ujian pemeriksaan darah

5
8/6/2019 UJIAN PEMERIKSAAN darah http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pemeriksaan-darah 1/5 UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN Ujian Pemeriksaan Kesihatan merupakan sekumpulan ujian yang direka khas untuk menilai tahap kesihatan seseorang individu. Panduan ini memberikan maklumat umum tentang jenis-  jenis dan kepentingan ujian yang dilakukan. Namun demikian, anda dinasihatkan untuk mendapat maklumat atau keterangan lanjut dari doktor anda. PEMERIKSAAN DARAH PERIFERI Red Cell Indices Red Cell Indices memberi petunjuk tentang ketaknormalan sel darah merah. Hematokrit (PCV) Nilai PCV yang rendah mungkin disebabkan oleh anemia, kehilangan darah dan anemia hemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan oleh polycythaemia atau macrocytosis. Hemoglobin (Hb) Hb berperanan sebagai pengangkut oksigen kepada sel. Nilai Hb di bawah aras normal menandakan anemia. Sel Darah Putih Sel darah putih (SDP) bertindak sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh mendatangkan penyakit. Ia boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu neutrofil, limfosit, monosit, eosinofil dan basofil. Kehadiran sel yang abnormal menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel yang tak matang (blasts cells) dalam darah periferi dan peninkatan nilai SDP menandakan leukemia. Platelet Platelet memainkan peranan yang penting dalam mekanisma pembekuan darah bagi mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan. ESR Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) merupakan kadar enapan komponen selular dalam plasma dalam masa satu jam. PBF (Peripheral Blood Film) Smear darah nipis yang diwarnakan dengan pewarna tertentu dan diperiksa di bawah mikroskop. Impression yang diberikan adalah berdasarkan smear darah dan keputusan ujian darah yang lain. Kumpulan Darah Dua sistem yang biasa digunakan dalam penentuan kumpulan darah adalah ABO dan Rhesus (Rh). Melalui sistem ABO, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada A, B, AB dan O. Taburan bagi setiap kumpulan adalah A (23%), B (23%), AB (5%) dan O (49%). Di bawah sistem Rhesus pula, darah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rhesus positif atau rhesus negatif. URIN (FEME) Urin atau air kencing dihasilkan dari proses penyaringan darah melalui ginjal. Kandungan urin bergantung kepada keadaan kesihatan dan pemakanan harian seseorang individu. pH Individu normal mempunyai julat pH antara 5.0 hingga 7.0. Faktor yang mempengaruhi pH urin seseorang individu adalah pemakanan harian, tempoh selepas pengutipan sampel, infeksi saluran urinari dan ketakseimbangan hormonal.

Upload: rizky-romadhona

Post on 08-Apr-2018

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UJIAN PEMERIKSAAN darah

8/6/2019 UJIAN PEMERIKSAAN darah

http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pemeriksaan-darah 1/5

UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Ujian Pemeriksaan Kesihatan merupakan sekumpulan ujian yang direka khas untuk menilaitahap kesihatan seseorang individu. Panduan ini memberikan maklumat umum tentang jenis-

 jenis dan kepentingan ujian yang dilakukan. Namun demikian, anda dinasihatkan untukmendapat maklumat atau keterangan lanjut dari doktor anda.

PEMERIKSAAN DARAH PERIFERI

Red Cell IndicesRed Cell Indices memberi petunjuk tentang ketaknormalan sel darah merah.

Hematokrit (PCV)Nilai PCV yang rendah mungkin disebabkan oleh anemia, kehilangan darah dan anemiahemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan oleh polycythaemia atau macrocytosis.

Hemoglobin (Hb)Hb berperanan sebagai pengangkut oksigen kepada sel. Nilai Hb di bawah aras normalmenandakan anemia.

Sel Darah PutihSel darah putih (SDP) bertindak sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap mikroorganismayang boleh mendatangkan penyakit. Ia boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu neutrofil, limfosit,monosit, eosinofil dan basofil.Kehadiran sel yang abnormal menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel yang tak matang(blasts cells) dalam darah periferi dan peninkatan nilai SDP menandakan leukemia.

