tz 40303

Click here to load reader

Upload: chegumervyn

Post on 10-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

40303

TRANSCRIPT

TZ40303 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHFAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

TUGASAN TZ40303TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Nama PelajarNo.Matriks

MERVYN B.ANIP@PETRUSCT11210025

PETRONELLA PATRICKCT11210411

RIDZUAN RAZLEE@JUPILICT11210021

YEN VI LEONGCT11210201

PHILLIS JOSEPH

PENSYARAH PENILAICIK CRISPINA GREGORY K HAN

TARIKH SERAHAN2 MAC 2015

SOALAN: Jelaskan Penggunaan Bahan Pengajaran Berkomputer Berdasarkan Model ASSURE

Jawapan

Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985) yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran yang dikenali sebagai Events of Instruction seperti mana yang terkandung dalam teori Gagne (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut:1. Tarik perhatian pelajar2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar4. Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran dan pembelajaran5. Bimbing pembelajaran pelajar6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar8. Taksir pencapaian pembelajaran9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Didalam konteks Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Komputer, Model ASSURE dapat dimafaatkan didalam setiap fasa pengajaran guru. Peranan setiap fasa dan interaksi antara pelajar dengan bahan bantu mengajar boleh dicerakinkan seperti berikut:

a) Analyze Learners Guru-guru hendaklah mengenalpasti corak pembelajaran pelajar didalam bilik darjah sebelum merangka penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Komputer.b) State Objectives Didalam fasa ini, seseorang guru itu hendaklah menyatakan dengan jelas kumpulan sasarnya, serta menyatakan apa dan bagaimana mencapai objektif pengajarannya dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Komputer yang dipilih.c) Select Methods, Media and Materials didalam konteks ini, guru telah memilih Bahan Bantu Mengajar sebagai medium pengajarannya.d) Utilize Materials setelah mengenalpasti latarbelakang, kekuatan dan kelemahan pelajar, latarbelakang fizikal kelas, serta aspek-aspek lain yang berkaitan dengan scenario pengajaran guru tersebut, maka Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Komputer tersebut boleh digunakan dengan merangkumkan semua pelajar didalam pergunaannya agar lebih berkesan.e) Require Learners Participation salah satu kelebihan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Komputer adalah sifatnya yang interaktif. Kelebihan ini dapat membantu guru merangka bahan yang boleh melibatkan pelajar didalam semua tahap pembelajaran didalam kelas.f) Evaluate and revise setelah bahan tadi digunapakai didalam kelas, seorang guru hendaklah melihat semua, menilai dan membuat timbang tara samaada Bahan Bantu Mengajar Berbantukan Komputer itu mempunyai nilai pembelajaran yang boleh dikembangkan ke aras pembelajaran yang lebih dinamik.