undang-undang dan peraturan bola jaring 2015

Upload: zilasyirah

Post on 14-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bola jaring

TRANSCRIPT

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan Peraturan AM MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Negeri. Masa bermain untuk sekolah-sekolah menengah adalah satu (1) jam. Permainan hendaklah mengandungi empat suku dengan masa permainan 15 minit bagi setiap suku dan masa-masa rehat selama 3 minit antara suku pertama dengan suku kedua dan suku ke tiga dan suku ke empat. Masa rehat separuh masa ialah selama 5 minit. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh pengadil untuk menguruskan sebarang perkara di luar jangkaan atau kecemasan. Pasukan hendaklah bertukar kawasan gol pada akhir setiap suku.* Pertandingan Karnival dijalankan dalam 2 bahagian iaitu 7-1-7 (Peringkat Zon), 10-3-10 (Pusingan Awal Peringkat Negeri), 15-3-15 (Peringkat Akhir, 3/4, 1/2) Peringkat Negeri2.2 Apabila sesuatu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu hari, atau jika masa terhad, tempoh permainan hendaklah dipersetujui oleh Pegawai Pasukan. Jika persetujuan tidak tercapai, maka permainan itu hedaklah dimainkan dengan 2 bahagian, iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa rehat adalah selama lima minit. Pasukan akan bertukar kawasan gol pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan.2.3 Masa bermain untuk sekolah-sekolah rendah adalah 40 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 20 minit dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit selepasnya, masa bagi separuh masa kedua ialah 20 minit.3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang.

3.2 Tiap-tiap pasukan diwajibkan bermain dalam satu peringkat umurnya sahaja.

3.3 Bagi kategori 18 tahun ke bawah, hanya 1 orang sahaja pelajar tingkatan 6 Atas boleh didaftarkan.4. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau kalah mati seperti berikut :

4.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)

4.1.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian , mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. pertandingan akan dijalankan secara liga.

b. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan keempat dalam pertandingan tahun 2014 akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :-Johan

-Kumpulan A

Naib Johan-Kumpulan B

Ketiga

- Kumpulan C

Kempat

-Kumpulan D

Pasukan-pasukan yang akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

a. Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

b. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

i. Undian bagi 4 Pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5, dan 7.

ii. Undian 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk di 2 atau 4, jika pasukan pemenang pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Maka 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 dan 8.iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir dan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

1

2

3

4

5

6

7

8

4.2 Cara Liga Tiga Kumpulan

4.2.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya Sembilan hingga Sebelas pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

b. Johan, N. Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun sebelumnya akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan

-Kumpulan ANaib Johan -Kumpulan B

Ketiga

- Kumpulan C

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam liga kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.2.2 Pusingan Kedua

a. Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

b. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

c. Dari tiga pemenang 1, satu akan ditempatkan ke KUMPULAN X dan dua ditempatkan ke KUMPULAN Y.

d. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari pemenang kumpulannya.

4.2.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang 1 KUMPULAN X akan melawan Pemenang 1 KUMPULAN Y untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

b. Pemenang 2 KUMPULAN Y akan menentukan tempat ketiga dan keempat.4.3 Cara Liga Dua Kumpulan

4.3.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya enam hingga lapan pasukan mengambil bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

b. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun sebelumnya akan ditempatkan dalam KUMPULAN A dan Naib Johan dan Tempat Ketiga di tempatkan dalam KUMPULAN B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi.

c. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.3.2 Pusingan Kedua ( Separuh Akhir )

a. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 Kumpulan B dan pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 Kumpulan A.

b. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati

4.3.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang 1 Kumpulan A / Pemenang 2 Kumpulan B akan melawan Pemenang 1 Kumpulan B / Pemenang 2 Kumpulan A untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.b. Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas akan meneruskan tempat KETIGA dan KEEMPAT.4.4 Cara Liga Satu Kumpulan

Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

5. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN5.1 Cara memberi mata :

Menang - 2 mata

Seri

-1 mata

Kalah

-0 mata

5.2 Keputusan Seri

5.2.1 Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan secara LIGA, maka keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan menentukan pemenang, walau bagaimanapun:

i) Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu : jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena).

ii) Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai ( iaitu :

jumlah jaringan gol tolak jumlah jaringan yang kena.

iii) Jika kedudukan masih lagi seri, maka pasukan yang menjaring terbanyak

akan diisytiharkan sebagai pemenang.

iv) Jika berlaku seri lagi pasukan yang mengalahkan pasukan yang satu lagi akan mara ke peringkat seterusnya.

v) Sekiranya keputusan masih seri, cabutan undi akan dibuat untuk menentukan Johan atau Naib Johan (menang atau kalah)

5.2.2 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir , separuh akhir dan akhir.i) Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa separuh perlawanan.

ii) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan

dimainkan.

