perlembagaan merupakan undang

21
Apakah perkaitannya perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia? Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara. Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik. Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik

Upload: fikri-ahmad

Post on 20-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan merupakan undang

Apakah perkaitannya perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di

Malaysia?

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai

asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan

kuasa dan mentadbir negara. Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk

bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.

Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan

menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia

menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia

rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta

agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya

ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu

ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang

lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih

besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia

iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh

itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai

mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat

perkembangan parti pembangkang.

Selain itu, Menurut Edmund Burke (Rodee: 1983), parti politik boleh didefinisikan

sebagai sekumpulan manusia yang bersetuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan

mereka berkhidmat kepada negara. Selain daripada itu, ia juga dapat diertikan sebagai satu

kumpulan individu yang tersusun dan mempunyai hasrat untuk berkuasa. Justeru, melalui

kuasa tersebut mereka akan memperoleh keuntungan dari aspek kawalan sepenuhnya

terhadap kuasa yang dimiliki. Di Malaysia, mana-mana politik yang berjaya memenangi

pilihan raya umum negara dan mendapat majoriti kerusi di dewan rakyat tidak boleh sesuka

hati memerintah negara. Parti politik yang memerintah perlu mengetahui hala tuju

pentadbiran negara dan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang

terkandung di dalamnya secara adil dan saksama mengikut peruntukan perlembagaan yang

telah ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia. Contohnya di dalam peruntukan

Page 2: Perlembagaan merupakan undang

perlembagaan 153, terdapat peruntukan tentang hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra

yang perlu diambil kira oleh setiap parti yang memerintah negara Malaysia dalam membuat

sebarang dasar-dasar kerajaan yang mengambil kira hak istimewa ini. Jadi setiap parti yang

berjaya memerintah negara Malaysia masih tertakluk kepada perlembagaan Malaysia sebagai

undang-undang tertinggi negara.

Perkaitan perlembagaan dengan parti politik di Malaysia sememangnya wujud bagi

menyebarkan ideologi politik masing-masing dan berjuang akan berusaha untuk

mendapatkan kuasa dan pengikut kepada parti politik ini sentiasa memberi komitmen dan

setia kepada pemimpin parti politik. Berdasarkan situasi di negara kita, parti politik yang

memenangi pilihan raya umum perlulah mentadbir negara sejajar dengan tuntutan

perlembagaan. Hal ini dapat dilihat melalui penggubalan sesuatu dasar haruslah mengambil

kira aspek seperti hak istimewa orang Melayu.

Seterusnya, perkaitan perlembagaan dengan demokrasi pula dapat dilihat apabila

rakyat berhak memilih pemimpin yang mentadbir negara. Di Malaysia, kita mengamalkan

sistem Demokrasi Berparlimen yang melibatkan rakyat dalam memilih pemimpin dan

kerajaan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Rakyat memilih

pemimpin melalui pilihan raya yang diketuai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di dalam

perlembagaan telah ditetapkan SPR sebagai pengurus pilihan raya dan bersifat berkecuali.

Perlembagaan juga menetapkan hak-hak untuk mengundi seperti berumur 21 tahun ke atas,

warganegara Malaysia dan sebagainya. Perlembagaan juga menitikberatkan kebebasan

bersuara, perhimpunan dan akses kepada media semasa kempen pilihan raya.

Kerajaan juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan perlembagaan. Kerajaan boleh

dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bagi Kerajaan

Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan telah memberi peruntukan kepadanya berhubung

dengan pentadbiran negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi

Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Menteri yang

menjalankan tugas yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Begitu juga di peringkat

negeri, Sultan atau Yang Dipertua Negeri memiliki kuasa eksekutif dan Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di

Sabah yang menjalankan tugas eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua

Menteri yang mendapat kepercayaan ahli dewan dan perkenan Sultan. Mereka mestilah

menjalankan segala urusan pentadbiran negara sejajar dengan kehendak Perlembagaan

Page 3: Perlembagaan merupakan undang

Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang digubal bercanggah dengan Perlembagaan

Persekutuan, maka undang-undang tersebut terbatal dengan sendiri. Bagi kerajaan Negeri dan

Persekutuan perlulah melaksanakan segala urusan pentadbiran mengikut Senarai

Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Melalui pendedahan ini, maka kerajaan

yang memerintah hendaklah mengikuti peruntukkan perlembagaan yang telah termaktub.

Sebagai kesimpulannya, perlembagaan adalah asas undang-undang di dalam sesebuah

negara.Perlembagaan memainkan perana yang besar dalam membentuk perjalanan

pemerintahan negara Malaysia.Perlembagaan Malaysia yang panjang, terperinci, dan rumit

namun memberi banyak manfaat kepada perjalanan pentadbiran negara. Perlembagaan

merupakan tunjang utama dalam pentadbiran sesebuah negara.Malah perlembagaan

memainkan peranan dalam membentuk dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan

masyarakat majmuk di Malaysia.Justeru, perlembagaan merupakan komponen penting dalam

sesebuah negara.

