ucapan wakil murid

5
Selamat pagi dan salam sejahtera, Yang berusaha Encik Henry Ong Beng Kee Guru Besar SK Sungai Durin yang diraikan,Guru-guru en!l!ng Kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dih!rmati sekelian" #erlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sek!lah kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi me$akili murid-murid SK Sungai Durin" %ntuk itu, i&inkan saya untuk mela'a&kan beberapa rangkap pantun ( #erbang serindit ke p!h!n meranti, Hinggap sebentar membuat sarang, )ajlis indah lagi diberkati, Bagi meraikan Guru Besar tersayang" #iada kata seindah bicara, Dapat dila'a&kan seiring jasa, #iba ketika Guru Besar bersara, Bakti dicurah di ingatan sentiasa" Bibir merah tergigit lada, *ada dicampur bersama laksa, +alau di mana Guru Besar berada, ngatlah kami anak didik tercinta" etang hari menuju ke pekan, ngin membeli p!pia dan sam!sa, D!a ikhlas kami hulurkan, Sem!ga Guru Besar sihat sentiasa"

Upload: sopia-pia

Post on 06-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan wakil murid

TRANSCRIPT

Selamat pagi dan salam sejahtera,Yang berusaha Encik Henry Ong Beng Kee Guru Besar SK Sungai Durin yang diraikan, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekelian.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Sungai Durin.Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :Terbang serindit ke pohon meranti,Hinggap sebentar membuat sarang,Majlis indah lagi diberkati,Bagi meraikan Guru Besar tersayang.

Tiada kata seindah bicara,Dapat dilafazkan seiring jasa,Tiba ketika Guru Besar bersara,Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,Lada dicampur bersama laksa,Walau di mana Guru Besar berada,Ingatlah kami anak didik tercinta.

Petang hari menuju ke pekan,Ingin membeli popia dan samosa,Doa ikhlas kami hulurkan,Semoga Guru Besar sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,Semoga kemesraan terus berpanjangan,Ilmu diberi harap dihalalkan,Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang Guru Besar yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, En. Henry Ong Beng Kee ini bukan sahaja guru besar, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Durin. Beliau bukan sahaja seorangguru besar yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajarPada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Sungai Durin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru besar yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Guru Besar tidak dapat kami balas dengan wang ringgit dan harta benda hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Guru Besar samada disedari mahupun tidak disedari. Kami berdoa, semoga Tuhan akan melimpahkan rahmat-Nya kepada beliau. Sekian,terima kasih.

Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Henry Ong Beng Kee, Penolong kanan 1, Encik Salih Ismail, Penolong kanan hal ehwal murid,Encik Mohamad Fikri, Penolong kanan kokurikukum, Philip Tinggi,guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis persaraan Guru Besar yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang Guru Besar yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, En. Henry Ong Beng Kee ini bukan sahaja guru besar, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah ebangsaan Sungai Durin.Beliau bukan sahaja seorangguru besar yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati murni,berdedikasi dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya.Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Sungai Durin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Heny Ong Beng Kee yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami. Kami berdoa, semoga Tuhan akan melimpahkan rahmat-Nya kepada beliau. Sekian, terima kasih

Selamat pagi dan salam satu Malaysia....Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Henry Ong Beng Kee, Penolong kanan 1, Encik Salih Ismail, Penolong kanan hal ehwal murid,Encik Mohamad Fikri, Penolong kanan kokurikukum, Philip Tinggi,guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul bagi meraikan majlis persaraan guru besar yang kita sayangi iaitu Encik Henry Ong Kee. Saya mewakili pelajar mengambil kesempatan pada majlis ini menyampaikan ucapan penghargaan sebagai tanda terima kasih daripada kami. Hari ini bolehlah dianggap sebagai hari terakhir untuk kita dapat bersama-sama dengan guru besar dalam dunia pendidikan secara formal. Tarikh pada hari ini mungkin menjadi satu kesedihan atau kegembiraan. Kami berharap dan mendoakan agar guru besar beroleh kegembiraan dan sentiasa mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR nanti.Guru-guru dan rakan sekalian,Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan persaraan guru besar tetapi adalah meraikan jasa beliau yang telah banyak berpenat lelah,menyumbangkan bakti sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Majlis ini juga diadakan sebagai medan untuk beramah mesra sesama kita dan melunaskan rasa rindu kepada guru besar sebelum beliau pergi meninggalkan sekolah ini.Segala usaha yang dicurahkan oleh beliau untuk mengajar kita tidak terbalas dengan wang ringgit dan harta benda kerana beliau begitu komited dalam mengajar dan mendidik kita.Komitmen beliau ini membuktikan bahawa beliau begitu mengambil berat dan kasih kepada kita . Saya selaku wakil pelajar mewakili rakan-rakan pelajar ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tingakah laku yang tidak sopan dan perkara yang tidak menyenangkan diri guru besar. Sekali lagi, kami berharap agar guru besar tidak melupakan kami disini dan mendoakan kejayaan kami di dunia dan juga di akhirat.Mengakhiri ucapan kami ucapakan selamat bersara,moga selepas ini guru besar dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta.Sebelum mengundur diri izinkan saya membaca serangkap pantun,Bunga mawar dalam jambangan,Campur sedikit haru melati,Budi tuan jadi kenangan,Tersemat kukuh dalam hati.Sekian,terima kasih.