uletin bil.2 / 2013 - inpens.edu.my filehamka, seorang ilmuwan dari indonesia pernah berkata...

16
ULETIN BIL.2 / 2013 INPENS INTERNATIONAL COLLEGE http://www.inpens.edu.my D’INPENS One Stop Centre Kini Beroperasi Kejohanan Boling Kakitangan Jabatan Jahitan Rangkul Anugerah Jabatan Tercantik D’ INPENS One Stop Centre kini telah beroperasi dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan kecantikan dan jahitan pada harga yang berpatutan. Kelab Sosial & Kebajikan Kakitangan INPENS telah menganjurkan kejohanan boling buat julung kalinya yang dibuka untuk semua kakitangan INPENS. Jabatan Jahitan & Teknologi Fesyen telah dipilih sebagai jabatan tercantik bagi tahun 2012 oleh panel yang telah dilantik. 3 5 8 Kempen Derma Darah Pelajar INPENS International College buktikan keprihatinan ketika kempen derma darah anjuran PUSAT Darah Negara. 6 MAJLIS Konvokesyen INPENS International College kali ke-17 meraikan seramai 411 orang pelajar yang menerima sijil kemahiran masing-masing. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 16 Mac 2013 yang lalu. 4 & 5 bersambung ke muka

Upload: duongquynh

Post on 09-May-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ULETINBIL.2 / 2013

INPENS INTERNATIONAL COLLEGEhttp://www.inpens.edu.my

D’INPENS One Stop Centre Kini Beroperasi

Kejohanan Boling Kakitangan

Jabatan Jahitan Rangkul Anugerah Jabatan Tercantik

D’ INPENS One Stop Centre kini telah beroperasi dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan kecantikan dan jahitan pada harga yang berpatutan.

Kelab Sosial & Kebajikan Kakitangan INPENS telah menganjurkan kejohanan boling buat julung kalinya yang dibuka untuk semua kakitangan INPENS.

Jabatan Jahitan & Teknologi Fesyen telah dipilih sebagai jabatan tercantik bagi tahun 2012 oleh panel yang telah dilantik.

3 5 8Kempen Derma Darah

Pelajar INPENS International College buktikan keprihatinan ketika kempen derma darah anjuran PUSAT Darah Negara.

6

MAJLIS Konvokesyen INPENS International College kali ke-17 meraikan seramai 411 orang pelajar yang menerima sijil kemahiran masing-masing. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 16 Mac 2013 yang lalu. 4 & 5bersambung ke muka

INPENS Edisi Kedua

PenaungDato’ (Dr.) Md. Mydin bin Md. Sheri�

PenasihatMej. Dr. Hj. A. Aziz bin Ibrahim

Ketua EditorNur ‘Adnin Syamil binti Halik Bassah

Pengarang / KolumnisRanjini a/p Rahman

Pereka Gra�kAhmad Zulkhidzrie bin Mohamad ZukiJurugambarAbdul Rahman bin Baharuddin

Berita JabatanZalina binti RahmatSolehah binti YaakobMohd Harizal bin Ab. GhaniMohd Faizal bin Azmi

Koleksi FotoNahar bin SharifRahimi binti Abu

Pembantu RedaksiSiti Rahimah binti Mohammad NoorZawiah binti Abdullah

Sidang redaksi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Buletin INPENS Edisi Kedua ini. Kami mengalu-alukan sumbangan artikel / rencana / berita semasa yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan, aktiviti kemasyarakatan daripada warga INPENS. Kirimkan tulisan anda kepada:

KETUA EDITOR SIDANG REDAKSIINPENS International College, Jalan Semarak,45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-3281 2619Faks : 03-3281 2627Email : [email protected]

“...IINPENS International College merupakan sebuah Institusi yang memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan berkonsepkan kemahiran yang berkualiti dan terkini bagi mengeluarkan pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif dan produktif serta berkemahiran tinggi...”

Perutusan Presiden INPENS

Hak Cipta terpelihara INPENS International College. Tidak dibenarkan menerbitkan mana-mana bahagian dari mana-mana bahagian dari majalah ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak INPENS.

tinta ketua editorAssalamu’alaikum Wbkt. Salam Perpaduan...

Hamka, seorang ilmuwan dari Indonesia pernah berkata “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”. Maka, dapat kita fahami bahawa wajah yang cantik waima pakaian yang indah tidak dapat menandingi budi pekerti yang elok serta ilmu yang tingi. Adab yang baik tidak terhad kepada perlakuan dan tata bicara, adab yang terpuji juga diparktiskan tidak hanya kepada sesama manusia malahan kepada setiap kejadian makhluk. Kita telah diterapkan untuk beradab sopan pada setiap ketika, ketika makan, ketika berjalan, ketika berbicara malahan ketika berada di atas jalan raya. Adab sopan yang baik adalah satu kemestian bagi setiap individu yang mementingkan kecemerlangan.Buletin INPENS bagi edisi kedua ini terus memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang telah direncana sepanjang penghujung 2012 sehingga Mei 2013. Dapat disaksikan, berbagai episod suka dan duka telah kita redahi bagi beberapa bulan yang telah lalu ini. Namun begitu, yakinlah bahawa setiap kebahagiaan itu merupakan satu ujian dan kedukaan itu merupakan terapi menguatkan jiwa.

