undang-undang jenayah syariah dalam...

14
1 UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Dr. Al-Adib Samuri, Dr. Zuliza Mohd Kusrin, Anwar Fakhri Omar dan Mohd Zamro Muda Universiti Kebangsaan Malaysia PENGENALAN Undang-undang Jenayah Syariahatau hudud adalah suatu bentuk undang- undang samawi yang diwahyukan melalui Rasulullah s.a.w. Dalam konteks Tanah Melayu, undang-undang Islam ini telah diperuntukkan melalui Undang- undang Islam di negeri masing-masing, sebagaimana yang terdapat dalam Hukum Kanun negeri-negeri berkenaan seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah, Majallah al-Ahkam Johor dan lain-lain. Kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu bermula tahun 1786 menyebabkan undang-undang Islam terpinggir pemakaiannya terutamanya selepas lulusnya Piagam Keadilan Pertama (1807), Piagam Keadilan Kedua (1826) dan Piagam Keadilan Ketiga (1855) di Negeri-negeri Selat. Pengenalan Undang-undang Sivil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Enakmen Undang-undang Sivil 1937 dan Ordinan Undang-undang Sivil 1951 bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Keadaan ini telah menyebabkan para pegawai Inggeris campur tangan dalam sistem pentadbiran keadilan dan kehakiman di Tanah Melayu. Atas dasar ini, pemakaian undang-undang Islam kemudiannya disempitkan kepada hal ehwal kekeluargaan atau undang-undang diri sahaja (Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned 2007). Walau bagaimanapun kedudukan Islam sebagai agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes Ramah v Laton[1927]6 FMSLR 128, Islamic Law is the law of the land’. Ketika draf Perlembagaan merdeka digubal, kedudukan agama Islam dibincangkan bersama. Justeru Perlembagaan Persekutuan mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman

Upload: trannhi

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

1

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Dr. Al-Adib Samuri, Dr. Zuliza Mohd Kusrin, Anwar Fakhri Omar dan Mohd Zamro Muda

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Undang-undang Jenayah Syariahatau hudud adalah suatu bentuk undang-

undang samawi yang diwahyukan melalui Rasulullah s.a.w. Dalam konteks

Tanah Melayu, undang-undang Islam ini telah diperuntukkan melalui Undang-

undang Islam di negeri masing-masing, sebagaimana yang terdapat dalam

Hukum Kanun negeri-negeri berkenaan seperti Hukum Kanun Melaka,

Undang-undang Pahang, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah,

Majallah al-Ahkam Johor dan lain-lain.

Kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu bermula tahun 1786

menyebabkan undang-undang Islam terpinggir pemakaiannya terutamanya

selepas lulusnya Piagam Keadilan Pertama (1807), Piagam Keadilan Kedua

(1826) dan Piagam Keadilan Ketiga (1855) di Negeri-negeri Selat.

Pengenalan Undang-undang Sivil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

diperkenalkan melalui Enakmen Undang-undang Sivil 1937 dan Ordinan

Undang-undang Sivil 1951 bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Keadaan ini telah menyebabkan para pegawai Inggeris campur tangan dalam

sistem pentadbiran keadilan dan kehakiman di Tanah Melayu. Atas dasar ini,

pemakaian undang-undang Islam kemudiannya disempitkan kepada hal

ehwal kekeluargaan atau undang-undang diri sahaja (Ahmad Ibrahim &

Ahilemah Joned 2007). Walau bagaimanapun kedudukan Islam sebagai

agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

Ramah v Laton[1927]6 FMSLR 128, ‘Islamic Law is the law of the land’.

Ketika draf Perlembagaan merdeka digubal, kedudukan agama Islam

dibincangkan bersama. Justeru Perlembagaan Persekutuan mengekalkan

kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana peruntukan

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu “Ugama Islam ialah ugama

bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman

Page 2: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

2

dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Disamping itu terdapat

juga perkara-perkara lain dalam Perlembagaan yang menyatakan tentang

kedudukan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah. Berdasarkan fakta

sejarah undang-undang Islam di Malaysia, adakah Malaysia boleh dianggap

sebagai sebuah negara sekular yang menghalang pelaksanaan undang-

undang hudud ataupun sebaliknya?

