ucapan perasmian konvo 30hb

Upload: hafifah-kusin

Post on 04-Apr-2018

1.302 views

Category:

Documents


40 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    1/9

    UCAPAN PERASMIAN

    MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH

    DAERAH PASIR GUDANG 2012

    OLEH

    PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

    DI DEWAN UNIKL CAWANGAN PASIR GUDANG

    PADA 30 OKTOBER 2012

    Bismillahirahmanirrahim

    Terima kasih saudara dan saudari pengerusi majlis,

    Yang berusaha En Mohammad bin Rahmat, Pengerusi

    Prasekolah Daerah Pasir Gudang,

    Yang berusaha En Sharful Admal bin Adnan, Penolong PPD

    Prasekolah/Permata,

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    2/9

    Yang dihormati En Suparman bin Samsuri, Penyelia Prasekolah

    Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

    Yang dihormati En Md Derick Basir, Pengurus Besar Kanan

    Bahagian Perkhidmatan Korporat, Johor Port Bhd,

    Para tamu jemputan,

    Pegawai-pegawai Pendidikan,

    Guru besar-guru besar sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang,

    Guru-guru prasekolah Daerah Pasir Gudang,

    Pembantu-pembantu Pengurusan Murid,

    Murid-murid prasekolah yang diraikan,

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    3/9

    Para ibu bapa, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatoh dan salam

    sejahtera, salam 1Malaysia,

    1. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan keemasan

    ini untuk megucapkan ribuan terima kasih kepada

    Jawatankuasa penganjur di atas jemputan untuk merasmikan

    Majlis Konvokesyen ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas

    dan tahniah kepada anak-anak prasekolah yang hadir hari ini.

    Sememangnya hari ini merupakan hari yang tidak dapat

    dilupakan bagi anak-anak prasekolah kerana masing-masing

    telah berjaya menempuh segala halangan untuk menamatkan

    sesi persekolahan prasekolah 2012.

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    4/9

    2. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

    Majlis Konvokesyen ini merupakan salah satu aktiviti tahunan

    Prasekolah Daerah Pasir Gudang yang diadakan dengan

    penuh gilang-gemilang. Selain sukan dan kem bestari

    1Malaysia, majlis ini menutup tirai aktiviti tahunan Prasekolah

    Daerah Pasir Gudang. Majlis ini juga sebagai penghargaan

    kepada para pendidik, pembantu pengurusan murid dan ibu

    bapa yang bersama-sama mengasuh dan mendidik anak-anak

    prasekolah ini sebagai persediaan mereka untuk menghadapi

    alam persekolahan yang lebih mencabar pada tahun hadapan.

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    5/9

    3. Jika sebelum ini kita lihat ada diantara anak-anak ini bersifat

    kurang keyakinan diri, pendiam, dan pemalu kini hampir

    setahun mereka belajar di dalam kelas prasekolah sifat-sifat

    tersebut semakin berkurangan dan kebanyakan mereka

    bertukar menjadi lebih berkeyakinan, kreatif dan inovatif. Hal

    ini kerana di prasekolah terdapat pelbagai program dan aktiviti

    seperti bersukan, bercerita, nyanyian, tilawah, menghasilkan

    buku skrap, Grafity Area dan sebagainya telah membantu

    anak-anak ini bersikap positif selaras dengan matlamat

    pendidikan prasekolah bagi menyuburkan potensi murid dalam

    semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan

    memupuk sikap positif sebelum masuk ke sekolah rendah.

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    6/9

    4. Oleh demikian, para ibu bapa yang hadir pada hari ini suka

    saya mengingatkan bahawa gunakanlah peluang pendidikan

    prasekolah yang disediakan oleh pihak kerajaan ini

    sepenuhnya bagi memastikan anak-anak kita bersedia

    mengharungi suasana persekolahan sebenar. Banyak negara

    yang cemburu dengan sistem pendidikan negara kita kerana

    kita cukup lengkap pendidikannya bermula di usia kanak-

    kanak sehinggalah mereka dewasa berbanding di negara-

    negara membangun lain. Sewajarnya kita bersyukur dan

    berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa mengambil

    berat terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan modal insan

    yang berguna pada masa hadapan. Selain para pendidik, ibu

    bapa perlu bersama-sama berganding bahu bagi mendorong

    anak-anak berjaya dalam pelajaran di samping kegiatan luar

    lain kerana masa depan negara bergantung kepada generasi

    muda yang dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup

    selain sahsiah diri dan kekuatan iman.

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    7/9

    5. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi

    penghargaan dan syabas kepada semua guru prasekolah dan

    pembantu pengurusan murid yang telah berganding bahu

    tanpa mengira penat dan lelah, mengasuh dan mendidik anak-

    anak prasekolah ini dengan penuh kesabaran dan kasih

    sayang. Kita kadang kala tidak sedar dan mengambil mudah

    akan usaha yang ditunjukkan oleh guru-guru prasekolah dan

    pembantu pengurusan murid. Tetapi tanpa mereka maka

    anak-anak ini tidak akan dapat menguasai kemahiran

    membaca, mengira, menulis dan menaakul. Namun begitu,

    mereka bukanlah golongan yang suka mendabik dada. Setiap

    pengorbanan yang mereka lakukan tidak pernah mereka

    mengeluh dihadapan kita apatah lagi berputus harap. Terima

    kasih cikgu, kerana cikgu mendidik kami.

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    8/9

    6. Saya juga mengucapkan tahniah kepada anak-anak

    prasekolah Daerah Pasir Gudang kerana anda semua telah

    berjaya mengharungi alam pendidikan prasekolah selama

    setahun. Diharapkan kamu semua dapat menggunakan dan

    mengamalkan setiap perkara yang telah dipelajari sebagai

    bekalan untuk ke tahun 1 pada tahun hadapan. Tunjukkan

    keyakinan diri yang tinggi ketika menerima sijil di atas pentas

    nanti. Kami bangga dengan kamu semua.

    7. Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapakan ribuan

    terima kasih kepada pihak Johor Port Berhad secara peribadi

    kerana sudi menyumbangkan sebuah printer kepada setiap

    kelas prasekolah pada majlis Kem Bestari 1Malaysian yang

    lalu. Ini merupakan sumbangan yang kedua daripada pihak

    Johor Port Berhad kepada PPD Pasir Gudang. Terima kasih

    yang tidak terhingga semoga perhubungan baik ini dapat

    diteruskan.

  • 7/31/2019 Ucapan Perasmian Konvo 30hb

    9/9

    8. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya

    merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Pasir

    Gudang 2012.

    9. Sekian. Wabilahitaufik walhidayah wassalamuakaikum

    warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.