Bagi edisi kali ini, cebisan berita dari beberapa jabatan akan dikongsi bersama, tidak ketinggalan juga coretan kenangan beberapa acara dan majlis bersejarah seperti Majlis Konvokesyen INPENS ke-17 yang baru berlalu turut dihidangkan sebagai hidangan minda untuk para pembaca. Akhir kata, semoga ketinggian ilmu yang kita miliki akan terus seiring berjalan bersama-sama dengan adab santun yang terpuji. Sekian, selamat membaca dan semoga sukses selalu.NUR ‘ADNIN SYAMIL HALIK BASSAHKetua Editor

Dato’ (Dr.) Md. Mydin bin Md. Sheri�

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan izin-Nya kita diberikan nikmat kesihatan dan kesejahteraan untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan amanah sebagai khalifah, sekaligus sebagai warga INPENS bagi meneruskan wawasan mencapai misi organisasi. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Sidang Redaksi Buletin INPENS kerana berjaya menerbitkan buletin untuk tatapan kita semua sebagai saluran informasi tentang pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Januari 2013 hingga kini.

INPENS International College merupakan sebuah Institusi yang memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan berkonsepkan kemahiran yang berkualiti dan terkini bagi mengeluarkan pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif dan produktif serta berkemahiran tinggi terutama dalam bidang teknikal seperti Teknologi Komputer dan Teknologi Automotif. Demi memastikan INPENS menjadi sebuah institusi harapan Negeri Selangor, kita mesti mengamalkan ciri-ciri peningkatan dan pengadaptasian yang berterusan seiring dengan kehendak kompetensi yang diperlukan industri tempatan dan luar negara yang sentiasa sahaja berubah. Oleh itu, kita memerlukan kecekapan dan kebolehan yang membawa kita kepada “pembelajaran, perubahan dan peningkatan’. Para tenaga pengajar teknikal juga mestilah

mempunyai pemahaman yang sama di dalam konteks ini dan memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan misi organisasi. Misi organisasi mestilah dikongsi dan difahami oleh semua kakitangan dalam memastikan matlamat murni ini dapat dicapai. Kegigihan, komitmen dan kegembiraan menambah ilmu oleh setiap lapisan kakitangan perlu dipupuk dan dibudayakan, disamping mempunyai integriti dan akhlak yang mulia demi memastikan INPENS menjadi sebuah IPTS yang disegani dan berjaya di Malaysia.

Sesungguhnya pihak INPENS sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan berterusan dengan menaja pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pengajian kemahiran di INPENS. Tidak ketinggalan pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri yang menaja pelajar-pelajar kategori sama bagi negeri-negeri lain di Malaysia.

Kepada para pelajar, jadikan bidang kemahiran ini sebagai noktah awal untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang, malah sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi demi kegemilangan diri, agama, bangsa dan Negara.

Akhir kata saya mendoakan kesejahteraan kepada semua warga INPENS International College dan merakamkan ucapan terima kasih kerana terus bersama-sama pihak pengurusan dalam memikul amanah yang diberikan dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

INPENS Edisi Kedua

OKTOBER lalu menyaksikan INPENS International College telah melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka sebuah pusat rawatan kecantikan wajah yang turut menggabungkan perkhidmatan dandanan rambut dan juga jahitan. Warga INPENS dan juga masyarakat setempat boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan tawaran yang menarik di bawah satu bumbung.

Ketika ditemu bual, Puan Zaiton Hamsi yang juga Pengurus D’INPENS One Stop Centre memberitahu pembukaan pusat ini juga memberi peluang kepada pelajar INPENS untuk mempelajari selok belok pengurusan perniagaan selain memantapkan kemahiran yang dimiliki. Ini kerana ujar beliau pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus-kursus seperti jahitan, kecantikan dan dandanan rambut di INPENS akan diberi giliran untuk bertugas di D’INPENS One Stop Centre.

...pembukaan pusat ini juga memberi peluang kepada pelajar INPENS untuk mempelajari selok belok pengurusan perniagaan selain memantapkan kemahiran yang dimiliki...

D’INPENS One Stop Centre sedia memberikan perkhidmatan terbaik pada harga yang berpatutan.

INFORMASID’INPENS One Stop Centre

Kini Beroperasi!

Beliau juga memberitahu, pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan sebahagiannya menggunakan teknologi yang terkini dan harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Mengakhiri perbualan, Puan Zaiton juga memaklumkan sambutan yang diterima sangat menggalakan dan rata-rata pelanggan memberikan respon yang positif ke atas semua perkhidmatan. Beliau juga boleh dihubungi di talian 019-2215980 untuk sebarang pertanyaan dan temujanji.Puan Zaiton (kanan) bersama

pembantu beliau, Puan Syamimi.