PERKAITAN PERLEMBAGAAN DENGAN PARTI POLITIK, KERAJAAN DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA.

 Posted By : ZUSAZLIANA BINTI ZULKEFLI (D20111049033)  Date posted : 19 Mar 2015 04:02:44 PM  (9 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya yakin kebanyakkan rakyat Malaysia telah mengetahui tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Anggapan saya ini adalah kerana perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan sebagai dokumen rasmi negara. Di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan Kehakiman. Segala hak yang berkaitan dengan rakyat juga termaktub di dalam Perlembagaan ini. Oleh itu, pastinya ramai rakyat Malaysia telah mengetahui tentang kewujudan Perlembagaan Persekutuan ini. 

    Apabila kita membicarakan tentang perkaitan perlembagaan dengan parti politik, kita haruslah mengetahui terlebih dahulu tentang apa itu parti politik. Seterusnya barulah kita boleh membincangkan tentang perkaitan perlembagaan ini dengan parti politik. Parti politik ialah suatu pertubuhan politik yang ahlinya mempunyai ideologi serta agenda tersendiri. Di Malaysia terdapat banyak parti politik, namun yang sering kita dengan ialah UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP dan PKR. Parti-parti politik ini

Page 4: Perlembagaan merupakan undang

mempunyai ideologi yang tersendiri dalam penubuhan mereka. Parti-parti ini jugalah yang sering kali kita dengar dalam sistem pemerintahan negara, dimana pemilihan rakyat terhadap parti politik ini dalam pilihan raya untuk dijadikan sebagai kerajaan pentadbir negara. Parti politik ini, tidak boleh bertindak sesuka hati kerana mereka masih terikat dengan Perlembagaan Malaysia. Pemilihan parti politik ini sebagai kerajaan perlulah berdasarkan peruntukan yang tersenarai dalam bahagian 8 dalam Perlembagaan Malaysia.  Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawan kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan. Jelaslah di sini perlembagaan mempunyai perkaitan dengan parti politik yang terdapat di negara Malaysia ini.

    Perlembagaan mempunyai perkaitan dengan kerajaan kerana segala bidang tugas yang dijalankan oleh kedua-dua buah kerajaan yang terdapat di dalam negara ini iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat dengan menggunakan bidang tugas yang telah dibahagikan kepada kedua-dua kerajaan tersebut dalam Bahagian 6 Perlembagaan persekutuan iaitu perhubungan antara persekutuan dengan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai peruntukan pembahagian tugas dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman yang tersendiri namun saling berkait antara satu sama lain. Misalnya dalam bidang pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menjalankan tugas mengikut senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama. Oleh itu, amat jelas bahawa perlembagaan mempunyai perkaitan dengan kerajaan.

    Seterusnya ialah perkaitan perlembagaan dengan demokrasi. Demokrasi ialah suatu sistem pemerintahan yang kuasanya terletak kepada rakyat. Di Malaysia, kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana, rakyat berhak memilih barisan pemimpin yang mereka kehendaki untuk mentadbir negara melalui pilihan raya yang diadakan pada setiap lima tahun sekali. Parti politik yang mendapat undian tertinggi dalam pilihan raya tersebut akan dilantik menjadi kerajaan dan seterusnya menubuhkan parlimen yang baru. Di dalam perlembagaan termaktub perkara-perkara yang menunjukkan demokrasi antaranya kebebasan asasi, pilihan raya dan beberapa bahagian yang lain. Kebajikan rakyat Malaysia telah diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan dalam bahagian 2 perkara 5-13 dan banyak lagi. Di dalam bahagian ini, rakyat diberikan kebebasan diri, bersuara, beragama dan macam-macam lagi selagi ianya tidak melanggar undang-undang dan mengancam keamanan serta ketenteraman negara.

    Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa perlembagaan mempunyai perkaitan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi. Elemen-elemen ini saling berkait antara satu sama lain dalam melahirkan negara Malaysia yang aman dan makmur ini. Semua elemen bergantung kepada perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Page 5: Perlembagaan merupakan undang

Apakah perkaitannya perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia?

 Posted By : KHAIRUL BADLI BIN IBRAHIM (D20111049133)  Date posted : 19 Mar 2015 11:06:26 PM  (6 read/s)

  

Apakah perkaitannya perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia?

