ucapan murid

1
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Yang diraikan cikgu Rahim b. Johari, Guru Besar SK Chenderawasih, Yang Dihormati guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Chenderawasih. Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun : Terbang serindit ke pohon meranti, Hinggap sebentar membuat sarang, Majlis indah lagi diberkati, Bagi meraikan Cikgu Rahim tersayang. Tiada kata seindah bicara, Dapat dilafazkan seiring jasa, Tiba ketika Cikgu Rahim bersara, Bakti dicurah di ingatan sentiasa. Bibir merah tergigit lada, Lada dicampur bersama laksa, Walau di mana Cikgu Habib berada, Ingatlah kami anak didik tercinta. Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan, Ilmu diberi harap dihalalkan, Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan. Disini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada cikgu Rahim b. Johari kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di SK Chenderawasih. Segala jasa baik dan tunjuk ajar cikgu Rahim tidak dapat kami balas. Hanya Tuhan sahajalah yang mampu membalas segala-galanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Rahim kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan. Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu Rahim samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu. Sekian, terima kasih.

Upload: amri-zakaria

Post on 08-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan murid sempena persaraan guru besar

TRANSCRIPT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang diraikan cikgu Rahim b. Johari, Guru Besar SK Chenderawasih, Yang Dihormati guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Chenderawasih. Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,Hinggap sebentar membuat sarang,Majlis indah lagi diberkati,Bagi meraikan Cikgu Rahim tersayang.

Tiada kata seindah bicara,Dapat dilafazkan seiring jasa,Tiba ketika Cikgu Rahim bersara,Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,Lada dicampur bersama laksa,Walau di mana Cikgu Habib berada,Ingatlah kami anak didik tercinta.

Salam kemaafan kami hulurkan,Semoga kemesraan terus berpanjangan,Ilmu diberi harap dihalalkan,Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Disini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada cikgu Rahim b. Johari kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di SK Chenderawasih. Segala jasa baik dan tunjuk ajar cikgu Rahim tidak dapat kami balas. Hanya Tuhan sahajalah yang mampu membalas segala-galanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Rahim kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu Rahim samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.

Sekian, terima kasih.