INPENS Edisi Kedua

FOKUS

MAJLIS Konvokesyen INPENS International College kali ke-17 menyaksikan seramai 411 orang pelajar pelbagai jurusan menerima sijil kemahiran masing-masing. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 16 Mac 2013 yang lalu.

Beberapa anugerah turut diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang berkat hasil usaha gigih mereka. Anugerah Khas Menteri Besar Selangor berupa tro�, piala pusingan, sijil, hadiah iringan dan wang tunai diberikan kepada Nor Suriyani Musa dan Mohd Hisham Moham-ad Aseray yang menunjukkan prestasi membanggakan dalam bidang kemahiran dan kokurikulum masing-masing.

Nor Suriyani Musa yang berjaya merangkul Anugerah Tangan Emas ketika Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 yang lalu telah dipilih menerima anugerah tertinggi Majlis Konvokesyen INPENS iaitu Anugerah Menteri Besar. Pemegang sijil kursus pembuat pakaian tahap 2 ini turut menerima tawaran bekerja sebagai pereka fesyen di Brunei Darussalam. Ini sekaligus membuktikan tenaga kerja mahir memiliki pasaran kerja yang tinggi sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Sementara itu, turut mendapat anugerah yang sama ialah Mohd Hisham Mohamed Aseray yang aktif dalam menyertai pelbagai program inovasi di dalam bidang penyamanan udara dan penyejuk bekuan. Ketika ditemui, beliau melahirkan rasa terharu dan gembira dengan anugerah yang diberikan kepada beliau. Mohd Hisham turut meluahkan impian untuk menyambung pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi serta mahu membalas jasa kedua orang tua beliau yang telah banyak berkorban mendidik beliau untuk mejadi seorang yang berguna.

Anugerah-anugerah yang disediakan mendapat tajaan dari beberapa organisasi dan beberapa syarikat korporat seperti Unit Perancang Negeri Selangor (UPEN), Yayasan Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Turut menyumbang bagi beberapa anugerah utama ialah UMW Toyota Motors Sdn. Bhd., Proton Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) dan ZARAZ Engineering Sdn. Bhd.

Majlis konvokesyen tersebut telah dirasmikan dan disempuranakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan turut dihadiri Presiden INPENS, Datuk Dr. Md Mydin Md Sheri�, Pengerusi Lembaga Pengarah INPENS, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan Exco-exco Negeri Selangor iaitu Dr. Halimah Ali, Dr. Yaakob Sapari dan Dr. Xavier Jayakumar.

Nor Suriyani Musa menerima Anugerah

Menteri Besar yang disampaikan Dato’

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid

Ibrahim.

M E R A I K A N K E C E M E R L A N G A N D I

INPENS Edisi Kedua

Mohd Hisham Mohamad Aseray ditemani kedua ibu bapa ketika menerima Anugerah Menteri Besar pada Majlis Konvokesyen INPENS kali ke-17.

M A J L I S KO N V O K E S Y E N I N P E N S K E - 1 7

SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN : WAJAH-WAJAH CEMERLANG

Tah-

INPENS Edisi Kedua

JABATAN Jurukecantikan & Jabatan Dandanan Rambut INPENS telah bekerjasama menganjurkan satu bengkel ketrampilan diri pada 16 dan 17 Januari yang lalu. Bengkel tersebut telah melibatkan semua pelajar-pelajar tahap 1 dan tahap 2 dari kedua-dua jabatan. Bengkel ketrampilan diri tersebut telah diadakan di Mini Auditorium INPENS dan dikelolakan oleh tenaga pengajar dari jabatan-jabatan yang terlibat. Selain itu, pelajar tahap 3 pula telah diangkat menjadi fasilitator bagi membantu para peserta menyelesaikan tugasan sepanjang bengkel tersebut berlangsung.

Objektif penganjuran bengkel tersebuat ialah memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tahap tiga untuk mengendalikan bengkel dan kursus berdasarkan tugasan pembelajaran. Selain itu juga, bengkel tersebut berperanan untuk menjadi satu program suai kenal di kalangan pelajar selain dapat meningkatkan ukhuwah di antara pelajar. Di antara pengisian utama bengkel tersebut ialah modul penjagaan rambut, teknik-teknik melakukan dandanan rambut dengan betul, berbagai-bagai teknik solekan dan cara untuk menjaga kulit wajah. Hasil maklum balas yang diterima keseluruhan pelajar berpuas hati dan mengharapkan bengkel sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Objektif penganjuran bengkel tersebuat ialah memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tahap tiga untuk mengendalikan bengkel dan kursus berdasarkan tugasan pembelajaran...

JOM TINJAU!PELAJAR KECANTIKAN & DANDANAN RAMBUT SERTAI BENGKEL KETRAMPILAN DIRI

Tenaga pengajar menunjukkan teknik mendandan rambut.

Para tenaga pengajar dan fasilitator yang menjadi nadi penggerak bengkel ketrampilan diri.

Pelajar tahap 3 yang bertindak sebagai fasilitator membantu pelajar-pelajar tahap 1 dan 2 melakukan

tugasan.

Peserta begkel kelihatan ceria dan bersemangat.

