ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. … majlis... · bidang sains tulen sama ada ......
TRANSCRIPT
Page | 1
UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
YB. DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN PERHIMPUNAN BULANAN KPT
8.30 PAGI, 17 OKTOBER 2011 (ISNIN), BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA KPT.
“MEMACU KECEMERLANGAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI”
Assalamualaikum wrt. wbt., Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia,
1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka
dapatlah kita bersama-sama berkumpul dalam majlis Perhimpunan
Bulanan pada pagi yang berbahagia ini. Setinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih saya ucapkan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) kerana telah menjadi hos acara kita pagi ini sekaligus
mengundang saya dan diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua pihak
ke majlis ini dan berharap ia dapat memperkukuhkan lagi ikatan
silaturrahim sesama kita, Insya Allah.
2. Masa bergerak terlalu pantas dan kini kita telah pun berada di suku
terakhir tahun 2011. Alhamdulillah, berkat perancangan dan komitmen
padu daripada semua pihak sama ada mereka yang berada di
Page | 2
kementerian, universiti, politeknik mahupun kolej komuniti, kita telah
berjaya melaksana dan melancarkan beberapa program dan inisiatif. Ini
termasuklah melancarkan Pelan Tindakan Fasa Dua, Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), memperkenalkan Jangkauan
Global Malaysia melalui Pendekatan Tambatan Hati (Soft Power),
melancarkan Pelan Tindakan Modal Insan Inovasi peringkat Tertiari,
Politeknik Metro dan Program Pemimpin Muda AkePT serta
mengagihkan Dana Penyelidikan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe 10).
3. Kesemua program dan inisiatif ini sebenarnya terangkum dalam harapan
dan hasrat kita yang pernah saya zahirkan sewaktu menyampaikan
Amanat Tahun Baharu, bulan Januari yang lalu. Ia bermatlamat
memperkukuhkan peranan dan keupayaan sektor pengajian tinggi yang
menjadi antara penyumbang kritikal dalam menjayakan transformasi
negara. Selain itu, saya juga ingin mengambil peluang di sini untuk
mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana baru-baru ini telah
berjaya dianugerahkan status LIMA BINTANG dalam Penilaian Laman
Web/Portal Sektor Awam bagi tahun 2011. Tahniah saya ucapkan.
Page | 3
Tuan-tuan dan Puan-puan,
(BAJET 2012 DAN PELABURAN PENDIDIKAN UNTUK NEGARA)
4. Seperti yang kita sedia maklum, Bajet 2012 telah pun dibentangkan oleh
YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru
ini. Bajet yang mengambil tema ‘Dasar Transformasi Nasional : Bajet
Membela Rakyat, Mensejahtera Negara’ itu dilihat berupaya menjadi
pemangkin dalam usaha membantu rakyat mendepani kos kehidupan
yang semakin meningkat. Dalam masa yang sama seperti tahun-tahun
yang lalu, kerajaan amat komited dalam soal pendidikan dan
pembangunan modal insan dengan menyediakan jumlah peruntukan
yang besar sebanyak 50.1 bilion ringgit iaitu 21.6% daripada
keseluruhan bajet. Daripada jumlah itu, 37.2 bilion ringgit
diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
manakala 12.9 bilion ringgit untuk Kementerian Pengajian Tinggi.
Jumlah peruntukan yang besar ini TIDAK BOLEH DIANGGAP
SEBAGAI SATU PERBELANJAAN SEMATA-MATA, tetapi
PELABURAN yang bakal memberi keuntungan kepada negara dalam
jangka masa yang panjang.
Page | 4
5. Dalam konteks Kementerian Pengajian Tinggi, daripada jumlah 12.9 bilion
ringgit yang diperuntukkan, sebanyak 10.6 bilion ringgit untuk perbelanjaan
mengurus dan 2.3 bilion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan. Secara
keseluruhannya, peruntukan untuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk
tahun 2012 meningkat sebanyak 290 juta ringgit berbanding tahun 2011.
