undang -undang kelab bukit perdana · putrajaya bab 1 – umum 1 ... peralatan sukan, minuman,...

25
1 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

Upload: trinhkhanh

Post on 01-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

UNDANG-UNDANG

KELAB BUKIT PERDANA

2 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA

BAB 1 – UMUM 1. Nama

Nama Kelab ini ialah KELAB BUKIT PERDANA, JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA.

2. Tempat Urusan

Tempat urusan Kelab ini adalah di Jabatan Perdana Menteri, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya. Tempat urusan Kelab ini boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3. Penaung

YAB. Perdana Menteri Malaysia 4. Penasihat

YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Malaysia. 5. Definisi

Dalam undang-undang ini selain ayat/perkataan yang tidak konsisten dalam konteksnya, maksud perkataan di bawah ini adalah seperti berikut:

“Kelab” – bermakna Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. “Kelab Gabungan” – bermakna kelab Kebajikan dan Sukan jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Mesyuarat Agong” – bermakna Mesyuarat Agong Tahunan atau Mesyuarat Agong Luar Biasa.

“Ahli’ – bermakna ahli yang dilantik di bawah Fasal 8.

3 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

“Bersara” – bermakna persaraan di atas pilihan wajib atau alasan-alasan lain dan dibayar faedah pencen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pencen 1980.

“Tunggakan Yuran” – bermakna termasuk semua wang yang patut dibayar kepada Kelab.

“Bulan” – bermakna bulan kalendar

“Secara bertulis” – bermaknan secara bertulis atau bercetak atau separa bertulis dan separa bercetak.

“Undang-undang” – bermakna undang-undang ini dan sebarang pindaan seterusnya yang berkuatkuasa.

“Jawatankuasa Kerja” ialah ahli Jawatankuasa yang dilantik mengikut fasal 20 dan 21 undang-undang Kelab ini.

“Jawatankuasa Kecil” ialah Jawatankuasa yang dilantik di bawah fasal 23.5 undang-undang Kelab ini.

Perkataan yang menunjukkan erti tunggal adalah juga meliputi erti banyak dan sebaliknya, begitu juga perkataan yang menunjukkan erti jantina lelaki di mana sesuai, meliputi juga jantina perempuan.

BAB 2 - TUJUAN 6. Tujuan Kelab Bukit Perdana adalah seperti berikut:

Memupuk semangat muhibah, persefahaman, dan persaudaraan di antara ahli-ahli yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, melalui aktiviti-aktiviti sukan, sosial, kebajikan dan rekreasi. Menjaga kebajikan ahli-ahli dengan syarat tiada faedah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 akta Pertubuhan 1966. Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk memajukan sukan dan bentuk rekreasi yang lain dan kemudahan-kemudahan untuk ahli-ahlinya. Membeli, memperoleh, menjual, membekal dan berurus niaga dalam semua barang pengguna, peralatan sukan, minuman, makanan dan lain-lain seperti yang diperlukan atau digunakan oleh ahli-ahli Kelab. Menerima daripada Kerajaan, membeli, memajak atau bertukar, menyewa atau memiliki sebarang harta alih atau takalih dan hak kepentingan yang difikirkan perlu atau sesuai dengan tujuan Kelab dan untuk membaiki, memajukan, menguruskan, menjual, memajak, menggadai janji, melupus

4 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

atau membuka akaun atau lainnya berhubung dengan sebahagian atau seluruh harta Kelab. Membina, menjaga atau mengubah bangunan, rumah, membuat sebarang kerja yang perlu atau sesuai bagi kegunaan Kelab. Mengambil bahagian dalam sebarang perjanjian hak istimewa dengan kemudahan timbalbalik dengan sebarang kelab atau persatuan lain untuk faedah bersama. Mendapatkan, meminjam, melabor dan menguruskan sebarang dana untuk mencapai dan memajukan tujuan-tujuan kelab.

BAB 3 – KEAHLIAN 7. Kelas Ahli

Keahlian Kelab ini terbahagi kepada Ahli Gabungan, Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Kehormat.

7.1. Ahli Gabungan

Seseorang individu dalam perkhidmatan tetap, kontrak, sementara dan sambilan yang menjadi ahli kelab-kelab Gabungan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah secara automatik menjadi ahli gabungan Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

7.2 Ahli Biasa

Semua individu dalam perkhidmatan tetap yang sedang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri adalah layak menjadi Ahli Biasa.

7.3 Ahli Bersekutu

Semua individu yang pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan mereka yang sedang berkhidmat secara kontrak, sementara dan sambilan boleh memohon untuk menjadi Ahli Bersekutu. Ahli-ahli Bersekutu tidak berhak mengundi dan tidak boleh memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Kerja Kelab.

7.4 Ahli Seumur hidup

Ahli Seumur Hidup adalah terdiri daripada mereka yang telah menjadi Ahli Seumur Hidup semasa bertugas di Jabatan Perdana Menteri.

5 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

7.5 Ahli Kehormat

Ahli Kehormat terdiri dari seseorang yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja dan diterima dalam Mesyuarat Agong kerana jasa baik dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri.

8. Permohonan Menjadi Ahli

8.1 Permohonan untuk menjadi Ahli Biasa, Ahli Bersekutu dan Ahli Seumur Hidup mestilah dibuat melalui satu borang yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja dari semasa ke semasa. Borang yang telah diisi mesti dihantar kepada Setiausaha Kehormat bersama-sama dengan bayaran yuran yang ditetapkan di dalam borang.

8.2 Setiausaha Kehormat hendaklah menampal permohonan yang diterima di papan kenyataan Kelab selama satu bulan atau dalam jangka masa yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa kerja. Dalam tempoh itu, mana-mana ahli Kelab boleh menyatakan bantahannya kepada perlantikan ahli itu dengan menerangkan sebab-sebabnya.