SIFAT MALAYSIA DALAM KERANGKA PERUNDANGAN

Sifat dwi perundangan di Malaysia menyebabkan sebahagian masyarakat di

Malaysia yang terdiri dari kalangan pengamal undang-undang, pentadbir, ahli

politik, penyelidik dan juga orang awam mempunyai dua pandangan

mengenai sifat negara Malaysia. Pendapat pertama menyatakan bahawa

Malaysia adalah negara sekular dan pendapat kedua pula menafikan

Malaysia sebagai negara sekular. Berdasarkan perselisihan pandangan

tersebut, kajian ini menganalisis hujah kedua-duanya dan

membincangkannya dari aspek kerangka perundangan di Malaysia.

Pendapat Pertama: Malaysia Adalah Negara Sekular

Isu mensekularkan Malaysia disandarkan kepada para pemimpin seperti

Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan lain-lain yang dibuat berasaskan

pendapat umum sahaja dan lebih kepada kelangsungan politik. Manakala

pendapat yang menyatakan bahawa Malaysia telahpun menjadi sebuah

negara Islam menyandarkan pendapat berasaskan kenyataan Tun Mahathir

Mohamed pada tahun 2001. Seharusnya, pentafsiran berkenaan sifat sekular

ataupun tidak negara Malaysia ini perlu dirujuk kepada Perlembagaan

Persekutuan serta tafsiran-tafsiran para hakim berkenaan kedudukan Islam

dalam Perlembagaan Malaysia. Selain itu, sandaran juga perlu dibuat kepada

laporan Suruhanjaya Reid. Persoalan yang boleh dianalisis ialah sejauhmana

realitinya? Walaupun undang-undang Islam kelihatan terpinggir tetapi

masyarakat Islam di Malaysia tidak pernah secara menyeluruh menolak

undang-undang Islam. Shamrahayu (2013) menyatakan tidak bersetuju

Page 3: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

3

Malaysia dianggap negara sekular kerana masih wujud undang-undang Islam

dan pengiktirafan Islam sebagai agama Persekutuan.

Keduanya, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara sekular adalah

berasaskan kepada keputusan kes Che Omar bin Che Soh v Pendakwa Raya

[1988] 2 MLJ 55, di mana dalam kes ini hakim Mahkamah Agong (ketika

itu)menolak hujah perayu dan menyatakan bahawa walaupun Islam

merupakan satu cara hidup yang syumul tapi bukanlah makna yang diniatkan

oleh Perkara 3 dan yang dimaksudkan ialah hanya terbatas kepada perkara

ibadat dan upacara keagamaan sahaja. Keputusan kes berkenaan menjadi

pegangan kuat Karpal Singh yang menegaskan bahawa Malaysia adalah

negara sekular berasaskan penghakiman oleh Mahkamah Agong dalam kes

tersebut yang telah mentafsirkan pemakaian Islam di Malaysia hanya

tertakluk kepada perkara rasmi seperti pertabalan Yang di-Pertuan Agong,

pembacaan doa semasa upacara pertabalan dan juga keputeraan Yang di-

Pertuan Agong. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara

sekular dan pelaksanaan hudud melalui Undang-undang persendirian, di

peringkat kerajaan negeri adalah bertentangan dengan Perlembagaan (Anon

2014a).

“I have said time and again, and I repeat, Parliament cannot approve

for implementation, by way of a private member’s bill, a state law which

is unconstitutional”.