Justeru itu, saya mewakili warga sektor pengajian tinggi, ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
kerajaan khususnya YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Razak kerana amat memahami tuntutan dan keperluan kita
memperkukuhkan keupayaan sektor ini melalui bajet yang telah
diberikan itu.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
(BAJET 2012 DAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI NEGARA)
6. Jika diperhalusi dan dianalisa secara lebih mendalam, ternyata bajet kali
ini meneruskan tradisi mengupayakan sektor pengajian tinggi sebagai
faktor kritikal menjayakan transformasi negara. Dan ia boleh dilihat dalam
beberapa sudut dan aspek seperti berikut :
Page | 5
6.1 Meningkat Mutu dan Kualiti Tenaga Akademik di IPT
Kita amat memahami bahawa tuntutan untuk menghasilkan modal insan
unggul iaitu graduan yang berkualiti tinggi bergantung kepada mutu dan
kualiti tenaga akademik di Institusi Pengajian Tinggi. Sehubungan
dengan itu, kementerian telah menyediakan biasiswa untuk tujuh
skim latihan tenaga pengajar berjumlah 525.1 juta ringgit. Daripada
jumlah itu, 182.5 juta ringgit diperuntukkan untuk Program
Biasiswa Skim Latihan Bumiputera (SLAB), 302 juta ringgit untuk
Program Biasiswa Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), 12.5 juta
ringgit untuk Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), 11 juta
ringgit untuk Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga pengajar
Teknikal Politeknik dan Kolej Komuniti, 4.9 juta ringgit untuk
Program Biasiswa Post-Doktoral dan 3.5 juta ringgit untuk Program
Post Graduate Diploma in Entrepreneurship (kerjasama dengan
University of Cambrige).
Buat julung kalinya mulai tahun 2012, kementerian akan
melancarkan satu biasiswa baharu iaitu Program MyBrainSc bagi
menggantikan Program Biasiswa Khas Tenaga Akademik (BKTA).
Program MyBrainsSc yang diperuntukkan sebanyak 9.5 juta ringgit
Page | 6
ini akan menawarkan biasiswa kepada 200 permohonan tahun
hadapan iaitu membabitkan 50 kuota luar negara dan 150 kuota
dalam negara. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar-pelajar
cemerlang lepasan Asasi/Matrikulasi /Program-program
Persediaan, STPM dan lepasan diploma. Selain itu, ia juga terbuka
kepada calon pelajar ijazah pertama yang cemerlang dalam bidang
sains tulen iaitu PNGK 3.75 dan ke atas dan mereka yang sedang
mengikuti pengajian Ph.D atau telah mengikuti pengajian dalam
bidang sains tulen sama ada dalam negara atau di universiti
terkemuka dunia.
Penawaran biasiswa baharu ini amat signifikan kerana biasiswa
sedia ada seperti JPA hanya memberi fokus kepada bidang
profesional iaitu perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya.
Sedangkan, melalui Biasiswa MyBrainSc ini, ia akan dapat
meningkatkan bukan sahaja bilangan tenaga pengajar dalam
bidang sains tulen sama ada Fizik, Kimia, Biologi dan Metamatik,
tetapi memenuhi hasrat kita meningkatkan bilangan RSE
(Researcher, Scientist dan Engineers) dalam negara kepada 100
RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja dan melahirkan Nobel Laureate
suatu masa nanti. Ini kerana umum mengetahui bahawa seseorang
Page | 7
Nobel Laureate itu merupakan mereka yang menguasai bidang
sains tulen seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Metamatik.
6.2 Meningkat Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan
Kejayaan mendukung Tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi
Nasional amat bergantung kepada peranan IPT sebagai hab inovasi
melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Dan Alhamdulillah,
melalui bajet 2012, kementerian telah diperuntukkan sebanyak 400
juta ringgit untuk dana penyelidikan fundamental berbanding 368
juta ringgit pada tahun lalu. Melalui peruntukan ini, IPT khususnya
akan dapat meneruskan aktviti-aktiviti penyelidikan fundamental
yang menjadi asas kepada penerokaan ilmu-ilmu baharu sekaligus
pendorong kepada penyelidikan gunaan (applied research) kelak.
Selain itu, untuk meligatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan
di IPT yang berimpak tinggi, peruntukan telah diberikan kepada
Universiti Sains Malaysia (USM) sebanyak 51 juta ringgit dan Universiti
Malaya (UM) sebanyak 22 juta ringgit untuk Program Inkubator Modal
Insan Inovasi yang bertujuan menjana industri, paten dan perniagaan
baharu hasil-hasil penyelidikan di IPT. Sebanyak 64 juta ringgit pula
Page | 8
diperuntukkan bagi perolehan peralatan bagi penyelidikan berimpak
tinggi Universiti Malaya (UM). Kementerian berharap dengan peruntukan
tersebut, ia akan dapat menjayakan lagi aktiviti penyelidikan dan
penerbitan berimpak tinggi UM sama ada di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa.
