Download - Ucapan Penyerahan Baucer Buku
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Puan Lee Yoke Yee,
Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Gaya,
Yang Berusaha, Encik Othman Aziz, Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Pensyarah-pensyarah Kanan,
Pensyarah-pensyarah dan staf-staf sokongan,
Seterusnya para pelajar dan hadirin hadirat yang
dikasihi sekalian.
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah izin dan kurnia-
Nya, kita semua dapat berhimpun pada pagi ini
sempena Majlis Penyerahan Baucer Buku
1Malaysia Kepada Pelajar IPG KAMPUS
GAYA.
2. Majlis pada pagi ini bertujuan untuk
menyerahkan baucar buku 1 Malaysia yang
bernilai RM 250.00 bagi tahun yang kedua
kepada pelajar-pelajar IPG KAMPUS GAYA.
Jumlah pelajar IPG Kampus Gaya yang layak
menerima Buku Baucer ini adalah seramai 923
pelajar sepenuh masa dan status aktif yang
bernilai RM141,250.00.
3. Sememangnya pemberian baucar buku ini
merupakan durian runtuh daripada kerajaan
melalui Kementerian Pengajian Tinggi kepada
semua pelajar Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi,
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
termasuklah INSTITUT PENDIDIKAN GURU .
Justeru anda para pelajar di hadapan saya ini
amat bertuah kerana terpilih untuk menikmati
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Saya berharap agar para pelajar bijak memilih
buku-buku yang diperlukan supaya
bersesuaian dengan proses pembelajaran dan
pengajaran semasa.
4. Di samping itu, saya juga ingin mengingatkan
para pelajar agar tidak menyalahgunakan
kemudahan yang diberi. Saya tidak mahu
menerima sebarang laporan penyelewangan
atau salah guna baucar yang diberikan
membabitkan PELAJAR IPG KAMPUS GAYA .
Sebaliknya manfaatkanlah pemberian baucar
buku ini sebaiknya bagi tujuan pembelajaran
dan masa hadapan.
5. Selain itu , diharapan baucar buku 1Malaysia
ini boleh meringan beban pelajar .Pelajar harus
menjaga baucer buku dari hilang kerana tiada
sebarang penggantian selepas Buku Baucer ini
diedarkan .Penggunaan baucer buku ini hanya
boleh memberi buku dan dilarang sama sekali
ditukar kepada wang tunai.
6. Para pelajar boleh menggunakan baucar buku
ini di kedai-kedai buku yang telah disenaraikan
oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Sebarang pertanyaan juga boleh merujuk
kepada pegawai pengurusan iaitu Encik Jusli
di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
7. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya
dengan ini merasmikan Majlis Penyerahan
Baucar Buku 1 Malaysia , peringkat Institut
Pendidikan Guru, Kampus Gaya.
Sekian Wabillahi taufik wal hidayah
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.