Pendapat Kedua: Malaysia Bukan Negara Sekular

Pendapat yang berpandangan Malaysia bukan negara sekular telah merujuk

kepada sejarah sistem undang-undang di Tanah Melayu dan juga peruntukan

Perlembagaan Persekutuan serta pentafsiran yang dibuat dalam kes-kes

terkini. Suatu fakta yang pasti ialah sejarah perundangan di Tanah Melayu

dan juga Malaysia tidak pernah membuktikan Malaysia sebagai sebuah

negara sekular. Tidak dinafikan bahawa terdapat pengaruh Undang-undang

Common Law dan Equity yang kuat dalam sistem perundangan di Malaysia

tetapi keadaan tersebut tidak pernah sama sekali menafikan kedudukan

istimewa Islam dalam sistem kehakiman negara. Bermula dari zaman

Page 4: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

4

penjajahan Inggeris hinggalah ke hari ini usaha untuk memartabatkan Islam

dan Hukum Syarak menjadi agenda yang berterusan dan mendapat

sokongan yang baik daripada pihak kerajaan sendiri. Jaminan ini

diperkukuhkan lagi melalui Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan

berkenaan hak pendidikan. Peruntukan tersebut menyatakan:

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan

menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam

agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-

mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang

berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran

mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan

atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau

membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi

Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran

dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu

bagi maksud itu.

Peruntukan sedemikian jelas menunjukkan penafian terhadap sifat

sekularisma Malaysia yang dianggap sebagai halangan kepada pelaksanaan

hudud (Malik Munip 2012). Zainur Rijal Abu Bakar (2013), juga berpandangan

Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana terdapat banyak peruntukan

dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada

Islam. Mentafsirkan kedudukan Islam di Malaysia dengan merujuk kepada

penghakiman dalam kesChe Omar bin Che Soh v Pendakwa Raya [1988] 2

MLJ 55 adalah tergelincir daripada semangat penghakiman tersebut.

Penghakiman kes-kes di Mahkamah Persekutuan dalam kes sepertiLatifah

bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor[2007] 5 MLJ 101 danLina Joy v

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan& Yang Lain [2007] 3 CLJ 557.

Begitu juga, keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Meor

Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2000] 5 MLJ 375.

Alasan penghakiman yg diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi mengenai

kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan katanya: “Islam adalah

agama bagi Persekutuan.Islam adalah agama utama di antara agama-agama

lain.Islam bukan setaraf dengan agama lain atau berdiri sama tegak. Ia duduk

Page 5: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

5

di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang

kedengaran. Islam diibarat pokok jati, tinggi, teguh dan terang. Jika bukan

sedemikian Islam bukanlah agama bagi Persekutuan”. Namun keputusan

Mahkamah Tinggi dalam kes ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan

[2005] 2 MLJ 25. Di samping itu, terdapat banyak lagi kesyang dengan jelas

menunjukkan penafian kepada sifat sekularisma yang dilabelkan kepada

Malaysia. Ini jelas membuktikan pentafsiran mahkamah kini yang jelas

memelihara kedudukan agama Islam adalah laluan kepada pelaksanaan

hudud.

Walau bagaimanapun dari aspek teknikalitinya Abdul Aziz Bari (Anon

2014b) semasa mengulas tindakan Kelantan untuk membawa rang undang-

undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di

Dewan Rakyat, menyatakan bahawa PAS keliru dan tidak jelas berkenaan

pelaksanaan hudud di Kelantan. Ini kerana tindakan PAS meluluskan

enakmen hudud dalam tahun 1993 walaupun menyedari bahawa PAS tiada

bidangkuasa melaksanakannya, jelas menunjukkan kekeliruan mereka dalam

isu bidangkuasa ini. Beliau berpandangan bahawa hudud boleh dilaksanakan

di Malaysia walaupun bertentangan dengan undang-undang sedia ada

dengan syarat mengikut saluran Persekutuan yang dibenarkan.