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.  Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Parti ialah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama-sama membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu. Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Menurut Edmunk Burke (Rodee: 1983), parti boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang bersetuju di atas satu prinsip yang membolehkan mereka berkhidmat untuk negara. Selain itu,parti politik  dapat diertikan sebagai satu kumpulan atau individu yang tersusun dan mempuyai hasrat untuk berkuasa. Seteusnya Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya iaitu kerajaan kesatuan, kerajaan konfederasi dan kerajaan persekutuan. Seterusnya, kerajaan merupakan badan berkuasa yang dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara.Di samping itu, demokrasi ialah satu bentuk kerajaan, di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sesebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

Perkaitan antara perlembagaan dan parti politik adalah setiap parti politik perlu menghormati undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Antara parti politik yang wujud di Malaysia ialah Barisan Nasional, Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pelbagai parti lain yang wujud di Malaysia. Setiap parti politik harus patuh dan terhadap perlembagaan Malaysia. Setiap perlakuan yang dibuat harus menepati syarat-syarat perlembagaan. Setiap parti politik harus menghormati parti politik yang lain untuk menjaga keharmonian Malaysia. Setiap parti politik dipilih melalui pilihanraya melalui proses demokrasi.

Di samping itu, dalam sesebuah negara perlu membentuk sebuah kerajaan bagi memerintah dan menjalankan undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Negara Malaysia mengamalkan raja berpelembagaan. Raja berpelembagaan merujuk kepada YDPA sebagai ketua negara. Sistem politik dan pemerintahan tradisi Melayu meletakkan raja atau sultan sebagai pemerintah tertinggi yang diberikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan. Apabila perlembagaan moden persekutuan Tanah Melayu digubal oleh British, pengiktirafan terhadap kepentingan sistem beraja diambil kira dengan meletakkannya sebagai raja berpelembagaan. Menurut Tun Salleh Abbas (1997), apabila kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu, institusi beraja dikekalkan dengan beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Seterusnya, perkaitan antara perlembagaan dengan demokrasi. Seperti mana yang diketahui, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen iaitu, pembahagian kuasa antara perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif. Demokrasi merujuk kepada bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undng dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Di dalam perlembagaan, rakyat mempunyai hak dan kebebasan untuk melakukan sesuatu. Menurut perkara 5 dalam perlembagaan iaitu kebebasan diri merujuk keapada sesorang tidak boleh diambil nyawanya kecuali mengikut undang-undang. Bagi perkara 10 iaitu setiap warganegara berhak mendapat kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan bepesatuan. Rakyat berhak untuk mendapat kebebasan yang terkandung di dalam perlembagaan.

Page 6: Perlembagaan merupakan undang

Kesimpulannya, kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu mempuyai haluan tertentu. Perlembagaan mempunyai undang-undang yang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politk pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

PERKAITAN PERLEMBAGAAN DENGAN PARTI POLITIK, KERAJAAN DAN DEMOKRASI

 Posted By : WAN NURUL WAHIDAH BINTI WAN LANANG (D20111049117)  Date posted : 16 Mar 2015 06:31:13 PM  (30 read/s)

Malaysia mempunyai perlembagaan tersendiri dan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang menjadi dasar serta panduan dalam pemerintahan sesebuah negara. Menurut Salleh Abbas, beliau telah mendefinisikan perlembagaan sebagai “suatu suratan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi dan difikirkan mustahak atau penting bagi menubuhkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi semua undang-undang, sama ada yang sudah dibuat atau yang akan dibuat.” Namun begitu, dalam konteks negara Malaysia hari ini, perlembagaan mengandungi beberapa peruntukan yang berkaitan dengan corak pemerintahan negara, kewarganegaraan, agama, bahasa kebangsaan, kewangan, kehakiman, kewarganegaraan, hak asasi, pilihanraya dan secara tidak langsung parti politik, kerajaan dan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia juga terlibat (Salleh Abbas : 2).

            Jika diteliti perkaitan antara perlembagaan dan parti politik ialah perlembagaan mengandungi satu set peraturan yang membicarakan mengenai  hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam (Nazaruddin Mohd. Jali et al. 2001). Ini jelas menunjukkan bahawa perlembagaan dan parti politik yang memenangi dalam pilihanraya berkait rapat dengan situasi ini. Menurut Nazaruddin Mohd. Jali et al. (2001) lagi,  jika dilihat pada perlembagaan yang sebenar di Malaysia ialah satu rangka peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan. Jelaslah di sini bahawa perkaitan perlembagaan sangat berkait rapat dengan parti politik sebagai badan yang berkuasa dalam sesebuah negara, kerajaan Malaysia saat ini dan sistem demokrasi yang diamalkan sebagai struktur pemerintahan dalam politik Malaysia.