INPENS Edisi Kedua

JABATAN Teknologi Fesyen telah dipilih sebagai jabatan tercantik bagi tahun 2012 oleh panel yang telah dilantik. Ketua panel, Encik Nahar Shari� memberitahu Jabatan Teknologi Fesyen berjaya menampilkan susun atur yang kemas selain kebersihan yang sangat terjaga. Encik Nahar juga memberitahu, pelajar-pelajar Jabatan Jahitan juga sangat berdisiplin dan sentiasa memastikan mereka mengemas serta membersihkan stesen kerja mereka. Selain daripada itu, Jabatan Jahitan juga tidak melupakan aspek riadah kepada para pelajar dengan mengubah suai ruangan untuk menjadi tempat perbincangan dan berehat untuk para pelajar.

Ketika ditemu bual, Puan Zalina Rahmat yang juga Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) Jabatan Teknologi Fesyen memberitahu semua warga jabatan adalah diminta untuk sentiasa menjaga kebersihan walaupun ketika tiada pertandingan. Beliau juga melahirkan rasa syukur dan gembira kerana semua tenaga pengajar dan para pelajar banyak membantu beliau dari segi susun atur hiasan dan juga memberi idea dalam memaksimumkan kegunaan sesuatu ruangan. Puan Zalina juga berpendapat, pertandingan seperti ini wajar diadakan setiap tahun memandangkan ia mampu memupuk sifat kerjasama selain membantu menampilkan suasana yang lebih indah di INPENS International College.

Dalam pada, itu, beberapa pelajar juga berpandangan suasana yang cantik, bersih dan kemas mampu melahirkan suasana belajar yang lebih selesa dan kondusif. Secara tidak langsung juga, semangat dan motivasi untuk belajar juga akan menjadi lebih tinggi selain kualiti kerja akan menjadi lebih e�syen. Oleh yang demikian, persekitaran yang cantik dan bersih merupakan satu elemen yang penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

KIRI

Puan Zalina Rahmat kelihatan ceria bersama-sama tenaga pengajar Jabatan Teknologi Fesyen apabila merangkul Anugerah Jabatan Tercantik 2012

Ruang kosong telah dimanfaatkan dengan memuatkan sebuah meja perbincangan dan mempamerkan hasil kerja tangan para pelajar.

JOM TINJAU!JABATAN TEKNOLOGI FESYEN RANGKUL ANUGERAH JABATAN TERCANTIK 2012

Anugerah Jabatan Tercantik 2012 dan juga hamper yang diterima.

..Jabatan Teknologi Fesyen berjaya menampilkan susun atur yang kemas selain kebersihan yang sangat terjaga.. En. Nahar ( Ketua Panel)

INPENS Edisi Kedua

JOM TINJAU!GOTONG-ROYONG & BERKEBUN AMALAN WARGA JABATAN AUTOMOTIF

Warga Jabatan Automotif menjadikan gotong-royong sebagai amalan harian.

JABATAN Automotif ditakrifkan sebagai jabatan yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai di INPENS International College. Oleh yang demikian, pelbagai kaedah telah dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama dan setia kawan di kalangan pelajar di Jabatan Automotif.

Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) Jabatan Automotif, Encik Mohd Faizal bin Azmi memberitahu menjaga disiplin dan kebajikan pelajar yang ramai merupakan satu cabaran yang besar. Walau bagaimanapun berkat bantuan dan kerjasama tenaga pengajar yang lain, maka tanggung jawab tersebut dapat dipikul dengan mudah. Beliau turut memberitahu, antara aktiviti yang dijalankan setiap hari ialah bergotong royong dan manakala aktiviti berkebun dijalankan secara mingguan.

Beliau memaklumkan gotong royong merupakan aktiviti yang dilakukan setiap pagi untuk membersihkan kawasan bengkel dan kelas. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih dan selesa untuk sesi pembelajaran. “Kebersihan perlu diutamakan kerana dalam Islam juga kita dituntut untuk menjaga kebersihan dan sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman” ujar beliau lagi. Selain bergotong royong untuk membersihkan kawasan bengkel ia juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar automotif mahupun tenaga pengajar.

Tebu merupakan antara hasil tanaman di Jabatan Automotif.

Beliau juga menambah, aktiviti berkebun merupakan aktiviti sihat yang direncanakan untuk pelajar-pelajar Jabatan Automotif. “Di sini kami menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di antaranya ialah ubi, tebu, jagung, dan berbagai lagi. Hasil yang dituai akan kami kumpulkan dan akan dihidang untuk dikongsi bersama seluruh warga jabatan” akhiri beliau.

Kebersihan perlu diutamakan kerana dalam Islam juga kita dituntut untuk menjaga kebersihan dan sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman.. En. Mohd Faizal Azmi (PPD Automotif)

Kebersihan tingkap juga dititik beratkan bagi menjamin suasana belajar yang bersih dan selesa.

INPENS Edisi Kedua

PADA sesi Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 yang lalu, seorang wakil pelajar INPENS International College telah berjaya melangkah ke peringkat akhir bagi kategori pertandingan penyamanan udara. Pelajar tersebut, Mohd Hisham Mohamed Aseray berjaya melepasi peringkat kelayakan seterusnya melepasi cabaran di peringkat suku dan separuh akhir.

