nak ubah hidup - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa...

18
TIPS 2 1 NAK UBAH HIDUP

Upload: others

Post on 23-Feb-2020

16 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

1

TIPS21NAK UBAHHIDUP

Page 2: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

2

Hak Cipta Terpelihara © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD.

Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan penerbitan.

Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas

dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secara langsung atau tidak langsung

akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin

berbeza dari semasa ke semasa.

Page 3: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

3

KANDUNGAN

052020: 6 Rules FoR success!

098 KeTAKuTAN YANG MeNGHAlANG KejAYAAN

13BARu NAK MulA BisNes PAdA 2020? elAK 7

KesilAPAN PAliNG MAHAl iNi.

Page 4: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

4

Page 5: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

5

2020: 6 RUles FoR

sUccess!

Page 6: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

6

Selamat melangkah ke tahun 2020, tahun yang penuh dengan peluang kejayaan!

Apakah persediaan anda dalam menghadapi cabaran perniagaan yang baru? Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari dan setiap

PeRHATIAN!TINGGALKAN SIKAP INIDAN JANGAN BAWA KE

TAHUN 2020!

2020: 6 RUles FoR sUccess!

masa ada perubahan yang lebih baik akan berlaku dalam dunia ini. Perkara yang membezakan tahap kejayaan seseorang adalah adakah anda mengikuti perubahan tersebut? Atau anda masih dalam mood ‘nanti lah’, ‘cukup lah tu’, atau ‘kejap lagi lah’?

Page 7: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

7

Laksanakan langkah ini sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk berjaya di tahun 2020:

1. sentiasa ke hadapan dan tonjolkan diri andaBertindak sebelum orang lain bertindak. Sentiasa jadi orang pertama yang memulakan sesuatu perkara dalam circle anda. Jangan ikut orang dan fikirkan perkara yang terbaik untuk diri anda.

2. Fokus realisasikan impian anda Jangan buang masa fokus perkara yang menjatuhkan diri anda. Fokus dan plan tindakan untuk mencapai impian anda. Impian boleh direalisasikan sekiranya anda ada usaha dan komited dengan tindakan anda.

3. Berfikir untuk jangka masa yang panjang Buat sesuatu keputusan dan tindakan untuk jangka masa yang panjang. Bukan buat sesuatu tak bersungguh dan hanya mampu bertahan dalam jangka masa yang singkat dan merugikan anda.

JANGAN bUANG mAsA lAGI!

Page 8: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

8

4. Wujud attitude ‘give & give’ Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain. Manfaat yang boleh anda berikan adalah dari segi ilmu, tenaga, masa dan bantuan kewangan kepada yang memerlukan. Lebih banyak kebaikan yang kita berikan, lebih banyak kebaikan dan rezeki yang kita dapat. Insya-Allah.

5. Sentiasa jaga tahap energy anda Dapatkan tidur yang cukup dan tak terlebih tidur sehingga membuatkan kita lemah dan tak bertenaga. Kemudian, makan untuk menambah tenaga harian dan bukan makan secara berlebihan dan menjejaskan kesihatan. Perkara yang paling penting sekali, kekalkan stamina badan dan kecerdasan minda dengan bersenam. Luangkan masa untuk dapatkan energy yang sebelum memulakan aktiviti harian.

6. Belajar dan upgrade ilmu secara berterusanBanyakkan membaca untuk tambah ilmu dalam diri anda. Belajar ilmu yang berlainan dari bidang anda untuk mendapatkan idea dari sudut yang berbeza. Sekiranya anda tak boleh belajar berseorangan, dapatkan rakan yang boleh bantu anda. Anda juga boleh hadir ke seminar ilmu untuk bertukar pendapat dan dapatkan ilmu dari circle yang positif.

Secara tegasnya, tahun 2020 bukan masa untuk anda ber’angan-angan’ dan beri alasan. Sebaliknya cipta kejayaan dan tunjukkan results kejayaan anda! Salam kejayaan!

Page 9: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

9

8KeTAKUTAN YANG

meNGHAlANG KeJAYAAN

Page 10: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

10

1. Takut rejection

Rejection adalah perkara biasa berlaku dalam kehidupan dan perlu menerima dengan hati terbuka. Setiap individu mempunyai kepercayaan, pengetahuan dan perasaan yang berbeza. Perbezaan ini, kita tak boleh menerima pendapat semua orang dan orang lain pun tak akan menerima pendapat kita sahaja. Sebagai contoh, Idea anda kena reject dan pelanggan tak nak beli produk atau servis anda. Bila dah kena reject, takut untuk keluarkan pendapat lagi. Ada dua ciri-ciri orang yang takut kena reject. Ciri yang pertama, mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Ciri yang kedua, sentiasa bersetuju dengan kata-kata orang lain, mudah mengalah.

