ukiran

21
AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL NO KAD MATRIK: 800206025322001 NO K/P: 800206025322 NO TELEFON: 0125415059 E-MAIL: [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH 1

Upload: azlina-ismail

Post on 02-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan semester mei 2015

TRANSCRIPT

Page 1: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 3103

KRAF TRADISIONAL

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL

NO KAD MATRIK: 800206025322001

NO K/P: 800206025322

NO TELEFON: 0125415059

E-MAIL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: MEI 2015

1

Page 2: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGENALAN 3

2. KEINTELEKTUALAN, KREATIVITI DAN NILAI

DALAM KRAF TRADISIONAL MELAYU SENI UKIRAN 4 - 8

3. SIMBOL DAN MAKNA DALAM KRAF UKIRAN 9 - 12

4. KESIMPULAN 13

2

Page 3: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

1.PENGENALAN

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang

kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini

jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Kraf dapatlah didefinisikan

sebagai apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan

adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada

kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang

mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan

Kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979). Khairuddin Talib ( Oktober 2011), HBAE3103 Kraf

Tradisional, Open Universiti Malaysia, Meteor Doc Sdn. Bhd.

Dengan kata lain kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran

tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan

secara tersendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Manakala tradisional pula

merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Dengan ini kraf tradisional

bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang

diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran,

tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi. Malahan kraf tradisional

ini juga merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya

cipta dan kreativiti oleh masyarakat secara turun temurun. Ini kerana hasil ciptaannya kaya

dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, gerak dan warna serta

bahan yang digunakan adalah tidak terhad.

Oleh itu, kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan

menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan

seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan dan selalunya hasil kraftangan

membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kraftangan

Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kraf tradisional adalah hasil kerja tangan yang

dihasilkan secara tradisi dari turun temurun dengan memperlihatkan aspek-aspek kreativiti dan

nilai kebudayaan masyarakat Melayu mengikut prinsip rekaan seni kraf masing-masing.

3

Page 4: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

2. KEINTEKTUALAN , KREATIVITI DAN NILAI DALAM KRAF TRADISIONAL

MELAYU SENI UKIRAN.

Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk

menghiasi rumah kediaman dan menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kraf

tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat

tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini

diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata

dan peralatan untuk kegunaan harian. Malahan, ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu

yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah

iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500

tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa

terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada

zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana

seni ukiran.

Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya

ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan

seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan,

Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah adalah negeri

yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Lantaran itu jugalah seni ukiran ini

memcerminkan kewibawaan orang Melayu dalam menerapkan nilai-nilai kreativiti dan

intelektualan terhadap ukiran yang dihasilkan. Dari sini kita dapat melihat bagaimana seorang

pengukir meluahkan perasaannya dalam seni ukiran tersebut. Malahan, mengikut Kamus Dewan

Edisi Keempat, keintelektualan bermaksud perihal atau kemampuan menggunakan intelek atau

akal budi seseorang individu. Manakala kreativiti pula berasal daripada perkataan Latin iaitu

‘creare’ yang membawa maksud ‘membuat’. Namun daripada perkataan Greek pula ‘creare’

bermaksud ‘memenuhi’. Mengikut Kamus Dewan(2002) pula, mentakrifkan kreativiti sebagai

satu kemampuan(kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan

asli. Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim et.al (Oktober 2011), Open Universiti Malaysia,

PerkembanganSeni Kanak-kanak,Meteor Doc Sdn. Bhd.

4

Page 5: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang

menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya

berfikir dan kemahiran berfikir yang tinggi. Dengan itu, seni ukiran ini melibatkan daya fikir yang

tinggi dan ketekunan dalam menghasilkan karya ukiran berkualiti serta berfungsi kepada

pengkarya. Sebagaimana yang diketahui juga, ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-

bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan

kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk

terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis iaitu bujang, lengkap dan

pemidang. Manakala motif ukiran kayu pula adalah secara langsung dipengaruhi oleh unsur-unsur

alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim,

geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam

hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun, bunga dan tumbuhan. Motif

seni khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran, namun terdapat juga motif fauna seperti

itik pulang petang. Motif awan larat, kosmos seperti matahari, bintang, bulan dan sebagainya juga

amat terkenal dengan kraf ukiran. Dalam pada itu juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan

diri, contohnya bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9

dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat Tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil.

Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang

melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya

kepada kekuasaan mukjizat Tuhan.

Malahan berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran juga banyak terdapat pada dinding,

kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-

unsur keislaman dan contoh ukiran ini boleh dilihat di Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari

dan juga bangunan muzium seperti Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak.

