documentu

13
kelemahan Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid- murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi Ilham Di Surambi DTPU10 Usuluddin Main menu Skip to content Home Inilah Kita Islam agama ilmu Melayu Islam Beraja PENGHANTAR PENDIDIKAN ISLAM Perkuliahan Tauhid_ ة رف مع لة ال Persiapan Guru Al Quran Semester 5 – DTP Tilawah Al Quran Tajweed Nota Perkuliahan M1-M7

Upload: sara-vanan

Post on 27-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

kelemahan  

Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.

Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru

akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak

bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa

dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik

kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi

Ilham Di Surambi

DTPU10 Usuluddin

Main menuSkip to content

Home Inilah Kita Islam agama ilmu Melayu Islam Beraja PENGHANTAR PENDIDIKAN ISLAM Perkuliahan Tauhid_ الله معرفة Persiapan Guru Al   Quran Semester 5 –   DTP Tilawah Al Quran   Tajweed Nota Perkuliahan M1-M7

Apr 2 2011

Interaksi – Pedagogi BAGAIMANA MEMBENTUK INTERAKSI DI BILIK DARJAH1. Gaya kepimpinan guruUntuk membentuk interaksi yang berkesan.

Gaya pengurusan dan kepimpinan demokratik perlu diamalkan.

i. Boleh mewujudkan interaksi dua hala yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dan murid, dan di antara murid dengan nurid.ii. Mengurangkan rasa tegang di kalangan murid.iii. Sentiasa mendorong murid untuk bersoal jawab, mengeluarkan pendapat merekaiv. Berinteraksi di antara satu sama lainv. Melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kumpulan yang di rancangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2. Strategi pengajaran dan pembelajaran• Terdapat beberapa pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kesan secara langsungnya ialah menggalakkan dan memerlukan murid berinteraksi• Di antara kaedah-kaedahnya ialah kaedah kumpulan, seperti pembelajaran koperatif, perbincangan , sumbangsaran dan laian-lain.• Strategi yang : Berpusatkan murid Banyak menggunakan teknik menyoal Banyak aktiviti kumpulan

Boleh mumbuka peluang untuk murid berinteraksi

• Proses berinteraksi yang betul perlu diajar oleh guru supaya: Wujud interaksi yang sihat Murid tahu cara menyuarakan pendapat, mengkritik dan Murid mengetahui cara menjadi pendengar yang baik3. Mewujudkan suasana yang kondusifo Cara penyusunan perabot dalam bilik darjah boleh mempengaruhi cara interaksi di dalam bilik darjah.o Susun atur kerusi meja secara traditional tidak dapat meningkatkan interaksi murid dengan guru, begitu juga di antara murid dengan murid.o Interaksi pelajar boleh diwujudkan melalui:i. Susun atur meja dan perabot yang baik iaitu cara mudah alih yang membolehkan murid duduk dalam kumpulan menghadap satu sama lain ketika kumpulan diperlukan.ii. Suasana dalam bilik darjah yang ceria, penuh dengan maklumat, bersih, kemas, teratur dan selesaiii. Melalui gambar, penulisan-penulisan, poster, carta juga murid secara tidak langsung berhubung dengan guru.

o Suasana yang kondusif terhadap interaksi juga boleh diwujudkan melalui:

Contoh tauladan daripada guru-guru, dan kakitangan sokongan sekolah

Dengan cara: Mengamalkan sikap keterbukaan Saling menghormati Berkomunikasi dengan baik

4. Reach Out• Tidak semua individu sanggup atau berkebolahan untuk berinteraksi dengan orang lain.Oleh kerana itu memerlukan

Guru untuk mengamalkan sikap reach out iaitu pergi kepada murid-murid tersebut untuk melatih dan mendorong mereka untuk bekerjasama.• Guru perlu menyedari akan pelbagaian di dalam diri setiap muridnya.Dimana terdapat murid yang pemalu, pendiam dan sentiasa menarik diri.

Guru perlu meningkatkan atau sentiasa berinteraksi di dalam atau diluar bilik darjah5. Penggunaan alat bantu mengajar• Alat bantu mengajar yang digunakan dengan berkesan: Mempercepatkan kefahanman murid Ia juga akan mencungkil minat dan naluri ingin tahu murid.