            Dalam perlembagaan Malaysia, asal perlembagaan ini diwujudkan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil. Pemerintahan yang adil inilah merujuk kepada badan kerajaan atau parti politik yang menang majoriti dalam piliharaya umum dan bertanggungjawab untuk membangunkan politik di negara Malaysia ke arah lebih baik dan moden. Ini bersesuaian dengan tanggungjawab parti politik yang disebut dalam perlembagaan untuk menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhannya. Aspek menjaga kebajikan rakyat termasuklah menjaga hak istimewa Orang Melayu, kedudukan Agama Islam (Perkara 3 (1) dan Bahasa Melayu (Perkara 152) adalah untuk berlaku adil kepada penduduk peribumi negara ini (Perlembagaan Persekutuan). Malahan, tujuan perlembagaan Malaysia dibentuk adalah untuk mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Dalam konteks ini, Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat (Bahagian 2, Perkara 5-13). Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak tertentu. Jelas terbukti bahawa perkaitan pemerintah yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada pemimpin negara atau parti-parti politik yang terlibat dalam politik Malaysia. Di samping itu, dalam perlembagaan sendiri ada memperuntukkan pilihanraya dalam Bahagian 8 Perlembagaan Persekutuan bagi calon parti politik untuk bertanding seperti parti UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR dan sebagainya. Pilihanraya yang diadakan ini membuktikan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dengan

Page 7: Perlembagaan merupakan undang

mementingkan suara atau undian rakyat dalam memilih wakil kerajaan yang disukai dan layak.

            Selain itu, jika diteliti melalui sejarah, sebelum negara Malaysia terbentuk, negeri-negeri Melayu pada masa dahulu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memainkan peranan penting dalam politik negeri. Manakala rakyat Melayu tidak mempunyai apa-apa hak politik langsung. Namun, setelah kedatangan Cina dan India melalui dasar British, dan bermulalah langkah untuk memiliki kerajaan sendiri lalu keputusan untuk melaksanakan sistem kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang ketiga-tiga parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Suruhanjaya Reid diberikan penerangan mengenai perjanjian dan persefahaman ini akan dimasukkan ke dalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti ini meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan inilah menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

            Di samping itu, dalam konteks Malaysia juga, sistem pemerintahan demokrasi dpilih untuk diamalkan kerana ia mendaulatkan kebebasan rakyat. Sistem demokrasi ini memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Malah, istilah popular demokrasi iaitu “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat.” Namun begitu, unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat.” Hakikatnya, sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat dan ini bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara. Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan. Dalam perlembagaan, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Namun, parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak atau mandat kepada parti-parti politik untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan kerajaan dan masa depan rakyat ke arah lebih baik dan mengubah perkembangan politik yang lebih moden dan sesuai dengan kemajuan global hari ini.

PERKAITAN PERLEMBAGAAN DENGAN PARTI POLITIK, KERAJAAN DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

 Posted By : SITI NUR AIN BINTI BAHARI (D20111049093)  Date posted : 17 Mar 2015 01:30:27 PM  (22 read/s)

PERKAITAN PERLEMBAGAAN DENGAN PARTI POLITIK, KERAJAAN DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Umum mengetahui bahawa perlembagaan merupakan undang-undang tertertinggi bagi setiap negara yang berdaulat. Perlembagaan wujud dengan tujuan mengendalikan pentadbiran kerajaan yang memerintah dengan licin dan saksama. Di dalam perlembagaan juga turut dinyatakan dengan jelas mengenai pelbagai perkara yang terdiri daripada kebebasan asasi, hak seseorang, kehakiman, kewarganegaraan, kewangan, perkhidmatan awam, undang-undang Persekutuan, Kerajaan Persekutuan, pilihan raya dan banyak lagi.  Di dalam erti kata lain, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas sesebuah negara. Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan yang tertinggi. Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan semua pihak dari jawatan tertinggi iaitu Yang

Page 8: Perlembagaan merupakan undang

Dipertuan Agung hinggalah kepada rakyat biasa. Justeru perlembagaan merupakan komponen penting dalam Kenegaraan.

Pada dasarnya kewujudan parti politik adalah untuk melindungi hak dan kepentingan parti masing-masing yang secara relatifnya mewakili kaum masing-masing. Bagi menjamin kestabilan politik di negara ini,  sebuah perlembagaan yang dibentuk adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di negara ini. Hal ini sejajar dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum.  Kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kerusi pilihanraya dapat dilihat dengan jelas apabila konsep perkongsian kuasa diamalkan. Dimana  UMNO diperuntukkan 35 kerusi , MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak 2 kerusi pada pilihan raya 1955. Perkara ini secara tidak langsung telah mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Hal ini telah mewujudkan permuafakatan antara kaum di dalam negara ini. Antara pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama

rasmi   negara,  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan., Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan   sebagai warganegara dan mendapat  layanan yang sama dengan masyarakat tempatan.

