ujian 1 (mac) tingkatan 4 2012, smk sultan ismail, johor bahru

15
1 Makluman: PETIKAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM DIAMBIL DARI SET SOALAN “LEARNING TO SCORE NEGERI PERAK 2006 SOALAN PENGETAHUN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA DAN NOVEL IALAH HASIL GUBALAN PANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU. SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR UJIAN BULANAN 1: MAC 2012 TINGKATAN 4: SUBJEK: BAHASA MELAYU ARAHAN SOALAN: JAWAB SEMUA SOALAN (4 SOALAN ) SOALAN 1: RUMUSAN [30 markah] [ masa cadangan: 30 minit ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip dalam perniagaan dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikankeuntungan tetapi penuh dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatuperniagaan tidak dapat dicapai dengan begitu mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dankesanggupan menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang peniaga perlu menghayati danmengamalkan etika atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin kepentingan penggunadan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan inijuga bertujuan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan. Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarangtingkah laku dan membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang denganharga yang berpatutanatau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal denganbayaran yang dikenakan. Seorang peniaga juga harus bersifat amanah dengan mematuhiarahan kerajaan dalam mengawal harga keatas barangan keperluan harian untukkestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna. Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika berurusandenganpengguna. Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan yangterdapat pada sesuatuproduk semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sesetengahpeniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk meningkatkan harga.Tindakan ini sudah pasti menyulitkan danmembebankan pengguna. Selain itu peniaga yangberjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangankepada pihak yang memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan sertapengalaman berniaga untuk memberikan peluang dan membangunkan usahawan muda. Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh parapeniaga.Sebagai contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannyadan

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 03-Jul-2015

10.626 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

1

Makluman:

PETIKAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM DIAMBIL DARI SET

SOALAN “LEARNING TO SCORE NEGERI PERAK 2006

SOALAN PENGETAHUN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA DAN NOVEL IALAH

HASIL GUBALAN PANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR

BAHRU.

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

UJIAN BULANAN 1: MAC 2012

TINGKATAN 4:

SUBJEK: BAHASA MELAYU

ARAHAN SOALAN: JAWAB SEMUA SOALAN (4 SOALAN )

SOALAN 1: RUMUSAN

[30 markah]

[ masa cadangan: 30 minit ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip

dalam perniagaan dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah

tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikankeuntungan tetapi

penuh dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatuperniagaan tidak dapat dicapai

dengan begitu mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dankesanggupan menghadapi pelbagai

cabaran. Seseorang peniaga perlu menghayati danmengamalkan etika atau prinsip-prinsip

perniagaan untuk menjamin kepentingan penggunadan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Pematuhan kepada prinsip perniagaan inijuga bertujuan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna

demi meningkatkan jualan.

Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarangtingkah laku

dan membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang denganharga yang

berpatutanatau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal denganbayaran yang dikenakan.

Seorang peniaga juga harus bersifat amanah dengan mematuhiarahan kerajaan dalam mengawal

harga keatas barangan keperluan harian untukkestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna.

Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika

berurusandenganpengguna. Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan

yangterdapat pada sesuatuproduk semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sesetengahpeniaga juga

sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk meningkatkan harga.Tindakan ini sudah pasti

menyulitkan danmembebankan pengguna. Selain itu peniaga yangberjaya juga tidak seharusnya

lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangankepada pihak yang memerlukan. Peniaga

digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan sertapengalaman berniaga untuk memberikan peluang dan

membangunkan usahawan muda.

Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh

parapeniaga.Sebagai contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannyadan

Page 2: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

2

inginmenukarkan produk tersebut kembali sama ada dalam bentuk produk lain ataumendapatkan

wangnya kembali, peniaga harus bersetuju dan menyanggupinya. Peniagajuga harus bolehmembuat

keputusan dengan rasional supaya dapat memberikan manfaatdan mengutamakan kepentingan

pengguna.

Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan

yangdiasaskanberdasar kepada nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi masyarakatmajmuk di

negara ini. Dalam apa juga keadaan peniaga yang ingin berjaya harus berpegangkepada kod etika

perniagaan tersebut. Manfaatkanlah kod etika tersebut demi kepentinganpengguna dan pemantapan

ekonomi negara.

(Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim,

Dewan Masyarakat, Februari 2005)

Sumber: Learning To Score Negeri Perak 2006

SOALAN 2 : PEMAHAMAN

(9 MARKAH )

[ masa cadangan: 15 minit]

Soalan 2: Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan. [3 markah]

(iii) Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan. [4 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(30 MARKAH )

[ masa cadangan: 30 minit]

a)Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan dan

makna frasa tersebut. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan , menggunakannya

sebagai kata nama khasdan peribahasa.

i. alat kawalan jauh ii.kepelbagaian biologi

iii. mengaku tidak bersalah iv.menjunjung titah perintah

v. papan kekunci vi. servis bertukar tangan

( 6 markah )

b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif

dalam ayat-ayat tersebut.

i. Amir menangis kerana sakit perut.

ii. Pada setiap hujung bulan, Salleh akan menziarahi ibunya.

iii. Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.

Page 3: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

3

iv. Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.

v. Semua pelajar perlu berusaha gigih demi masa depan masing-masing.

vi. Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.

( 6 markah )

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan

dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih

daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu

semula.

i. Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.

ii. Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan

hidangan membuka selera.

iii. Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat

dan busjeket pada setiap hari Isnin .

( 6 markah )

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak

boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Mariam tidak boleh memasuki Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana tidak diizinkan

oleh kedua ibu bapanya.

ii. Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana

merekabukan kembar serupa.

iii. Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang

tersohor di bandar ini.

( 6 markah )

e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai

dengan maksud peribahasa tersebut:

i. bersumpah

ii. melarikan diri

iii. khabar yang belum pasti

( 6 markah )

Page 4: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

4

SOALAN 4: NOVEL

(15 MARKAH )

[masa cadangan: 15 minit]

Berdasarkan novel “MELUNAS RINDU” karya Hartini Hamzah jawab soalan-soalan berikut;

a) Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada permulaan novel.

( 7 markah)

b) Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.

( 8 markah )

*********************** kertas soalan tamat************************

SKEMA JAWAPAN UJIAN 1: BAHASA MELAYU

TINGKATAN 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan amalan asas dalam bidang urus

niaga dalam kalangan peniaga Malaysia

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

1. Perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam

sebarang tingkahlaku. (2 m)

2. Harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan

kerajaan. 2

3. Sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. 2

4. Tidak harus lupa daratan/harus memberikan sumbangan

kepadapihak yang memerlukan. 2

5. Berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga dengan pihak

lain. 2

6. Harus menghayati sikap berperikemanusiaan. 2

7. Boleh membuat keputusan dengan rasional. 2

8. Berpegang kepada kod etika perniagaan. 2

Page 5: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

5

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

1. Mengadakan jualan murah/jualan menghabiskan

stok/jualanpotongan harga. 2

2. Membuat promosi/menjalankan pengiklanan secara

intensif. 2

3. Mengadakan cabutan bertuah. 2

4. Mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. 2

5. Memberikan perhatian dan keutamaan kepada kehendak

pelanggan. 2

6. Menggunakan kaedah penyusunan barangan yang dapat

menarik pelanggan.

7. Menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik dan

tahan lama. 2

8. Kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit.

2

9. Pemesanan barangan secara dalam talian’. 2

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan/Penutup [2 markah]

Dunia perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan prinsip

tertentu supaya kebajikan

pengguna terjamin dan ekonomi negara dapat berkembang

dengan lancar.

