tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

7
JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 TUGASAN 1 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1. 1.0 PENGENALAN JURNAL PROGRAM LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI SEMPORNA Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar. Merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar merupakan salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sehubungan dengan itu berbagai usaha telah dijalankan antaranya ialah pelancaran Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di sekolah pusat SK Bum Bum, Semporna,Sabah oleh Y.A.B Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 15 februari 2007 Usaha ini bertujuan memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dan keadilan dalam menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Peluang ini amat perlu bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di Bandar Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merapatkan jurang pendidikan ini membuktikan bahawa pendidikan di Negara kita menitikberatkan semua lapisan masyarakat. Ini dapat dilihat dalam pembentukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang terbahagi kepada empat(4) teras utama dan salah satunya adalah mengenai pembangunan pendidikan luar Bandar. Teras ke-4 iaitu merapatkan jurang pendidikan yang memfokuskan kepada pendidikan di luar Bandar bagi membantu memacu pencapaian di peringkat nasional. Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5 / 14 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah

Upload: jenry-saiparudin

Post on 14-Jun-2015

1.119 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669

TUGASAN 1 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1.

1.0 PENGENALAN JURNAL

PROGRAM LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI SEMPORNA

Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar.

Merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar merupakan salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sehubungan dengan itu berbagai usaha telah dijalankan antaranya ialah pelancaran Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di sekolah pusat SK Bum Bum, Semporna,Sabah oleh Y.A.B Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 15 februari 2007

Usaha ini bertujuan memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dan keadilan dalam menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Peluang ini amat perlu bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di Bandar

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merapatkan jurang pendidikan ini membuktikan bahawa pendidikan di Negara kita menitikberatkan semua lapisan masyarakat.

Ini dapat dilihat dalam pembentukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang terbahagi kepada empat(4) teras utama dan salah satunya adalah mengenai pembangunan pendidikan luar Bandar. Teras ke-4 iaitu merapatkan jurang pendidikan yang memfokuskan kepada pendidikan di luar Bandar bagi membantu memacu pencapaian di peringkat nasional.

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang

MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5 / 14

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah

Page 2: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit.

Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkan

norma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus seterusnya meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan empat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang upaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan.

Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas

Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur.

Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakan

penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian.

Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti

autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan program pendidikan pelajar kurang upaya 2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL

Dato‟ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri telah melancarkan Program Lonjakan Perdana Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah pada 15 Februari 2007.

Program tersebut telah disertai oleh lebih 5000 orang yang terdiri daripada warga Kementerian Pelajaran dari peringkat pusat dan negeri serta daerah Sabah dan Sarawak, agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri, NGO‟s, pihak swasta, UNICEF, pemimpin politik, komuniti setempat, ibubapa, pengetua dan guru besar, guru-guru dan murid.

Y.A.B Perdana Menteri menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaan dan keadilan supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Usaha ini amat perlu dalam memberi peluang kepada mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di bandar. Selain itu, sekolah luar bandar diberikan peluang menikmati kemudahan yang baik boleh menjadikan mereka warganegara yang berilmu pengetahuan dan akhirnya menjadi pekerja yang menyumbang kepada kemajuan Negara.

Beliau juga menyatakan bahawa anak-anak merupakan harta yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Peruntukkan tambahan sebanyak RM2.6 billion bagi pembangunan pendidikan luar Bandar menjadikan keseluruhan peruntukkan berjumlah RM12.3 billion.

Antara jentera pemacu pencapaian yang turut membantu pendidikan luar bandar adalah projek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT. Selain itu, model solar hybrid bagi menjana elektrik dan model bilik darjah berbentuk kabin adalah antara penyediaan kemudahan yang sejajar dengan keperluan murid dan guru serta ibubapa.

Page 3: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

‘ PROJEK IMPAK TINGGI LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR ‘

Usaha juga sedang dilakukan untuk menterjemahkan pelaksanaan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar bagi meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalam usaha mengurangkan keciciran di kalangan pelajar desa serta memartabatkan perkhidmatan perguruan luar bandar.

Untuk itu beberapa langkah telah diambil; antaranya:

1. Membina 2,400 bilik untuk manfaat 61,000 kanak-kanak 2. Menyediakan latihan kepada guru pra sekolah 3. Memperbaiki kemudahan asas seperti elektrik 24 jam untuk 900 buah sekolah 4. Bekalan air bersih kepada 1,500 sekolah 5. Menyediakan kemudahan computer 6. Membina asrama baru atau menambah asrama untuk 280,000 pelajar 7. Menyediakan kelengkapan web tv 8. Sistem komunikasi telefon satelit dan fax tanpa talian

Bagi memperkasa pendidikan, Perdana Menteri amat komited untuk melihat kejayaan mengimbangi jurang ketara yang terdapat selama ini di sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.