Menurut Abdul Aziz Bari, di Malaysia telah wujud perbankan dan zakat

yang dilaksanakan mengikut syariat, menunjukkan tiada halangan jika hendak

menghukum pesalah mengikut undang-undang Islam. Kerajaan negeri

Kelantan yang telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang

mengandungi hukuman hudud, mampu melaksanakannya jika mengikut

laluan yang dibenarkan oleh Persekutuan (Salmah Mat Husain 2013).

Memetik pendapat Dr Aznan Hasan (2012) bahawa penerimaan serta

sambutan yang baik oleh non-Muslim terhadap sistem kewangan Islam di

Malaysia adalah kerana impak positif dari aspek keuntungan dan keadilan

yang dizahirkan daripada sistem tersebut, kerana bagi mereka wang itu tidak

mengenal agama. Sekiranya sistem tersebut memberi manfaat dan

keuntungan ia akan mudah diterima masyarakat. Perkara yang sama juga

boleh diqiyaskan kepada pelaksanaan hudud ini kerana perbuatan jenayah

tidak mengenal perbezaan agama, bangsa, budaya dan keturunan.

Masyarakat hanya akan menerima mana-mana undang-undang yang

Page 6: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

6

dirasakan berupaya menjamin keadilan, keamanan serta keselamatan

individu, kelompok masyarakat dan negara.

Abdul Aziz Bari (2013) juga berpandangan hudud boleh dilaksanakan

tanpa membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, kerana

sebahagian daripada hukum hudud telah pun dilaksanakan dalam bentuk

jenayah syariah, seperti kesalahan zina dan murtad, cuma hukumannya

sahaja tidak mengikut Islam. Kenyataan yang menyatakan hudud tidak boleh

dilaksanakan kerana Perlembagaan bersifat sekular juga tidak benar kerana

kandungan Perlembagaan tersebut menunjukkan pengiktirafan terhadap

amalan undang-undang Islam, walaupun dalam ruangan yang terhad.

Berkenaan dengan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah, pindaan perlu dibuat

kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan

1984) bagi memberi ruang kepada pelaksanaan hukuman hudud.

TANTANGAN PERUNDANGAN KEARAH PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

Abdul Aziz Bari (2010) menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan

Malaysia adalah bersifat Islam. Walau bagaimanapun, pentafsiran peruntukan

Perlembagaan yang ketikanya tidak mesra Islam menyebabkan seperti wujud

halangan untuk pelaksanaan Hukum Syarak atau hudud di Malaysia. Justeru

itu, prospek kepada pelaksanaan hudud di Malaysia ialah mentafsirkan

peruntukan berkenaan Islam semaksimum yang mungkin secara mesra Islam

kerana terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan yang terbukti

menjamin kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, yang secara tidak

langsung bermaksud memberi ruang kepada pelaksanaan hudud di Malaysia.

Dalam membincangkan isu pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia

terdapat dua perkara yang seringkali dipersoalkan, iaitu:

(a) Adakah Perlembagaan mempunyai ruang untuk menggubal undang-

undang hudud?

(b) Apakah halangan pelaksanaan hukuman hudud?

Page 7: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

7

Hujah yang menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan adalah

kerana Malaysia adalah sebuah negara sekular. Walau bagaimanapun, jika

pendapat tersebut dapat disanggah dan terbukti telah disanggah, bermaksud

Perlembagaan tidak menghalang pelaksanaan hudud di Malaysia.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam

ialah agama bagi Persekutuan. Tafsirannya boleh dirujuk kepada alasan

penghakiman Hakim Mohd Noor Abdullah dalam kesMeor Atiqulrahman bin

Ishak & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2000] 5 MLJ 375, di mana beliau

memberi pandangan berkenaan Islam di Malaysia seperti berikut:

The provision “Islam is a Federal religion but other religious may be practised in peace and harmony” means only that Islam is the foremost religion among other religions embraced in this counter. Islam is not equal to, neither sits together, nor stands at par with other religions. However Islam sits above, walks ahead, is located in the field and its voice is heard loud. This means that the Government is responsible for preserving, illuminating and developing Islam as the Government is able to do at present, and other religions are to be appropriately lined up and positioned in a direction that guarantees that they may be practiced in peace and harmony without threatening the leading position of Islam”

Pentafsiran tersebut jelas menunjukkan hak kebebasan beragama di

kalangan masyarakat berlainan agama dan berbilang kaum dijamin dengan

mengutamakan kedudukan istimewa Islam tidak tergugat. Justeru menjadi

tanggungjawab pemerintah memastikan pengamalan Islam di Malaysia

terpelihara dan dimartabatkan. Raja-raja Melayu juga berperanan penting

memartabatkan agama Islam kerana hal ini juga bersesuaian dengan sumpah

perlantikan para Raja-raja Melayu dalam Jadual Keempat, Bahagian 1

Perlembagaan Persekutuan, yang berjanji memelihara kemuliaan agama

Islam. Di samping itu, Majlis Raja-raja juga memainkan peranan memelihara

agama Islam melalui Perkara 38(1)(b) dengan kuasanya untuk memberi

keizinan atas perkara-perkara yang berkaitan hal ehwal agama Islam.

Perkara 11(4) berkenaan halangan pengembangan apa-apa doktrin

atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.

Peruntukan ini ditafsirkan melalui peruntukan Enakmen Kawalan

Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang-orang Islam di

peringkat negeri-negeri. Pemakaian perundangan tersebut jelas memelihara

Page 8: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

8

kedudukan agama Islam yang jika ditafsirkan secara mesra Islam boleh

difahami sebagai menghalang orang-orang Islam daripada dipengaruhi oleh

sebarang doktrin atau kepercayaan selain agama Islam, termasuklah dalam

undang-undang sivil yang sama sekali bertentangan dengan Hukum Syarak.

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan adalah peruntukan umum

tentang ruh Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan.

Walau bagaimanapun, tafsiran ini tidak menyentuh khusus tentang undang-

undang jenayah (hudud). Jadual Kesembilan, senarai 4(h) tidak menghalang

Persekutuan meluluskan undang-undang Islam atau hudud. Walau

bagaimanapun ia perlu dibuat di bawah Kerajaan Persekutuan.

Berkenaan tafsiran Islam dalam Perlembagaan yang dirujuk kepada

kes Che Omar Che Soh, ia dianggap tidak lagi relevan dalam sistem

perundangan di Malaysia kini. Ini kerana amalan prinsip judicial precedent

tidak begitu kemas dalam Perlembagaan kerana Perlembagaan adalah

undang-undang yang evergreen, memberi ruang kepada tafsiran yang baru

walaupun dalam aspek peruntukan undang-undang yang sama. Justeru, ini

membolehkan pembinaan suatu falsafah baru dalam Undang-undang

Jenayah Syariah. Dalam membina suatu falsafah perundagan tersebut

kekuatan pentadbir dan juga kehendak masyarakat juga sangat penting untuk

menjenayahkan perbuatan, ini merupakan falsafah dalam undang-undang

jenayah Barat. Dalam Islam undang-undang telah ada tetapi kehendak

masyarakat tidak cukup kuat untuk menguatkuasakannya (Abdul Aziz Bari

2013).

Halangan utama undang-undang dalam melaksanakan Enakmen

Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) adalah dikatakan berpunca

daripada had yang dikenakan oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa

Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) [Akta 355]. Seksyen 2 Akta 355

memperuntukkan:

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah

mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang

kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan

berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu

dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan

kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang

Page 9: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

9

kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun

agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang

boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh

dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum

penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima

ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan

hukuman-hukuman tersebut.

Peruntukan Seksyen 2 Akta 355 di atas secara jelas telah

menghadkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah yang tertakluk

kepada hukuman maksimum penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak

melebihi RM5,000 serta rotan tidak melebihi enam kali sebatan atau

kombinasi daripada mana-mana hukuman tersebut. Manakala Seksyen 1

Akta 355 telah menegaskan bahawa akta ini hanya terpakai kepada semua

negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Kelantan.

