ulasan buku bukit kepong

7
Ulasan buku Bukit Kepong Nama penulis: Ismail Johari Tajuk: Bukit Kepong ISBN: 983-62-6836-7 Harga: RM9.80 Penerbit: Ampang Press Sdn.Bhd. Ulasan perisitwa Bukit Kepong. Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah dan tragis pernah berlaku di Tanah Melayu pada 23 Februari 1950 di antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (pengganas Komunis) semasa darurat selepas perang dunia kedua dan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik apabila berlakunya penyembelihan berdarah oleh pihak penyerang yang telah membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ pada ketika itu. Pihak komunis hendak menjadikan serangan ini sebagai contoh apa yang bakal terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan pihak polis dan berjaya mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat dan mudah . Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Upload: atiqaaaaaaaah

Post on 14-Apr-2016

124 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

ulasan buku bukit kepong

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku Bukit Kepong

Ulasan buku Bukit Kepong

Nama penulis: Ismail Johari

Tajuk: Bukit Kepong

ISBN: 983-62-6836-7

Harga: RM9.80

Penerbit: Ampang Press Sdn.Bhd.

Ulasan perisitwa Bukit Kepong.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah dan tragis

pernah berlaku di Tanah Melayu pada 23 Februari 1950 di antara pihak polis dan Parti

Komunis Malaya (pengganas Komunis) semasa darurat selepas perang dunia kedua dan

sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis

Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing

sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Kejadian ini bermula sebelum

subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan

tragik apabila berlakunya penyembelihan berdarah oleh pihak penyerang yang telah membunuh

hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ pada ketika itu. Pihak komunis hendak

menjadikan serangan ini sebagai contoh apa yang bakal terjadi kepada mereka yang

menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang

percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan pihak polis dan berjaya mengawal stesen

polis tersebut dalam tempoh yang singkat dan mudah . Perkara ini disebabkan oleh beberapa

faktor yang menyebelahi mereka:

Pihak Komunis mempunyai kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan yang menyertai

serangan tersebut berbanding dengan jumlah anggota polis yang ada pada waktu itu. Keadaan

balai polis Bukit Kepong terletak dikawasan seluas 62 meter persegi dan terletak di tebing

sungai Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagar dengan kawat berduri. Bukit Kepong

merupakan sebuah perkampungan yang didiami oleh lebih kurang 1200 penduduk dan

terdapat lebih kurang 20 kedai papan milik orang cina pada ketika itu. Menjelang awal 1950, ia

merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh

Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika

serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh

Page 2: Ulasan Buku Bukit Kepong

Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara ini diketahui oleh pihak penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin

pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal

polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22

orang anggota kesemuanya. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin

di bahagian belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah anatara sebab utama

penempatan pasukan polis marin di situ.

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas

ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang

diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera

dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi

tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai

Polis dengan separuh daripada bilangan tersebut di bahagian hadapan, dan bakinya

mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel

Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang

memotong kawat duri balai tersebut. Akibat daripada itu, Pihak komunis kemudiannya

menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.

Mereka berharap agar serangan ini mengejutkan pihak polis dan melumpuhkan gerakan

polis sekali gus tunduk dengan pihak komunis. Akan tetapi, mereka kini berhadapan dengan

tentangan hebat daripada anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua

kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun

anggotanya lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah enggan menyerah

walaupun telah berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota

polis gugur apabila pertempuran berterusan tanpa henti dan dua orang isteri polis yang

bertahan turut serta berjuang apabila melihat suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang

lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah

pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis

yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar. Akibatnya beberapa orang

kampung serta pihak komunis turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.

Page 3: Ulasan Buku Bukit Kepong

Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan oleh komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis iaitu Mariam Ibrahim, isteri

kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera

memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah kalah tetapi usaha tersebut tidak

diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut

ditawan dan dipaksa untuk menyeru supaya pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan

enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah,

Mariam telah dicederakan dan Fatimah pula telah dibunuh. Suami Fatimah, iaitu Konstabel Abu

Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar turut berjuang membantu

menentang pihak komunis sehingga akhirnya tercedera setelah ditembak di dada dan tangan

ketika mencuba untuk mempertahankan botnya. Pada detik terakhir pertempuran hebat itu,

pihak pengganas komunis telah bertindak membakar berek kelamin dan balai polis di Bukit

Kepong tersebut. Terdapat dua wanita dan anak-anak mereka yang telah terbakar hangus di

dalam berek tersebut.

