ucapan ydp pibg sempena persaraan guru besar

5
UCAPAN YDP PIBG SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG Selamat sejahtera, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.. YANG DIHORMATI DAN YANG DIRAIKAN, PN HJH JUMAIYAH BT HAMZAH, GURU BESAR SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG YANG BERUSAHA, TN HAJI AHMAD ISA BIN TAN SRI DATO’ HASAN PENYELIA KANAN UNIT SEKOLAH RENDAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR. YANG BERUSAHA, TN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MAT ISA, TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KLANG, PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG. YANG BERUSAHA, PN HASMAWATI BINTI MAHAMUD, GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG. YANG BERUSAHA PN WEE NAI CHAO, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG YANG BERUSAHA EN NOR’IHSAN BIN MOHD SHARIFF, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG GURU-GURU BESAR DAERAH KLANG, BARISAN GURU-GURU, 1

Upload: fairuz-sahid

Post on 27-Oct-2015

2.691 views

Category:

Documents


146 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sempenan Persaraan Guru Besar

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Ydp Pibg Sempena Persaraan Guru Besar

UCAPAN YDP PIBG SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR

SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG

Selamat sejahtera, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia..

YANG DIHORMATI DAN YANG DIRAIKAN, PN HJH JUMAIYAH BT HAMZAH,

GURU BESAR SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG

YANG BERUSAHA, TN HAJI AHMAD ISA BIN TAN SRI DATO’ HASAN

PENYELIA KANAN UNIT SEKOLAH RENDAH,

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR.

YANG BERUSAHA, TN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MAT ISA,

TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KLANG, PEJABAT PELAJARAN

DAERAH KLANG.

YANG BERUSAHA, PN HASMAWATI BINTI MAHAMUD,

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG.

YANG BERUSAHA PN WEE NAI CHAO,

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG

YANG BERUSAHA EN NOR’IHSAN BIN MOHD SHARIFF, GURU PENOLONG

KANAN KOKURIKULUM, SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG

GURU-GURU BESAR DAERAH KLANG,

BARISAN GURU-GURU,

BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG, PARA PELAJAR DAN

Jawatankuasa penganjur Majlis Persaraan Guru Besar.

Si tompok makan ikan bilis,

1

Page 2: Ucapan Ydp Pibg Sempena Persaraan Guru Besar

Makanan Pemberian Mak Andeh,

Majlis bukan sebarang majlis,

Diberi nama sejambak budi, selaut kasih.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, sebagai YDP PIBG dapat saya

menyampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah dan nyaman ini. Pagi ini

bolehlah dikatakan sebagai pagi terakhir bagi kita dapat bersama-sama guru besar

kita di dalam majlis rasmi seperti ini sebelum tiba tarikh rasmi persaraan wajib beliau

kunjung tiba iaitu pada 1 September 2013…

saya dengar tarikh tersebut menjadi penghitungan puan guru besar yang dikasihi

saban waktu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk majlis persaraan, ia juga menjadi

medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita. Melunaskan rasa rindu

kita kepada puan guru besar kita sebelum persaraan beliau. Bercakaplah dan

bersapalah di majlis ini sepuas-puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di

sini juga kita dapat berpeluang mendengar amanat terakhir daripada Puan Hajjah

Jumaiyah yang dikasihi. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan

menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi insan yang berjaya dan

berkarisma seperti beliau.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kami sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini, beliau umpama sebutir

permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap

bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Saya tertarik dengan corak

petadbiran beliau di sepanjang perkhidmatan beliau di sini, Saya bagi pihak

jawatankuasa PIBG akui Puan Guru Besar mentadbir sekolah ini dengan mesra,

mudah dibawa berbincang, dan penuh kasih sayang serta penuh rasa empati.

Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya. Sehubungan dengan itu

teguran dan nasihat yang Puan Guru Besar lontarkan akan kami ingati.

2

Page 3: Ucapan Ydp Pibg Sempena Persaraan Guru Besar

Tuan-tuan dan puan-puan,

Masa beredar terlalu pantas. Saya rasa seperti baru semalam mengenali Puan Guru

Besar. Rupanya Saya hanya bermimpi di siang hari…sedar-sedar guru besar kita

akan mencapai persaraan wajib dalam masa 2 hari lagi. Adalah diakui bahawa

banyak sumbangan dan peranan yang telah beliau lontarkan demi meningkatkan

lagi kreadibilti kita sebagai seorang guru. Walaupun menerajui sekolah ini hamper

tempoh 5 tahun, banyak usaha dan jasa beliau dalam mempertingkatkan profesion

pendidikan telah diadakan di sekolah kita bagi memastikan perkhidmatan sekolah ini

mencapai sasaran, matlamat dan standard yg ditetapkan oleh PIPP. 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Rasanya saya tidak mahu berucap panjang. Kerana dibelakang saya ada lagi

bahagian tetamu kehormat ingin berucap. 

Dalam pada itu

Saya bagi pihak jawatankuasa PIBG memohon ampun dan maaf

Dan kami mendoakan 

Mudah-mudahan

Tak ada angin nan berpusu

Tak ada gempa yang menggegar

Tak ada terkejut dan tergempar

Tenangnya bagai tasik

Bagai urai dalam peti

Ditutup tidak berusik

Dikongkong terjaga rapi

Selamat sentosa semuanya

Selamat sejahtera semuanya

Selamat datang semuanya

3

Page 4: Ucapan Ydp Pibg Sempena Persaraan Guru Besar

Tidak dilupakan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada:

Puan Hajjah Jumaiyah Binti hamzah

AJK Penganjur Majlis pada pagi ini

AJK PIBG

Yang turut sama menyumbang di dalam majlis malam ini samada dari segi idea,

tenaga dan wang ringgit demi melancarkan lagi perjalanan majlis ini

Saya akhiri ucapan saya dengan terima kasih.

4