Kebanyakkan unsur flora yang dipilih oleh pengukir melambangkan inteklektualan pengukir

terhadap kebesaran dan keangungan tuhan sebagai pencipta di samping menimbulkan kesyukuran

dalam kehidupan. Malahan mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran

kesufian, misalnya reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan

menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni

seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu, reka

5

Page 6: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas

sebaliknya mematah atau tunduk. Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pintu masuk Masjid

Seberang Jertih yang mana ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya

menunduk ke bawah.

Jika dilihat melalui unsur geometri atau pun dikenali sebagai tumpal, ianya mempunyai

kaitan dengan unsur Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang dan sebahagian susunan

motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah s.w.t yang tiada

permulaan dan tiada akhirnya.  Manakala motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan

dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni

hias yang terdapat pada tangga masjid Hadhari, Jertih, Terangganu. Motif ini mempunyai unsur

pola geometri dan pola flora. Motif ini dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang

ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini

dikaitkan dengan sifat Allah s.w.t yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya. Selain itu,

mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari jumaat. Oleh itu, motif flora

telah digarap seperti bentuk bunga dan daun pada mimbar tersebut sejajar dengan unsur keislaman

yang menolak elemen-elemen berunsur berhala.

6

Page 7: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan

gunung-ganang.

 

Ukiran motif kosmos ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya

kepada hambanya di alam semesta.

Dua gambar di atas menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukiran yang dihasilkan oleh

pengukir. Malahan corak awan larat yang dipilih menggambarkan kesenian yang halus. Halim

Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar,

berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak.

http://secretofart.blogspot.com/2012_10_01_archive.html

Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap dan ini jelas membuktikan pengukir

Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping

mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaanya agak

sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah s.w.t

yang tiada permulaan dan tiada akhirnya. Malahan menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20)

memberikan pandangan bahawa alam tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah.

Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai-bagai organisma baik flora atau fauna dengan

segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Ini dapat dilihat pada enam kepala tangga Masjid

7

Page 8: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

Baru Seberang Jertih yang dilakarkan ukiran abstrak menggambarkan ombak dan penyu

membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2012&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz3gaC1LLF1 

Lantaran itu, amat jelaslah bahawa dalam seni kraf ukiran, seseorang pengukir

memerlukan kreativiti dan kemahiran berfikir yang tinggi dalam menghasilkan ukiran di samping

menerapkan nilai dalam ukirannya. Ini ekoran daripada perkembangan dan peredaran semasa kraf

ukiran Melayu perlu bergerak selari dengan arus pemodenan di samping mengekalkan nilai-nilai

seni tradisi masyarakat Melayu. Malahan intelektualan, kreativiti dan nilai dalam seni kraf tangan

ukiran memainkan peranan penting bagi memastikan kraf tradisional ini ‘tidak lapuk dek hujan

dan tidak lekang dek panas’.

8

Page 9: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

3. SIMBOL DAN MAKNA DALAM KRAF UKIRAN

Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung dan ianya juga dapat

didefinisikan sebagai seni kerajinan tangan yang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu.

Seni ukiran yang dipersembahkan ini hanya dapat dibezakan melalui cara dan teknik pengukirnya

sahaja dalam menghasilkan ukiran. Malahan faktor alam semulajadi dan kekayaan tumbuh-

tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif

ukiran kayu. Sesebuah simbol ialah objek yang mewakili atau memberi maksud atau pun

melambangkan sebuah idea, imej visual, kepercayaan, tindakan atau entitimaterial. Simbol

mengambil bentuk perkataan, bunyi, gerak isyarat ataupun imej visual dan digunakan untuk

menyampaikan idea dan kepercayaan. Sebagai contoh, sebuah oktagon berwarna merah dapat

menjadi simbol “BERHENTI”.

Begitulah juga motif-motif yang terdapat dalam kraf ukiran yang membawa simbol dan

makna terhadap sesuatu ukiran. Contohnya, motif awan larat merupakan motif yang sering

digunakan dalam seni ukiran. Motif awan larat diambil daripada gambaran awan yang melarat-

larat atau berselerak. Melalui kreativiti dan imaginasi yang tinggi, para pengukir dapat

menghasilkan corak ukiran kayu yang diambil daripada motif flora, kaligrafi jawi, kosmos dan

geometri dengan menggunakan konsep awan larat ini. Terdapat tiga jenis motif awan larat yang

digunakan iaitu awan larat Melayu asli yang juga dikenali sebagai awan larat jawi. Jenis awan

larat ini mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya diperlihat dalam rupa bentuk daun,

ranting dan buah. Manakala awan larat jawa pula lebih kecil dan rapat dari segi corak bunga

ukirannya. Susunannya berpusar dan melarat hingga memenuhi ruang. Coraknya menampakkan

motif yang bergulung-gulung, berlilit serta mempunyai banyak cabang daun yang saling bertindih.