Walaupun tidak berjaya memperoleh tempat ketika di slot akhir, pencapaian Mohd Hisham adalah sangat membanggakan memandangkan pertandingan tersebut mengumpulkan ramai pelajar kemahiran dari seluruh negara. Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) Jabatan Penyaman Udara & Penyejuk Bekuan, Encik Mohd Harizal bin Ab. Ghani memberitahu pertandingan sebegini merupakan klimaks bagi menilai tahap pencapaian seseorang pelajar.

Beliau turut memberitahu, pertandingan sebegini dapat mewujudkan satu persaingan yang sihat di antara kolej yang bertanding. Selain itu, latihan yang dibuat sebagai persediaan menyertai pertandingan ini dapat memantapkan lagi mutu kerja para peserta.

Encik Muhamad Mustaqim bin Mohd Zulkepli yang bertindak sebagai jurulatih kepada Mohd Hisham pula berkata, komitmen tinggi yang ditunjukkan Mohd Hisham menjadi punca utama kejayaan selain rajin mengikut nasihat. Encik Muahamad Mustaqim juga berharap akan ada pelajar INPENS yang mampu menggondol hadiah utama pada siri PKM yang seterusnya.

JOM TINJAU!MOHD HISHAM MELANGKAH KE PENTAS AKHIR PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (PKM) 2012

Mohd Hisham (berdiri kiri) bergambar bersama juri-juri Pertandingan Kemahiran Malaysia.

..pertandingan sebegini dapat mewujudkan satu persaingan yang sihat di antara kolej yang bertanding. Selain itu, latihan yang dibuat sebagai persediaan menyertai pertandingan ini dapat memantapkan lagi mutu kerja para peserta..

Mohd Hisham Mohamed Aseray berjaya melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi kategori yang disertai beliau.

ATAS & BAWAH

INPENS Edisi Kedua

PUSAT Darah Negara (PDN) telah mengadakan satu kempen derma darah yang bertempat di Auditorium INPENS International College pada Januari lalu. Kempen tersebut mengalu-alukan semua pelajar dan kakitangan INPENS yang layak menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Negara (TDN).

Ketika ditemui, beberapa pelajar yang tidak melepaskan peluang untuk menderma darah memberitahu bahawa proses menderma darah sama sekali tidak menyakitkan. Proses menderma darah juga tidak mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Mereka juga diberikan “buku merah” sebagai rujukan untuk proses derma darah seterusnya. Pelajar-pelajar juga telah diberikan sijil penghargaan sebagai bukti keprihatinan mereka.

Wakil Pusat Darah Negara ketika ditemubual, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar dan

SANA-SINI INPENSKEMPEN DERMA DARAH : Belia INPENS Belia Prihatin

Pelajar INPENS yang prihatin tidak melepaskan peluang untuk berbakti menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Peserta kem bergambar kenangan bersama-sama pihak EWRF.

KEM MOTIVASI BELIA INDIA

kakitangan yang terlibat serta terharu dengan sambutan yang menggalakkan. Beliau juga berharap, lebih ramai lagi pelajar dan kakitangan akan terlibat dalam kempen derma darah yang sering diadakan di banyak lokasi di seluruh negara.

PADA hujung November tahun lalu, sekumpulan 53 pelajar India telah terpilih menyertai Kem Motivasi Belia anjuran EWRF (Education, Welfare & Reseach Foundation) bertempat di Teratak Nalys, Ulu Tamu di Batang Kali, Selangor.

Kem motivasi ini bertujuan untuk memperkasakan minda para pelajar dari segi pembinaan karakter yang unggul, menyedari kepentingan pengurusan masa dan mencungkil bakat kepimpinan. Selain itu kem motivasi ini juga dilihat dapat menerapkan sifat daya saing di kalangan pelajar, memupuk semangat kerja berpasukan dan juga membina keyakinan diri.

Salah seorang perserta program, Parimala a/p Gunalan, yang juga pelajar kursus Juruestetik Tahap 2 turut berkongsi bahawa kem tersebut memberi banyak pengalaman yang menarik dan juga telah menanam semangat baru untuk terus belajar. Selain daripada itu, beliau menjelaskan kem motivasi ini juga dapat memupuk perpaduan di kalangan peserta yang terlibat.

Ketua program yang juga Pembantu Pegawai HEP INPENS International College, Encik Suresh a/l Manickam berkata bahawa program kerohanian dan aktiviti �zikal yang direncanakan ketika kem tersebut bertujuan untuk mengoptimumkan minda pelajar untuk ber�kir secara kreatif dan kritis selain turut bertujuan untuk memperkasa pembinaan modal insan yang cemerlang. “Program ini diharap dapat menerbitkan perasaan tanggungjawab sebagai pelajar dan memupuk nilai-nilai integriti di kalangan peserta kem tersebut”, akhiri beliau.

Peserta kem juga perlu melakukan

aktiviti �zikal yang lasak seperti

“Flying Fox” dan “A Walk”.

