ucapankp-frim-idf 2014_21032014

Upload: omar-ramli

Post on 21-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 UcapanKP-FRIM-IDF 2014_21032014

    1/4

    TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

    YBHG DATO DR ABD LATIF MOHMOD

    KETUA PENGARAH FRIM

    SEMPENA

    MAJLIS PERASMIAN HARI HUTAN ANTARABANGSA 2014

    PERINGKAT FRIM22 MAC 2014, JAM 8.30 PAGI

    TAMAN BOTANI KEPONG, FRIM

    KEPONG, SELANGOR

    Bismillahiramanirrahim

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis,

    YB DATO SRI DR JAMES DAWOS MAMIT

    Timbalan Menteri

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    YBHG. DATUK DR. ABDUL RAHIM BIN HAJI NIK

    Timbalan Ketua Setiausaha II (Pengurusan Alam Sekitar)

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    YBRS. ENCIK HANED MASJAK

    Ketua Pengarah, Balai Seni Visual Negara

    Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Institute of Accountants (MIA), MS HO FOONG MOI

    Wakil-wakil Kementerian, MIA, Balai Seni Visual Negara, Ketua Balai Polis Desa Jaya,Kepong, Friends of FRIM, Pelajar-pelajar KLMU, dif-dif jemputan serta Tuan-Tuan dan

    Puan-Puan yang dihormati sekalian,

  • 7/24/2019 UcapanKP-FRIM-IDF 2014_21032014

    2/4

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ditujukan kepada Allah SWT kerana dengan

    limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada pagi yang indah ini

    untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat FRIM 2014.

    Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima

    kasih kepada YB Dato Sri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri, Kementerian

    Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sudi melapangkan masa bagi menghadirkan diri

    seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Tidak dilupa wakil-wakil Kementerian, MIA,

    Balai Seni Visual Negara, pelajar-pelajar KLMU serta pemenang Pertandingan Menulis

    Alam Sekitar 2013. Selamat Datang ke FRIM!

    Saya juga mengalu-aluan kehadiran tuan/puan yang pertama kali meraikan Hari Hutan

    Antarabangsa bersama FRIM; serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

    tuan/puan yang sentiasa bersama-sama dengan FRIM dalam menjayakan program-

    program yang Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat FRIM 2014.

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Seperti tahun-tahun yang terdahulu, FRIM telah menyediakan pelbagai aktiviti

    berfaedah sempena majlis sambutan kita pada hari ini; Program Tree Planting 400

    batang pokok meranti kepong dan meranti sarang punai melibatkan 300 peserta di Field

    46, Bukit Hari; Botany Fun Hunt, iaitu program berupa explore race untuk

    mengukuhkan pemahaman terhadap tumbuh-tumbuhan di FRIM dengan penyertaan 60

    orang peserta; serta Sesi Plant-Talk yang akan dikendalikan oleh Cik Norsham

    Suhaina bagi mendedahkan tuan/puan dengan alam tumbuhan atau secara lebih

    spesifik, penggunaan tumbuh-tumbuhan sebagai natural dyedan colour serta program

    Flora Coloring Contest untuk anak-anak tuan/puan. Bersempena dengan sambutan ini,

    Karnival Green Symbiosis juga diadakan di FRIM-MTDC Technology Centre II,

    kampus utama FRIM bagi memperkenalkan produk-produk usahawan muda yang

    dihasilkan daripada teknologi tempatan termasuk teknologi FRIM. Sesi pameran, gerai

    jualan, cabutan bertuah dan pertandingan menghias tumbuhan akuatik adalah antara

  • 7/24/2019 UcapanKP-FRIM-IDF 2014_21032014

    3/4

    aktiviti menarik yang disediakan dalam karnival ini. Karnival ini dianjurkan oleh para

    usahawan FMBiosis dan Symbiosis Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)-Perbadanan

    Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC). Symbiosis ialah Program Keusahawanan

    Siswazah yang dilaksanakan oleh MTDC dalam usaha menggalakkan komersialisasi

    produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dibiayai dana awam.