Seterusnya, awan larat corak silang yang juga dikenali kerawang dan selalu digunakan dalam

ukiran tebuk tembus tanpa silat.

9

Page 10: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

Dalam sesuatu gubahan awan larat, mesti terdapat punca permulaan awan larat tersebut

meskipun kadangkala agak sukar untuk dikesan. Gubahan awan larat yang meliang-liuk ini secara

tidak langsung melambangkan sikap dan sifat yang sinonim dengan adat-adat orang Melayu yang

penuh dengan kelembutan dan kesopanan. Ini jelas digambarkan oleh puisi mengenai ukiran awan

larat ini, iaitu:

Tumbuh berpunca,

Punca penuh rahsia,

Tumbuh tidak memijak kawan,

Tetapi melingkar penuh mesra.

Dalam pada itu juga, terdapat empat kedudukan yang digunakan sebagai punca permulaan bagi

gubahan awan larat, iaitu permulaan di bahagian tengah, bahagian bawah, bahagian hujung dan

tersembunyi. Malahan arah gubahan awan larat pula terbahagi kepada tiga iaitu, arah lingkaran

satu hala, arah lingkaran dua hala dan arah lingkaran empat hala. Ini boleh dijelaskan melalui

rajah di bawah:

10

Page 11: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

  Jika dilihat melalui komponen dalam corak awan larat pula, pengukir menekankan kepada

dua komponen iaitu komponen asal yang terdiri daripada benih, ranting, sulur, pucuk, daun, bunga

dan buah. Dimana kebanyakkan pengukir pada zaman dahulu adalah terdiri daripada golongan

petani, melalui daya intektual dan pemerhatian yang tajam terhadap alam semulajadi serta

kegiatan harian, maka motif-motif ini dipilih dalam menghasilkan ukiran. Malahan motif-motif ini

mencerminkan kehidupan manusia yang meneruskan kehidupan, membesar seperti pohan-pohan

yang ditanam. Manakala komponen kedua ialah komponen tambahan yang berfungsi sebagai

pelengkap kepada komponen asal di samping mencantikkan, mengimbang, memenuhkan ruang

dan sebagai pemula sesuatu gubahan. Antaranya seperti siba dayang yang mana daun yang

menutup setiap pecahan baharu berfungsi mencantikkan gubahan.

Malahan kewujudan siba dayang menggambarkan sifat kehalusan jiwa dan budi orang

Melayu yang tidak sombong dan membangga diri. Daun sandal pula digunakan untuk menyendal

atau memenuhkan ruang yang kosong dalam gubahan corak selain memenuhi prinsip rekaan

terutama dalam aspek keseimbangan. Seterusnya daun pengasuh yang terletak pada punca

tumbuhnya batang dan salur yang berfungsi sebagai simbolik kepada kelahiran yang memerlukan

pengasuh sewaktu awal kelahiran manusia. Selain itu, daun bakok berfungsi untuk mengisi

kekosongan dan mengimbangi ruang, malahan dalam gubahan awan larat, daun bakok terdapat

pada pangkal pecahan sulur. Akhirnya bunga putu yang merupakan sekuntum bunga yang timbul

tanpa ranting, tangkai atau daun. Pada kebiasaannya, komponen ini menjadi tempat permulaan

sesuatu gubahan awan larat. Di sini jelas, daya intelek pengukir dalam mengaplikasikan setiap

motif pada ukirannya mengikut prinsip rekaan seni kraf.

Dalam pada itu juga kudup dan buah adalah lambang kehidupan yang masih muda dan

perlukan ilmu serta pengalaman untuk meneruskan kehidupan. Sulur dan batang adalah lambang

perjalanan hidup yang penuh berliku dengan rintangan dan halangan. Daun sebagai akal yang

menyerap ilmu sebagai makanan rohaniah dan jasmaniah. Bunga yang separa kembang sebagai

dugaan terhadap nikmat yang diberikan berupa harta dan kecantikan agar tetap insaf serta

bersyukur agar ianya tidak layu. Bunga sedang mekar berkembang adalah lambang kesyukuran

dan kehebatan Allah s.w.t yang telah mencurahkan nikmat dan memberikan keredhaan kepada

