ucapan majlis restu ilmu.doc

3
UCAPAN MAJLIS RESTU ILMU Terima kasih pengerusi majlis, Bismilahirrahmanirrahim …..Wassalam tuwassalam waalaasyrafil ambiya’ iwalmursalin waala alihiwasohbihi ajmain. Assalamualaikum wbt ….. dan selamat sejahtera. Yang Berusaha dan dikasihi, Encik Abdul Rahiman b Yusof,Guru Besar SK Taman Prima Selayang,yang dihormati tetamu jemputan Ustaz Hakam , guru-guru Penolong Kanan ,warga pendidik, dan rakan-rakan serta calon-calon UPSR sekalian. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang ini, kami calon UPSR SK Taman Prima Selayang berpeluang menyambut Majlis Restu Ilmu untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Kami juga berharap guru-guru sekalian memaafkan segala tingkah laku dan kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya hanya dengan doa

Upload: norazimah-salleh

Post on 18-Nov-2015

422 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

UCAPAN MAJLIS RESTU ILMUTerima kasih pengerusi majlis,Bismilahirrahmanirrahim ..Wassalam tuwassalam waalaasyrafil ambiya iwalmursalin waala alihiwasohbihi ajmain. Assalamualaikum wbt .. dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha dan dikasihi, Encik Abdul Rahiman b Yusof,Guru Besar SK Taman Prima Selayang,yang dihormati tetamu jemputan Ustaz Hakam , guru-guru Penolong Kanan ,warga pendidik, dan rakan-rakan serta calon-calon UPSR sekalian.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang ini, kami calon UPSR SK Taman Prima Selayang berpeluang menyambut Majlis Restu Ilmu untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Kami juga berharap guru-guru sekalian memaafkan segala tingkah laku dan kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya hanya dengan doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami calon-calon UPSR umpama lilin membakar diri. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Terima kasih kerana mengajar, mendidik dan menegur kami secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah. Terima kasih kepada semua guru Tahun 6 . Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat kami dalam menjawab peperiksaan itu nanti.Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon UPSR tahun 2014 merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di daerah Gombak. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami.Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut menyebut, Budi guru-guru rasa nak junjung. Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang ada dan bertanya kepada yang tahu.Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.