ubi1

7
SMK SUNGAI PELEK, 43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR BAHASA MELAYU UJIAN BULANAN 1/ 2015 TINGKATAN 5 1 JAM 15 MINIT SKEMA JAWAPAN JAWAB SEMUA SOALAN Soalan : Bahagian A ( Bahan Rangsangan ) [30 markah] Berdasarkan peta minda di bawah, huraikan punca berlakunya pencemaran udara di negara kita kini. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan. 1

Upload: masturahahmad

Post on 22-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ubi1

SMK SUNGAI PELEK, 43950 SUNGAI PELEK, SELANGORBAHASA MELAYU

UJIAN BULANAN 1/ 2015 TINGKATAN 5 1 JAM 15 MINIT

SKEMA JAWAPANJAWAB SEMUA SOALAN

Soalan : Bahagian A ( Bahan Rangsangan )[30 markah]

Berdasarkan peta minda di bawah, huraikan punca berlakunya pencemaran udara di negara kita kini. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.

1

PENCEMARAN UDARA

Peningkatan Jumlah Kenderaan

Bencana Alam

Kawasan Perindustrian

Pembakaran Terbuka

Page 2: ubi1

Cadangan JawapanPendahuluan:

i. Kata azimat/penyataan (kaitkan dengan tajuk)- “alam sekitar semakin tenat” - Ungkapan ini menggambarkan alam sekitar kini mengalami masalah

pencemaran yang semakin kritikalii. Pengetahuan am – 1980-an - urbanisasi

- Jika dikaji didapati, fenomena ini bermula sejak 1980–an, ketika negara memasuki era urbanisasi dan pembangunan berkembang pesat terutamanya di kawasan bandar.

- Peningkatan jumlah kenderaan dan kawsasn perindustrian menjadi faktor pemangkin pada isu tersebut.

iii. Slogan/peribahasa - Sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa kawalan, sudah pasti alam

sekitar bukan lagi menjadi tempat paling kondusif untuk didiami bak kata peribahasa yang berbunyi “__________________________________” (peribahasa yang sesuai)

iv. Ayat penutup- Lantaran itu, transformasi sikap perlu diaplikasi dalam jiwa masyarakat

supaya bersikap lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian agar tidak menzalimi alam sekitar sehingga mewujudkan suasana pencemaran yang berpanjangan.

Isi 1 : i. Ungkapan/idea menarik

- Melalui analisis yang dikeluarkan oleh JPJ, di Kuala Lumpur sahaja sebanyak 100 buah kenderaan lalu di atas jalan raya saban hari.

- Ayat judul – Hal ini menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan menjadi faktor dominan pencemaran udara berleluasa terutamanya di bandar-bandar besar.

ii. Huraian – (sekurang-kurangnya 3 ayat)- Kenderaan ini mengeluarkan gas pencemaran seperti sulfur monoksida dan

karbon dioksida ke udara yang memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.

- Sesetengah kenderaan pula menggunakan minyak berplumbum disebabkan harganya lebih rendah yang mana menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar.

- Malah , ada juga kenderaan yang tidak diselia dengan baik menyebabkan asap hitam keluar daripada ekzos kenderaan mereka.

- Jelas sekali perkara tersebut seolah-olah menjadi perkara biasa pada hari ini dan menyebabkan alam sekitar terus tercemar.

iii. Slogan/peribahasa- Langkah drastik perlu dilakukan untuk menangani isu ini agar tidak

berlanjutan umpama kata orang tua-tua seribu langkah di hadapan bermula dengan langkah pertama. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama berganding bahu mencari alternatif terbaik dalam menangani isu yang tidak berkesudahan ini.

iv. Ayat penutup- Lantaran itu , setiap rakyat perlu lebih prihatin dan menjaga alam sekitar

supaya tidak berlaku pencemaran udara yang berterusan.

2

Page 3: ubi1

Isi 2 :i. Seterusnya –

- Ayat judul – Peningkatan jumlah kawasan perindustrian juga menjadi penyumbang pada pencemaran alam.

ii. Huraian (sekurang-kurangnya 3 ayat)- Sesetengah pemilik kawasan perindustrian tidak bertanggungjawab

melepaskan asap tanpa dirawat ke udara- menyebabkan jerebu berleluasa.- Selain itu , jumlah kawasan perindustrian ini yang beroperasi 24 jam telah

menyebabkan alam sekitar semakin tercemar terutamanya industri pembuatan menggunakan bahan mentah seperti getah. Asap tebal berwarna hitam akan dikeluarkan sewenang-wenangnya saban masa.