INPENS Edisi Kedua

SATU program gotong-royong telah diadakan untuk membersihkan kawasan sekitar asrama putera, asrama puteri dan bengkel-bengkel bagi membanteras penyebaran wabak denggi. Gotong royong anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor tersebut telah disertai semua warga asrama dan para warden yang bertugas. Turut hadir menyokong dan membantu ialah Pengurus HEP & HEA INPENS International College, Encik Nahar bin Sharif.

Aktiviti gotong-royong telah diadakan selepas solat asar sehingga menjelang lewat petang. Banyak tempat-tempat yang berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes berjaya dimusnahkan sekaligus menjadikan kawasan sekitar lebih bersih. Presiden MPP INPENS sesi 2012/2013, Mohd Razif Jantan berkata program sebegini harus diadakan lebih kerap untuk menjamin kebersihan asrama selain memupuk sifat kerjasama di kalangan para pelajar selain dapat mengelakkan penyebaran wabak denggi yang berbahaya. Sementara itu, Encik Nahar Sharif turut menyampaikan rasa terima kasih dan meluahkan rasa bangga dengan kesudian para pelajar menyertai aktiviti gotong royong ini.

Kakitangan INPENS yang terlibat kelihatan tekun menjawab ujian komunikasi Bahasa Inggeris.

SANA-SINI INPENSGOTONG-ROYONG BANTERAS DENGGI

KURSUS KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS UNTUK KAKITANGAN INPENSSERAMAI 16 orang kakitangan INPENS telah menyertai satu kursus jangka pendek selama 12 minggu bagi memantapkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris mereka. Fasa pertama kursus telah pun selesai dilaksanakan bermula Februari hingga Mei yang lalu. Kursus ini juga dirangka bagi meningkatkan motivasi para kakitangan untuk menguasai Bahasa Inggeris. Peserta kursus akan diberi peluang untuk berkomunikasi pada kadar yang maksimum dan diperkenalkan dengan banyak situasi komunikasi Bahasa Inggeris. Mereka yang berjaya melengkapkan semua tugasan dan penilaian akan diberikan sijil mengikut tahap pencapaian masing-masing.

Rata-rata peserta kursus memberitahu, banyak aspek seperti sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa perlu ditambah baik. Oleh yang demikian, kursus seperti ini memberi peluang untuk mereka menyemai perasaan minat untuk mempelajari dan menambah ilmu Bahasa Inggeris mereka. Kursus ini telah dirangka dan diselia oleh pensyarah-pensyarah dari Unit Bahasa INPENS International College. Bagi fasa kedua, kursus ini dijangka diadakan sekitar September sehingga Disember 2013 manakala fasa ketiga pula akan diadakan pada Februari sehingga Mei 2014. Kakitangan yang berminat adalah dialu-alukan untuk mendaftar dan berhubung dengan Cik Ranjini a/p Rahman untuk sebarang maklumat lanjut.

INPENS Edisi Kedua

PADA 20 April yang lalu, seramai kira-kira 70 kakitangan INPENS telah menyertai Kursus S.P.I.E.S Profesional yang diadakan selama tiga hari. Kursus berkenaan telah dijalankan dengan jayanya di Hotel De Palma Ampang, Selangor. Kerajaan Negeri Selangor dengan suka citanya telah menganjurkan kursus berkenaan bagi memupuk dan menjana tahap profesional yang tinggi di kalangan kakitangan.

Ketika ditemui, beberapa kakitangan memberitahu kursus ini memberi mereka banyak ilmu pengetahuan serta pendedahan berkenaan isu profesionalisme di dalam kerjaya mereka. Ramai kakitangan berpendapat peluang yang diberikan untuk menonjolkan sikap kepimpinan dan kerjasama di dalam kumpulan merupakan satu peluang yang tidak boleh dipersia-siakan. Kursus S.P.I.E.S ini juga dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan profesional di kalangan kakitangan selain dapat mempelajari bagaimana

SANA-SINI INPENSKAKITANGAN INPENS SERTAI KURSUS S.P.I.E.S PROFESIONAL

Kakitangan kelihatan ceria sebelum kejohanan dimulakan.

Kakitangan INPENS menunjukkan isyarat ‘bagus’ setelah tamat kursus.

Ahli kumpulan ‘Jaguh’ menunjukkan logo kumpulan mereka.

untuk membina pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif. Berbagai-bagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah diadakan sepanjang penganjuran kursus ini bagi memenuhi objektif kursus iaitu membentuk komuniti yang produktif, efektif, kreatif dan berwawasan.

KELAB KAKITANGAN INPENS ANJUR KEJOHANAN BOLINGKELAB Sosial & Kebajikan Kakitangan INPENS telah menganjurkan kejohanan boling buat julung kalinya yang dibuka untuk semua kakitangan INPENS. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 6 April yang lalu bertempat di Megalanes, 1 Plaza, Kuala Selangor. Pada kejohanan boling tersebut, Encik Rosli Mohamed Isa dari Unit Aset telah mengungguli kategori Lelaki, manakala Puan Siti Noor Hani dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pula menjuarai kategori wanita. Beberapa kategori lain seperti berkumpulan dan kategori anak-anak kakitangan juga dipertandingkan. Turut hadir menyokong dan menyampaikan hadiah pada acara tersebut ialah Presiden INPENS International College, Dato’ (Dr.) Md Mydin Sheri�.