8.3 Keputusan permohonan menjadi ahli adalah dibuat dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun Presiden dan Naib Presiden berkuasa memberikan kelulusan secara sementara sehingga keputusan dibuat.

8.4 Bagi permohonan yang mendapat bantahan sebagaimana

peruntukan Fasal 8.2, Setiausaha Kehormat perlu memberitahu calon berkenaan akan bantahan itu dan mendapatkan pandangannya sebelum mengemukakan permohonannya untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja.

8.5 Seseorang calon dianggap telah diterima menjadi ahli jika tidak

lebih daripada 2 ahli Jawatankuasa Kerja yang membantah. 8.6 Apabila permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja,

Setiausaha Kehormat hendaklah memberitahu calon itu akan perlantikannya dan memasukkan nama dan alamatnya ke dalam daftar ahli. Calon itu dianggap mempunyai semua hak dan tanggungjawabnya sebagai ahli Kelab seperti yang terkandung dalam undang-undang Kelab ini dan sebarang pindaannya.

6 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

8.7 Jawatankuasa Kerja boleh menetapkan jumlah ahli kelab yang akan diterima dan boleh menutup permohonan menjadi ahli jika dan apabila perlu mengikut kepentingan kelab.

9 Penarikan atau Penolakan Permohonan

9.1 Seseorang calon ahli boleh menarik balik permohonannya pada sebarang masa sebelum pengundian dibuat berdasarkan permintaan bertulis kepada Setiausaha Kehormat. Penarikan itu tidak menjejaskan calon itu daripada menghantar semula permohonan pada masa yang lain.

9.2 Perlantikan calon yang permohonannya dibantah oleh 3 atau lebih

Ahli Jawatankuasa Kerja akan ditunda kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan datang dan jika pengundian itu masih tidak memuaskan, permohonan itu akan dianggap ditolak dan calon itu akan diberitahu secara bertulis. Calon itu tidak boleh memohon untuk menjadi ahli sehingga 6 bulan mulai dari tarikh penolakan itu.

10. Perletakan Jawatan/Penarikan Diri.

Seseorang ahli boleh pada bila-bila masa menarik diri daripada menjadi ahli Kelab dengan memberi notis bertulis kepada Setiausaha Kehormat, tetapi tanggungan yurannya kepada Kelab masih perlu dijelaskan. Ahli yang menyelesaikan tanggungannya kepada Kelab dan ingin menjadi ahli semula boleh memohon lagi dengan mengisi borang permohonan.

11. Pemberhentian Ahli

11.1. Seseorang ahli yang mohon berhenti, bankrap atau gugur keahlian di bawah fasal 14.1, namanya akan dipotong dari daftar ahli.

11.2. Ahli yang telah berhenti akan hilang segala hak dan

keistimewaannya terhadap Kelab, tetapi beliau atau hartanya akan terus tertakluk kepada tanggungan dan hutangnya kepada Kelab yang telah dilakukannya semasa beliau menjadi ahli sama ada terhadap dirinya atau orang lain.

11.3 Ahli-ahli Gabungan yang berhenti menjadi Ahli Kelab Gabungan

secara automatik terhenti menjadi Ahli Gabungan Kelab Bukit Perdana. Walau bagaimanapun bekas Ahli Gabungan tersebut boleh menjadi Ahli Biasa seperti mana fasal 7.2 atau Ahli Bersekutu sepertimana fasal 7.3.

7 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

11A. Penggantungan dan Pengguguran Ahli

11A.1 Jawatankuasa Kerja boleh menggantung atau menggugurkan keahlian mana-mana ahli dalam keadaan-keadaan berikut:

11A.1.1 Pecah Amanah 11A.1.2 Melanggar tatatertib 11A.1.3 Kegagalan menjelaskan yuran 11A.1.4 Lain-lain keadaan yang difikirkan sesuai oleh

Jawatankuasa Kerja.

11A.2 Jawatankuasa Kerja boleh menetapkan tempoh penggantungan yang difikirkan sesuai.

11A.3 Mana-mana Ahli yang digantung keahliannya oleh Kelab Bukit

Perdana atau Kelab Gabungan hilang kelayakan untuk: (a) Mengundi (b) Menggunakan kemudahan Kelab (c) Mengambil bahagian sebarang aktiviti anjuran Kelab Bukit

Perdana. 11A.4 Setiausaha Kehormat hendaklah memaklumkan kepada ahli itu

keputusan pengguguran keahlian oleh Jawatankuasa Kerja dan mengeluarkan namanya daripada daftar ahli.

11A.5 Apa-apa yuran yang tertunggak dan amaun yang kena dibayar oleh

ahli yang digugurkan itu hendaklah dikutip oleh Kelab mengikut cara yang difikirkan sesuai.

11A.6 Mana-mana ahli yang telah digugurkan boleh memohon semula

menjadi ahli sebagaimana peruntukan fasal 8. 12. Yuran

Semua ahli kecuali Ahli Gabungan dan Ahli Kehormat hendaklah membayar yuran bulanan seperti berikut:

(a) Ahli Biasa

(i) Gaji RM4,001 ke atas - RM10.00 (ii) Gaji RM3,001 sehingga RM4,000 - RM 6.00 (iii) Gaji RM2,001 sehingga RM3,000 - RM 4.00 (iv) Gaji RM1,201 sehingga RM2,000 - RM 3.00 (v) Gaji RM 801 sehingga RM1,200 - RM 2.00 (vi) Gaji RM 800 ke bawah - RM 1.00

8 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

(b) Ahli Bersekutu

Ahli Bersekutu dikehendaki membayar RM24.00 setahun sekali

gus.

(c) Ahli Seumur Hidup

Ahli Seumur Hidup dihendaki membayar RM300.00 dengan sekali gus.

