ucapan pengarah

Upload: gabriella-william

Post on 07-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UCAPAN

TRANSCRIPT

Bismillahirahmanirarhim. Terima kasih saudara/i Pengacara Majlis Yang Berusaha, Encik Doti Bin AsingTimbalan Pengarah IPG Kampus KentYang Dihormati, Encik Syhibin Bin JaparKetua Unit KokurikulumYang Dihormati, Puan Hajah Nancy Loo KasonKetua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal PelajarYang Dihormati, Encik Hj Matsah Bin Hj IdrisPenyelaras Kejohanan Mini OlahragaPara kontinjen, hadirin dan hadirat sekalian Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Syukur kerana dapat saya bersama di Majlis Penutupan Kejohanan Mini Olahraga Peringkat IPG Kampus Kent. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana sudi menjemput saya untuk hadir pada majlis hari ini dan seterusnya menutup dengan rasminya Kejohanan Mini Olahraga ini.

Sidang hadirin yang berbahagia.Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan gur pelatih yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seseorang yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Tuan-tuan dan puan-puan,Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada peserta kejohanan bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada remaja zaman sekarang daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.

Hadirin yang dikasihiAktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Unit Kokurikulum, AJK Pengelola, iaitu Unit PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2013 dan peserta-peserta, PPISMP Jun 2015 kerana telah dapat menganjurkan dan menyertai Kejohanan Mini Olahraga pada tahun 2015 dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan.

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PERINGKAT IPG KAMPUS KENT TAHUN 2015.

Sekian, terima kasih.