Murid lebih cenderung untuk bertanya dan mengambil yang aktif

Interaksi di antara guru dengan murid memang akan terdorong

KOMUNIKASIDEFINISI KOMUNIKASI Mengadakan perhubungan ( bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan lain-lain (kamus dewan) Menurut highet, komunikasi ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran orang yang pemikiran orang lain Satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat(mesej)di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima Abram(1986)komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya

JENIS-JENIS KOMUNIKASI1. KOMUNIKASI SECARA LISAN• Melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang indivudu kepada seseorang indivudu atau sekumpulan pendengar.• Di dalam bilik darjah guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-murid sebagai pendengar atau penerima maklumat.

Guru berkomunikasi secara lisan

Untuk membantu penguasaan dan pemahaman pengetahuan ,kemahiran, prosedur dan sikap dalam bilik darjah

Dikatakan berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh murid-murid dengan jelas dan mudah di fahami.

Suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang

Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid

2. Komunikasi secara bukan lisan Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti tangan, gerak kepala, mimik muka, senyuman dan sebagainya. Senyuman guru boleh bertujuan memberi peneguhan terhadap jawapan pelajar yang betul. Angukkan kepala menunjukkan guru setuju terhadap pendangan atau jawapan pelajar yang betul

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

1. Sebagai saluran penyelesaian konflik didalam bilik darjah2. Memberi ruang melahirkan pendangan dan pendapat3. Dapat mewujudkan pengaliran maklumat yang berkesan4. Membolehkan guru mendapat maklum balas mengenai perkembangan yang berlaku di dalam bilik darjah5. Membantu perkembangan kreativiti bilik darjah6. Dapat membina pelbagai kemahiran dan perkembangan pelajar7. Dapat membantu meningkatkan kecakapan pengurusan8. Mencorakkan kemahiran dan kecakapan pengajaran guru9. Komunikasi yang cekap dan berkesan dapat meningkatkan mutu pengajaran guru.

Gangguan komunikasi dan cara mengatasinya1. Kebisingan. Kebisingan adalah factor utama yang mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Kebising yang kuat, menyukarkan guru dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-murid.Cara mengatasi: Guru hendaklah menggunakan komunikasi bukan lisan dan menunggu murid-murid berhenti membuat bising sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.2. Kurang pengalaman mengajar Guru yang kurang pengalaman mengajar mungkin akan dipandang rendah oleh muridnya,

Ini boleh menjejaskan komunikasi berkesan berlaku.

Cara mengatasi :i. Melalui pembacaan.ii. Mengikuti kursus dalam perkhidmatan.iii. Mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.

3. Hubungan guru – murid yang kurang baik atau kurang mesra.

Ini mungkin disebabkan cara guru mengawal disiplin muridnya dengan cara kuku besi. Murid sentiasa merasa bimbang, takut dan gelisah, Dan interaksi dua hala di antara guru dengan murid tidak dapat diwujudkan.

Cara mengatasi: Guru menukar corak pengurusan kepada kepimpinan demokratik. Perhubungan guru dengan murid akan bertambah baik dan mesra. Komunikasi berkesan akan berlaku.

4. Emosi yang kurang baik.

Marah, kecewa , bosan, gelisah

Boleh mengganggu keberkesanan prosess komunikasi.

Cara mengatasi:

Guru hendaklah menyampaikan pelajaran dengan cara yang menarik yang boleh menimbulkan minat murid untuk belajar.

Gunakan kaedah seperti, kaedah kumpulan, kaedah main, kaedah bercerita adalah sesuai digunakan.

5. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif.

Boleh menjejaskan komunikasi berkesan berlaku.

Cara mengatasi:

Bilik darjah

i. Dilengkapi dengan kerusi meja yang disusun dengan ruang yang selesa serta cukup untuk bergerak,

ii. Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan cahaya dan udara masuk dan beredar.

iii. Kebersihan dan keindahan bilik darjah juga boleh menimbulkan perasaan selesa dan gembira.

Masalah-masalah komunikasi dalam bilik darjah.

1. Kritikan Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi. Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri sahaja.

2. Melebal murid Guru yang melebal murid dengan pelbagai nama seperti ‘si malas’, ‘kaki ponteng’ dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.

Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap.

3. Memberi Arahan Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi

4. Ancaman Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagi amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi terbuka

5. Memek muka Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya atau memberi jawapan.

Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.

6. Kekurangan perhatian Guru yang sentiasa duduk di mejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadap jawapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi.

7. Bahasa Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku

8. Kelajuan

Guru yang bertukar dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak dapat mengikuti logic penerangan yang diberi guru. Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya

9. Kekurangan persediaan

Persediaan yang kurang rapi boleh menyebabkan kekeliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan.

Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui.

Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku.

10. Aktiviti pembelajaran kurang menarik Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, murid-murid

Cara-cara mengatasi masalah komunikasi dalam bilik darjah

1. Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran. Ini membolehkan setiap murid mendengar dengan mudah serta jelas. Selepas itu barulah murid-murid digalakkan untuk bertanya.

2. Elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat. Cuba baiki jawapan yang dianggap kurang sesuai.

3. Elakkan daripada melabel murid dengan kata-kata berbentuk negative. Melalui cara ini, murid akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujah-hujah.

4. Galakkan perundingan. Murid bertendesi untuk memberontak jika guru memberi arahan.

Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila murid-murid diajak berunding

5. Tunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba menjawab atau menyoal. Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang menyertai perbincangan.

6. Berikan perhatian penuh ketika murid sedang menjawab atau menyoal. Perhatian penuh guru akan mendorong murid untuk terus berinteraksi dengan guru.

7. Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan murid. Ini akan memudahkan pemahaman murid terhapad konsep-konsep yang disampaikan oleh guru.

8. Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa murid-murid. Bagi murid-murid yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan.

Amalan komunikasi berkesan dalam bilik darjah

1. Guru hendaklah bersikap positif dan membentuk kepercayaan terhadap murid-murid. Kepercayaan seperti ini akan mendorong lagi komunikasi dua hala.

2. Guru hendaklah bersifat ramah dan mesra. Dalam keadaan yang mesra, murid-murid berasa selesa ketika hendak bertukar-tukar pendapat dengan gurunya.

3. Tunjukkan penghormatan terhadap pendapat atau pandang murid. Ini akan mendorong murid-murid mengemukakan hujah-hujah mereka.

4. Guru hendaklah berfungsi sebagai pendengar yang aktif.

Dia hendaklah mendengar masalah atau soalan yang dikemukan oleh murid.Dengan ini komunikasi dua hala adalah terjamin.

5. Tunjukkan memek muka yang berseri.Kadaan ini akan menggalakkan penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran.Suasana yang mesra sentiasa menggalakkan komunikasi dua hala.

6. Gunakan bahasa yang mudah difahami.

Elakkan daripada istilah yang susah.

7. Guru hendaklah bertutur dengan jelas

Intonasi suara hendaklah berubah-ubah agar kebosanan tidak timbul

8. Idea penting dan aspek-aspek utama isi pelajaran hendaklah tegaskan.

Amalan ini akan memudahkan pemahaman murid-murid

9. Guru hendaklah bersemangat tinggi dalam penyampaiannya.

Komunikasi berkesan memerlukan kegiatan fizikal dan lisan yang aktif.

Dengan cara ini, minat dan perhatian murid akan dapat ditimbulkan.

10. Gunakan pergerakan fizikal, gerak isyarat dan memek muka ketika menjelaskan sesuatu.

Cara ini akan memudahkan pemahaman murid di samping menimbulkam minat.

11. Kekalkan kontak mata dengan murid-murid.

Ketika member penjelasan, guru hendaklah menghala ke arah murid dan bukan ke papan hitam.

Arah pandangan guru hendaklah berubah dan bukan ditumpukan pada sekelompok murid sahaja.

12. Galakan murid memberi idea atau pandangan

Penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjamin keberkesanan komunikasi dalam bilik darjah

13. Ketika berinteraksi, gunakan nama murid.

Sebutkan nama seperti “ahmad”, “ah seng” atau “devi” dan bukan “kamu” atau “awak”

Murid-murid akan berasa mereka dihormatiKesimpulan

Perhubungan atau kemunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut , kasih saying , hormat menghormati , sabar dan berdisiplin.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami” (Riwayat Al- Bukhari )

“sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua hal.”( Riwayat Al-Bukhari)

“tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam suatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenangi.”( Riwayat Al-Tabarani)

nteraksi Guru dengan murid – Interaksi SehalaGuru hanya memberi arahan dan murid hanya mendengar dan mengikut sahajaMurid tidak akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan

Kesan Interaksi sehala ini terhadap pembelajaranMurid menjadi pasifMurid berasa tegang, bimbang, cemas, tidak tenang, takut, tidak berani bertanya, duduk diam, hanya mendengar dan menerima apa saja dari guruMurid tidak akan menggunakan daya fikiran mereka untukmemikirkan apa yang sedang di pelajari

Interaksi di antara murid dengan muridTerbantut dan tidak digalakkan kerana peluang-peluang untuk berhubung antara mereka tidak ada dan tidak dirancangkanJika berlaku interaksi antara murid dengan murid, ia akan dianggap menyalahi peraturan kelas dan

kurang sopanSemangat kerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dipupuk dan disenai

Kepimpinan autokratik boleh digunakan dalam situasi tertentu sahajaMengajar murid-murid yang kurang matang atau bermasaalahGuru dalam keadaan terdesak untuk membuat sesuatu keputusanMenyudahkan aktiviti atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan

KESAN KEPIMPINAN DEMOKRATIKMewujudkan interaksi dua hala dan pelbagai halaInteraksi di antara guru dengan murid-murid adalah berbentuk dua halaMurid dengan cergas boleh bertindakbalas terhadap aktiviti pengajaran guruMurid merasa dirinya dihargai, senang memberi pendapat, boleh bersoaljawab kerana guru bersedia melayan dan menerima pendapat mereka.