- Bahkan , sering berlaku pembakaran terbuka oleh kilang-kilang untuk melupuskan bahan sisa pembuatan juga menjadi punca masalah pencemaran udara berleluasa.

iii. Slogan/peribahasa- Masalah ini akan terus melanda negara sekiranya tidak diatasi segera kerana

sikap sambalewa sesetengah masyarakat umpama “________________” (ungkapan yang sesuai)

iv. Ayat penutup - Natijahnya, semua pihak wajar melakukan anjakan paradigma dengan

mengekalkan sikap cinta akan alam sekitar dan berasa bersalah sekiranya melakukan perkara yang boleh membinasakannya.

Isi 3 :i. Ungkapan/idea

- Bencana alam hari ini datangnya silih berganti. Jika diperhatikan perkara tersebut juga menjadi salah satu sebab pencemaran udara berlaku kerana peristiwa letupan gunung berapi di negara jiran seperti Sumatera dan Pulau Jawa, Indonesia menyebabkan jerebu terus melanda negara. Hal ini bertambah kritikal apabila pembakaran terbuka sering dilakukan oleh masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar yang ada kaitan dengan pertanian.

ii. Huraian (3 ayat)- Jerebu sering melanda negara hingga memberi impak seperti pandangan hanya

berjarak 5 meter di hadapan.- Letupan gunung berapi membawa bersama-sama zarah kecil yang terampai di

udara dengan banyaknya. Implikasinya, udara persekitaran menjadi kotor dan berdebu.

- Demikian juga , pembakaran terbuka oleh golongan petani kurang berpengetahuan selepas musim menuai hasil tanaman juga mengakibatkan udara tercemar.

iii. Slogan/peribahasa- Situasi ini boleh diatasi sekiranya semua pihak mahu bekerjasama bak kata

peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”iv. Ayat penutup

- Deduksinya , masyarakat perlu bahu membahu mengatasi masalah pencemaran udara ini agar generasi akan datang dapat menikmati suasana kondusif dalam kehidupan.

Penutup :i. Konklusinya – “sudah terang lagi bersuluh”

ii. Pendirian positif

3

Page 4: ubi1

- Isu pencemaran udara perlu diberi perhatian utama dalam usaha mencari jalan penyelesaiannya supaya alam sekitar tidak terus musnah akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

iii. Tokoh- Semua pihak perlu berazam untuk memastikan udara di sekeliling kita berada

dalam keadaan bersih sepanjang masa demi menjamin kesihatan ini dengan merenungi kata-kata tokoh falsafah terkemuka dunia iaitu El-Leseur “tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan”.

iv. Ayat penutup- Akhirulkalam , seiring dengan kemajuan Teknologi Maklumat, faktor

penjagaan alam sekitar juga perlu diberi keutamaan.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) menemui - menemukan

menemui - bertemu dengan, berjumpa dengan, pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat.

menemukan - berjumpa dengan apa-apa yang dicari, mendapat,mendapati mengalami (kesulitan), menderita, merasai, mengetahui bahawa ada (apa-apa yang tersembunyi dll) Bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi, memenuhi undangan dll), membawa (menjadikan) bertemu

(ii) memberi - memberikan

memberi - menyerahkan atau menyampaikan sesuatu kepada seseorang (untuk disimpan), digunakan atau untuk (sesuatu keperluan), melakukan sesuatu untuk faedah orang lain, menyatakan sesuatu kepada orang lain.

memberikan - memberi ( menyerahkan ) kepada, melakukan sesuatu untuk faedah orang lain, mendatagkan atau menghasilkan.

(iii) memperisteri - memperisterikan

memperisteri - mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini.memperisterikan- memberi isteri, mengahwinkan ( anak lelaki)

[6 markah]

4

Page 5: ubi1

(b) Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.* ( 123/321/231 ) - formula

(i) Mereka akan pergi ke Perak pagi esok.

Akan pergi mereka ke Perak pagi esok

(ii) Semua latihan yang diberikan oleh guru perlu dibereskan oleh setiap

pelajar pada setiap hari.

Perlu dibereskan oleh setiap pelajar semua latihan yang diberikan oleh guru pada setiap hari

(iii) Mahasiswa dan mahasiswi itu membaca buku di perpustakaan Tun Sri Lanang.

Membaca buku di perpustakaan Tun Sri Lanang mahasiswa dan mahasiswi itu.

[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kapal terbang milik Syarikat Penerbangan Pelangi telah membuat penurunan kecemasan bila satu daripada kipasnya rosak.

penurunan - pendaratanbila - apabila

(ii) Perjumpaan khas Dewan Rakyat telah diadakan bagi membincangkan tentang belanjawan tambahan untuk rancangan Malaysia ke -9.

Perjumpaan - Persidanganmembincangkan tentang - membincangkan

(iii) Penderaan seolah-olah satu hobi yang tidak boleh dibendung oleh mana pihak.hobi - trendmana - mana-mana

[6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.

(i) Jika kita hendak melakukan sesuatu kerja, hendaklah dilakukan sehingga berjaya atau selesai.

Genggam bara api biar sampai jadi arang

[2 markah]

- SOALAN TAMAT -

5