tutorial 10 bidang menggambar dlm psv

17
Tutorial 10: Bidang menggambar dalam PSV

Upload: chichiro-ngu

Post on 02-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Tutorial 10: Bidang menggambar dalam PSV

Tutorial 10: Bidang menggambar dalam PSV

Definisi MenggambarAdalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objekGambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensiGambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Alat, Media dan TeknikMurid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan pelbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Kertas-kertas lain adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat dan kertas pembungkus hadiah

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan MenggambarMeneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid.Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan KefahamanMemahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi.

(b) Aras Aplikasi dan AnalisaMerasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan.Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira.Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif.

(c) Aras Sintesis dan PenilaianMenghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai.Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual.Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna.Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan.Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif.

TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBARLukisanAntara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, gosokan, campuran dan sebagainya.

2. CATANCara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi.Menggunakan pelbagai jenis berus atau alat improvisasi lain.Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar

3. KOLAJMenggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semula jadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

4. CETAKANCara menghasilkan karya dengan mencetak.Terdapat pelbagai jenis cara cetakan.Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas.

5. GOSOKANMenggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syilingJalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosok

6. STENSILANMenggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

8. PERCIKANMenggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakunya apabila warna kedua dipercikkan

9. RESISMenggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum.Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan Peringkat sek rendah guna krayon Proses batik - teknik resis

Sekian, terima kasih.