Dalam masa yang sama juga bagi merancakkan lagi inovasi,
kementerian juga akan memulakan langkah membina upaya Pusat-
pusat kecemerlangan atau CoE di IPT agar mereka dapat
mempertingkatkan kecemerlangannya dan boleh diangkat menjadi
Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HICoE satu masa nanti.
6.3 Pembangunan Sahsiah Pelajar
Harus diakui bahawa kualiti seseorang graduan kini tidak lagi hanya
bergantung kepada penguasaan ilmu semata-mata, sebaliknya nilai dan
kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. Melihat
kepada kepentingan itu, kementerian akan sentiasa memastikan tahap
kebolehpasaran graduan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Melalui peruntukan sebanyak 160 juta ringgit dalam Bajet 2012,
kementerian akan menampung program-program seperti Program
Page | 9
Pentauliahan Profesional (3P) yang diperuntukkan sebanyak 30 juta
ringgit, Program Khas Pelajar (Sahsiah) 10 juta ringgit,
Pembangunan Sukan 20 juta ringgit, Program Kebolehpasaran
Graduan 70 juta ringgit, Program Pembangunan Keusahawanan
Graduan 30 juta ringgit dan Program Pusat Kecemerlangan Sukan
IPT 10 juta ringgit.
Di kesempatan ini, Kementerian Pengajian Tinggi ingin mengucapkan
terima kasih kepada kerajaan khususnya YAB. Perdana Menteri kerana
telah menyediakan pemberian baucar buku berjumlah 200 ringgit
kepada semua pelajar warganegara Malaysia di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) selain di matrikulasi serta
pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Saya berharap pemberian
baucar ini dapat disempurnakan pengagihannya oleh IPT dengan sebaik
mungkin.
6.4 Meneroka Pengantarabangsaan
Tahun 2012 juga akan menyaksikan aktiviti-aktiviti
pengantarabangsaan diberi fokus utama dan antara tumpuan
kementerian adalah Program Pemasaran CLMV yang membabitkan
Page | 10
negara-negara seperti Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam.
Melalui peruntukan sebanyak 3 juta ringgit yang diberikan dalam bajet
baru-baru ini, kita akan dapat melaksanakan program
pengantarabangsaan tersebut sekaligus menjayakan konsep
Tambatan Hati atau Soft Power iaitu elemen baharu dalam Fasa Dua
PSPTN yang berobjektifkan meraih keyakinan serantau dan global
kepada jenama Malaysia dan Malaysia itu sendiri. Ini sekaligus
membantu mencapai hasrat kementerian menjadi peneraju dan hab
pengajian tinggi di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
(MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN
PROFESIONAL-TEVT SERTA MENENTUKAN BENCHMARK
PROGRAM PENGAJIAN PASCA SISWAZAH)
7. Kita akan terus memberi perhatian serius terhadap usaha-usaha
mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Profesional
(TEVT) melalui Kolej Komuniti dan Politeknik. Peruntukan yang
disediakan sebanyak 241 juta ringgit kepada Kolej Komuniti dan 580
juta ringgit kepada Politeknik bagi tahun 2012 akan digunakan
seoptima mungkin untuk mengupayakan rakyat menjadi modal insan
Page | 11
dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang
kepada pembangunan dan kemajuan negara.
8. Satu daripada pendekatan yang boleh diambil untuk mengarusperdanakan
politeknik dengan menjamin kualiti institusi tersebut. Sukacita saya
maklumkan sebanyak 17 daripada 27 buah politeknik yang telah
menghasilkan graduan peringkat diploma telah dinilai melalui sistem
penarafan politeknik atau PolyRate di mana penilaiannya adalah
berasaskan kepada tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di
politeknik seluruh Malaysia.
9. Proses penilaian yang bermula sejak Disember 2010 yang lalu mendapati
dua buah politeknik mencapai tahap cemerlang (tier 5), dua belas
politeknik mendapat tahap amat baik (tier 4) dan hanya tiga tahap
memuaskan (tier 3). Dengan keputusan ini, kementerian akan
mengatur langkah seterusnya menambahbaik prestasi politeknik-
politeknik agar ia setanding dengan universiti daripada segi
kecemerlangan. Ia juga selaras dengan matlamat Transformasi
Politeknik menjadikan Politeknik sebagai institusi alternatif kepada
universiti yang menawarkan pengajian yang berkualiti tinggi.
