ujian_bulanan_bm_tahun_4

Upload: khairulnizam-abd-samad

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 ujian_bulanan_bm_tahun_4

    1/6

    UJIAN BULAN MACKERTAS SATUBAHASA MELAYU TAHUN 4

    Soalan 1 hingga 5Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    Pada suatu hari , Yoke Meng terlewat bangun dari tidur. Dia segera memakai baju sekolah danmengambil begnya lalu mengayuh basikal dengan laju.

    Apabila dia sampai di sekolah , pelajaran pertama sudah bermula. Yoke Meng dimarahi olehgurunya kerana mangganggu kelas. Yoke Meng juga didenda kerana tidak membawa buku latihannya.Denda yang diterimanya ialah dia tidak dibenarkan keluar kelas semasa rehat.

    Yoke Meng berasa sangat lapar. Tambahan pula dia tidak bersarapan pada waktu pagi. Sebaiksahaja tamat waktu persekolahan , dia segera pulang ke rumahnya. Waktu itu hujan lebat. Yoke Meng tidakmembawa baju hujan. Oleh itu , dia tiba di rumahnya dalam keadaan basah dan kesejukan.

    1. Apakah yang telah berlaku kepada Yoke Meng ?A. Dia tertinggal bas C. Dia terlupa bersarapan

    B. Dia tidak dapat ke sekolah D. Dia terlambat bangun

    2. Yoke Meng pergi ke sekolah denganA. kereta C. berjalan kakiB. basikal D. bas

    3. Sewaktu dia sampai di sekolahA. pelajaran pertama sudah bermula C. Guru besar sedang berucapB. murid-murid sedang berehat D. Perhimpunan sedang diadakan

    4. Mengapakah Yoke Meng didenda ?A. Dia lambat bangun dari tidur. C. Dia datang lambat ke sekolahB. Dia tidak membawa buku latihan. D. Dia tidak keluar semasa rehat.

    5. Yoke Meng sampai di rumahnya dalam keadaan ........A. basah dan berpeluh C. Basah dan kesejukanB. riang dan gembira D. Sedih dan kelaparan

    Soalan 6 hingga 10.Baca surat kiriman di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    232, Jalan Damai 1 ,Taman Damai Setia ,

    53200 Kuala Lumpur.24 Februari 1999.

    Menemui saudara Andrew Lim semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera di sampingkeluarga tersayang .Saudara ,

    Kenalan saya dari Indonesia akan datang mengunjungi saya pada hari Sabtu bersamaan 27Februari. Dia datang bersama-sama keluarganya. Mereka akan tinggal di rumah saya selama beberapa

    1

  • 7/30/2019 ujian_bulanan_bm_tahun_4

    2/6

    hari. Oleh itu saya akan mengadakan majlis untuk meraikannya. Majlis itu akan diadakan pada hari Ahadbersamaan 28 Februari , jam 3.00 petang. Saya telah menjemput beberapa orang kawan untuk menemuikenalan saya itu. Saya berharap saudara juga akan turut hadir.Menurut kenalan saya itu , bapanyamembawa pita-pita video mengenai Indonesia. Jadi , bolehlah kita menonton bersama-sama. Sampaidi sini sahaja untuk kali ini. Sekian , terima kasih. Yang benar ,

    Fadzil

    ( Mohd. Fadzil )

    6. Kepada siapakah surat ini ditulis ?A. Kenalan C. Mohd. FadzilC. Kawan-kawannya D. Andrew Lim

    7. Kenalan penulis akan datang ke Malaysia bersama .....A. kawannya C. keluarganyaB. gurunya D. bapanya

    8. Apakah majlis yang akan diadakan oleh penulis ?

    A. Majlis perkahwinan sahabatnya C. Majlis meraikan kejayaannyaB. Majlis meraikan kenalannya D. Majlis sambutan hari jadinya

    9. Bilakah majlis itu akan diadakan ?A. Hari Ahad bersamaan 27 Februari. C. Hari Ahad bersamaan 28 Februari.B. Hari Sabtu bersamaan 28 Februari. D. Hari Sabtu bersamaan 27 Februari.

    10. Bapa kenalan penulis akan membawa ...........A. pita-pita video mengenai Indonesia. C. perakam video dari Indonesia.

    B. kraftangan dari Indonesia. D. peta dan gambar-gambar mengenai Indonesia

    Soalan 11 hingga 15Baca pantun di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    Pak Mat mengait kelapa ,Untuk dijual kepada Mak Nyonya ,Menuntut ilmu janganlah lupa ,Kelak hidupmu akan berjaya .

    Duduk memencing di tepi paya ,Dapat seekor si ikan keli ,

    Apabila kamu telah berjaya ,Jangan pula meninggi diri.

    Naik basikal ke kedai Pak Sulong ,Hendak membeli sebungkus kuaci ,Jika kita bersikap sombong ,Semua orang akan membenci .