BAB 4 – HAK, KEWAJIPAN DAN ‘LIABILITY’ AHLI 13. Hak Ahli

13.1 Hanya Ahli Gabungan yang tidak digantung keahliannya, Ahli Biasa yang telah membayar semua yuran dan Ahli Seumur Hidup yang sedang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri layak mengundi dalam Mesyuarat Agong dan memegang jawatan dan terhad kepada satu undi.

13.2. Ahli Bersekutu, Ahli Seumur Hidup yang tidak lagi berkhidmat di

Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Kehormat layak menikmati semua hak dan keistimewaan kecuali kuasa bersuara atau hak mengundi dalam pentadbiran Kelab.

13.3. Dalam semua Mesyuarat Agong atau Mesyuarat Jawatankuasa

Kerja, semua keputusan akan diputuskan dengan undi majoriti dan Pengerusi mempunyai undi penentu atau undi kedua.

13.4. Perlantikan ahli Jawatankuasa Kerja, kecuali jawatan Presiden dan

Setiausaha Kehormat adalah dibuat dengan undi dalam Mesyuarat Agong setiap 2 tahun sekali secara mengangkat tangan kecuali pengundian sulit dikehendaki oleh majoriti ahli yang hadir.

13.5. Pengundian oleh proksi tidak dibenarkan.

13.6. Pengumuman dibuat oleh Pengerusi bahawa sesuatu usul yang

telah diluluskan sebulat suara atau secara majoriti dan fakta ini yang akan dicatatkan dalam buku Minit Mesyuarat Kelab, hendaklah menjadi bukti yang nyata walaupun tanpa keterangan jumlah undi atau peratus undi yang menyokong atau menentang usul ini.

9 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

13.7. Ahli-ahli berhak mengetahui akan segala rekod-rekod persatuan setelah diberitahu kepada Setiausaha Kehormat dengan bertulis sekurang-kurangnya 3 hari terlebih dahulu.

13.8. Ahli-ahli berhak menggunakan hartabenda dan kemudahan

persatuan dengan kebenaran pihak yang bertanggungjawab. 14. Tingkahlaku Dan Tanggungjawab Ahli

14.1 Jawatankuasa Kerja akan, pada bila-bila masa selepas diberitahu melalui notis dan soal siasat mengenakan amaran, denda, menggantung atau menggugurkan mana-mana ahli Kelab bersabit dengan tingkahlaku mereka sama ada di dalam atau di luar Kelab yang pada pendapat Jawatankuasa Kerja telah menjejaskan reputasi dan kepentingan Kelab atau menjadikannya tidak sesuai dikaitkan dengan ahli-ahli Kelab atau melanggar undang-undang atau undang-undang kecil yang dibuat berdasarkan peruntukan di dalam undang-undang ini.

14.2. Sebarang denda yang boleh dikenakan kepada ahli atau tempoh

keahliannya digantung akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja

14.3. Mana-mana ahli yang merosakkan hartabenda kepunyaan Kelab akan dikehendaki membayar segala kos pembaikan itu akan ditaksir oleh Jawatankuasa Kerja dan keputusan mereka adalah muktamad.

14.4. Tidak seorang ahli pun boleh membawa atau mengeluarkan buku-

buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan bacaan lain keluar dari Kelab ini, kecuali dengan kebenaran pihak yang bertanggungjawab.

14.5. Minuman keras tidak boleh dibawa masuk dalam apa cara sekali

pun ke dalam rumah kelab oleh mana-mana ahli.

14.6. Jika seseorang ahli ingin mengemukakan aduan atau sebarang cadangan, mereka boleh berbuat demikian dengan cra bertulis dan dialamatkan kepada Setiausaha Kehormat. Setiausaha Kehormat akan merujukkan setiap aduan atau cadangan itu kepada Jawatankuasa Kerja dan keputusannya adalah muktamad.

14.7. Ahli-ahli akan, pada setiap dan bila-bila masa, menggunakan

kemudahan Kelab dengan berhati-hati dan cermat seperti mana mangikut kehendak undang-undang dan undang-undang kecil Kelab dan berkelakuan dengan tingkahlaku yang baik dan sopan demi mengekalkan keamanan dan suasana harmoni di premis kelab, demi kepentingan bersama untuk semua.

10 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

BAB 5 – MESYUARAT AGONG 15. Mesyuarat Agong Tahunan

15.1. Mesyuarat Agong Tahunan Kelab ini hendaklah diadakan setiap tahun seperti mana keputusan Jawatankuasa Kerja tetapi tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun.

15.2. Perkara-perkara yang berikut hendaklah dilaksanakan pada setiap

Mesyuarat Agong Tahunan:

(a) Menerima laporan Jawatankuasa Kerja berkenaan laporan kegiatannya sepanjang tempoh tahun lalu yang berakhir pada 31 Disember.

(b) Menerima dan sekiranya diluluskan, memperakukan

Penyata Akaun yang diaudit dan kunci kira-kira bagi tahun yang lalu yang berakhir pada 31 Disember.

(c) Merangka anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi

tahun berikutnya.

(d) Menimbang dan menerima usul pindaan undang-undang yang telah dikemukakan mengikut peruntukan fasal 30.

(e) Menguruskan perkara-perkara lain yang difikirkan perlu oleh

Jawatankuasa Kerja.

(f) Melantik Juruaudit.

(g) Menerima dan meluluskan hal-hal lain yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli dengan sekurang-kurangnya tujuh hari notis kepada Setiausaha Kehormat dan disyaratkan pula bahawa ahli yang berkenaan hendaklah hadir bersama-sama semasa hal itu dibincangkan.