Page | 12
10. Kementerian juga sedang berusaha memantau mutu dan kualiti
program-program pengajian di semua peringkat. Dalam hal ini,
kementerian telah selesai membuat penarafan kualiti kolej-kolej swasta
melalui MyQuest dan keputusannya akan diumumkan sedikit masa sahaja
lagi. Selain itu, usaha menarik pelajar-pelajar antarabangsa bukan di
peringkat ijazah pertama semata-mata, tetapi sama pentingnya untuk
pasca siswazah. Kita perlu menyediakan program-program berkualiti yang
ditawarkan oleh IPT negara.
11. Sehubungan dengan itu, bermula pada tahun 2012, Kementerian
Pengajian Tinggi melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan
memulakan perbincangan dan konsultasi dengan pihak-pihak terbabit
untuk menanda aras (benchmarking) program-program di peringkat pasca-
siswazah yang ditawarkan oleh semua IPT di Malaysia. Tujuan utama
eksesais benchmarking ini dilaksanakan adalah bagi kita mengenal pasti
dan menentu ukur tahap daya saing program pasca siswazah yang
ditawarkan tersebut. Saya amat berharap, melalui eksesais bechmarking
ini kita akan mendapat petunjuk-petunjuk yang berguna berkaitan:
Page | 13
11.1 sejauh mana penawaran program-program di peringkat
berkenaan adalah benar-benar berkualiti serta memenuhi
stakeholders’ expectation berkaitan;
11.2 sekukuh mana program-program tersebut menyokong
usaha Kerajaan dalam meningkatkan tenaga pakar
terutamanya bagi pengkhususan bidang-bidang kritikal di
Malaysia dan
11.3 tahap prestasi akademik program-program tersebut jika
kita bandingkan dengan dengan program-program yang
ditawarkan di luar negara;
12. Adalah diharapkan melalui usaha yang akan dikelolakan oleh MQA
ini akan mendapat kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua
pihak demi kepentingan sektor pengajian tinggi negara. Di kesempatan
ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Agency, MQA), Y.Bhg Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein
yang telah dipilih sekali lagi baru-baru ini sebagai Pengerusi Jaringan
Jaminan Kualiti ASEAN (ASEAN Quality Assurance Network, AQAN)
dan mengetuai Jawatankuasa Eksekutif AQAN. Saya percaya
Page | 14
pelantikan beliau menggambarkan pengiktirafan antarabangsa
terhadap mutu dan kualiti pengajian tinggi negara.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
(PENGANUGERAHAN BIASISWA DAN REBET OLEH PERBADANAN
TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL)
13. Tahun 2011 merupakan tahun keempat belas PTPTN beroperasi
sejak penubuhannya pada tahun 1997. Sehingga 30 September 2011,
sebanyak 1.87 juta pembiayaan pendidikan telah diluluskan
melibatkan peruntukan sebanyak RM 41.6 bilion. Ternyata kewujudan
PTPTN adalah selaras dengan objektif utama penubuhannya iaitu
memastikan pembiayaan pinjaman yang efisien disediakan kepada
pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan
Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-
pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
14. Bukan itu sahaja, pemberian insentif pertukaran pinjaman kepada
biasiswa untuk semua peminjam/ penerima biaya PTPTN yang tamat
dengan cemerlang dengan memperolehi ijazah kelas pertama atau setaraf
pada atau selepas Januari 2010 turut dilaksanakan. Seramai 2,188 orang
Page | 15
peminjam/penerima biaya PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas
Pertama telah diluluskan pengecualian bayaran balik mulai 2010
dengan jumlah pembiayaan sebanyak 60.8 juta ringgit. Pada tahun
2010 sahaja, seramai 2,091 orang peminjam telah dikecualikan
pembayaran yang berjumlah 58 juta ringgit. Dan bagi tahun ini, 97
orang peminjam terlibat dengan amaun 2.7 juta ringgit. Jumlah ini
dijangka akan bertambah sehingga penghujung tahun 2011.