Bagaimana pula dengan kerajaan dalam Perlembagaan Persekutuan?  Walaupun kerajaan berkuasa dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara, namun kerajaan perlu patuh kepada perlembagaan. Sebagai contoh Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukannya kuasa perundangan kepada Persekutuan Malaysia bagi satu pihak dan tiap-tiap negeri pula bagi satu pihak lagi. Ini bermakna kuasa perundangan di bahagikan kepada Undang-undang Persekutuan dan Undang-undang Negeri (enakman). Kedua-dua badan perundangan ini hanya sah membuat undang-undang sepertimana yang telah di peruntukan. Oleh itu jelaslah bahawa kerajaan juga tidak terlepas dari peruntukan yang telah di tetapkan di dalam perlembagaan.

Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan. Kerajaan yang sebegini telah mewujudkan satu pemerintahan yang lebih kondusif dalam mengekekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. Melalui demokrasi berpalimen  ini, rakyat berpeluang membuat pemilihan  terhadap parti yang dianggap mampu mentadbir negara melalui proses pilihan raya. Maka dengan itu, kerajaan yang dipilih perlulah memikat hati rakyat dan wajib menjalankan segala tugas yang di amanahkan dengan baik bagi menerajui kepimpinan negara. Sungguhpun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi namun ia tidak bermaksud masyarakat dan kerajaan boleh sesuka hati melakukan perkara yang menyalahi undang-undang yang telah di peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekian. Terima Kasih.

Perkaitan perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia.

 Posted By : CHE NUR ALISA BINTI CHE JUHAN (D20111048984)  Date posted : 18 Mar 2015 09:03:40 AM  (33 read/s)

Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mana mengandungi 183 perkara dan merupakan undang-undang tertingi di Malaysia. Perlembagaan juga merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu, perlembagaan sesebuah negara juga menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai

Page 9: Perlembagaan merupakan undang

negara anggota. Perlembagaan Persekutuan turut menentukan pelbagai perkara mengenaikebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain yang mana akan mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Parti politik ialah sebuah pertubuhan politik yang mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Oleh itu, matlamat utama penubuhan sesebuah parti politik ialah untuk membentuk sebuah kerajaan dan juga supaya ideologi mereka boleh dijadikan  dasar kerajaan serta diamalkan oleh seluruh rakyat jelata. Ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Justeru, parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan seterusnya akan menjadi sebuah barisan parti politik. Sebanyak 31 parti politik terdapat di Malaysia yang mana telah berdaftar lambang atau simbol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kegunaan semasa pilihan raya. Antara contoh parti politik yang berorientasi di dalam negara kita ialah Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan sebagainya lagi.

Kerajaan atau pemerintahan adalah dua istilah yang membawa maksud yang sama dan dalam konteks yang sama. Kerajaan adalah merujuk kepada para penggubal undang-undang, pentadbir dan penimbang tara dalam sesebuah birokrasi pentadbiran yang mana akan menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu serta juga kepada sistem pemerintahan yang digunakan untuk mengendalikannya. Selain itu, kerajaan turut didefinisikan sebagai suatu badan atau organisasi yang sah dalam sesuatu kawasan tertentu yang mana mempunyai bidang kuasa tunggal yang sah bagi penguatkuasaan. Oleh itu, terdapat beberapa jenis kerajaan yang telah dikenalpasti dan diamalkan oleh sesebuah negara. Antaranya ialah kerajaan monarki, autokrasi, demokrasi, demokrasi berparlimen, sosialis, komunis dan totalitarianism. Dalam konteks negara Malaysia pula, terdapat tiga komponen utama kerajaan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pemerintah (eksekutif), dan badan kehakiman (judisiari).

Demokrasi pula merujuk kepada suatu bentuk kerajaan yang mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Di samping itu, dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Selain itu, sesebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi, dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “memerintah”. Oleh itu, terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat di atas kerajaannya. Menurut Robert A.Dahl (1983), demokrasi merupakan satu sistem yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan atau dasar. Jika kita meneliti definisi tersebut, maka kita akan mendapati bahawa dalam sistem pemerintahan demokrasi, terdapat dua konsep yang amat jelas iaitu demokrasi secara langsung (direct democracy) dan demokrasi secara tidak langsung (indirect democracy). Tambahan itu, pemerintahan demokrasi adalah didasarkan kepada pendekatan yang menyatakan bahawa semua manusia bebas dan mempunyai hak yang sama rata. Demokrasi yang berteraskan kepada kedaulatan rakyat akan mengakui hak sesama rakyat dalam menyatakan pendapat. Oleh itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam demokrasi, suara rakyat hendaklah didengar sekalipun

Page 10: Perlembagaan merupakan undang

daripada golongan minoriti dalam sesebuah negara.