16. Mesyuarat Agong Luar Biasa

Jawatankuasa Kerja akan memanggil satu Mesyuarat Agong Luar Biasa bagi membincangkan dan membereskan sebarang perkara khusus dan perkara penting. Jawatankuasa Kerja juga akan terikat untuk mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa dalam tempoh 42 hari dari tarikh penerimaan permintaan bertulis beramai-ramai yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 100 orang ahli yang berkelayakan untuk mengundi. Tiada hal lain boleh dibincangkan dalam sesuatu Mesyuarat Agong Luar Biasa kecuali perkara yang dimaksudkan itu sahaja.

11 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

17. Notis Bagi Mesyuarat Agong

17.1 Notis bagi setiap Mesyuarat Agong yang menjelaskan perkara yang akan dibincangkan mestilah ditampal di tempat-tempat tumpuan dan dipremis Kelab serta dihantar secara pos kepada semua ahli ke alamat terakhir mereka yang diketahui, tidak Kurang daripada 21 hari dari tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan.

17.2. Bagi Mesyuarat Agong Tahunan, satu salinan Penyata Akaun yang

telah diaudit dan kunci kira-kira bagi tahun lalu berserta laporan Jawatankuasa Kerja hendaklah dikepilkan bersama-sama setiap notis yang dihantar seperti diperuntukkan di bawah Fasal 17.1.

18. Korum bagi Mesyuarat Agong

18.1. Bagi semua Mesyuarat Agong, 50 orang ahli yang berkelayakan mengundi seperti mana ketetapan Fasal 13.1 atau empat kali ganda jumlah bilangan ahli Jawatankuasa Kerja, mengikut yang lebih kurang, adalah membentuk suatu korum Mesyuarat Agong.

18.2. Sekiranya korum tidak diperolehi dalam jangka masa 30 minit

selepas Mesyuarat Agong yang dijadualkan sepatutnya berlangsung, maka Mesyuarat Agong itu hendaklah ditangguhkan untuk jangka masa satu minggu dan selepas itu hendaklah dilaksanakan di tempat dan pada masa yang sama seperti yang dinyatakan di dalam notis memanggil mesyuarat itu. Mesyuarat yang ditangguhkan boleh dijalankan tanpa terikat kepada korum. Ahli-ahli yang hadir bagi sesuatu Mesyuarat Agong yang ditangguhkan itu berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan-keputusan yang menjejaskan semua ahli.

19. Penangguhan Mesyuarat Agong Pengerusi dengan restu mana-mana Mesyuarat agong yang sah boleh

menangguhkan sesuatu Mesyuarat Agong dari satu masa ke satu masa lain seperti yang telah diputuskan,dan bolehlah menguruskan mesyuarat yang berikutnya yang ditangguhkan sebelumnya dan perkara lain tidak boleh dibincangkan semasa mesyuarat yang tertangguh itu. Notis peringatan penangguhan mesyuarat dan urusan perkara yang akan dibincangkan tidak perlu dikeluarkan lagi. Sekiranya mesyuarat itu hendak ditangguhkan ke satu jangka masa yang melebihi empat belas hari, notis bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah dikeluarkan.

12 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

BAB 6 – JAWATANKUASA KERJA 20. Komposisi Jawatankuasa Kerja

20.1. Kelab hendaklah diuruskan oleh Jawatankuasa Kerja yang terdiri

seperti berikut:

(a) Seorang Presiden – iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, yang telah menjadi Ahli Gabungan.

(b) Seorang Naib Presiden.

(c) Seorang Setiausaha Kehormat – iaitu Pegawai Sukan dan

Kebajikan, Jabatan Perdana Menteri yang telah menjadi Ahli Biasa.

(d) Seorang Penolong Setiausaha Kehormat.

(e) Seorang Bendahari Kehormat

(f) Seorang Penolong Bendahari Kehormat.

(g) Seorang Pegawai Sukan.

(h) Seorang Pegawai Kebajikan dan Sosial.

(i) Tujuh orang Ahli Jawatankuasa Biasa

20.2. Jawatankuasa Kerja, jika difikirkan perlu boleh melantik tidak lebih

daripada 3 Ahli Jawatankuasa Biasa sebagai tambahan dan mereka ini mempunyai kelayakan mengundi sebagai Ahli Jawatankuasa dalam semua mesyuarat.

20.3. Semua ahli Jawatankuasa Kerja dan setiap pegawai yang

menjalankan pengurusan di dalam Kelab hendaklah warganegara Malaysia.

21. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja

Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja kecuali Presiden dan Setiausaha Kehormat dipilih dua tahun sekali dalam Mesyuarat Agung. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja akan dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung.

13 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

22. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

22.1. Jawatankuasa Kerja akan bermesyuarat sekurang kurangnya sekali sebulan.

22.2. 7 hari notis hendaklah diberi bagi setiap Mesyuarat Jawatankuasa

Kerja tetapi bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja tergempar, Presiden boleh mengadakan mesyuarat tersebut dengan notis yang lebih singkat.

22.3. Pada semua Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sekurang-kurangnya

setengah daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah hadir termasuk Presiden bagi membentuk korum mesyuarat.

22.4. Mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja yang gagal hadir pada tiga

kali mesyuarat Jawatankuasa Kerja secara berturut-turut tanpa penjelasan yang memuaskan akan sifatkan sebagai telah meletak jawatannya; tetapi cuti atau mengikuti kursus yang tempoh masanya tidak melebihi 6 bulan boleh dibenarkan setelah permohonan dibuat oleh mereka.

22.5. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mesyuarat akan diputuskan

melalui undi majoriti. Dalam keadaan undi yang sama banyak maka Pengerusi mesyuarat akan membuat undi pemutus.

22.6. Usul yang dihantar kepada semua ahli Jawatankuasa Kerja yang

dipersetujui secara bertulis oleh majoriti ahli akan membawa kesan yang sama seperti usul yang dijalankan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang sah.