Rata-rata kakitangan yang ditemubual melahirkan rasa gembira dan teruja untuk menyertai acara ini memandangkan kejohanan ini adalah kali pertama kali dianjurkan. Pengerusi Kelab Sosial & Kebajikan Kakitangan INPENS, Encik Mohd Faizal Zainal berkata program sebegini harus diteruskan penganjurannya setiap tahun memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, malahan ramai ahli keluarga kakitangan turut hadir memeriahkan acara. Encik Mohd Faizal Zainal turut menyampaikan rasa terima kasih dan rasa gembira dengan kesudian para kakitangan meluangkan masa menyertai kejohanan tersebut. Beliau juga berharap, penyertaan bagi kejohanan seterusnya akan bertambah sekaligus dapat mengeratkan hubungan mesra di kalangan kakitangan tanpa mengira jabatan dan unit masing-masing.

Presiden INPENS dan isteri turut hadir memeriahkan kejohanan boling kakitangan

INPENS.

INPENS Edisi Kedua

PROGRAM BAK TI SISWA INPENSTempat : Batu 7, Sijangkang, KlangTarikh : 26 Januari 2013Aktiviti Siswa : Perkhidmatan menggunting rambut, terapi wajah , re�eksologi, tata rias kuku tangan & kaki, menukar minyak hitam motorsikal.

Tempat : Kampung Bukit Badong, Ijok.Tarikh : 11 Februari 2013Aktiviti Siswa : Perkhidmatan menggunting rambut, terapi wajah , re�eksologi, tata rias kuku tangan & kaki, menukar minyak hitam motorsikal.

Tempat : Flat Seri Perantau, Klang.Tarikh : 23 Februari 2013Aktiviti Siswa : Perkhidmatan menggunting rambut, terapi wajah , re�eksologi, tata rias kuku tangan & kaki, menukar minyak hitam motorsikal.

INPENS Edisi Kedua

MIND YOUR ENGLISH! WEIRD BUT TRUE

1. Crocodile always grows new teeth to replace the old teeth!

2. The sentence "The quick brown fox jumps over a lazy dog." uses every letter of the alphabet!

3. Bird Feeding: Do not feed avocado as it is toxic to birds!

4. Thomas Edison, light bulb inventor, was afraid of the dark!

5. All the planets in our solar system rotate anticlockwise, except Venus. It is the only planet that rotates clockwise.

6. Google, with a brand value of $86 billion, is the world's most powerful brand.

7. The largest quantity of �sh in the world is produced by Japan & Russia.

8. Insects do not make noises with their voices. The noise of bees, mosquitoes and other buzzing insects is caused by rapidly moving their wings.

9. Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing.

10. The word "listen" contains the same letters as the word "silent"

The First 3 Years of Marriage

In the �rst year of marriage, the man speaks and the woman listens.

In the second year, the woman speaks and the man listens.

In the third year, they both speak and the neighbors listen.

J OKES

INPENS Edisi Kedua

What is the longest word in the English language?

SMILES : There is a mile between the �rst and last letters!"

1. Stay to the left.This is the most essential rule of walking. It’s helpful to avoid collision with other people as you turn a corner.

2. Don’t take up the entire sidewalk .If you are in a group don’t walk in a parallel line forming a wall. It will annoy other pedestrian behind you as it will block their way. Be considerate and break into a pair.

3. Watch out!Don’t text and walk at the same time. Texting and walking at the same time is a special recipe for collision. If you have to text urgently, move over to the sides of the sidewalk to avoid other pedestrian crushin

4. Don’t dress all dark if you’re walking at night.Wearing all dark colored clothing will absorb the light hence there is a high possibility of drivers crashing into you because the human eye's �eld of vision is much smaller without the help of natural light. Make yourself visible at night by wearing something that re�ects light. Studies show that the most visible colors at night are white, yellow, and orange.

5. Avoid walking in tra�c where there are no sidewalks or crosswalks.If you have to walk on a road that does not have sidewalks with none other options, walk facing tra�c. This is essential to avoid drivers from colliding into you from behind. Not only that, when you walk facing the tra�c you will have the advantage of knowing what's coming and can get out of the way if necessary.

How To Be A SMART PEDESTRIAN!Nowadays our Malaysian metropolitan streets are �lled with pedestrian using smartphones, doing things such as facebooking, listening to songs and following the latest news while not being aware of their surrounding. This actually escalates unfortunate incidents such as snatch theft, auto-accidents and even walking into stationery objects or other pedestrians. As INPENIANS it’s a common occurrence for students to walk along the streets in a group. So what safety precautions that we can practice to ensure accident free journey?

A man is talking to God.

The man : God, how long is a million years?God : To me, it's about a minute.The man : God, how much is a million dollars?God : To me it's a cent.The man : God, may I have a cent?God : Wait a minute.