2. Takut gagal

Takut gagal adalah salah satu ketakutan yang membunuh

banyak impian manusia. Takut gagal menyebabkan kita hanya akan berada pada tahap yang sama. Ramai orang tak nak hadapi situasi kegagalan sebab kegagalan selalunya memalukan dan menyakitkan. Gagal adalah faktor yang mesti dihadapi untuk orang yang nak berjaya kerana kegagalan yang menjadi ‘turning point’ untuk orang ambil tindakan untuk berjaya. Ciri-ciri orang yang takut gagal adalah kerana mereka tiada ilmu. Kemudian, mementingkan pandangan orang lain tentang diri kita, dah rasa selesa dan takut untuk mencuba benda baru.

3. Takut kritikan

Cara penerimaan terhadap kritikan yang menentukan keadaan anda sekarang. Apa yang kita rasa, lakukan terhadap kritikan yang diberikan akan menentukan siapa kita di masa hadapan. Kalau kita rasa kritikan itu sebagai penamat hidup, kita tidak akan menjadi

8 KeTAKUTAN YANG meNGHAlANG KeJAYAAN

Page 11: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

11

seorang yang berjaya. Takut dikritik kerana mempunyai sistem ketahanan diri yang lemah (sistem yang boleh menghalang otak daripada menyimpan kritikan-kritikan tersebut sehingga menjadi racun). Ciri-ciri orang yang takut dikritik akan bersikap mahu mengelak dan melarikan diri. Kemudian, mereka takut mencuba perkara baru atau luar biasa. Tak akan jadi luar biasa sekiranya takut untuk buat tindakan luar biasa.

4. Takut kehilangan

Takut kehilangan ada dua situasi. Situasi yang pertama, bila terlalu takut kehilangan akan membuatkan kita berani ambil tindakan untuk buat benda yang kita suka dan sayang sentiasa ada dengan kita. Kemudian, terlalu takut kehilangan apa yang kita ada sekarang sehingga kita takut untuk ambil tindakan untuk pergi ke tahap seterusnya. Perasaan takut kehilangan juga

akan menghalang kita untuk capai impian kita. Sebagai contoh, takut kehilangan kawan-kawan atau saudara-mara dan mendapat tentangan pendapat daripada mereka, anda sanggup lupakan hasrat dan impian yang anda ingin capai. Dalam menuju kejayaan, pasti akan ada kehilangan. (Hilang rasa malu, hilang masa rehat, hilang kawan atau saudara mara) tapi insyaAllah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

5. Takut miskin (Peniaphobia)

Takut miskin dalam bahasa saintifik ialah Peniafobia. Perasaan takut tidak mempunyai duit, takut tidak memiliki harta dan takut untuk berada dalam kemiskinan. Takut miskin akan menyebabkan minda kita memberi amaran supaya kita berasa selesa dengan apa yang kita miliki. Sebagai contoh, kita lebih rela hidup susah dan sederhana

Page 12: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

12

dengan apa yang kita miliki kerana merasakan dah cukup bagus daripada orang lain yang lebih miskin. Sedangkan sebenarnya ada jalan penyelesaian untuk kita jadi lebih baik.

6. Takut keseorangan

Takut keseorangan ini bermula bila anda mula selalu tengok perkara menakutkan, cerita seram dan membuatkan anda membayangkan bila anda keseorangan. Kemudian, takut dipinggirkan dan akan keseorangan kerana tak bersependapat dengan kawan, jiran dan orang sekeliling.

7. Takut malu

Selalunya melibatkan perhubungan dan komunikasi dengan orang ramai. Kita akan merasakan ramai orang akan pandang kita. Ciri-ciri orang takut malu adalah mereka tidak dapat berkata-kata dan malu. Muka akan bertukar tona kemerahan. Adakalanya akan terus menangis bila perasaan tu terus menyerang. Takut malu adalah perkara yang diprogramkan di

hati dan minda bila kita pernah ada pengalaman pada diri sendiri atau orang sekeliling. Takut malu adalah halangan besar untuk capai kejayaan sebab selalunya akan berlaku pada peringkat awal. Malu adalah satu perasaan yang kita rasai sendiri. Selagi kita tak dapat kawal, perasaan malu tu yang akan kawal kita. Perasaan ini akan membataskan diri kita dan kita tak akan bertindak apa-apa.

8. Takut berjaya

Perasaan yang kita sendiri programkan dalam minda kerana merasakan kejayaan tu akan bawa buruk kepada kita. Takut nak berjaya sebab merasakan diri tak layak tapi dalam masa yang sama takut jugak untuk gagal. Bila dah berjaya, fikiran kita akan keluar skrip-skrip kesedihan. Sebagai contoh, mereka akan berfikir ‘nanti dah berjaya, mesti ramai nak menumpang senang atau bila dah berjaya nanti mesti orang kampung cakap kita sombong’. Jangan takut untuk berjaya dan fikirkan manfaat dan perkara positif yang boleh kita berikan kepada orang ramai.