PlateletPlatelet memainkan peranan yang penting dalam mekanisma pembekuan darah bagimengelakkan kehilangan darah yang berlebihan.

ESR

Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) merupakan kadar enapan komponen selular dalamplasma dalam masa satu jam.

PBF (Peripheral Blood Film)Smear darah nipis yang diwarnakan dengan pewarna tertentu dan diperiksa di bawah mikroskop.Impression yang diberikan adalah berdasarkan smear darah dan keputusan ujian darah yanglain.

Kumpulan Darah Dua sistem yang biasa digunakan dalam penentuan kumpulan darah adalah ABO dan Rhesus(Rh). Melalui sistem ABO, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada A, B, AB dan O. Taburanbagi setiap kumpulan adalah A (23%), B (23%), AB (5%) dan O (49%).Di bawah sistem Rhesus pula, darah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.

URIN (FEME)Urin atau air kencing dihasilkan dari proses penyaringan darah melalui ginjal. Kandungan urinbergantung kepada keadaan kesihatan dan pemakanan harian seseorang individu.

pHIndividu normal mempunyai julat pH antara 5.0 hingga 7.0. Faktor yang mempengaruhi pH urinseseorang individu adalah pemakanan harian, tempoh selepas pengutipan sampel, infeksisaluran urinari dan ketakseimbangan hormonal.

Page 2: UJIAN PEMERIKSAAN darah

8/6/2019 UJIAN PEMERIKSAAN darah

http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pemeriksaan-darah 2/5

GlukosUjian saringan kehadiran glukos dalam urin adalah petanda seseorang individu itu mempunyaipenyakit diabetes melitus. Namun demikian, kehadiran glukos dalam urin individu yang normalmungkin berlaku dalam individu yang mempunyai ambang glukos rendah; keadaan yang dikenalisebagai glukosuria.

KetonKeton adalah hasil sampingan daripada metabolisma lemak dan dikumuhkan dalam urin. Ketonbiasanya hadir dalam pesakit diabetes mellitus kerana sel-sel badan tidak dapat menggunakanglukos sebagai sumber tenaga secara efektif.

DarahKehadiran darah dalam urin; hematuria;mungkin berpunca dari ginjal, saluran urinari atau pundikencing. Hematuria dengan kesakitan adalah satu petanda kehadiran batu karang dalam salur urinari. Namun demikian, kehadiran darah dalam perempuan semasa haid biasanya dianggapnormal.

ProteinKandungan protein meningkat dalam individu yang mengalami infeksi saluran urinari, individu

yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit ginjal.

Specific Graviti (S.G.)S.G. adalah indikasi daya pemekatan dan perkumuhan ginjal. Individu normal mempunyai julatS.G. antara 1.015 hingga 1.030.

MikroskopiPermeriksaan kandungan urin di bawah mikroskop.

Sel Darah Putih (SDP)Hitungan kurang dari 5 dalam satu HPF dianggap normal. Peningkatan SDP dan kehadiranbakteria dalam urin adalah berhubungkait dengan infeksi saluran urinari.Ujian kultur perlu dilakukan untuk menentukan jenis bakteria dan antibiotik yang perlu diberikan.

Sel Darah Merah (SDM)SDM menandakan kehadiran darah dalam urin.

Sel EpitheliaHitungan lebih dari 10 dalam satu HPF adalah indikasi infeksi saluran urinari.

CastsKehadiran cast granular mungkin menandakan kegagalan fungsi ginjal. Cast hialin boleh hadir dalam urin individu normal selepas senaman berat atau individu yang mengamalkan pemakanandiet kaya protein.

Kristal

Kristal urin yang biasa dilihat adalah kristal asid urik dan kalsium oksalat. Kehadiran kristal triplephosphate menandakan kemungkinan besar kehadiran batu karang ginjal.

UJIAN FUNGSI HATI

Protein (Albumin & Globulin)Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu.Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnosis penyakit hati, gastrointestinal dan ginjal (buah

Page 3: UJIAN PEMERIKSAAN darah

8/6/2019 UJIAN PEMERIKSAAN darah

http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pemeriksaan-darah 3/5

pinggang), ketaknormalan protein, kanser dan kegagalan fungsi sel darah.

