undang-undang dan peraturan · pdf fileundang-undang dan peraturan ... pentadbiran, aras 2,...

8
1 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013 1.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN 1.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Futsal yang digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN PERTANDINGAN 2.1 PENGENALAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM). 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 17 Februari 2013 (Ahad) Tempat : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang 2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka;

Upload: trananh

Post on 07-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013

1.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN

1.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang

Pertandingan Futsal yang digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 PENGENALAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM).

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Februari 2013 (Ahad) Tempat : Kompleks Futsal Presint 18,

Putrajaya.

Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang 2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka;

Page 2: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

2

2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 14

Februari 2013 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya pada jam 10.00 pagi; dan

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi

pihak sekiranya tiada wakil.

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya. Mata kemenangan pusingan liga:

a) Menang = 3 mata b) Seri = 1 mata c) Kalah = 0 mata

2.3.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :

(a) pasukan yang mendapat jaringan terbanyak

dikira pemenang;

(c) pasukan yang kena jaringan terkecil dikira pemenang;

(d) Jika masih seri, pasukan yang pernah

mengalahkan lawannya dikira menang. 2.3.3 Masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5

minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat. (perlawanan akhir akan berlangsung selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat); dan

Page 3: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

3

2.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat

pusingan kalah mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain). Jika jaringan masih sama, tambahan sepakan seorang pemain setiap pasukan akan dibuat, jika masih lagi sama, maka lambungan syiling akan diguna pakai bagi menentukan pasukan yang layak.

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI dan WANITA dan TERBUKA kepada semua warga yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berjawatan tetap, sementara, sambilan, pinjaman atau kontrak;

2.4.2 Tiada had penyertaan bagi setiap Jabatan/Agensi.

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 5 pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan (10 orang);

2.5.2 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah

mewakili negara dan negeri bagi pertandingan peringkat Kebangsaan, MAKSAK dan SUKMA tahun 2006 hingga 2012 yang boleh didaftarkan dalam pasukan;

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu

pasukan sahaja; 2.5.4 Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang bekerja

di luar dari JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau;

Page 4: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

4

2.5.5 Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain di luar dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri;

2.5.6 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan

RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja); 2.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana

pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai kejohanan ini; dan

2.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-

satu perkara adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan

tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Penganjur Pertandingan;

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk

bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum

perlawanan dimulakan;

3.3 Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa

yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang

melanggar peraturan akan dikira kalah (mata = 3, kiraan

jaringan = 0);

Page 5: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

5

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguh atau

mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan

kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan serta merta

tanpa diberitahu terlebih dahulu;

3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

pemakaian shin pad juga adalah digalakkan dan tidak

dibenarkan merokok, makan, minum di dalam gelanggang;

3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang

penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini (peringkat liga hingga ke peringkat akhir).

Semua pasukan diwajibkan membawa bersama

salinan pas pekerja/surat tawaran pada hari

pertandingan (bagi tujuan pengesahan);

3.7 Pemain yang dikenakan dua (2) kad kuning akan

digantung satu perlawanan, manakala satu (1) kad merah

akan digantung dua (2) perlawanan. Pemain yang

dikenakan satu (1) kad merah secara terus akan digantung

seluruh pertandingan;

3.8 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis

dengan mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk

hard copy yang telah diperakui kepada pihak Urusetia

beserta wang cagaran sebanyak RM300.00, dalam

tempoh 30 minit selepas permainan yang dibantah itu

tamat;

Page 6: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

6

3.9 Jawatankuasa bantahan akan ditentukan oleh pihak Urus

Setia. Sekiranya bantahan itu diterima, maka wang

cagaran itu akan dikembalikan dan sebarang keputusan

adalah muktamad;

3.10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur

sekiranya rayuan atau bantahan ditolak;

3.11 Pasukan yang terlibat atau menjadi punca dalam

pergaduhan akan digantung untuk seluruh pertandingan

dan digantung dua (2) tahun dan laporan akan dibuat

kepada Ketua Jabatan terlibat. Peraturan ini juga terpakai

untuk kes penipuan, mengganggu tugas pengadil dan

pemain import;

3.12 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau

ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan

kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding;dan

3.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Tempat Nilai

1.

Lelaki

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT

RM2,000.00 RM1,500.00 RM 500.00 RM 500.00

Page 7: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

7

2.

Wanita

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT

RM1,500.00 RM1,000.00 RM 500.00 RM 500.00

5.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

5.1 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 13 Februari 2013 (Rabu) kepada

Setiausaha Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad, Tel: 03-8872 3431 @

Faks: 03-8888 3106 @ e-mel: [email protected] atau

(u.p. Encik Mohd Rani bin Jarik Tel: 03-8872 3423 @ 012-

2990935 / 019-3185825, Faks: 03-88883106) [email protected]

Page 8: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN  · PDF fileUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ... Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, ... 3.5 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai,

8

PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013

Kategori: Lelaki Wanita

Nama Jabatan/Agensi: .........................................................................................

Nama Pengurus Pasukan : ....................................................................................

No. Tel: ............................................. (Pej.) .................................................... (H/P)

No. Faks: .......................................... (e-mel): .........................................................

Bil.

Nama Penuh Pemain No. MYKAD

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang

penyertaan ini.

PENGAKUAN DIRI

Saya Pengurus Pasukan seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala

undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak

penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan

terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum,

semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.

Tarikh: ..................................... .......................................................

(Tandatangan Pengurus Pasukan)

KELAB BUKIT PERDANA

JABATAN PERDANA MENTERI