ucapan wakil murid

3
Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera. Yang berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serom 6, Puan Ramasiah binti Ab Kadir, yang diraikan Puan Fatimah binti Ibrahim yang diraikan, YDP PIBG Encik Ahmad Alwi bin Hj Basir, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Serom 6. Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun : Terbang serindit ke pohon meranti, Hinggap sebentar membuat sarang, Majlis indah lagi diberkati, Bagi meraikan Cikgu Fatimah tersayang. Tiada kata seindah bicara, Dapat dilafazkan seiring jasa, Tiba ketika Cikgu Fatimah bersara, Bakti dicurah di ingatan sentiasa. Bibir merah tergigit lada, Lada dicampur bersama laksa, Walau di mana Cikgu Fatimah berada, Ingatlah kami anak didik tercinta.

Upload: izazuliana-muhzan

Post on 07-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serom 6, Puan Ramasiah binti Ab Kadir, yang diraikan Puan Fatimah binti Ibrahim yang diraikan, YDP PIBG Encik Ahmad Alwi bin Hj Basir, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Serom 6.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,Hinggap sebentar membuat sarang,Majlis indah lagi diberkati,Bagi meraikan Cikgu Fatimah tersayang.

Tiada kata seindah bicara,Dapat dilafazkan seiring jasa,Tiba ketika Cikgu Fatimah bersara,Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,Lada dicampur bersama laksa,Walau di mana Cikgu Fatimah berada,Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,Begitu indah cantiknya rupa,Biarpun kelak jauh di mata,Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,Ingin membeli popia dan samosa,Doa ikhlas kami hulurkan,Semoga Cikgu Fatimah sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,Semoga kemesraan terus berpanjangan,Ilmu diberi harap dihalalkan,Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Cikgu Fatimah kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di SK Serom 6. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu Fatimah tidak dapat kami balas hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu Fatimah kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu Fatimah samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu Fatimah berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.