23. Kuasa Jawatankuasa Kerja

Selain kuasa-kuasa lain yang diperuntukan, Jawatankuasa Kerja akan berkuasa dan mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut: 23.1. Meluluskan atau menolak permohonan menjadi ahli dan menerima

perletakan jawatan dan pemberhentian keahlian. 23.2. Meluluskan sebarang perbelanjaan dan menyelenggarakan segala

hal kewangan yang diterima dan dibelanjakan, mengemaskini aset harta-harta dan segala tanggungan Kelab.

23.3. Menyelenggarakan dan mengemaskini daftar ahli.

23.4. Menyediakan dan membentangkan, di dalam Mesyuarat Agong

Tahunan laporan Jawatankuasa Kerja, Penyata Akaun yang beraudit, dan kunci kira-kira dan anggaran pendapatan dan perbelanjaan Kelab bagi tahun berikutnya.

14 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

23.5. Melantik Jawatankuasa Kecil dan mewakilkan kepadanya mana-mana kuasa dan tugas Jawatankuasa Kerja. Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil itu bolehlah dilantik daripada kalangan ahli-ahli Kelab dengan syaratnya pengerusi Jawatankuasa Kecil tersebut hendaklah seorang anggota Jawatankuasa Kerja. Presiden, Naib Presiden, Bendahari Kehormat, Setiausaha Kehormat hendaklah berhak sepenuhnya untuk hadir pada mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kecil.

23.6. Memanggil Mesyuarat Agong.

23.7 Menandatangani mana-mana kontrak yang mewakili Kelab.

23.8. Membenarkan mereka yang sesuai dan berkelayakan bagi

menjalankan, melaksanakan, melindungi, bertolak ansur, merujuk bagi mendapatkan khidmat perundangan sekiranya berlaku tindakan undang-undang oleh Kelab atau terhadap Kelab atau Jawatankuasa Kerja yang membabitkan hal ehwal Kelab.

23.9. Menandatangani perjanjian timbal balik dengan mana-mana kelab

berdaftar lain atas sesuatu terma dan syarat perjanjian sepertimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Kerja.

23.10.Menguruskan pelbagai aduan daripada ahli-ahli.

23.11.Menukar kategori keahlian apabila perlu.

23.12.Menggubal, meminda, menambah dan memansuhkan undang-

undang kecil yang mentadbir hal ehwal Kelab atau hal lain yang tidak diperuntukan dalam undang-undang ini selaras dengan peruntukan Fasal 31. Setiap undang-undang kecil yang dipinda, ditambah, dimansuhkan itu akan mula berkuat kuasa pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.

23.13.Dari semasa ke semasa menambah kewangan atau mendapatkan

sumber pinjaman Kelab iaitu sejumlah wang yang difikirkan perlu dan wang tersebut bolehlah didapatkan dalam apa saja cara melalui perjanjian yang termaktub dalam semua keadaan yang difikir wajar dan dalam hubungan ini mereka boleh memajak harta benda Kelab dan hak Kelab sama ada untuk semasa atau untuk masa yang akan datang.

15 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

24. Tugas Pegawai

24.1. Tugas Presiden Presiden akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agong atau semasa ketiadaannya oleh Naib Presiden. Apabila Presiden dan Naib Presiden tidak hadir maka mesyuarat-mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik oleh ahli-ahli yang hadir semasa mesyuarat itu. Pengerusi sesuatu mesyuarat itu akan mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit bagi setiap mesyuarat apabila minit tersebut telah diluluskan.

24.2. Tugas Naib Presiden

(a) Naib Presiden akan memenuhi tanggungjawab dan menjalankan tugas-tugas Presiden semasa ketiadaannya.

24.3. Tugas Setiausaha Kehormat

(a) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja-kerja urusan harian pentadbiran, surat-menyurat Kelab dan menyimpan dengan selamat kesemua dokumen kepunyaan Kelab ini.

(b) Ia hendaklah membuat catatan mesyuarat dan rekod

perjalanan Kelab dan Jawatankuasa Kerja dan memastikan pelaksanaan semua usul mesyuarat agung dan keputusan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kecil.

(c) Ia hendaklah menyimpan dan mengemaskini daftar ahli-ahli

Kelab.

(d) Ia hendaklah memastikan hanya mereka yang berkelayakan akan menggunakan kemudahan kepunyaan Kelab. Ia juga hendaklah melaksanakan undang-undang kecil dan melaporkan kepada Jawatankuasa Kerja, sebarang pelanggaran undang-undang dan undang-undang kecil yang dikesan olehnya.

(e) Ia akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai

Pegawai Awam Kelab dan adalah penama yang bertanggungjawab ke atas semua tindakan perundangan ke atas Kelab mahupun oleh Kelab.

(f) Ia jua adalah ahli ex-officio kepada semua Jawatankuasa

Kecil.

16 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

(g) Pada amnya Setiausaha Kehormat akan melaksanakan

arahan-arahan Presiden atau Jawatankuasa Kerja. 24.4. Tugas Penolong Setiausaha Kehormat

Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah menolong Setiausaha Kehormat menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaaannya.

24.5. Tugas Bendahari Kehormat

(a) Bendahari Kehormat hendaklah mengawasi perjalanan kewangan Kelab dan menerima yuran Kelab dan semua wang yang terhutang kepada kelab dan resit Bendahari tentang penerimaan wang itu merupakan satu-satunya bukti sahih yang akan diiktiraf oleh Kelab. Bendahari boleh menyimpan RM500.00 untuk keperluan tunai segera. Kesemua wang yang selebihnya itu hendaklah dimasukkan ke dalam Bank dalam masa 7 hari selepas penerimaannya.

(b) Beliau hendaklah menyediakan penyata penerimaan dan

pembayaran tahunan yang berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun, setelah diaudit dan hendaklah dikirimkan kepada tiap-tiap ahli bersama-sama notis Mesyuarat Agong Tahunan.