15. Sebagai tanda rasa bangga dan meraikan mereka yang
berkenaan, pada hari ini seramai 10 orang pelajar cemerlang dari
pelbagai program dan IPT seluruh negara mewakili keseluruhan
jumlah penerima Ijazah Pertama akan menerima Surat Pelepasan
Bayaran Balik. Penyampaian ini adalah satu penghargaan dari PTPTN
dan Kementerian Pengajian Tinggi khususnya sebagai menghargai
mereka yang telah belajar dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi
sepanjang tempoh pengajian mereka. Tahniah diucapkan kepada semua
penerima.
Page | 16
Tuan-tuan dan Puan-puan,
(PELAKSANAAN PEMBIAYAAN BERASASKAN UJRAH)
16. Selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, PTPTN telah melaksana dan
memperkenalkan pembiayaan pendidikan berkonsepkan Ujrah (upah) 1%
setahun pada kadar rata berkuatkuasa 1 Jun 2008. Tawaran pembiayaan
berasaskan Ujrah telah dibuat kepada semua pelajar yang diluluskan
pembiayaan mulai 22 Disember 2008.
17. Selain itu, PTPTN sentiasa berusaha untuk meringankan bebanan
yang ditanggung oleh para peminjam. Justeru, PTPTN masih membuka
peluang kepada semua peminjam yang berhasrat mendapatkan
penurunan kos pentadbiran daripada 3% dan 5% kepada 1% untuk
membuat penyelesaian penuh hutang mereka tanpa perlu menukar
kepada kaedah Ujrah. Mereka yang membuat penyelesaian penuh
sebelum 31 Disember 2011 akan dilaraskan akaun mereka secara
backdated mulai 1 Jun 2008 dan PTPTN akan mengembalikan apa-
apa lebihan (refund) kepada peminjam. Setakat September 2011,
seramai 1,518 peminjam telah membuat penyelesaian penuh dan layak
diberikan refund. Jumlah keseluruhan refund adalah sebanyak RM1.2 juta
Page | 17
dengan 1,077 peminjam menerima refund tidak melebihi RM1,000
manakala 441 peminjam pula melebihi RM1,000 dan seramai tiga
peminjam mendapat refund melebihi RM5,000.
18. Sukacita dimaklumkan seramai 10 orang peminjam PTPTN akan
menerima cek pelarasan kos pentadbiran pinjaman PTPTN 3%
kepada 1% pada hari ini. Adalah menjadi harapan dan hasrat kerajaan
semoga usaha ini mampu meningkatkan kesedaran di dalam hati sanubari
serta rasa tanggungjawab kepada para peminjam lain agar bersama
melaksanakan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Pada masa yang
sama melalui kesedaran ini mampu memastikan PTPTN terus kekal
melaksanakan misi sosial negara melahirkan masyarakat berilmu,
berpengetahuan dan berwawasan.
19. Saya juga dimaklumkan bahawa PTPTN akan membuka semula
peluang untuk penukaran kepada Ujrah bagi peminjam yang belum
sempat berbuat demikian selepas tarikh tutup pada 30 September
2011 baru-baru ini. Kemudahan untuk pengemaskinian maklumat
untuk penukaran daripada konvensional kepada Ujrah akan dibuka
semula mulai 1 Januari 2012. Walau bagaimanapun, ia berasaskan
hutang semasa dan tidak backdated kepada 1 Jun 2008. Diharapkan
Page | 18
mereka yang belum berbuat demikian tidak akan melepaskan peluang
keemasan ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
(PENUTUP)
20. Kedinamikan sektor pengajian tinggi negara akan terus berkembang
dan diperkukuhkan selaras dengan peruntukan bajet yang diberikan. Apa
yang penting, pelaksanaan bajet mestilah dilaksanakan secara tepat dan
setiap peruntukan yang diagihkan, hendaklah digunakan dengan sebaik
mungkin dengan meletakkan keberhasilan dan nilai untuk wang atau value
for money sebagai ukuran utama. Saya juga berharap kepada semua
warga kementerian sama ada di kementerian, universiti, politeknik
mahupun kolej komuniti agar dapat meningkatkan produktiviti masing-
masing dan memacu kecemerlangan bersesuaian dengan kenaikan gaji
perkhidmatan awam seperti yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri
baru- baru ini.
21. Akhir kata, saya sekali ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan
semua pihak yang terlibat atas dedikasi dan komitmen mereka
Page | 19
menjayakan majlis kita pada kali ini. Dengan kata-kata itu, saya sudahi
ucapan saya dan merasmikan pelancaran hari ini dengan
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian dan terima kasih.