    Di samping itu, sesi penyampaian hadiah kepada 16 peserta serta institusi pendidikan

    pemenang Pertandingan Menulis Alam Sekitar, penyampaian cek daripada MIA untuk

    aktiviti penamanan pokok (cek berjumlah RM3,000) serta pelancaran Pertandingan

    Melukis FRIM Warisan Negara sempena pengiktirafan FRIM sebagai Warisan

    Kebangsaan pada 2012, akan turut diadakan hari ini. Di kesempatan ini, saya bagi

    pihak FRIM merakamkan penghargaan atas sokongan pihak MIA terhadap program-

    program hijau di FRIM; khususnya aktiviti penanaman pokok sejak tahun 2011 lagi.

    Terima kasih diucapkan.

    YBhg Dato/Dr/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

    Seperti yang kita sedia maklum, kualiti udara di beberapa kawasan di Semenanjung

    Malaysia mula terjejas terutamanya di Selangor sejak awal bulan ini. Kualiti udara juga

    terjejas berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan hujan sejak akhir-

    akhir ini. Saya juga pasti ramai yang telah dan masih mengalami catuan air di kawasan

    masing-masing.

    Selain menjadi habitat kepada kepelbagaian biologi dan sinki karbon, hutan juga

    berfungsi sebagai kawasan tadahan air (water catchment area) yang kebiasaannya

    dirujuk sebagai span menyerap air hujan. Air hujan yang diserap ini dituras dan

    dialirkan ke dalam sungai bagi memastikan bekalan air bersih, dikeluarkan sebagai

    mata air atau dibebaskan dalam bentuk wap air ke atmosfera. Pembukaan hutan yang

    tidak dirancang dan pengurusan hutan yang kurang mapan menjejaskan sumber air

    manusia, perubahan iklim dan cuaca yang panas, mengakibatkan hakisan tanah serta

    banjir.

  • 7/24/2019 UcapanKP-FRIM-IDF 2014_21032014

    4/4

    Atas kesedaran terhadap kepentingan kawasan hutan kepada manusia, FRIM berusaha

    untuk memastikan legasi hutan yang diamanahkan ini dipelihara serta dipulihara untuk

    manfaat generasi akan datang. Aktiviti-aktiviti seumpana ini (sambutan hari hutan, hari

    bumi, CSR) juga diadakan dari semasa ke semasa untuk menyemai rasa sayang dan

    penghargaan terhadap kepentingan hutan di kalangan masyarakat setempat. Selain

    menjalankan aktiviti R&D bagi memperkasa sektor perhutanan dan keluaran hutan,

    FRIM juga berkongsi kawasan hutan buatan manusia yang terbesar dan tertua ini

    dengan tuan/puan yang memilih FRIM sebagai tapak rekreasi dan beriadah. Justeru,

    harapan FRIM agar tuan/puan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak

    FRIM dalam sama-sama menjaga flora, fauna serta kemudahan yang disediakan di

    FRIM.

    FRIM berharap tuan/puan sedar akan kepentingan mengekalkan flora dan fauna yang

    ada di sini serta dapat memainkan peranan seperti saling menegur dan mengingatkan

    di antara satu sama lain jika secara tidak sengaja terlihat individu yang terambil anak

    pokok, biji benih mahupun buah-buahan di kawasan FRIM. Tuan/puan juga diingatkan

    supaya tidak memasuki kawasan larangan dan patuh kepada semua tanda amaran

    serta larangan yang diletakkan oleh FRIM; ini bagi mengelakkan sebarang kejadian

    yang tidak diingini. FRIM juga akan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dari segi

    kemudahan mahupun perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung FRIM.

    YBhg Dato/Dr/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

    Sebelum mengakhiri ucapan saya pagi ini, saya sekali lagi merakamkan sekalung

    penghargaan kepada YB Dato Sri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri,

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sudi merasmikan Majlis Sambutan

    Hari Hutan Antarabangsa Peringkat FRIM 2014 serta ucapan terima kasih kepada

    Datuk/Dr/Tuan/Puan sekalian yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini.

    Semoga sokongan dan komitmen hadirin sekalian dalam memelihara dan memulihara

    hutan untuk kesejahteraan manusia akan sentiasa berterusan. Terima kasih.