(c) Beliau hendaklah menasihati Jawatankuasa Kerja tentang

mana-mana ahli yang akan disenaraikan sebagai ahli bertunggakan yuran (pemungkir) dan akan mengambil tindakan yang dianggap perlu atau diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja untuk mendapatkan balik wang yang terhutang kepada kelab.

(d) Beliau hendaklah menyediakan anggaran pendapatan dan

perbelanjaan sebelum 31 Disember tiap-tiap tahun untuk dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

24.6. Tugas Penolong Bendahari Kehormat

Membantu Bendahari Kehormat dalam menjalankan tugas-tugas dan menjalankan kerja Bendahari Kehormat semasa ketiadaannya.

17 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

24.7. Tugas Pegawai Sukan

(a) Menganjurkan pertandingan-pertandingan dan acara-acara sukan di antara Bahagian-Bahagian/ Unit-Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

(b) Menubuhkan pasukan-pasukan permainan bagi mewakili

Kelab Bukit Perdana ke pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Badan-badan Sukan Negeri-negeri/Persatuan-persatuan/Badan-badan dan Persatuan-persatuan Sukan yang lain.

(c) Menganjur dan mengatur acara-acara sukan persahabatan

di antara pasukan-pasukan pemain kelab Bukit Perdana dengan Badan-badan dan Persatuan-persatuan Sukan yang lain.

(d) Menganjur dan mengaturkan acara-acara lawatan sambil

mengadakan acara-acara sukan dengan organisasi/pertubuhan yang dilawati.

(e) Mengatur penyertaaan ahli-ahli kelab Bukit Perdana bagi

mengikuti kursus-kursus/Seminar Sukan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan atau badan-badan berdaftar lain.

(f) Hal-hal berkaitan dengan kegiatan sukan, olahraga dan

permainan dan mengaturkan padang permainan.

24.8. Tugas Pegawai Sosial Dan Kebajikan

(a) Bertanggungjawab mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan sosial ahli-ahli umpamanya membantu mengurus hal-hal yang perlu bila berlaku kesakitan/kematian dan menguruskan soal-soal perumahan dan persekolahan anak-anak.

(b) Menguruskan ceramah/ tunjuk ajar/ demonstrasi dan lain-

lain yang berkaitan sama ada berbentuk keagamaan/sivik.

(c) Memproses, menimbang dan meluluskan permohonan pinjaman kecil dari ahli-ahli.

(d) Megurus penggunaan rumah Kelab seperti menyediakan

bahan-bahan bacaan dan permainan dalam (indoor games) serta bertanggungjawab tentang keselamatan dan kebersihan rumah tersebut.

18 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

(e) Menguruskan perjumpaaan atau majlis keramaian sekurang-kurangnya sekali setahun bagi semua ahli dan jamuan mengenainya. Mengadakan jamuan perpisahan jika dan bila perlu.

24.9. Tugas Ahli Jawatankuasa Biasa

Mereka hendaklah membantu serta menerima tanggungjawab yang diberikan untuk menyempurnakan objektif Kelab.

BAB 7 – PERUNTUKAN KEWANGAN 25. Kewangan dan Akaun Kelab

25.1. Tahun Kewangan Kelab ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

25.2. Semua wang kepunyaan Kelab selain dari wang runcit, mestilah

dimasukkan ke dalam bank. Akaun bank hendaklah di atas nama Kelab.

25.3. Semua pengeluaran cek yang kurang daripada RM5,000.00 bagi

sesuatu masa hendaklah ditandatangani oleh 2 orang iaitu Presiden dan Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat. Bagi jumlah wang yang melebihi RM5,000.00 cek tersebut mestilah ditandatangani oleh 3 orang iaitu Presiden, Naib Presiden dan Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat.

25.4. Akaun sebenar yang diselenggarakan berkaitan dengan jumlah

wang yang diterima serta dibelanjakan dan cara bagaimana penerimaan dan pembayaran tersebut berlaku dan juga mengenai harta, kredit dan tanggungan khas Kelab boleh diperiksa oleh ahli-ahli tetapi tertakluk kepada sebarang had masa yang munasabah bagi memeriksa perkara tersebut yang mungkin dikenakan oleh Jawatankuasa Kerja.

26. Yuran Ahli

26.1. Yuran ahli sebagaimana peruntukan fasal 12 hendaklah dijelaskan sebelum berakhirnya minggu kedua setiap bulan. Sekiranya pada sesuatu masa yuran seseorang ahli masih belum dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh yuran itu sepatutnya dijelaskan, Bendahari Kehormat akan menghantar satu notis yang memintanya menjelaskan tunggakan yuran yang terhutang dalam masa 7 hari.

19 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

26.2. Sekiranya ahli tersebut masih gagal mematuhi notis tersebut, Bendahari Kehormat akan mensabitkan kegagalannya itu supaya namanya disenaraikan sebagai ahli bertunggakan yuran (pemungkir) dan namanya itu dipamerkan di mana-mana tempat di rumah Kelab. Ini juga akan meliputi:

(a) Penarikan semua penggunaan kemudahan Kelab Bukit

Perdana atau Kelab lain yang mempunyai perjanjian bersama dengan Kelab Bukit Perdana.

(b) Hilang kelayakan daripada mengundi di Mesyuarat Agong.

(c) Hilang kelayakan mengambil bahagian dalam semua acara

pertandingan anjuran Kelab.

26.3. Sekiranya akaun seseorang ahli masih belum dibereskan selepas 14 hari dari tarikh namanya dipamerkan sebagai Ahli bertunggakan yuran di bawah fasal 26.2, ahli tersebut itu hendaklah dengan automatik, digugurkan sebagai ahli Kelab. Jawatankuasa Kerja akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan semula amaun yang terhutang daripada ahli itu.

