tuliskan esei mengenai takrif tamadun dan sejarah ringkas perkembangan tamadun islam

Upload: samuel-burton

Post on 11-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hui2

TRANSCRIPT

2.0 TAKRIF TAMADUN DAN SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN TAMADUN

ISLAM, CINA, JEPUN DAN INDIA SERTA INTERAKSI YANG BERLAKU

ANTARA TAMADUN2.1 Takrif Tamadun

Secara umumnya, perkataan tamadun ini sebenarnya berasal daripada beberapa Bahasa. Antaranya termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Jerman. Kepelbagaian takrif tamadun ini menunjukkan bahawa perkataan tamadun ini adalah suatu perkataan yang unik yang diguna pakai oleh segenap bangsa dan negara. Oleh hal yang demikian, takrif tamadun ini akan dilihat satu persatu dari segi makna dan bahasanya berdasarkan bahasa-bahasa tersebut.

2.1.1 Bahasa Melayu

Tengku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya. (Teuku Iskandar)

Selain itu, Abu Bakar Hamzah pula telah menyatakan di dalam bukunya, Sejarah Kebudayaan Islam bahawa perkataan tamadun adalah berasal daripada katab Arab yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa melayu.Tamadun itu lahir serentak, seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. (Abu Bakar Hamzah)

Di samping itu, perkataan tamadun ini juga telah didefinisikan oleh para sarjana Islam yang tersohor termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady, di dalam bukunya, Peradaban Islam, Profesor Madya Dr. Ismail Hamid yang telah menulis buku Peradaban Melayu Dan Islam. Secara keseluruhannya, mereka berpendapat bahawa erti peradaban itu ialah pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang, iaitu kerohanian dan kebendaan.

Di dalam buku Sejarah Tamadun Islam yang telah ditulis oleh Mahmood Mohd Taib Al-Najmi, beliau telah mendefinisikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan. (Mahmood Taib Al-Najmi)

Pada pendapat saya, berdasarkan pendapat tokoh-tokoh tersebut, pengertian tersebut dapat diklasifikasikan kepada bentuk kebudayaan, peradaban dan tamadun. Justeru, pada zahirnya, perkataan ini membawa kepada perkataan yang berlainan dari segi sebutannya, bahkan ia mempunyai persamaan dari segi maknanya. Hal ini bermaksud bahawa tamadun ialah suatu pencapaian manusia di dalam segala aspek kehidupan manusia sama ada dari segi pemikiran, kerohanian, abstrak atau kebendaan.

2.1.2 Bahasa Inggeris

Dalam buku The Progressive English Dictionary telah menjelaskan bahawa civilization membawa maksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. (A.S. Hornby dan E.C. Parnwell)

S. Khuda Bukhsh di dalam bukunya Contributions To The History Of Islamic Civilization telah menjelaskan bahawa kata civilization berasal daripada perkataan civic yang membawa makna kehidupan kota. Justeru, perkataan civilization membawa maksud pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup di kota. (S. Khuda Bukhsh)

Selain itu, J.R. Strayer di dalam bukunya The Mainstream Of Civilization, dan Darcy Riberio di dalam bukunya The Civilization Process telah berpendapat bahawa civilization mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Malah antara perbandaran dan civilization merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. (J.R. Strayer dan Darcy Riberio)

Clive Bell di dalam bukunya yang berjudul Civilization And Old Finds telah menjelaskan bahawa tamadun merupakan suatu kriteria masyarakat. Hal ini bermaksud bahawa tamadun merupakan kayu ukur yang dapat menyukat, atau menentukan tahap sesuatu tamadun. (Clive Bell)

Seterusnya, Redfield di dalam bukunya Introduction To The Civilization Of India : Changing Dimensions Of Indian Society And Culture juga turut menjelaskan bahawa tamadun adalah satu cara hidup yang dapat diberikan kriterianya. Beliau juga telah menambah bahawa tamadun merupakan beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi ini. (Redfield)