Page 13: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

13

bARU NAK mUlA bIsNes PADA

2020? elAKKAN KesIlAPAN PAlING

mAHAl INI.

Page 14: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

14

1. Buat bisnes seorang diri

Mungkin suatu yang membanggakan apabila anda mampu mencipta bisnes dengan hasil usaha anda sendiri. Tapi anda kena ingat buat bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti dan tidak ada peluang untuk tingkatkan potensi diri dan bisnes.

Anda perlu faham, bina bisnes anda ke arah yang lebih jauh, anda perlukan staf (team) yang kuat untuk sama-sama bangunkan bisnes. Cuba anda bayangkan, jika suatu hari anda sakit atau terlepas pandang perkara penting dalam bisnes anda, apa yang akan berlaku dan anda terpaksa menanggung seorang diri? Takkan anda mahu berbisnes dalam tempoh kurang dari 6 bulan?

bARU NAK mUlA bIsNes PADA 2020? elAKKAN KesIlAPAN PAlING mAHAl INI.

Page 15: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

152. Tidak gandakan perkara betul

Ini kesilapan kebanyakan usahawan atau peniaga. Mereka terlalu sibuk mencari strategi baru hingga abaikan perkara betul dan berjaya yang telah mereka buat. Bila anda sudah jumpa satu strategi atau tindakan yang betul anda sepatutnya buat 10 kali ganda supaya kejayaan anda pun 10 kali ganda. Ingat, dalam mula atau bina bisnes anda tidak boleh tamak. Lakukan tindakan satu persatu, bukan buat semua tindakan tapi tak mendatangkan apa-apa results. Merugikan!

3. Terus menerima pendapat orang lain tanpa selidik! Untuk anda yang baru mula bisnes, memang digalakkan untuk

bertanya dan mendapatkan ilmu dengan orang lain. Tetapi anda perlu buat beberapa penilaian untuk melihat kesesuaian info yang anda dapat itu dengan keadaan bisnes anda. Jika anda tersilap langkah, hala tuju bisnes anda pun tak tahu ke mana. Ingat! Setiap kos kesilapan anda yang kena tanggung bukan mereka. Nak elakkan ini terjadi, tingkatkan ilmu bisnes anda!

4. Terlalu percaya rakan kongsi tanpa melihat results Ya, tidak dinafikan rakan kongsi bisnes anda semestinya individu

yang anda kenali dan rapat dengan anda. Tapi perlu ingat, walau siapa pun mereka, dalam bisnes sebelum anda menerima idea atau cadangan, pastikan anda buat penilaian berdasarkan results atau hasil kerja mereka terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata mereka. Dan, jangan takut untuk mendapatkan pendapat daripada orang lain dalam organisasi atau syarikat anda.

Page 16: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

16

5. Tidak upgrade diri

Kalau anda sendiri masih dengan cara lama, bagaimana bisnes nak berkembang lebih ke depan berbanding pesaing? Jika anda rasa sales bulanan yang diperoleh sudah cukup tinggi, jangan cepat rasa selesa! Sebab kalau anda masih ada mentaliti ‘cukup lah, dah lah’, anda akan sentiasa berada pada tahap yang sama atau akan jatuh pada bila-bila masa.

6. Elak teknologi baru Sebagai pemilik perniagaan, teknologi dapat memberikan peluang

baru, membantu anda melakukan kerja kami dengan lebih efisien dan membantu menjimatkan kos anda. Teknologi baru mungkin menakutkan, dan memerlukan masa untuk belajar dan memahami, tetapi keengganan untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi boleh memusnahkan perniagaan anda dalam jangka pendek dan jangka panjang.

7. Tidak tahu sasaran pelanggan

Salah satu bahagian penting dari mana-mana kempen pemasaran yang berjaya adalah memahami siapa pelanggan ideal anda. Nak kenal pelanggan, anda perlu buat penyelidikan marketing untuk kenal pasti siapa sasaran bisnes anda, di mana anda boleh cari mereka dan bagaimana mereka akan bertindak balas terhadap aktiviti pemasaran anda.

Setiap orang buat kesilapan. Tapi kuncinya adalah anda sentiasa berhati-hati supaya tidak tersilap langkah dan bekerja secara konsisten untuk membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam perniagaan anda. Jika anda boleh lakukannya, dan kekal berdaya tahan apabila anda membuat kesilapan, kejayaan akan berada dalam jangkauan anda.

Page 17: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

17

Tahniah dan terima kasih kepada anda kerana telah memuat turun E-book 21 TIPS NAK UBAH HIDUP ini dan menghabiskan bacaan.

Kami doakan semoga apa yang kami berikan ini dapat membantu anda. Semoga kejayaan dan keberkatan sentiasa bersama kita. Anda kaya dan berjaya. Kita semua kaya dan berjaya

dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Page 18: NAK UBAH HIDUP - richworks.com · bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti

18

www.NakUbahHidup2020.com