26.4. Seseorang ahli yang telah gugur keahliannya di bawah fasal ni

boleh, melalui permohonan dan dengan budibicara Jawatankuasa Kerja, didaftarkan semula dengan syarat ia telah membereskan sepenuhnya segala hutang yang ia patut bayar sebelum keahliannya gugur.

27. Harta Benda Kelab

27.1. Pendapatan dan harta benda Kelab, apabila diperolehi hendaklah semata-mata digunakan bagi maksud memajukan tujuan-tujuan Kelab.

27.2. Sebarang pelupusan atau penjualan harta benda tak alih

hendaklah diluluskan oleh 2/3 daripada ahli berdaftar yang berhak mengundi pada satu Mesyuarat Agong.

28. Juruaudit

Juruaudit hendaklah mengaudit akaun Kelab bagi tahun berkenaan dan menyediakan satu laporan atau sijil bagi Mesyuarat Agong Tahunan berkenaan. Ia juga boleh diminta oleh Presiden untuk mengaudit akaun Kelab bagi mana-mana tempoh perkhidmatan pada sebarang tarikh dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Kerja.

20 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

BAB 8 – SYARAT-SYARAT AM 29. Tafsiran Undang-undang dan Undang Kecil

29.1. Jawatankuasa Kerja hendaklah menjadi badan berkuasa yang tunggal bagi mentafsirkan undang-undang ini dan undang-undang kecil yang dibuat di bawah peruntukan fasal 31.

29.2. Apa-apa tafsiran yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja

mengenai undang-undang ini atau undang-undang kecil yang dibuat di bawah peruntukan fasal 31 adalah muktamad dan terikat kepada semua ahli melainkan diubah oleh Mesyuarat Agong.

29.3. Jika timbul sebarang persoalan atau perkara yang tidak terkandung

di dalam undang-undang atau undang-undang kecil, Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan dan keputusan itu adalah muktamad serta terikat kepada semua ahli dengan syarat keputusan Jawatankuasa Kerja hendaklah disahkan oleh suatu Mesyuarat Agong dalam jangka masa secepat mungkin yang sesuai.

30. Pindaan Undang-undang

30.1. Undang-undang ini boleh dipinda atau dimansuhkan dari semasa kesemasa dengan keputusan yang diambil dalam Mesyuarat Agong dengan memberikan notis 14 hari sebelum tarikh bermesyuarat dengan syarat sebarang ketetapan membuat pindaan hendaklah mendapat sokongan 2/3 daripada jumlah ahli Jawatankuasa Kerja.

30.2. Cadangan pindaan atau perubahan atau pindaan undang-undang

yang tidak mendapat sokongan 2/3 daripada jumlah Jawatankuasa Kerja hendaklah dijadikan sebahagian agenda Mesyuarat Agong berikutnya dengan syarat telah mendapat sokongan bertulis daripada 50 ahli yang layak mengundi.

30.3. Ketetapan untuk mengubah, meminda atau memansuhkan undang-

undang Kelab ini diterima setelah mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli yang hadir dan layak mengundi dalam Mesyuarat Agong.

30.4. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah

dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan yang diterima di dalam Mesyuarat Agong dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai tarikh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

21 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

31. Undang-Undang Kecil

Jawatankuasa Kerja berkuasa membuat, meminda atau memansuhkan sebarang undang-undang kecil yang difikirkan perlu bagi tujuan-tujuan yang berikut : 31.1. Menetapkan prosedur perjalanan Jawatankuasa Kerja atau

Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang lain. 31.2. Mengawasi perlantikan calon-calon ahli.

31.3. Menetapkan peraturan kepada semua ahli dan individu yang

menggunakan kemudahan Kelab dan penarikan semua atau sebahagian daripada hak-hak mereka, sama ada secara sementara atau kekal.

31.4. Menetapkan peraturan kepada ahli dan individu yang

menggunakan kemudahan Kelab dan menentukan kadar tanggungannya dalam penggunaan tersebut.

31.5. Menentukan dan menetapkan tanggungan kepada ahli dan individu

yang menggunakan Kelab tentang tanggungan yang perlu dibayar kepada kerosakan yang berlaku, kelewatan membayar yuran dan denda bagi pelanggaran undang-undang dan undang-undang kecil Kelab.

31.6. Menetapkan peraturan perjalanan dan pengurusan sukan,

permainan dan rekreasi yang dianjurkan oleh Kelab.

31.7. Menetapkan peraturan perjalanan dan pengurusan pertandingan-pertandingan dan kejohanan-kejohanan.

31.8. Menetapkan peraturan penggunaan rumah Kelab, premis dan

kawasan Kelab yang lain.

31.9. Membuat peraturan bagi ahli-ahli menjelaskan semua bayaran kepada Kelab.

31.10.Membuat peraturan perjalanan dan pengurusan tabung kebajikan

bagi faedah ahli-ahli Kelab.

31.11.Membuat peraturan-peraturan umum yang lain bagi kebaikan dan tingkahlaku ahli-ahli Kelab dan orang-orang istimewa dan bagi pengurusan Kelab teratur, dengan syarat semua undang-undang kecil ini tidak bertentangan dengan undang-undang ini.

22 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

31.12.Setiausaha Kehormat akan mempamerkan di papan kenyataan Kelab, Satu salinan semua undang-undang kecil ini atau pindaannya atau pemansuhannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja dan ini adalah berkuat kuasa kepada semua ahli dan individu yang menggunakan Kelab ini.

32. Pengumuman Akhbar

Presiden dan lain-lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja sahaja yang boleh membuat pengumuman akhbar mengenai hal-ehwal Kelab.

33. Pengamanah

33.1. Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Kelab. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Kelab dengan menandatangani suatu surat amanah.

33.2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan

milik harta kepunyaan Kelab dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agong Tahunan.

33.3. Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh

Mesyuarat Agong oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah baharu yang dilantik di dalam Mesyuarat Agong.