Persoalannya di sini ialah apakah perkaitannya perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia? Keempat-empat komponen ini sebenarnya mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Hal ini boleh dilihat semasa pemerintahan yang terdahulu lagi. Sebagai contoh, Persidangan Tahunan UMNO Keempat di Butterworth pada 27 Ogos 1949 adalah titik tolak kepada fasa penting dalam arena politik melayu. Ucapan Dato’ Onn ketika itu banyak menyentuh isu berkaitan pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, dalam  ucapannya, Dato’ Onn menyebut bahawa era pemerintahan feudal telah berakhir dan negara berada dalam era demokrasi serta pemerintahan berperlembagaan. Kita sebagai rakyat tidak akan bertolak ansur terhadap apa juga bentuk penindasan terhadap kebebasan penyertaan penuh dalam kerajaan. Oleh itu, pilihan raya akan diadakan dan undi bakal menentukan corak pemerintahan serta negara yang rakyat mahukan. Selain itu, ia juga adalah hak yang perlu diberi oleh raja-raja sepertimana yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana telah menyatakan bahawa pihak raja perlu memberikan hak untuk mengundi. Hal ini demikian kerana, ia merupakan langkah awal yang perlu dicapai untuk kemerdekaan walaupun terpaksa mengangkat senjata. Tuntasnya, di sini telah memperlihatkan hubungkait antara perlembagaan, parti politik, kerajaan dan juga demokrasi dalam mencapai kemerdekaan negara. Komponen-komponen inilah yang kita guna pakai sehingga sekarang dalam pentadbiran negara.

Umumnya, pemerintahan Malaysia adalah bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Oleh itu, secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan telah dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Di samping itu, parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan.  Perlembagaan Malaysia telah diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan kehakiman. Justeru, memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Kesimpulannya, ketiga-tiga komponen iaitu parti politi, kerajaan dan demorakrasi mempunyai hubungkait dengan perlembagaan yang mana bertunjangkan perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Oleh itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

Perlembagaan menjamin taat setia rakyat dengan memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Pemerintahan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen mementingkan perlembagaan yang berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dalam menentukan rangka dan bentuk pentadbiran

Page 11: Perlembagaan merupakan undang

agar wujud kecekapan, keadilan, ketulusan serta kelancaran. Oleh itu, pemerintahan Malaysia telah menjadikan pilihan raya sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Di sini,kita dapat melihat dengan lebih lanjut apa perkaitan perlembagaan, parti politik, kerajaan dan demokrasi. Pelaksanaan pilihan raya adalah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR bertanggungjawab daripada proses persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya sehinggalah proses pengundian. Sebagai contoh, urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya melibatkan urusan kajian dan persempadanan semula iaitu mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Tambahan itu, tiga fungsi utama seperti yang termaktub dalam perlembagaan telah dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Rakyat yang layak dijamin hak di sisi Perlembagaan adalah bebas untuk memilih perwakilan dan kerajaan. Oleh itu, rakyat bebas mendaftar pada bila-bila masa sebagai pemilih.

Justeru, bagi mencapai objektif dalam memelihara dan mengekalkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil, SPR sentiasa peka kepada hasrat dan kehendak negara serta rakyat selaku pengundi dan parti-parti politik yang merupakan elemen penting dalam sistem demokrasi berparlimen. Di samping itu, demokrasi tidak boleh berfungsi secara berkesan jika rakyat tidak menghargai dan tidak menggunakan haknya sebagai pengundi. Kekuasaan rakyat bermakna rakyat yang berkuasa dalam pemerintahan bagi memilih pemimpin dan cara pemerintahan yang mereka kehendaki. Pada zaman moden ini, pemilihan boleh dibuat oleh pelbagai parti politik yang ditubuhkan. Selain itu, amalan demokrasi meletakkan ajaran kebebasan dan hak dari aspek politik, pentadbiran, perundangan dan kemasyarakatan. Rakyat juga telah diberi kebebasan dan hak memilih kerajaan yang mereka kehendaki, perlembagaan dan undang-undang serta kegiatan kemasyarakatan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan fasal 119 (1), telah menyatakan bahawa setiap warganegara yang mencukupi syarat sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan, adalah berhak untuk mengundi di dalam bahagian pilihan raya sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Dalam bahasa yang mudah, parti politik yang memenangi majoriti undi di dalam pilihan raya akan membentuk kerajaan sepertimana yang tertakluk berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 43. Apabila pihan raya selesai diadakan dan keputusan-keputusannya diumumkan secara sah oleh SPR, Yang di-Pertuan Agong berhak dengan sendirinya melantik Perdana Menteri yang pada hematnya beroleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Selain itu, pemerintahan Malaysia yang unik mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan memaparkan  Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan  yang bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri dan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kesimpulannya, negara yang mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Hal ini demikian kerana, demokrasi yang diamalkan bukan hanya bertujuan untuk pembangunan tetapi juga untuk memperoleh kerjasama warganegara. Oleh itu, ciri-ciri sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi ialah Raja Berperlembagaan, pilihan raya, badan perundangan, badan pelaksanaan, badan