11

Page 12: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

kita yang merupakan tujuan asal dalam kehidupan. Penggunaan motif-motif bunga ketumbit,

bunga tanjung, bunga cempaka, ketamguri, bayam peraksi sering ditemui pada ukiran-ukiran gaya

awan larat. Dengan ini jelas menunjukkan keintelektualan dan kreativiti pengukir dalam

mengadaptasikan motif-motif ukiran dengan pelbagai simbol dan makna dalam mentaksir ukiran

yang dihasilkan. Malahan motif yang diambil dari alam semulajadi dan manusia serta haiwan ini

dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektualan bangsa

Melayu agar seni kraf ukiran ini kekal dari satu generasi ke satu generasi yang lain sejajar dengan

arus peredaran zaman. Selain, mendekatkan generasi akan datang dalam seni kraf ukiran yang

mana ianya penuh dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya iaitu

antara manusia dengan Tuhan. Di sini juga terlihat suatu tingkah laku dan pemikiran yang hebat

pengukir seni kraf ukiran dalam melontarkan idea di samping menerapkan nilai dalam setiap

ukiran yang dihasilkan.

12

Page 13: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

KESIMPULAN

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun

lagi. Dengan adanya keseniaan seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali

ramai. Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi

kepada satu generasi. Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakkan

kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut. Malahan kesenian kraf

tradisional Melayu juga telah diakui dunia sebagai unik dan menarik dalam penghasilannya.

Secara keseluruhannya, kraf tradisional ini melambangkan jati diri masyarakat Melayu.

Ini adalah keunikan masyarakat Melayu dalam mengolah idea dan mempamerkan kreativiti di

samping memperlihatkan aspek budaya, estetika dan nilai kraf tradisional Melayu itu sendiri.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan meyayangi seni kraf

tradisional kita seperti seni ukiran agar kraf tradisional kita disanjung tinggi di mata dunia setaraf

dengan kraf-kraf negara Barat. Selain meningkatkan kreativiti, intelektualan dan nilai dalam seni

kraf tradisional Melayu di kalangan generasi akan datang sebagai pelapis.

Dalam pada itu juga, setiap hasil kraf mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana

penghasilannya disesuaikan dengan bahan tertentu. Contohnya seperti penghasilan menggunakan

buluh, nipah dan daun pandan menunjukkan keunikan hasil kraf tradisional Melayu. Begitu juga

dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk yang mempunyai bentuk geometri. Contohnya

pada anyaman tikar mengkuang dan pandan yang mana penghasilan jalur-jalur dan garisan

panjang merupakan identiti atau ciri serta dijadikan sebagai satu teknik dalam penghasilan tikar.

Penghasilan keris pula melambangkan kepahlawanan Melayu. Dengan ini jelaslah keunikan kraf

tradisional tidak dapat disangkal lagi dalam kehidupan masyarakat Melayu. Setiap hasil seni kraf

yang dihasilkan mencerminkan budaya dan masyarakat Melayu dalam menjalani kehidupan

seharian. Oleh itu, seni kraf tradisional ini perlu dipertahankan dan diperluaskan ke serata dunia

agar keunikannya dapat dihayati seantero masyarakat dunia, di samping menghargai hasil karya

seni kraf Melayu yang mempunyai keunikan dan ciri tersendiri.

             

             

13

Page 14: ukiran

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

RUJUKAN

Chua Yan Piaw (2011), Longman Esensi Pendidikan Seni Visual SPM, Vivar Printing Sdn Bhd.

Khairuddin Talib ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia, HBAE 3103 Kraf Tradisional,

Meteor Doc Sdn. Bhd.

Rousliluddin Ambia et. al ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia, Pengenalan Pendidikan

Seni Visual, Meteor Doc Sdn. Bhd.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim et.al ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia,

PerkembanganSeni Kanak-kanak,Meteor Doc Sdn. Bhd.

Zailani Yaacob,et.al ( 2011 ), Pendidikan Seni Visual KBSM, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://secretofart.blogspot.com/2012_10_01_archive.html

http://cikgusharifahofficial.blogspot.com/2013/04/ukiran-kayu_5.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2012&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz3gaC1LLF1 

http://wingabriella.blogspot.com/2013/10/seni-ukiran-tradisional.html

http://mimbarkata.blogspot.com/2014/06/warisan-seni-ukiran-melayu.htmlhttp://mimbarkata.blogspot.com/2014/06/warisan-seni-ukiran-melayu.html

http://www.slideshare.net/suesha/hbae3103-kraf-tradisional-36671710?related=1

14