undang dan peraturan

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 04-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peraturan

TRANSCRIPT

3.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA TAMPARUndang-undang dan peraturan bola tampar terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu peraturan asas, undang-undang pasukan, undang-undang persediaan perlawanan, undang-undang bermain,dan undang-undang penggantian pemain.3.1 PERATURAN ASAS1) Semasa permainan dijalankan, kedua-dua pihak hendaklah mempunyai seramai 6 orang peserta dan jumlah tersebut tidak boleh kurang2) Terdapat dua orang pengadil yang dipertanggungjawab bagi mengadili pertandingan ini.3) Semasa pertandingan dijalankan, hanya ketua pasukan sahaja yang boleh berhubung dengan pengadil.4) Servis hanya boleh dilakukan setelah pengadil pertama membunyikan wisel.5) Servis hendaklah dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan.6) Setiap pemain perlu melakukan servis mengikut giliran7) Semasa melakukan servis, pemain dilarang untuk memijak garis belakang.8) Setiap pemain hanya diberikan satu peluang untuk menyentuh bola.9) Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian tubuh.10) Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemaian yang berada pada barisan hadapan sahaja.11) Pemain dilarang untuk menyentuh mana-mana bahagian jaring dan memasuki kawasan pihak lawan.12) Pemain dibenarkan untuk menanduk bola dan menggunakan sebelah tangan sahaja.13) Pemain yang berada pada barisanbelakang tidak dibenarkan untuk merejam bola semasa berada dalam kawasan serangan.14) Dalam setiap set, pasukan boleh meminta untuk rehat sebanyak 2 kali dan melakukan6 pertukaran pemain melalui kebenaran pengadil.15) Permainan pada setiap set tamat apabila terdapat pihak yang memperoleh mata ke -25. Apabila kedua-dua pihak terikat mara 24-24, maka lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. Contoh mata (26-24) atau (27-25).16) Semasa set penentuan dijalankan, hanya 15 mata sahaja diperlukan dengan lebihan dua mata bagi menentukan kemenangan.17) Terdapat antena bagi memastikan bola masih berada di dalam kawasan permainan apabila bola masuk ke dalam kawasan pihak lawan. 18) Setiap pasukan dikehendaki memakain jersi yang mempunyai nombor.19) Setiap permainan yang dijalankan hendaklah mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh International Volley Ball Association.3.2 UNDANG-UNDANG PASUKAN3.2.1 Pendaftaran1) Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain, seorang jurulatih, penolong jurulatih dan seorang doktor perubatan. 2) Pendaftaran adalah wajib.3) Pemain yang telah didaftarkan dan direkod tidak boleh ditukar.3.2.2 Kapten1) Hanya ketua pasukan atau kapten sahaja yang boleh berhubung dengan pengadil semasa pertandingan dijalankan.2) Ketua pasukan berhak dan boleh untuk menandai borang skor.3.2.3 Jurulatih1) Jurulatih boleh menandai borang skor.2) Jurulatih boleh memberi arahan kepada pemain-pemainnya dan ahli yang duduk di bangku sewaktu pertandingan dijalankan. 3.2.4 Peserta1) Peserta yang tidak bermain hendaklah berada di kawasan bangku atau di kawasan memanaskan badan. 3.2.5 Susunan giliran1) Terdapat 6 orang peserta bagi setiap pasukan yang berada di dalam gelanggang.2) Sebanyak 3 orang peserta berada pada bahagian hadapan jaring.3) 3 lagi peserta akan berada pada bahagian barisan belakang.4) Apabila servis dilakukan, peserta bebas bergerak dalam kawasan masing-masing dan dalam zon bebas.5) Apabila sesuatu pasukan dikehendaki melakukan servis, maka ahli pemain hendaklah bertukar kedudukan dan berputar satu posisi mengikut arah jam. 3.3 UNDANG-UNDANG PERSEDIAAN PERLAWANAN3.3.1 Penentuan Perlawanan1) Membuat lambungan syiling berdasarkan 2) Servis pertama3) Pemilihan gelanggang3.3.2 Sesi Memanaskan Badan1) 3 minit untuk setiap pasukan2) 5 minit jika kedua-dua pasukan memanaskan badan secara serentak3.3.3 Kelewatan1) Pasukan yang lewat hanya akan diberikan masa sebanyak 15 minit. Lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 25-0, 25-0 jika pasukan tersebut lewat lebih dari 15 minit.3.3.4 Pasukan Tidak Lengkap1) Pasukan yang tidak mempunyai ahli yang mencukupi atau kurang daripada 6 orang pemain dianggap tidak lengkap dan tidak dibenarkan bermain dalam set atau perlawanan.2) Pasukan lawan akan mendapat poin atau poin dan set untuk memenangi perlawanan tersebut.3.4 UNDANG-UNDANG BERMAIN3.4.1 Bola 1) Bola dalam : Bola yang menyentuh lantai gelanggang bermain termasuk garisan sempadannya2) Bola keluar : Sebahagian bola yang menyentuh lantai dalah di luar garisan sempadan gelanggang. :Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang , syiling, atau orang di luar gelanggang.:Ia menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena.3) Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola sebanyak 4 kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali menyandang4) Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang.5) Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan terbantu6) Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola berturutan kecuali menyandang.3.4.2 Jaring1) Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau pihak lawannya dalam ruang lawan.2) Pemain tidak dibenarkan memasuki ruang pasukan lawan.3) Pemain dilarang menyentuh jaring3.5 UNDANG-UNDANG PENGGANTIAN PEMAIN1) Bagi satu set, penggantian maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu pasukan ialah 6.2) Pada masa yang sama, dibenarkan untuk menggantikan satu atau lebih pemain.3) Pemain pengganti yang masuk bemain hanya dibenarkan bermain satu kali dalam 1 set dan hanya boleh diganti semula oleh pemain yang sama.4) Pemain yang telah diganti hanya boleh masuk semula dengan mengambil posisi asalnya.5) Pemain yang cedera, atau tidak layak bermain perlu diganti melalui penggantian yang sah.