Wan Ahmad Farid(2014) berpandangan bahawa perkara tersebut

boleh diatasi sekiranya kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk terus

melaksanakan hudud, melalui dua cara iaitu:

Langkah pertama ialah kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil

inisiatif untuk dibuat pindaan terhadap Seksyen 1Akta 355 melalui draf

rang undang-undang ahli persendirian dengan memasukkan frasa

“kecuali bagi negeri Kelantan”, selepas frasa “negeri-negeri

Semenanjung Malaysia”. Setelah dipinda, Akta 355 tidak lagi terpakai

kepada kelantan dan kerajaan negeri dapat meneruskan pelaksanaan

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993).

Alternatif yang lain ialah kerajaan negeri Kelantan perlu mencabar Akta

355 dengan mendapatkan arahan daripada mahkamah dalam bentuk

deklarasi menyatakan bahawa Akta 355 adalah tidak sah dan terbatal

(null andvoid) terhadap negeri Kelantan dan juga negeri-negeri lain di

Page 10: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

10

Semenanjung Malaysia kerana ia melangkaui bidang kuasa

Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menurut Perlembagaan

Persekutuan adalah terletak di bawah hal ehwal negeri masing-

masing. Langkah ini lebih rumit berbanding dengan langkah yang

pertama.

Cadangan yang dikemukakan oleh Wan Ahmad Farid ini sebenarnya

bersesuaian dengan konsep pentafsiran mesra Islam dalam mentafsirkan

Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam peruntukan yang jelas

menyentuh tentang agama Islam.

Hudud bertentangan dengan prinsip undang-undang iaituequality

before the law, jika hudud dikhususkan kepada orang Islam sahaja. Tun

Mahathir Mohamad berpendapat hudud akan menyebabkan ketidakadilan

berlaku, contohnya jika orang Islam mencuri dan disabit akan dikenakan

hukuman hudud iaitu potong tangan manakala bukan Islam tidak (Anon

2014c). Justeru, pelaksanaan hudud perlu dibuat secara menyeluruh kepada

semua orang sama ada Islam atau bukan Islam. Keadilan disini ialah

memberi keadilan dalam ertikata menghukum pesalah dengan hukuman yang

sama tanpa membezakan latarbelakang agama, keturunan dan adat resam

masing-masing. Kecuali dalam hal berkaitan undang-undang diri atau

keluarga telah dipersetujui di peringkat antarabangsa juga, bahawa undang-

undang diri masing-masing boleh diaplikasikan. Walau bagaimanapun dalam

hal berkaitan undang-undang awam, hanya satu bentuk undang-undang

sahaja yang perlu. Ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan

Persekutuan, Perkara 8 berkenaan hak sama rata di sisi undang-undang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNDANG-UNDANG KE ARAH PELAKSANAAN HUDUD

Page 11: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

11

Pelaksanaan hudud perlu kepada reformasi undang-undang jenayah di

Malaysia. Laluan pelaksanaan hudud adalah melalui pindaan kepada

beberapa hukuman dalam kesalahan jenayah sedia ada serta penambahan

kepada beberapa kesalahan hudud yang tidak dinyatakan lagi dalam undang-

undang jenayah tersebut. Suatu reformasi dalam bentuk pindaan,

penambahan beberapa peruntukan perundangan serta proviso-proviso

berkaitan perlu dimasukkan dalam undang-undang jenayah sedia ada.