34. Larangan

Kelab ini adalah dilarang: 34.1. Menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli atau tidak,

atas nama Kelab atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa Kerja atau ahli-ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

34.2. Membuat apa-apa jua aktiviti-aktiviti seperti berkelakuan kurang

sopan, menghisap dadah/candu, berjudi dan meminum minuman keras di dalam atau disekitar rumah Kelab.

23 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

34.3. Lain-lain aktiviti yang ditegahi oleh Undang-Undang Negara.

34.4. Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Kelab kepada mana-mana ahli Kelab.

35. Penempahan Rumah Kelab dan Kemudahannya

35.1. Jawatankuasa Kerja boleh, pada bila-bila masa, dan dari semasa ke semasa, dengan memberi notis, mengkhaskan sebahagian atau beberapa bahagian premis Kelab atau kemudahan untuk maksud dan jangka masa tertentu untuk penggunaan ahli dan tertakluk kepada peruntukan dan syarat penggunaannya yang ditentukan iaitu sama ada dikenakan bayaran ataupun sebaliknya yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Kerja.

35.2. Jawatankuasa Kerja boleh, dalam sebarang masa dan keadaan

menutup sebahagian atau seluruh premis Kelab atau kemudahannya bagi tujuan pembaikan, pembaharuan, penjagaan atau menganjurkan sesuatu perayaan/peristiwa atau penghormatan atau untuk mematuhi keperluan semasa seperti yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Kerja.

35.3. Notis bagi maksud seperti dalam fasal ini mestilah seawal mungkin

dan hendaklah ditampalkan di papan kenyataan Kelab. 36. Notis kepada Ahli

36.1. Melainkan jika ditentukan sebaliknya, notis-notis hendaklah diberikan kepada ahli-ahli melalui pos kepada alamat berdaftar mengikut alamat terakhir mereka dan dianggap telah dihantar selepas 3 hari notis atau surat itu telah diposkan.

36.2. Jika ahli-ahli berkenaan berpindah dari alamat berdaftar mereka,

notis itu akan ditampalkan di papan notis Kelab dan dianggap telah dihantar selepas 3 hari ditampalkan.

37. Ganti Rugi Dan Tanggungan Kelab

37.1. Jawatankuasa Kerja dan ahli-ahlinya, ahli-ahli semua Jawatankuasa Kecil (yang dilantik oleh kelab dan Jawatankuasa Kerja) dan pegawai-pegawai lain yang pada ketika itu mempunyai hubungan dengan apa-apa urusan Kelab hendaklah diberi ganti rugi (selain dari yang diberikan oleh undang-undang) daripada harta Kelab, daripada dan kepada semua tuntutan, perintah, prosiding, kos, bayaran, kehilangan, kerosakan dan perbelanjaan disebabkan oleh apa-apa tingkah laku yang dilakukan atau

24 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

ditinggalkan dalam/semasa menjalankan tugas mereka masing-masing atau amanah yang dipertanggungjawabkan.

37.2. Tertakluk kepada peruntukan (1) di atas, tiada apa-apa ganti rugi

diberi jika tuntutan, perintah, prosiding, kos, bayaran, kehilangan, kerosakan dan perbelanjaan itu dibuktikan disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian atau ketinggalan dengan sengaja oleh mereka.

37.3. Setakat mana tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan

Perlembagaan Persekutuan, Akta, Undang-undang, Ordinan, Undang-undang Kecil dan Peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa-kesemasa, Kelab tidak boleh, pada sebarang masa dituntut atau didakwa memberi/membayar ganti rugi atau perbelanjaan perubatan oleh:

(a) mana-mana ahli Kelab yang mati semasa menjadi ahli kelab

atau semasa menjalankan tugas-tugas rasmi Kelab, atau (b) mana-mana ahli Kelab yang ditimpa kemalangan, kecederaan,

hilang upaya akal, hilang upaya sementara, hilang upaya separuh badan kekal dan sementara, semasa menjalankan tugas Kelab, mengguna atau menikmati kemudahan, keistimewaan atau peralatan yang terdapat di dalam kelab. (Ahli-ahli Kelab dalam peruntukan ini termasuk juga isteri/suami/anak/anak-anak/keluarga ahli-ahli Kelab).

37.4. Kelab tidak boleh didakwa terhadap sesuatu kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana barang atau harta benda ahli yang diletakkan dalam premis atau kawasan Kelab oleh ahli.

38. Pembubaran Jawatankuasa Kerja

38.1. Sekiranya Jawatankuasa Kerja, selain daripada Presiden dan Setiausaha Kehormat, ingin hendak meletak jawatan secara beramai-ramai dengan sebab yang munasabah atau sebab yang tidak dapat dielakkan mereka boleh berbuat demikian hanya di Mesyuarat Agong yang diadakan khas bagi tujuan itu. Mesyuarat Agong Luar Biasa itu seterusnya akan melantik satu Jawatankuasa Kerja Sementara untuk bertugas.

38.2. Sekiranya undi tak percaya diluluskan ke atas Jawatankuasa Kerja,

selain daripada Presiden dan Setiausaha Kehormat, dalam mana-mana Mesyuarat Agong Luar Biasa maka Mesyuarat Agong itu

25 Undang-undang Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

hendaklah memilih satu Jawatankuasa Kerja Sementara untuk bertugas.

38.3. Jawatankuasa Kerja Sementara ini adalah mempunyai tugas-tugas

dan kuasa-kuasa yang sama dengan Jawatankuasa Kerja yang dahulu itu.

39. Pembubaran Kelab

39.1. Kelab ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan tidak kurang daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agong yang dipanggilkan khas untuk tujuan tersebut.

39.2. Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di

atas maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah didermakan kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia atau lain-lain pertubuhan Kebajikan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Hasil Dalam Negeri.

39.3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah

disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.