Kesan terhadap pembelajaranProses P&P menjadi lebih aktif [pelajar sering bertindakbalas & respon dengan idea-idea guru dan murid lain]Sikap kerjasama, sikap toleransi dalam menerima dan memberi cadangan dan pendapat sering ditekankanAktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif menyeronokkan dan menarikKeberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan kerana murid-murid berani mengemukakan soalan

Kemahiran bersosialisasi murid juga akan meningkat kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan murid-murid lain serta guru.

Mengajar murid untuk mendengar dan memahami pendapat dan perasaan individu lain, serta mereka akan menjadi lebih bersabar dan bertoleransi

Kepimpinan demokratik sesuai untuk :Pelajar-pelajar yang MatangMelatih murid yang kurang matang dalam membentuk keyakinan diri dalam memberi pendapat, cadangan dan bersuara dalam kumpulannya

Kesan kepimpinan Laissez-Faire

Interaksi guru dengan murid-murid adalah kurang kerana guru kurang mengambil inisiatif melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Interaksi di antara murid dengan murid meningkat kerana mereka diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran

Hubungan murid dengan murid lebih erat dan mesra

Semangat kerjasama, sifat berdikari dapat dipupuk dengan baik

Interaksi yang terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Murid-murid yang kurang matang akan merasa serba salah dan tidak tahu apa aktiviti yang patut dilaksanakan di bilik darjah.

Banyak masa terbuang begitu sahaja dan keadaan bilik darjah yang terlalu ‘longgar’ akan mewujudkan interaksi maksimum antara pelajar.Oleh sebab kurang peraturan, interaksi yang terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin

KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE SESUAI UNTUK:Pelajar yang matang

KAITAN KEPIMPINAN DENGAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Untuk mencapai keberkesanan kepimpinan dan proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru itu hendaklah:1. Mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah, adil, berdedikasi, bertanggungjawab, berdaya usaha dan berperibadi mulia.2. Mengenal pasti iklim bilik darjah dan disiplin murid-murid.3. Amalkan sikap kepimpinan demokratik tapi perlu dinilai kepada kesesuaiannya4. Mengelola banyak aktiviti kumpulan.• Dengan cara ini guru dapat mewujudkan interaksi yang baik dan dapat menjadikan murid-murid aktif dalam proses pembelajaran.5. Menggunakan kaedah menyoal.• Cara ini tidak secara langsung dapat menonjolkan sifat seorang pemimpin.6. Menggunakan percakapan atau bahasa yang sesuai.• Percakapan dan bahasa yang digunakan sangat mempengaruhi sesuatu kepimpinan kerana melaluinya seorang pemimpin itu dapat dinilai.7. Sentiasa dinamik iaitu sentiasa berusaha atau berkemampuan membuat dan mendatangkan pembaharuan serta kemajuan.8. Harus dapat meninggalkan kesan atau dapat melihat keberkesanan kepada yang diperintah.9. Perhubungan di antara guru dan murid berdasarkan ‘sense of belonging’.10. Dapat memberikan contoh yang baik dan mementingkan kualiti.11. Dapat mencorak interaksi dan komunikasi yang baik serta berkesan di antara guru dan murid dalam aspek pengajaran, pembelajaran mahupun sosial. Gaya kepimpinan seorang guru yang baik juga ialah kepimpinan ‘Tegas Tapi Lembut’. Diantara ciri-ciri seorang pemimpin yang ‘Tegas’ dan ‘Lembut’.T- Tentukan guru mengamalkan ‘Kapimpinan melalui Teladan’E- Elak ‘Double-Standard’ dan pilih kasih.G- Guna saluran kerja yang betul dan sahA-Akur pada peraturan dan polisi kerja.S- Sentiasa konsisten dalam tindakkanL- Layan pelajar dengan mesraE- Empati dan endahM- Minta pendangan pelajarB-Boleh diajak berbincangU- Ungkapkan kata yang menyenangkanT- TEGAS !