Pada detik itu hanya terdapat 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung

sahaja yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh

kedudukan komunis. Mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan

pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba

melarikan diri daripada balai polis yang sengaja dibakar itu. Ketika ini penduduk kampung

Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa

mengenai serangan ini. Hanya selepas lima jam bertempur, barulah pihak komunis berjaya

menawan balai polis dan seterusnya membakar balai tersebut. Mereka kemudiannya berundur

kedalam hutan dan meninggalkan kesan kemusnahan serta kematian di Bukit Kepong. Bukan

itu sahaja, pihak komunis yang kejam turut melontarkan mereka-mereka yang tercedera dan

mayat yang telah terkorban ke dalam api. Antaranya jasad yang turut dihumban kedalam api

termasuklah Hassan bin Abu Bakar iaitu anak kepada Konstabell Abu Bakar yang turut

dicampak hidup-hidup kedalam api. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal

kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan

tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka

yang terselamat daripada pertempuran maut tersebut adalahseramai 4 orang anggota polis dan

9 orang ahli keluarga sahaja termasuk isteri dan anak mereka. Antara bantuan daripada

perkampungan berdekatan semasa serangan tersebut ialah, bantuan yang dihantar dari

Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan.

Page 4: Ulasan Buku Bukit Kepong

Bantuan tersebut ialah daripada sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu

Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary

Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka telah diserang hendap oleh pihak komunis

dalam perjalanan mereka kira-kira setengah kilometer daripada stesen polis Bukit Kepung.

Mereka tidak mempunyai senjata yang banyak berbanding pihak komunis yang menggunakan

senjata automatik sedangkan mereka hanya menggunakan raifal dan senapang patah yang

dibekalkan kepada penduduk kampung. Akibat daripada itu, beberapa pengawal kampung telah

tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka tetap membantu dalam

mengurangkan tekanan kepada pasukan yang bertahan di Bukit Kepung dan telah memaksa

pengunduran umum pihak komunis. Disebabkan ketidakseimbangan keadaan, Ali Mustafa telah

mengarahkan pengawalnya supaya berundur sementara yang lainnya diarah untuk

mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur

selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama,

sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan

dan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi menghulurkan bantuan. Namun, dalam perjalanan

mereka turut diserang hendap oleh pihak komunis. Akhirnya, hanya separuh daripada 7

penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka selamat sampai

kesana pada jam 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit

Kepong telah disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat

betapa besar dan hebatnya kemusnahan akibat daripada serangan kejam tersebut. Ketua

kampung telah mengambil alih sementara pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh

pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang

bagaimanapun berjaya mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi

pengganas komunis. Sepasukan kecil yang berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar

telah berjaya meningkatkan semangat dan moral dalam memperjuangkan semangat

menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan

Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan

dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Page 5: Ulasan Buku Bukit Kepong

Ulasan.

Kita dapat melihat peristiwa Bukit Kepong telah dilakon semula dalam drama dan filem

serta diterbitkan dalam bentuk senaskah novel. Sehubungan dengan itu, akibat daripada

kepelbagaian versi penceritaan, maka pastinya timbul spekulasi dan unsur tokok tambah cerita

mengenai peristiwa tersebut. Maka, dengan adanya penerbitan buku ini sedikit sebanyak

memberi gambaran mengenai kejadian sebenar yang berlaku dalam peristiwa Bukit Kepong.

Seterusnya dapat menangkis tanggapan salah dan palsu orang ramai terhadap peristiwa

tersebut. Kejadian ini memperlihatkan kepada kita kekejaman komunis sehingga menyebabkan

penderitaan dan kematian ramai pihak serta kehancuran dan kemusnahan harta benda di

kawasan tersebut.

Semua pihak seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran di mana kekosongan dalam

pemerintahan negara pada ketika itu telah mengakibatkan kekejaman oleh komunis tersebut.

Oleh itu, pemerintahan yang adil dan telus sangat diperlukan demi menjaga keamanan dan

kesejahteraan sejagat. Sehubungan peristiwa ini, Darurat telah diisytihar di Tanah Melayu 1948

sehingga 1960. Darurat bertujuan untuk menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Yakni sekali gus demi memperjuangkan kemerdekaan negara dan bebas daripada ancaman

dan pengaruh komunis.