    2

  • 7/30/2019 ujian_bulanan_bm_tahun_4

    3/6

    11. Kepada siapakah kelapa itu hendak dijual ?A. Pak Mat C. Mak NyonyaB. Pak Sulong D. Semua orang

    12. Hidup kita akan berjaya jika ......A. kita menuntut ilmu C. kita rajin bermain

    B. kita pergi ke kedai D. kita bersikap sombong

    13. Di manakah pengarang pantun pergi memencing ikan ?A. Di tepi laut C. Di tepi sungaiB. Di tepi paya D. Di tepi kolam

    14. Semua orang akan membenci kita jika kita .....A. tidak menuntut ilmu C. bersikap sombongB. suka membantu orang lain D. tidak mempunyai harta

    15. Maksud rangkai kata meninggi diridalam pantun di atas ialah ....A. bersikap jujur C. bersikap iri hati

    B. bersikap sombong D. bersikap tamakSoalan 16 hingga 20Baca dialog dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    Cikgu Tina : Adnan , apakah cita-cita kamu apabila besar nanti ?Adnan : Saya hendak menjadi seorang juruterbang , cikgu ?Cikgu Tina : Mengapakah kamu hendak menjadi seorang juruterbang ?Adnan : Ia satu pekerjaan yang menarik. Dengan menjadi juruterbang saya boleh melawat banyaknegara.

    Oleh itu saya tidak perlu mengeluarkan tambang sendiri.Cikgu Tina : Bagaimana dengan kamu pula , Ming Fei ?

    Ming Fei : Saya ingin menjadi guru , cikgu .Cikgu Tina : Beritahu kepada kelas kenapa kamu hendak menjadi seorang guru .Ming Fei : Guru ialah satu pekerjaan yang baik. Semua orang menghormati guru.

    Saya ingin berbaktikepada negara .Cikgu Tina : Apakah yang kamu semua lakukan untuk mencapai cita-cita ?Murid-murid : Belajar dengan bersungguh-sungguh , cikgu .Cikgu Tina : Cikgu harap kamu semua akan berjaya .

    16. Di manakah perbualan itu berlaku ?A. Di rumah C. Di bilik darjah

    B. Di padang D. Di kedai

    17. Adnan hendak menjadi seorang ........A. guru C. peniagaB. hakim D. juruterbang

    18. Adnan ingin menjadi juruterbang kerana dia ....A. boleh naik kapal terbang. C. boleh berjumpa ramai orang.B. boleh melawat banyak negara. D. Boleh bertemu pelancong asing.

    3

  • 7/30/2019 ujian_bulanan_bm_tahun_4

    4/6

    19. Apakah yang mesti dilakukan untuk mencapai cita-cita ?

    A. Belajar dengan bersungguh-sungguh. C. Menjadi seorang guruB. Menaiki kapal terbang D. Melawat negara lain

    20. Maksud perkataan berbaktidalam dialog di atas ialah .....

    A. berjasa C. berbaikB. bekerja D. berusaha

    Soalan 21 hingga 34Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

    21. Ibu negara Malaysia ialah ..............A. Ipoh C. Kuala LumpurB. Shah Alam D. Seremban

    22. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang ..........A. bank C. polisB. pencuri D. bunga

    23. Berapa umur .......... ? tanya doktor itu kepada Sanjit.A. awak C. sayaB. dia D. mereka

    24. Ayah ............... meninggal dunia ketika dia berusia setahun.A. mereka C. kamiB. nya D. dia

    25. Sarah , ............... cita-cita kamu apabila besar nanti ?A. apa C. mengapaB. apakah D. kenapa

    26. Saya tidak tahu ........... nama budak itu .A. siapakah C. siapaB. berapakah D. di mana

    27. Entah ........... yang budak itu makan.A. mengapakah C. bagaimanakahB. siapa D. apa

    28. Air sungai ini ............... dengan deras.A. mengalir C. melimpahB. menurun D. menerjun

    4

  • 7/30/2019 ujian_bulanan_bm_tahun_4

    5/6

    29. Puan Lim ............... sayur dengan pisau .

    A. memotong C. mencincangB. membelah D. membedah

    30. Budak itu berlari ......... membawa bola.A. sambil C. jika

    B. kerana D. sebab

    31. Aminah mengambil begnya .......... pergi dari situ .A. semenjak C. selepasB. lalu D. tetapi

    32. Dia duduk di situ ............. pagi ............ petang.A. dari............ ke C. dari.............hinggaB. ke...............dari D. ke................hingga

    33. ................. tadi ................. sekarang dia masih belum datang lagi.A. Hingga .......... dari C. Ke ............. dari

    B. Dari .............. ke D. Dari ........... hingga

    34. .............. malangnya nasib saya !A. Oh C. WahB. Cis D. Amboi

    Soalan 35 hingga 38

    Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

    35. Encik Alias mengambil .......... kerana dia tiada anak sendiri .A. bapa angkat C. anak angkatB. anak buah D. buah hati

    36. Dia telah menjadi ............ Pak Salleh semenjak kecil lagi .A. anak piatu C. anak ibuB. ibu ayam D. anak pungut

    37. Saya berada ............... dan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.

    A. atas angin C. anak angkatC. atas pagar D. ayam tambatan

    38. Pihak polis menjumpai banyak ........... di rumah kosong itu.A. barang kemas C. anak gelapB. anak yatim D. barang gelap

    5

  • 7/30/2019 ujian_bulanan_bm_tahun_4

    6/6

    Soalan 39 hingga 40Pilih maksud yang sama pada rangkai kata yang bergaris.

    39. Pak Ali terkejut melihat bekas kaki harimau di belakang rumahnya.A. tertelan C. terperanjat

    C. terlihat D. tertanam

    40. Rosli memandu kereta itu dengan laju sekali .A. lembap C. perlahanB. pantas D. kuat.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    6