Page 12: Perlembagaan merupakan undang

kehakiman, parti-parti politik serta perlembagaan. Tambahan itu, raja berperlembagaan adalah merujuk kepada Sistem Beraja yang mengikut Perlembagaan Persekutuan, manakala Perlembagaan menjadi garis panduan kepada sistem politik atau parti politik, proses pentadbiran serta cara pemerintahan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap komponen parti politik, kerajaan dan demokrasi adalah bertitik tolak kepada perlembagaan yang mana menjadi rujukan kepada semua. Justeru, sistem demokrasi ala-Malaysia wujud dengan latar belakang sensitiviti, sekatan, had dan batasan yang ditentukan oleh asas-asas sejarah, budaya, tradisi, adat resam dan realiti di Malaysia. Sistem ini mempunyai ciri-ciri kebebasan bersyarat yang ditentukan oleh rakyat jelata yang sentiasa menjunjung tinggi semangat Perlembagaan Persekutuan iaitu semangat yang menjadi manifestasi kepada sikap toleransi, persefahaman, permuafakatan dan musyawarah yang wujud dalam  kalangan multietnik di Malaysia sejak merdeka sehinggalah sekarang.

Perkaitan perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia.

 Posted By : MOHAMAD AMIRUL BIN LUTFI (D20111049118)  Date posted : 19 Mar 2015 06:32:35 PM  (16 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dimiliki oleh orang yang diperintah dan hubungan antara pemerintah dengan orang yang diperintah. 

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan perlembagaan persekutuan digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Dalam sistem ini, kuasa perundangan persekutuan terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan. Wakil parti politik yang dipilih oleh rakyat bertanggungjawab untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Pilihan raya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat.

Parti politik boleh dimaksudkan sebagai sekumpulan warganegara yang bersetuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan mereka berkhidmat kepada negara. Parti politik juga adalah suatu pertubuhan yang mempunyai carta organisasi yang tersusun dan bermatlamat serta berhasrat untuk mempunyai kuasa bagi memerintah. Maka, berdasarkan kuasa tersebut mereka mendapat peluang dan kesempatan untuk mengawal sepenuhnya terhadap kuasa yang dimilikinya. Di Malaysia, terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kepentingan kaum seperti UMNO, PAS, DAP, MIC, MCA dan KEADILAN. Parti politik yang berjaya memenangi pilihan raya mendapat kuasa untuk memerintah negara serta perlu mengikut dan mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Contoh peruntukan yang dapat diambil adalah Perkara 153 iaitu hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang perlu dititikberatkan oleh setiap parti dalam membuat dasar yang perlu meliputi hak keistimewaan kaum. Maka, kedudukan Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi membolehkan kuasa parti politik terbatas dan berlandaskan peruntukan perlembagaan.

Kerajaan adalah badan pentadbir yang diwakilkan oleh barisan pemimpin yang dipilih menerusi pilihan raya. Wakil parti politik yang bertanding dalam pilihan raya akan dipilih oleh rakyat setelah selesai tempoh berkempen yang telah ditetapkan. Parti politik yang memenangi undian yang tertinggi akan membentuk sebuah kerajaan. Menerusi peruntukan perlembagaan persekutuan, kerajaan terbahagi kepada dua iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Tanggungjawab pentadbiran

Page 13: Perlembagaan merupakan undang

kerajaan persekutuan ditentukan mengikut bidang kuasa perundangan persekutuan. Kerajaan persekutuan bertanggungjawab dalam pentadbiran berkaitan Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Kerajaan negeri merupakan pusat pentadbiran sesebuah negeri. Kerajaan negeri mempunyai kuasa yang agak terhad tidak seperti kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan dalam urusan-urusan negeri.

Secara kesimpulannya, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan setiap parti politik serta kerajaan perlu melaksanakan sistem pemerintahan dan pentadbiran secara telus dan saksama mengikut pembatasan berpandukan perlembagaan

Apakah perkaitannya perlembagaan dengan parti politik, kerajaan dan demokrasi di Malaysia?