Kesalahan dalam Penal Code atau Kanun Jenayah perlu dibuat

penambahbaikan sepertimana pelaksanaan hudud di negara Brunei

Darussalam. Alasan bahawa Malaysia terikat dengan Perlembagaan

Persekutuan tidak akan timbul kerana walaupun Perlembagaan Persekutuan

adalah perlembagaan bertulis yang umumnya bersifat rigid tetapi hakikatnya

telah melalui beberapa proses pindaan. Isu utama yang menghalang

pelaksanaan hudud bukanlah berpaksi kepada Perlembagaan ataupun sifat

sekularnya tetapi sebenarnya terikat dengan gesaan dan bantahan yang

menghalang pelaksanaan hudud tersebut. Sekiranya dianalisis dari aspek

kerangka Perlembagaan yang terkandung jaminan terhadap Undang-Undang

Islam di peringkat Persekutuan, melalui Yang di-Pertuan Agung dan di

peringkat negeri, melalui kuasa para Sultan, sudah cukup kukuh untuk

menjustifikasikan pelaksanaan hudud di Malaysia. Di era kemerdekaan ini

undang-undang adalah milik negara dan kepimpinan negara tersebut bebas

menentukan corak serta sistem undang-undangnya.

Shamrahayu Abd. Aziz (2013)berpandangan bahawa undang-undang

substantive, procedural dan keterangan perlu diperkukuhkan sebelum hudud

dilaksanakan. Merujuk kepada undang-undang hudud PAS, pelaksanaannya

perlu kepada undang-undang prosedur serta Undang-undangKeterangan

yang lebih mantap. Dari aspek tangkapan, sabitan serta pembuktian perlu

diperhalusi lagi agar pelaksanaan hudud tidak menyebabkan undang-undang

Islam dianggap tidak adil oleh masyarakat. Contohnya, pelaksanaan hudud

dalam kes zina dan rogol yang tidak dibezakan di negara Pakistan telah

menyebabkan undang-undang Islam dianggap menindas hak wanita.

Kerjasama juga perlu di peringkat Persekutuan, seperti pihak polis dan

jabatan kimia, bagi melancarkan lagi proses tangkapan, sabitan serta

siasatan.

Page 12: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

12

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)

1965 (Pindaan 1984) adalah perlu. Walaupun kesalahan berzina dan qazaf

boleh ditafsirkan sebagai kesalahan melanggar perintah agama seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan, hukuman hudud sebagaimana yang

ditetapkan dalam al-Qur’an tidak dapat dilaksanakan kerana Dewan

Undangan Negeri tidak berkemampuan menggubal hukuman bagi jenayah-

jenayah tersebut selepas disabitkan kerana isu bidang kuasa jenayah

Mahkamah Syariah yang sempit itu (Zainur Rijal 2013). Selama mana

peruntukan tersebut tidak dipinda, hukuman maksimumnya menjadi halangan

kepada pelaksanaan hudud.

KESIMPULAN

Pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia tidak perlu ditonjolkan

dengan label Hukum Syarak tetapi sebagai undang-undang negara.

Penekanan hanya perlu dibuat kepada usaha menegakkan keadilan tanpa

mengambilkira perbezaan agama, kaum, ras, keturunan dan resam masing-

masing. Semangat keadilan dalam undang-undang tersebut yang sepatutnya

dijunjung.

Malaysia telah melalui beberapa fasa peralihan dan perkembangan

sistem perundangan bermula zaman pra merdeka, zaman merdeka dan kini.

Kedatangan undang-undang Islam yang diperkenalkan oleh para pendatang

yang terdiri daripada mubaligh Islam telah menyebabkan Hukum Syarak

mendapat tempat di hati Sultan, para pembesar Melayu dan rakyat jelata.

