9/12

Page 10: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

lebih daripada RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

11.5 Penyata daripada wang yang diterima dan dibelanjakan serta Penyata Akaun bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juru Audit yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah di audit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Kelab .

11.6 Tahun kewangan Kelab ini bermula dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember.

FASAL 12 JURU AUDIT

12.1 Dua orang yang bukannya Ahli Kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juru Audit. Mereka akan memegang jawatan selama 2 tahun dan boleh dilantik semula.

12.2 Juru Audit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13 HARTA TAK ALIH13.1 Segala harta tak alih Kelab hendaklah didaftarkan atas nama Kelab

dan segala suratcara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuanpunya berdaftar dengan syarat suratcara itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan Kelab pada masa itu iaitu Presiden , Setiausaha dan Bendahari yang mana perlantikan mereka disahkan melalui Sijil Perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Kelab.

13.2 Harta tidak alih Kelab tidak boleh dijual, ditarik balik atau ditukarkan milik dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung.

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG14.1 Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh

memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara

10/12

Page 11: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras

dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 15 PENASIHAT / PENAUNGJawatankuasa Kelab boleh, jika difikirkan perlu ,melantik orang-orang yang layak menjadi Penaung / Penasihat bagi Kelab dengan syarat orang yang dilantik menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 16 LARANGAN16.1 Sebarang bentuk perjudian dan semua permainan dadu, banker’s

game dan semua permainan yang bergantung kepada nasib semata mata adalah dilarang dijalankan di rumah Kelab.

16.2 Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara jua mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definasi di dalam Akta kesatuan Sekerja, 1959.

16.3

16.4

Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

“Faedah” seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberi oleh Kelab kepada mana-mana ahli Kelab.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh di kuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18 PEMBUBARAN

18.1 Kelab boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per empat (3/4) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

18.2 Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah

11/12

Page 12: UNDANG-UNDANG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN …jknmelaka.moh.gov.my/1/dl.php?filename=Undang2 Jab Kesihatan.pdf · 3.2 Mengada dan mengelolakan aktiviti sukan dan ... 10.4 Setiausaha

mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

18.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah sampai kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh permbubaran itu.

…………………t.t…………………… ………….………t.t…………… Presiden Setiausaha (DATO’ DR. HAJI AZMI BIN HASHIM) (DR. BAN BIN ATTAN)

12/12