* Untuk peringkat karnival masa tambahan selama dua (2) x lima (5)

minit setiap bahagian

iii) Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

v) Hantaran tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

vi) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan ditentukan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.vii) *Jika masa kedua tamat pasukan yang mendahului walaupun satu jaringan akan dikira sebagai pemenang. Jika masih seri permainan diteruskan sehingga memberi perbezaan dua (2) jaringan

5.3 Penentuan Johan Keseluruhan

5.3.1 Jadual Pemarkahan adalah seperti berikut :

Johan

- 10 markah

Naib Johan

- 8 markah

Ketiga

- 7 markah

Keempat

- 6 markah

Ke 5 hingga ke 8

- 4 markah

Ke 9 hingga ke 16

- 2 markahTidak mengambil bahagian

- 0 markah

5.3.2 Jumlah markah terbanyak adalah dikira sebagai JOHAN KESELURUHAN

5.3.3 Jika sekiranya berlaku TIE, kriteria-kriteria berikut diambil kira mengikut urutan :

i) Bilangan JOHAN, NAIB JOHAN atau KETIGA yang diperolehi

ii) Penyertaan mengikut bilangan permainan

iii) Peryertaan mengikut kategori

iv) Penyertaan mengikut bilangan pemain terbanyak

5.3.4 Sekiranya masih berlaku TIE

i) JOHAN BERSAMA akan diistiharkan dan hadiah wang tunai untuk tempat pertama dan kedua akan dikongsi bersama

ii) Tidak ada TEMPAT KEDUA. Ranking seterusnya ialah TEMPAT KETIGA.

6. PAKAIAN

6.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai Bib mengikut peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).

6.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set Bib yang berlainan warna mengikut warna Bib yang ditetapkan oleh MSS Negeri.

6.3 Pemain-pemain dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja.

6.4 Jika kedua-dua pasukan memakai Bib yang sama warna, maka lambungan duit

syiling akan diadakan untuk menentukan pasukan yang akan menukar Bib.7. GELANGGANG / ALATAN

7.1 Rujuk kepada undang-undang Rasmi Bola Jaring (IFNA)

7.2 Tinggi Tiang Gol untuk 12 tahun dan ke bawah ialah 2.44 meter atau 8 kaki.

7.3 Tinggi Tiang Gol untuk 15 dan 18 tahun dan ke bawah ialah 3.05 meter atau 10 kaki.

7.4 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.

8. KELEWATAN

8.1 Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit sebelum masa yang telah ditetapkan bagi sesuatu permainan.

8.2 Pasukan yang lewat diberi tempoh 5 minit selepas masa yang ditetapkan untuk turun ke padang. Jika pasukan itu masih tidak hadir, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan (3:0).8.3 Kelewatan ini hanya dilayan sekali sepanjang kejohanan.

Jika perkara di atas masih berlaku pasukan tersebut akan disingkirkan daripada

bertanding. Semua skor yang diperolehi akan dibatalkan.

9. BANTAHAN

9.1 Rujuk Peraturan AM MSSM (12).

10. LEMBAGA JURU RAYUAN

10.1 Rujuk Peraturan AM MSSM (13).

11. LEMBAGA TATATERTIB

11.1 Rujuk Peraturan AM MSSM (14).

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

12.1 Keselamatan

12.2 Disiplin - (pemain , pengurus, jurulatih, penyokong, ibu bapa, ahli keluarga, warga sekolah berkenaan dan jurulatih luar)12.3 Semangat kesukanan mesti bertanding sebagai satu perlawanan bukan mengikut emosi dan memainkan perlawanan.(perlu didenda dengan tidak membenarkan pasukan itu mengambil bahagian dua tahun akan datang)12.4 Tidak boleh meninggalkan kawasan pertandingan jika tidak pasti tentang keputusan pasukan.

12.5 Jadual mesti dibuat sama seperti contoh (boleh tambah lencana sekolah sahaja)

12.6 Bantahan sebelum membuat bantahan, berurusan terlebih dahulu dengan pihak sekolah, PTPS Zon masing dan PPW Zon.12.7 Personaliti pemain mesti sebagai seorang murid sekolah (tidak boleh berambut merah, berpakaian seksi).12.8 Arahan pertandingan akan berubah jika masalah cuaca, jumlah pertandingan dll yang perlu.12.9 Jurulatih luar (bukan guru) Perlu berdaftar dengan JPWP KL, tidak dibenarkan berada di dalam kawasan pertandingan. Tindakan boleh menyebabkan pendaftaran pasukan dibatalkan.12.9.1 Pasukan yang menarik diri selepas jadual pertandingan di keluarkan, di denda dengan tidak dibenarkan menyertai pertandingan tahun berikutnya.

Johan /N.Johan Johan

Ke 3 / 4

[Type the document title]

[Type the date]