Keistimewaan hukum Islam menyerlah apabila ia dimartabatkan sebagai

undang-undang di negeri-negeri di Tanah Melayu ketika itu. Walau

bagaimanapun, pengenalan sistem pentadbiran Islam yang dianggap tidak

sistematik ketika itu telah menyebabkan kuasa-kuasa barat, terutamanya

Inggeris memperkenalkan undang-undang mereka atas alasan terdapat

lacuna sama ada dari aspek peruntukan undang-undang mahupun

pentadbirannya. Kemudian zaman kemerdekaan, Tanah Melayu,

kemudiannya menjadi Malaysia (1963) menerimapakai hampir keseluruhan

Undang-undang Common Law dan Equity dalam sistem pentadbiran,

Page 13: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

13

termasuklah sistem undang-undangnya. Kepelbagaian evolusi perundangan

yang telah dilalui menunjukkan Malaysia telah cukup matang untuk menilai,

membuat pilihan malah membina undang-undang Common Law dan Equity

tersendiri, bersesuaian dengan cadangan mantan Ketua Hakim Negara Tun

Ahmad Fairuz yang melihat kepada perkembangan perundangan semasa

negara.

Pendapat yang menyatakan masyarakat perlu memahami undang-

undang tersebut sebelum ia dilaksanakan adalah tidak relevan sama sekali.

Hanya individu yang cuba mempelajari, memahami, dan mengamalkan

undang-undang sahaja yang berupaya memahami undang-undang tersebut.

Pentafsiran golongan yang menolak hudud adalah berasaskan pemahaman

mereka bahawa undang-undang Islam bersifat patriarchal law, sebagaimana

yang berlaku seperti di Afganistan dan Pakistan yang hakikatnya pengamalan

Islam tersebut sebenarnya dibelenggu dengan amalan adat resam dan

kepercayaan penduduk setempat yang menyebabkan Islam dianggap

sebagai agama yang menindas hak wanita. Orang awam hanya berupaya

merasai keadilan undang-undang tersebut apabila hak mereka terjamin.

Page 14: UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DALAM …syariah.uin-malang.ac.id/data/2014/Oktober-2014/Nara_Sumber... · agama negara tidak pernah dinafikan oleh pihak Inggeris terbukti melalui kes

14

RUJUKAN Abdul Aziz Bari. (2010). Islam dalam Perlembagaan Malaysia: cabaran dan

Pengukuhan. Seminar Syariah dan Undang-undang Peringkat Kebangsaan (SYUK) 2-3 November 2010. Anjuran Fakulti Syariah dan Undang-undang (USIM).

Abdul Aziz Bari. (2013). Hudud dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan perundangan Malaysia. Temu bual, 23 Disember.

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. (2007). Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Anon. (2014a). Hudud Law Incompatable with Secular State, say Karpal. The Rocket, 7 April. http://www.therocket.com.my/en/implementation-of-hudud-in-kelantan-is-ill-advised-says-karpal/ [30 April 2014].

Anon. (2014b). Aziz Bari: Kelantan masih keliru isu hudud. Malaysiakini, 17 April. www.malaysiakini.com/news/260309 [30 April 2014].

Anon. (2014c). ABIM call Dr. Mahathir to retract statement on hudud law. MalaysiaToday, 22 April. http://www.malaysia-today.net/abim-calls-for-dr-mahathir-to-retract-statement-on-hudud-law/ [29 April 2014].

Aznan Hasan. (2012). Penyelidikan dalam muamalat semasa. Wacana Muamalat. Anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bilik Seminar Siswazah 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM, 26 Disember.

Malik Munip. (2012). Is Malaysia an Islamic or secular state? New Straits Times, 16 November. http://www.nst.com.my/opinion/columnist/is-malaysia-an-islamic-or-secular-state-1.171584 [15 April 2013].

Salmah Mat Husain. (2013). Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari.Harakahdaily,27Oktober.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23040-syariah-boleh-dilaksanakan-di-negara-ini--aziz-bari [30 April 2014].

Shamrahayu Abd. Aziz. (2013). Hudud dalam kerangka Perlembagaan dan perundangan Malaysia. Temu bual, 25 Oktober.

Zainur Rijal. (2013). Hudud dalam konteks undang-undang di Malaysia. Dlm. Zulkifli Hasan (pnyt). Hudud di Malaysia Cabaran Pelaksanaannnya. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.