BilirubinPeningkatan aras bilirubin dalam serum boleh berpunca dari kegagalan fungsi hati, obstruksisalur hempedu atau penyakit sel darah merah. Manifestasi klinikal ialah penyakit kuning.

SGOT/AST/Aspartate AminotransferaseEnzim akan dibebaskan ke dalam peredaran darah apabila sel tercedera dan aras akanmeningkat mengikut tahap kecederaan pada sel.

SGPT/ALT/Alanine AminotransferaseIanya selalu digunakan bersama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mendiagnos penyakityang berkaitan dengan kegagalan fungsi hati.

SAP/Alkaline PhosphataseParas ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, obstruksi salur hempedu danpenyakit tulang.

UJIAN FUNGSI GINJAL (RENAL FUNCTION TEST)

ElektrolitElektrolit merupakan komponen yang penting dalam cecair badan dan keseimbangannyamembolehkan berbagai sel dan organ berfungsi secara normal.

UreaUrea merupakan hasil akhir metabolisma protein dan asid amino. Ia mengukur fungsi ginjal danhidrasi. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan secara bersendirian dalam penentuanfungsi ginjal (hanya untuk ujian penyaringan sahaja).

KreatininKreatinin selalunya diukur bersama-sama urea untuk menentukan fungsi ginjal.

Asid UrikGout merupakan sindrom klinikal bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darahdan pengenapan kristal urate pada tisu lembut; terutamanya pada sendi mengakibatkan responsinflamasi.Parasnya dalam darah juga dipengaruhi oleh jumlah asid urik yang dihasilkan dan kecekapaneksresi ginjal.

LIPID STUDIESAras kolesterol darah memberikan indikasi risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan jugaberguna untuk menilai fungsi hati dan tiroid.

KolesterolPeningkatannya boleh mengakibatkan penimbunan pada dinding salur darah menyebabkanpenyempitan dan seterusnya penyumbatan saluran darah (arhterosclerosis).

HDL-Kolesterol Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang baik (good cholesterol). Ianya berfungsi sebagaipengangkut bagi mengeluarkan kolesterol yang berlebihan dari sel. Nilainya boleh ditingkatkandengan melakukan senaman harian.

LDL-KolesterolIanya juga dikenali sebagai kolesterol yang tak baik (bad cholesterol). Kolesterol yang berlebihanakan diangkut oleh LDL ke dinding arteri; mengakibatkan artherosclerosis.

Page 4: UJIAN PEMERIKSAAN darah

8/6/2019 UJIAN PEMERIKSAAN darah

http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pemeriksaan-darah 4/5

TrigliserideTrigliseride merupakan asid lemak yang ditemui dalam aliran darah. Aras yang tinggi bolehmeningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

Glukos (Kandungan gula darah)Ianya biasa digunakan untuk mengdiagnos penyakit kencing manis (diabetes mellitus). atau bagimenilai tahap pengawalan glukos. Perubahan arasnya dalam darah bergantung kepada aktivitiindividu dan juga jangkamasa selepas makan.Individu dengan keputusan ujian glukos darah dalam keadaan puasa yang menghampiri nilaiyang ditetapkan dikehendaki melakukan ujian Glucose Tolerance Test (GTT) untuk menentukandiagnosis penyakit kencing manis.

T4 (Thyroxine)Aras T4 darah berguna sebagai ujian penyaringan bagi mengesan penyakit tiroid.

Kalsium & FosforusKedua-dua ujian ini berguna bagi mengdiagnos penyakit ginjal dan penyakit tulang (skeletaldisorders) serta digunakan untuk menilai elektrolit dan keseimbangan asid-bes.

HBsAgIndividu dengan keputusan HBsAg reaktif juga dikenali sebagai pembawa Hepatitis B (Hepatitis Bcarrier). Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser hatidan kerosakan hati (cirrhosis) jika dibandingkan dengan orang normal.

Anti-HBsAnti-HBs merupakan antibodi yang dihasilkan bagi melawan antigen permukaan Hepatitis B.

