ucapan ustaz abdullah

Upload: firdaus-jalil

Post on 29-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

UCAPAN USTAZ ABDULLAH (Contoh)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala pujian dan syukur saya rafak ke hadrat Allah swt yang telah menganugerahi kita bulan Ramadan al-mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala melebihi seribu bulan yang lain. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad dan atas keluarga serta para sahabat baginda yang mulia. Terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buletin SINAR edisi khas Ramadhan ini. Saya percaya, Buletin SINAR menjadi wadah terbaik kepada warga kampus untuk mengetahui perkembangan semasa aktiviti IPG Kampus Pendidikan Islam.Kelebihan dan keutamaan bulan Ramadan yang mulia telah tiba sekali lagi. Kehadiran Ramadan hanya seketika, kadar sebulan sahaja lamanya. Kehadiran Ramadan sebagaimana kita semua sedia maklum sarat dengan beribu kemuliaan dan keberkatan. Justeru, amat rugilah sekiranya kita tidak menghargainya atau menyambutnya dengan pengisian yang sewajarnya sejajar dengan kelebihan Ramadan itu sendiri.Pada bulan Ramadan yang mulia nanti, saya menyeru saudara-saudari juga mengambil kesempatan untuk menghidupkan malamnya. Dengan solat sunat terawih dan solat-solat sunat yang lain. Perbanyakkan pemberian dan sedekah dengan meringankan tangan untuk memberi demi meringankan beban yang dipikul oleh mereka yang kurang bernasib baik dan berada dalam kedaifan.Akhir kalam, saya sekali lagi ingin berpesan kepada semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam agar tidak mensia-siakan bulan Ramadhan yang telah tiba ini. Inilah bulan yang boleh dikatakan bonus kepada umat Islam di mana setiap pahala yang kita buat akan dilipat gandakan jumlahnya.