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum

(i) Maksudnya tidak menjalankan usaha perniagaan

yang melampaubatas-batas yang

dibenarkan/

Page 6: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

6

tidak menjalankan usaha perniagaan yang terlampau

mementingkan keuntungan semata-

mata. [2 markah]

(ii) Kepentingannya

-Untuk menjamin kepentingan pengguna. [1 markah]

-Untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. [1

markah]

-Untuk mengekalkan kepercayaan pengguna. [1 markah]

(iii) Kebaikan pengiklanan

-Memberi panduan cara menggunakan sesuatu produk. [1

markah]

-Mengelakkan pengguna daripada tertipu. [1 markah]

-Memberi panduan akan halal atau haram kandungannya. [1

markah]

-Memberi panduan tentang kesesuaian dengan keperluan

diri pengguna.[1 markah]

-Panduan lokasi produk itu boleh diperoleh. [1 markah]

-Memberi panduan harga. [1 markah]

-membolehkan pengguna memilih barangan yang terbaik

untuk diri sendiri

-melariskan jualan peniaga

-peniaga perlu menjaga kualiti produk kerana terdapat

banyak pesaing yang mengiklankan produk yang sama

-

[4 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

BAHASA

Page 7: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

7

A)BINA AYAT dari Laras Bahasa

Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang

menunjukkan anda faham akan penggunaan dan makna

frasa tersebut. Anda tidak boleh menambah imbuhan,

menukar imbuhan , menggunakannya sebagai kata nama

khas dan peribahasa.

ii. alat kawalan jauh

(laras sains dan teknologi)

Alat kawalan jauh televisyen sudah rosak

kerana terhempas ke lantai.

iv. kepelbagaian biologi

(laras sains ekologi)

Kepelbagaian biologi negara ini semakin

terancam akibat pencemaran yang dilakukan

oleh manusia.

v. mengaku tidak bersalah

(laras undang-undang)

Perompak itu mengaku tidak bersalah setelah

tuduhan itu dibaca oleh pendakwa raya.

iv.menjunjung titah perintah

(laras bahasa diraja)

Page 8: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

8

Misi kemanusiaan ke Somalia dilaksanakan

dengan bersungguh-sungguh kerana menjunjung

titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang Dipertuan Agong.

vi. papan kekunci

(laras sains komputer)

Makmal komputer sekolah telah membeli

sepuluh buah papan kekunci yang baharu bagi

menggantikan papan kekunci komputer yang

telah rosak.

vii. servis bertukar tangan

(laras sukan )

Servis bertukar tangan daripada Lin Dan

kepada Lim Chong Wei setelah bola tangkis

yang dipukul Lin Dan terkeluar dari

gelanggang.

( 6 markah )

b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif

Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif dalam ayat-ayat

tersebut.

vii. Amir menangis kerana sakit perut.

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

Page 9: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

9

viii. Pada setiap hujung bulan, Salleh akan

menziarahi ibunya.

AYAT AKTIF TRANSITIF

(Ayat Pasif: Pada setiap hujung bulan, ibunya

diziarahi oleh Salleh)

ix. Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di

rak pada setiap petang.

AYAT AKTIF TRANSITIF

x. Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.

AYAT AKTIF TRANSITIF

xi. Semua pelajar perlu berusaha gigih demi masa

depan masing-masing.

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

xii. Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan

pesatnya sejak akhir-akhir ini.

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

( 6 markah )

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan

penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan

kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan

Page 10: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

10

satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat

itu semula.

iv. Puan Swee Lan sering berjogging di taman

rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.

berjogging – berjoging

letak - terletak

v. Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat

sedap dan sesuai dijadikan hidangan membuka

selera.

membuka - pembuka

mayoneis - mayones

vi. Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju

kebangsaan pada setiap hari Jumaat dan busjeket

pada setiap hari Isnin .

pakai - memakai

busjeket - busjaket

( 6 markah )

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan

penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih

daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

Page 11: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

11

dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin

ayat itu semula.

iv. Mariam tidak boleh memasuki Pasukan Polis Diraja

Malaysia kerana tidak diizinkan oleh kedua ibu

bapanya.

memasuki - menyertai

kedua - kedua-dua

v. Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah

adik-beradik kembar kerana mereka bukan kembar

serupa.

dari - daripada

serupa - seiras

vi. Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai

pisang yang dijual di pasaraya yang tersohor di

bandar ini.

setangkai - sesisir/sesikat

pasaraya - pasar raya

( 6 markah )

e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti,

kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud

peribahasa tersebut:

iv. Bersumpah

angkat sumpah

Page 12: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

12

v. melarikan diri

angkat kaki/cabut lari

vi. khabar yang belum pasti

khabar angin/desas-desus ( 6 markah )

SOALAN 4: NOVEL

(15 MARKAH )

[masa cadangan: 15 minit]

Berdasarkan novel “MELUNAS RINDU” karya Hartini

Hamzah jawab soalan-soalan berikut;

c) Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada

permulaan novel.