SHOCKING STAT:On average, 562 pedestrians are killed annually in Malaysia!!! The majority of them children and senior citizens. (Source: The Star February 27, 2013)

Bicara SiswaNama : Sakthikala a/p SelvamKursus : Juruterapi Estetik Tahun Pengajian : Tahap 3 Negeri Asal : Johor BahruCita-cita : Usahawan Kecantikan

INPENS merupakan sebuah kolej yang strategik dan baik. Bukan itu sahaja, banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak inpens kepada pelajar seperti asrama yang selesa dan bilik kuliah yang cantik dan luas. Selain itu, pihak INPENS juga telah memberi banyak sokongan dan dorongan kepada saya untuk menuntut pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Terima Kasih INPENS!

Nama : Siti Khadijah binti Mohamad TasiminKursus : Pembuat Pakaian WanitaTahun Pengajian : Tahap 1Negeri Asal : SelangorCita-cita : Pensyarah Bidang Fesyen

Pada Pandangan saya, INPENS adalah sebuah pusat pengajian yang terbaik kerana memberi peluang kepada semua masyarakat yang ingin menambah ilmu kemahiran dalam semua bidang yang ditawarkan. Di samping itu, ia juga mampu menanamkan sifat disiplin dalam diri pelajar dengan melibatkan aktiviti luar seperti JPAM, senaman, gotong-royong dan sebagainya. Oleh itu saya yakin INPENS mampu melahirkan generasi yang berkemahiran ,kreatif dan inovatif. Jom cemerlang bersama INPENS!!!

Nama : Munirudin bin ShahrizanKursus : Penyaman Udara dan Penyejuk Bekuan Tahun Pengajian : Tahap 2Negeri Asal : PerlisCita-cita : Usahawan Berjaya

Saya berpandangan INPENS adalah sebuah kolej yang dapat memberi peluang perkerjaan pada masa hadapan kepada para pelajar. Kursus yang ditawarkan juga cukup berguna kepada setiap pelajar. Malah kemudahan yang diberikan mencukupi dan cukup selesa. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di asrama juga sentiasa dijaga baik. Selain itu, tenaga pengajar di sini juga merupakan pengajar yang baik walaupun tegas. Kakitangan di sini juga sangat baik dan mesra.

Nama : Jeret a/l ManoharanKursus : AutomotifTahun Pengajian : Tahap 3Negeri Asal : PerakCita-cita : Usahawan

Pada pendapat saya, INPENS International College mempunyai pengurusan yang baik. Tempatnya juga adalah strategik dan berdekatan dengan stesen bas. Bukan itu sahaja, tenaga pengajarnya juga berpengalaman, ramah dan sentiasa bersedia untuk membantu pada bila-bila masa. Saya juga amat berpuas hati dengan kemudahan yang selesa dan layanan yang baik. Malah, saya mempunyai banyak kawan baik yang berbilang bangsa yang sentiasa sedia membantu saya dalam hal pelajaran.

Nama : Shirley TehKursus : JurukecantikanTahun Pengajian : Tahap 1Negeri Asal : SelangorCita-cita : Usahawan Kosmetik

Pada pendapat saya, INPENS adalah sebuah kolej yang dapat memberi peluang perkerjaan dan sijil yang berguna kepada masa hadapan pelajar. Terdapat banyak jenis kursus yang boleh diikuti dengan alatan yang lengkap untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Malahan, ilmu yang diajar juga senang difahami dan dipraktikkan. Bukan itu sahaja, tenaga pengajarnya sentiasa baik dan mengambil berat tentang pelajar-pelajar. Akhir sekali kemudahan yang canggih telah dilengkapkan di seluruh bangunan seperti wi-� dengan tujuan membantu pelajar untuk menyiapkan projek dan tugasan dengan mudah.

INPENS Edisi Kedua

Nama : Durga Dewi a/p MathialakanKursus : Pembuat Pakaian WanitaTahun Pengajian : Tahap 2Negeri Asal : SelangorCita-cita : Usahawan

Saya berpendapat INPENS adalah sebuah kolej yang baik dan sentiasa bersedia membantu pelajar yang dalam kesusahan. Selain daripada kuliah, kami juga sering digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berguna seperti JPAM, khidmat komuniti dan kelas kesedaran sivik. Bukan itu sahaja, asrama yang disediakan sangat selesa dan mempunyai banyak kemudahan riadah untuk pelajar. Tenaga pengajar di INPENS juga prihatin dan banyak membantu saya.

Nama : Rajathi a/p NadarajahKursus : JurukecantikanTahun Pengajian : Tahap 2Negeri Asal : SelangorCita-cita : Guru

Pada pendapat saya, INPENS telah memberi banyak sokongan, bantuan serta dorongan kepada saya untuk menuntut pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Jasa INPENS terlalu banyak kepada saya. Malahan INPENS menjadi titk tolak kepada kejayaan saya pada hari ini. Saya ingin menjadi seorang guru yang prihatin dan baik hati seperti tenaga pengajar saya di INPENS.