Selain itu, menurut Karl Wittfogel di dalam bukunya Approaches To Asian Civilization telah mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. (Karl Wittfogel)

Sebelum kata civilization digunakan, perkataan renaissance telah digunakan bagi menggantikan perkataan tersebut. Seperti contohnya, Adam Metz di dalam bukunya The Renaissance Of Islam, beliau telah menggunakan perkataan Renaissance yang bermaksud kebangkitan. Tambahan pula, V.V. Bartold telah menggunakan perkataan culture di dalam bukunya yang berjudul Mussulman Culture bagi menggantikan perkataan civilization. Namun begitu, kedua-dua perkataan ini adalah kurang tepat jika ingin didefinisikan sebagai tamadun.

Pada pendapat saya, berdasarkan pengertian tamadun daripada tokoh-tokoh Inggeris tersebut, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa civilization adalah perkataan yang lebih tepat bagi menggambarkan pencapaian manusia di dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang berpusat di kota.

2.1.3 Bahasa Arab

Pengarang kitab Qamus Al-Marbawi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi telah menjelaskan bahawa kata tamadun berasal dari perkataan madana yang membawa erti kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Hal ini bererti bahawa kehidupan kota dianggap sebagai kehidupan yang baik dan pencapaian kemajuan di dalam pelbagai aspek termasuk kehalusan budi dan kebendaan. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perkataan tamadun membawa maksud kehalusan adat atau kemurniaan pencapaian manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga Berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia. (Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi)

Profesor Madya Dr. Lutpi Ibrahim pula telah menjelaskan bahawa perkataan tamadun berasal daripada perkataan tamaddana, tamaddunan dan madaniah yang membawa maksud kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek, sama ada dari segi kerohanian atau kebendaan. (Profesor Madya Dr. Lutpi Ibrahim)

Seterusnya, Ibnu Khaldun juga telah memperkenalkan perkataan hadharah. Perkataan ini membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Akhirnya, penggunaan perkataan ini diselarikan dengan perkataan tamadun. (Ibnu Khaldun)

Tambahan pula, Abu Nasir Al-Farabi telah memperkenalkan istilah Al-Madaniah pada abad ke-11M di dalam kitabnya Al-Siasah Al-Madaniah. Perkataan ini berasal daripada perkataan madinah yang bermaksud kota. Madaniah merupakan kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. (Abu Nasir Al-Farabi)

Istilah Al-Madaniah ini kemudiannya telah digunakan oleh para sarjana Islam seperti Muhammad Farid Wajdi pada abad ke-20 di dalam kitabnya, Al-Madaniah Wa Al-Islam. Selain Muhammad Farid Wajdi, Syeikh Muhammad Abduh juga telah menggunakan perkataan ini di dalam risalahnya Al-Islam Wa Al-Nas Wa Al-Ilm Wa Al-Madaniah dan Tafsir Al-Mannar. Beliau telah menggunakan istilah ini sebagai merujuk kepada perkataan tamadun.

Namun begitu, Dr. Lutpi Ibrahim telah membuat analisis terhadap istilah-istilah tersebut dan telah membuat kesimpulan seperti berikut :

(a) Al-Hadharah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Hal ini merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu.

(b) Al-Madaniah pula merupakan pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan seni bina. Hal ini merupakan hubungan manusia dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu.

(c) Tamadun merangkumi kedua-dua aspek yang tersebut di atas.

Pada pendapat saya, suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan pendapat tokoh-tokoh sarajana Islam yang sangat masyhur tersebut, iaitu tamadun Islam ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang politik dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

2.1.4 Bahasa Cina

Dari segi Bahasa Cina, tamadun disebut sebagai wen ming yang bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk kepada peradaban. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokan atau budi pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Kedua-dua istilah ini telah dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. (Chinese Lexicon, 1994)

Pada pendapat saya, Bahasa Cina melambangkan istilah tamadun ini sebagai wen ming adalah bertujuan menunjukkan bahawa tamadun itu ialah suatu tahap pencapaian dan kemajuan manusia yang memiliki unsur-unsur yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.