( Bab 1-Bab 3)

Berdasarkan novel “Melunas Rindu” karya Hartini

Hamzah yang dikaji terdapat dua peristiwa penting

pada permulaan novel.

Peristiwa penting yang pertama ialah peristiwa Fuad

bersiar-siar di Pantai Batu Buruk, di situ Fuad

terkenang akan Sofia yang dilarikannya daripada Pak

Ismail dan Mak Salmah untuk dipertemukan dengan ibi

bapa Sofia, Tindakannya menyebabkan Sofia mati

dalam kemalangan dan Fuad dibenci oleh Mak Salmah.

Page 13: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

13

Peristiwa penting kedua, ialah peristiwa Mak Salmah

terkenang Sofia yang meninggal dunia dan Mak

Salmah amat membenci Fuad kerana dikatakan punca

kematian Sofia. Akhirnya kemarahannya hilang apabila

dia mendapati Fuad sangat ikhlas untuk menolong

sabagai tanda keinsafan dan sesungguhannya setelah

memeluk Islam.

Peristiwa penting ke tiga, ialah peristiwa Fuad

membelikan sebidang tanah dan sebuah motosikal

untuk Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad dan Pak

Ismail bersama-sama mengusahakan kebun jagung

setelah Fuad berhasrat menjadi usahawan tani.

Peristiwa penting yang ke empat ialah kedatangan

Cikgu Abas ke kebun jagung Pak Ismail untuk bertemu

Fuad. Semasa pertemuan , Fuad ditawarkan dengan

jawatan guru sandaran Bahasa Inggeris bagai

mengatasi masalah kekurangan guru tersebut di

Sekolah Menengah Seri Setia.

( 7 markah)

d) Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.

bil isi huraian

1 Persoalan tanggungjawab

terhadap agama

Fuad tetap mengerjakan solat walupun sedang

bermusafir. Dia menunaikan solat Zuhur di sebuaah

surau dalaam perjalanan dari Kuala Terngganu ke

Sungai Ruan

2 Persoalan tanggungjawab

ayah terhadap anak

Robert Lim memasukkan wang sejumlah

RM200,000.00 ke dalaam akaun Fuad walaupun Fuad

telah berkrisis dengannya dan sudah setahun tidak

pulang ke rumah,

3 Persoalan tanggungjawab Pak Ismail mengajarkan bacaan Al-Quran kepada Fuad

Page 14: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

14

sesama saudara seagama seorang mualaf yang tinggal bersama-samanya sejak

setahun.

4 Persoalan tanggungjawab

guru terhadap para

pelajarnya

Fuad mengadakan kelas tambahan selepas waktu

persekolahn di kantin sekolah bagi membimbing pelajr-

pelajar yang kurang baik penguasaan subjek Bahasa

Inggeris

5 Persoalan tanggungjawab

seorang ketua organisasi

terhadap organisasi yang

dipimpinnya

1. Cikgu Abas melakukan rondaan semasa kelas

bimbingan diadakan bagi memastikan kelas

berjalan lancar. Beliau menegur pelajar

Tingkatan Tiga yang tidak memanggil guru

untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran

2. Cikgu Abas berjumpa dengan Fuad dan

menawarkan jawatan guru sandaran Bahasa

Inggeris bagi mengatasi masalah kekurangan

guru subjek tersebut di Sekolah Menengah Seri

Setia

6 Persoalan tanggungjawab

anak terhadap ibu bapa

Farhana mengambil cuti untuk menjaga ibunya ,

Mariana yang dimasukkan ke hospital kerana sakit.

( 8 markah )

*********************** kertas soalan tamat************************

Page 15: UJIAN 1 (MAC)  TINGKATAN 4 2012, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

15