3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL

Sistem pendidikan yang berkualiti mampu menghasilkan modal insan yang berwibawa dan berminda kelas pertama. Seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sistem pendidikan kini harus berupaya melahirkan pelajar yang dapat „berfikir di luar kotak‟ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif.

Justeru, Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini yang dilaksanakan untuk mencapai kesamarataan dan peluang pendidikan terbaik antara bandar dengan luar bandar adalah amat sesuai dan perlu dilaksanakan secara kolektif dan bersinergi antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya mengalu-alukan usaha melakukan lonjakan perdana berkenaan dan Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan sokongan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Negeri Sabah.

Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara. Dalam hal ini, pelaburan tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata-mata dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat, tetapi juga perlu diusahakan oleh pihak ibu bapa setiap murid di negara ini. Ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah. Kejayaan anak-anak bergantung kepada usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapa itu sendiri. Tegasnya di sini, ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.

Pendidikan adalah wadah untuk membentuk insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Cita-cita negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai jika hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah bilangan sumber tenaga manusia yang murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Ini dapat dicapai melalui pembinaan modal insan yang berwibawa, bermaruah, berdaya usaha dan berdaya saing sepertimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Page 4: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian, masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangat masyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu dan mencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan di kawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan dan perkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya di Malaysia.

Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia lebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspek masalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografi manusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikan dapat diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongan sosial yang sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka.

Justeru, para pengkaji terus menerus membuat kajian bagi membantu pihak-pihak tertentu merangka dasar-dasar awam untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakat luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal insan khususnya dalam aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara lainnya kajian ini dapat membantu mengenal pasti peluang lain yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dalam bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat di luar bandar.

Kajian ini juga penting kerana kajian tentang cabaran dan masalah pendidikan dalam kalangan masyarakat luar bandar dibuat seiring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal insan di negara kita. Oleh itu diharapkan kajian ini mampu mempelbagaikan kajian geografi khususnya dalam kajian geografi manusia dan geografi sosial di Malaysia. Hal ini seterusnya mampu memperkayakan ilmu dalam bidang geografi penduduk di samping meningkatkan sumbangan geografi manusia ke dalam penggubalan dasar.

Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah-

sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akan mendapat manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakan sepenuhnya.

Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumber manusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagi mempastikan pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan India berbangga dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga dengan penduduk yang berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkan tanpa mengira sosio-ekonomi atau social dapat melahirkan pekerja yang produktif dan inovatif.

Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistem pengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar. Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer, kelengkapan web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalah peluang keemasan untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikan mereka.

Page 5: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

Keciciran di kalangan pelajar luar bandar akan memberi kesan besar terhadap masa depan mereka. Bilangan yang ramai akan memberi masalah sosial dari segi peluang pekerjaan, jenayah dan pembangunan modal insan. Tahap pendidikan yang rendah akan menghasilkan rakyat yang terhad pemikiran, rendah cita-cita dan tidak ada impian yang besar.

Kanak-kanak luar bandar yang membesar dengan tahap pendidikan yang rendah tidak mampu bersaing seterusnya ketinggalan dalam banyak aspek. Secara langsung menyebabkan keadaan sosio-ekonomi dan social mereka akan terganggu.

Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Disamping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Dari mana mereka hendak mendapatkan pekerjaan yang baik? Tidak cukup dengan memotong getah atau menuai padi kerana pekerjaan sedemikian tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan jika dibuat dalam skala yang kecil dan menggunakan teknologi tradisional. Bagi yang mempunyai harta yang banyak tidaklah menjadi masalah kerana mereka boleh mengusahakannya tetapi bagaimana pula dengan yang sebatang kara dan tidak berharta?.

Selain daripada program tersebut, ke arah Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut:

Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauan makanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan kebawah.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan.

Bantuan makanan asrama. Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah.

Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolahagama atau k masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

Page 6: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah-sekolah.

Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya. KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini.

Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM 1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

SkimBaucar Tuisyen ( SBT ). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun.

Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ). KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.

Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.

PENUTUP

Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat rendah. Ini termasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanya budaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurang dititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukan banyak perhatian dan bantuan. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif.

Pendidikan adalah penentu hidup bagi masa depan seseorang. Tanpa latar belakang pendidikan yang baik, masa depan menjadi gelap dan tidak dapat meraih semua impian yang ada. Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Page 7: Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin

RUJUKAN

1. Buletin Pendidik; „ Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ( BIL.2/2007 ISSN 1394 – 7958 )

2. Pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006.

3. Program-Outreach-Pendidikan-Luar-Bandar-Sentuhan-Kasih-UMS-di-kampung-Malubang Pitas ( Program PKPGB )

4. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

5. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dalam merealisasikan pendidikan luar bandar