2.1.5 Bahasa Tamil

Istilah nakarikam telah digunakan bagi merujuk kepada perkataan tamadun dalam Bahasa Tamil. Nakar membawa maksud kota atau Bandar, manakala ikam pula bererti pembentukan. Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang menciptakan bandar. (Mahdi Shuid, 2002)

Pada pendapat saya, istilah nakarikam ini juga adalah tidak lari dari makna tamadun yang sememangnya menggambarkan mengenai kota Bandar yang telah mencapai kemajuan. Istilah ini hanya berbeza dari segi sebutan sahaja berdasarkan bahasa yang digunakan oleh bangsa India, salah satunya ialah Bahasa Tamil.

2.1.6 Bahasa Jerman

Dalam Bahasa Jerman pula, istilah kulture digunakan bagi merujuk kepada makna tamadun. Istilah tersebut membawa maksud kepada sumbangan manusia dalam pelbagai bidang seperti penghasilan dalam bidang seni, penghasilan buku dan sebagainya yang tidak ada kaitan dengan perkembangan masa. Pada abad ke-18, ahli sarjana seperti Johann Gottfried Von Herder telah cuba mempertahankan perkataan kulture kerana istilah ini menekankan keunikan budaya bangsa Jerman, dan tidak boleh diadaptasikan dalam Bahasa Inggeris daripada Jerman. Hal ini demikian kerana kulture dalam Bahasa Inggeris dan Perancis lebih merujuk kepada makna budaya. (Elias Norbert, 1978)

Pada pendapat saya, setiap bangsa mempunyai bahasa yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, biarpun perkataan yang digunakan oleh setiap bangsa itu bagi merujuk kepada makna tamadun adalah sangat berlainan dari segi sebutan dan ejaannya, akan tetapi ia tetap mempunyai persamaan dari segi maknanya.

2.2 Sejarah Ringkas Perkembangan Tamadun IslamTamadun Islam ialah sebuah sebuah tamadun yang dibangunkan atas dasar agama Islam yang menepati dan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Hal ini bermaksud bahawa tamadun ini adalah didirikan atas dasar ketaqwaan kepada Allah demi mencari keredaan dan keampunan-Nya semata-mata. Antara tujuan Al-Quran diturunkan termasuklah untuk memenuhi kemaslahatan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini termasuk manusia. Oleh hal yang demikian, peranan Al-Quran sangat penting dalam memandu manusia bagi membangunkan tamadun Islam di samping As-Sunnah yang menjadi sumber perundangan Islam kedua bagi setiap orang Islam.

Sarjana Islam, iaitu Syed Naquib Al-Attas telah mendefinisikan tamadun Islam sebagai suatu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Tamadun ini perlu didukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah. (Syed Naquib Al-Attas)

Selain itu, Said Hawa pula berpendapat bahawa tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliyyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala tamadun Jahiliyyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan aspek kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. (Said Hawa)

Menurut Sayyid Qutb pula, tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti system social, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Bagi Al-Syirazi, tamadun Islam berkisar tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bagsa dan pemerintahan. Tamadun ini mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan spiritual adalah diutamakan.

Pandangan tokoh-tokoh Islam di atas adalah berkaitan definisi tamadun Islam. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ilmuan dalam membahaskan erti tamadun Islam, perbezaan tersebut tidaklah membawa kepada suatu persoalan dan percanggahan dalam kalangan mereka. Secara khususnya, tamadun Islam ialah pencapaian manusia dalam pelbagai aspek kehidupan yang diimbangi dengan kesepaduan wahyu. Keseimbangan ini penting kerana matlamat akhir tamadun Islam adalah untuk mendapat kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Agama Islam ini merupakan agama untuk seluruh manusia. Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih dan diangkat oleh Allah s.w.t. menjadi seorang nabi dan rasul bagi umat akhir zaman. Hal ini adalah bertepatan dengan suatu firman Allah,