Rheumatoid Factor (RF)RF boleh dikesan pada pesakit yang menghidap rheumatoid arthritis dan inflamasi kronik sepertisifilis, hepatitis, infectious mononucleosis dan leprosi.

VDRL

VDRL adalah ujian penyaringan bagi penyakit sifilis. Keputusan VDRL positif tidak semestinyamenunjukkan seseorang individu itu mempunyai sifilis kerana kemungkinan terjadinya reaksipositif palsu. Ujian TPHA dilakukan untuk mengesahkan penyakit sifilis jika ujian VDRL didapatipositif di peringkat awal.

Petanda Tumor (Tumour Markers)Tumour markers merupakan salah satu ujian yang penting yang dapat digunakan bersamadengan ujian lain dalam diagnosis penyakit. Selain daripada mengesan dan mengikutiperkembangan sesuatu penyakit, penentuan dengan ujian petanda tumor tertentu juga dapatmenolong mengdiagnos sesuatu penyakit secara klinikal.

CEA (Carcino Embryonic Antigen)Ianya dihasilkan secara khusus oleh sel yang aktif membahagi (proliferatif). CEA dikesan dalam

aras yang tinggi pada pesakit yang mempunyai tumor pada saluran gastrointestinal (pankreas,kolon, rektum), paru-paru, buah dada, kelenjar prostatik dan ovari. Parasnya dalam darah jugabergantung kepada faktor lain seperti kehadiran inflamasi dan juga tabiat merokok.

AFP (Alpha feto Protein)AFP merupakan antigen onkofetal yang hadir pada sesetengah sel 'germ line tumour' sepertiteratoblastoma, kanser testikular dan ovari, kanser hati (hepatocellular carcinoma) dan penyakithati seperti cirrhosis, hepatitis dan nekrosis. Ujian ini biasanya digunakan secara meluas bagimengdiagnos kanser hati.

Page 5: UJIAN PEMERIKSAAN darah

8/6/2019 UJIAN PEMERIKSAAN darah

http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pemeriksaan-darah 5/5

PSA (Prostate Specific Antigen)PSA dijumpai hanya pada tisu prostatik. Ianya digunakan untuk mengdiagnos kanser prostatik.Aras dalam darah juga meningkat pada keadaan benign seperti benign prostatic hypertrophy(BPH).

CA-125Aras CA-125 berguna untuk mengesan perkembangan kanser dan nilainya mempunyai korelasidengan saiz kanser.

CA-153Aras CA-153 dalam darah meningkat dalam pesakit kanser payudara dan kanser paru-paru.Ianya digunakan untuk mengesan pertumbuhan kanser baru selepas terapi primer sebelum ianyadapat dikesan secara klinikal.

CA-199Aras CA-199 biasanya meningkat pada pesakit dengan kanser intra-abdomen, adenokarsinomaparu-paru, perut, pundi hempedu dan kolon.

HSV II IgG (Herpes Simplex Type II IgG)Infeksi HSV jenis II dikelasifikasikan sebagai penyakit jangkitan seksual. Namun begitu, infeksi

HSV jenis I yang bukan penyakit seksual mungkin akan memberi keputusan ujian positif palsu. Iniadalah kerana kedua-dua virus tersebut mempunyai banyak persamaan (cross reactivity).

HAV IgG (Hepatitis A IgG)Kehadiran antibodi adalah kekal dan dapat memberi perlindungan dari jangkitan berulang.

Anti HIV I & IIHIV (Human Immunodeficiency Virus) merupakan agen penyebab bagi penyakit AIDs (AcquiredImmune Deficiency Syndrome). Strain virus yang utama adalah jenis I dan II.Diagnosis serologi dan penyaringan jangkitan HIV adalah melalui pengesanan antibodi HIV (AntiHIV I & II). Pengesahan jangkitan HIV adalah melalui ujian Western Blot. Individu dengankeputusan ujian Anti HIV I & II negatif tidak bermakna ianya tidak dijangkiti kerana ujian yang

dilakukan pada window period akan memberi keputusan negatif palsu.