 Posted By : DESIANA BINTI RAMLEE (D20111049155)  Date posted : 19 Mar 2015 06:56:16 AM  (10 read/s)

Perlembagaan yang terdapat pada hari ini merupakan hasil daripada cadangan Suruhanjaya Reid pada tahun 1957 dan terdapat sebanyak 183 Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia juga mengikut corak perlembagaan Wesminster yang biasa diamalkan oleh negara-negara Demokrasi berparlimen seperti di Britain. Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang bertulis yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perincian mengenai kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri terdapat dalam Perlembagaan dan semua undang-undang yang digubal bertentangan dengan Perlembagaan adalah batal dan tidak sah. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga mengasingkan kuasa-kuasa kepada tiga iaitu eksekutif, perundangan, dan kehakiman yang dikenali sebagai doktrin pengasingan kuasa bagi mengelakkan wujudnya kediktatoran atau kezaliman kuasa.

Parti politik merupakan parti atau kumpulan yang mempunyai ideologi, kehendak dan keinginan mereka sendiri yang berbeza-berbeza. Kebiasaanynya setiap wakil daripada sesebuah parti akan bertanding dalam pilihan raya yang dipilih secara demokrasi iaitu secara undian yang dilakukan oleh rakyat. Sekiranya wakil rakyat itu memperoleh kemenangan dalam pilihan raya maka mereka akan menjalankan tugas untuk menjadikan diri mereka sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan mendengar suara rakyat selalin melaksanakan manifesto yang mereka laungkan sepanjang proses pilihan raya berlangsung. Tambahan juga, parti politik yang menang akan cuba untuk menubuhkan kerajaan mereka berdasarkan matlamat dan ideologi mereka sendiri. Secara tidak langsung, sistem demokrasi juga turut terbentuk melalui sistem perwakilan rakyat ini. Namun setiap wakil daripada parti politik tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa meneliti undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiap cadangan perlu dikemukankan di Parlimen terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan semua pihak. Contoh-contoh parti politik yang terdapat di Malaysia ialah Barisan Nasional (BN), Parti Se-Islam Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerajaan pula merupakan kumpulan orang dengan kuasa untuk mentadbir sebuah negara atau negeri. Kerajaan akan memerintah negara atau negeri berdasarkan undnag-undang yang digubal, undang-undang yang dikuatkuasakan, dan menguruskan pentadbiran negara serta menetapkan sistem pemerintahan negara. Kerajaan juga bertindak sebagai pengatur kepada hubungan sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain kerana kerajaan mempunyai autoriti untuk membuat keputusan-keputusan bagi masyarakat melalui dasar-dasar yang biasanya akan melibatkan kebajikan rakyat negara untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman. Terdapat beberapa jenis bentuk kerajaan seperti monarki, republik, demokrasi, dan autokrasi. Bagi Malaysia pula bentuk kerajaan yang diamalkan adalah demokrasi.

Demokrasi pula merupakan satu sistem kerajaan di mana rakyat negara tersebut turut terlibat membuat keputusan terutamanya dalam pemilihan dan pengundian wakil rakyat sebagai suara di Parlimen. Demokrasi juga memberikan kesaksamaan kepada semua manusia kerana prinsip demokrasi itu sendiri adalah kedaulatan rakyat dalam memberikan kebebasan individu untuk memilih sendiri wakil rakyat dalam kerajaan dan mereka juga mempunyai hak untuk mengundi. Demokrasi juga dianggap sebagai sistem politik yang membolehkan rakyat memilih dan menukar kerajaan melalui pilihan raya yang adil dan

Page 14: Perlembagaan merupakan undang

menjaga hak asasi semua rakyat berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan.

Perkaitannya disini ialah Malaysia merupakan negara demokrasi iaitu wakil rakyat dipilih melalui pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun dan pengundinya adalah rakyat itu sendiri yang berumur 21 tahun ke atas. Setiap wakil rakyat ini juga merupakan individu-individu yang terdiri daripada pelbagai parti politik yang membawa agenda masing-masing untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri dalam masa yang sama mereka juga perlu menjaga kebajikan rakyat dan mendengar suara rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Manakala kerajaan pula merupakan penggubal undang-undang dan dasar negara. Di samping itu, setiap ahli politik dan rakyat perlu berusaha dan bersatu padu untuk mencapai matlamat dasar. Wakil rakyat perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan rakyat dapat memahami objektif sesuatu dasar yang digubal. Selain itu, kerajaan juga bertindak sebagai pengurus pentadbiran untuk memastikan sistem pemerintahan negara lebih terancang dan teratur. Namun, demokrasi, parti politik dan kerajaan masih perlu mematuhi undang-undang Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pentadbiran negara kerana setiap perkara yang terdapat dalam Perlembagaan tidak boleh dilanggar atau digubal sesuka hati memandangkan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Terdapat bahagian-bahagian dalam Perlembagaan yang membincangkan tentang peruntukan mengenai pilihan raya, peruntukan tentang kebebasan hak asasi dan bumiputera, serta peruntukan mengenai perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri.