ucapan penyerahan baucer buku

5
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Lee Yoke Yee, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya, Yang Berusaha, Encik Othman Aziz, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah-pensyarah Kanan, Pensyarah-pensyarah dan staf-staf sokongan, Seterusnya para pelajar dan hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Upload: edward

Post on 13-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Penyerahan Baucer Buku

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Puan Lee Yoke Yee,

Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru,

Kampus Gaya,

Yang Berusaha, Encik Othman Aziz, Ketua Jabatan

Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-ketua Unit,

Pensyarah-pensyarah Kanan,

Pensyarah-pensyarah dan staf-staf sokongan,

Seterusnya para pelajar dan hadirin hadirat yang

dikasihi sekalian.

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama

memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah izin dan kurnia-

Nya, kita semua dapat berhimpun pada pagi ini

sempena Majlis Penyerahan Baucer Buku

Page 2: Ucapan Penyerahan Baucer Buku

1Malaysia Kepada Pelajar IPG KAMPUS

GAYA.

2. Majlis pada pagi ini bertujuan untuk

menyerahkan baucar buku 1 Malaysia yang

bernilai RM 250.00 bagi tahun yang kedua

kepada pelajar-pelajar IPG KAMPUS GAYA.

Jumlah pelajar IPG Kampus Gaya yang layak

menerima Buku Baucer ini adalah seramai 923

pelajar sepenuh masa dan status aktif yang

bernilai RM141,250.00.

3. Sememangnya pemberian baucar buku ini

merupakan durian runtuh daripada kerajaan

melalui Kementerian Pengajian Tinggi kepada

semua pelajar Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi,

Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta

termasuklah INSTITUT PENDIDIKAN GURU .

Justeru anda para pelajar di hadapan saya ini

amat bertuah kerana terpilih untuk menikmati

kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Saya berharap agar para pelajar bijak memilih

buku-buku yang diperlukan supaya

bersesuaian dengan proses pembelajaran dan

pengajaran semasa.

4. Di samping itu, saya juga ingin mengingatkan

para pelajar agar tidak menyalahgunakan

Page 3: Ucapan Penyerahan Baucer Buku

kemudahan yang diberi. Saya tidak mahu

menerima sebarang laporan penyelewangan

atau salah guna baucar yang diberikan

membabitkan PELAJAR IPG KAMPUS GAYA .

Sebaliknya manfaatkanlah pemberian baucar

buku ini sebaiknya bagi tujuan pembelajaran

dan masa hadapan.

5. Selain itu , diharapan baucar buku 1Malaysia

ini boleh meringan beban pelajar .Pelajar harus

menjaga baucer buku dari hilang kerana tiada

sebarang penggantian selepas Buku Baucer ini

diedarkan .Penggunaan baucer buku ini hanya

boleh memberi buku dan dilarang sama sekali

ditukar kepada wang tunai.

6. Para pelajar boleh menggunakan baucar buku

ini di kedai-kedai buku yang telah disenaraikan

oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Sebarang pertanyaan juga boleh merujuk

kepada pegawai pengurusan iaitu Encik Jusli

di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

7. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya

dengan ini merasmikan Majlis Penyerahan

Baucar Buku 1 Malaysia , peringkat Institut

Pendidikan Guru, Kampus Gaya.

Page 4: Ucapan Penyerahan Baucer Buku

Sekian Wabillahi taufik wal hidayah

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi

wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.