Dan tidak Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

(Al-Anbiya, 21 : 107)

Oleh hal yang demikian, agama Islam telah bermula dari kalangan bangsa Arab kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri berasal dari Bani Hasyim, iaitu salah satu kabilah dalam kalangan bangsa Arab. Agama Islam telah bermula di Mekah, kemudiannya telah bertapak di Madinah dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia. Hal ini demikian adalah kerana sewaktu permulaan Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu dari Allah s.w.t. di Gua Hira, hanya baginda sahaja yang beragama Islam bahkan seluruh keluarga dan bangsa baginda sendiri masih belum beragama Islam. Sehinggalah Allah s.w.t. memerintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk berdakwah menyampaikan seruan agama Islam kepada keluarga terdekat dan sahabat-sahabat baginda.

Hal ini bermaksud bahawa walaupun Nabi Muhammad s.a.w. telah menjalankan kegiatan dakwahnya sejak di Mekah lagi, akan tetapi kekuatan jumlah pengikut baginda yang telah memeluk Islam pada ketika itu adalah sangat sedikit dan lemah jika ingin dibandingkan dengan kekuatan kaum Musyrikin Mekah pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, datanglah perintah Allah s.w.t. ke atas Nabi Muhammad s.a.w. untuk berhijrah ke Madinah, dan di situlah bermulanya perkembangan agama Islam ke seluruh dunia.

Islam adalah untuk semua manusia. Islam adalah agama untuk setiap masa dan tempat. Tamadun Islam lahir kerana kefahaman dan kesedaran yang mendalam tentang Islam. Tamadun Islam untuk semua dan tidak bersifat perkauman. Hal ini jelas terbukti bahawa Islam lahir di Mekah, berkembang kukuh di Madinah, Baghdad, Mesir, Damsyik, Turki, Maghribi, Asia Tengah, Cordova dan Toledo di Sepanyol, bertapak di India dan dianuti oleh sebahagian penduduk Asia Tenggara. Islam selaku agama sejagat mempunyai prinsip-prinsip yang universal, yang sesuai dengan semua bangsa dan semua keadaan dan tidak terikat dengan ruang waktu. (Haron Din, 2010)

Berdasarkan pendapat Dato Haron Din tersebut menjelaskan bahawa tamadun Islam telah berkembang ke seluruh dunia. Hal ini juga jelas membuktikan bahawa agama Islam ialah agama yang universal yang dapat diterima oleh semua orang kerana sifatnya yang menyeluruh dan mencakupi serta memberi kemaslahatan kepada setiap manusia. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. telah berhijrah ke Madinah, seluruh penduduk Madinah dapat menerima dan menyambut kedatangan baginda dengan begitu meriah sekali lalu baginda telah diangkat sebagai Ketua Negara Madinah. Apabila baginda telah diangkat sebagai Ketua Negara Madinah, maka bermulalah strategi bagaimana baginda dapat menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia sehinggalah tercatatnya perlembagaan Negara pertama di dunia, iaitu Piagam Madinah.

Secara ringkasnya, setelah kewafatan baginda s.a.w., legasi pemerintahan Islam telah diteruskan oleh para sahabat baginda yang dikenali zaman itu sebagai zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang terdiri daripada Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Khattab, Sayyidina Uthman Bin Affan dan Sayyidina Ali Bin Abi Talib. Perkembangan wilayah Islam dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar Bin Al-Khattab dan Sayyidina Uthman Bin Affan. Zaman pemerintahan Sayyidina Umar Bin Al-Khattab dikenali sebagai zaman keemasa umat Islam kerana perkembangan wilayah Islam pada ketika itu sangat luas sehingga seluruh tanah Arab berada di bawah jajahan Islam. Begitu juga pada zaman Sayyidina Uthman Bin Affan, segala usaha yang telah dilakukan oleh Sayyidina Umar Bin Al-Khattab masih diteruskan oleh beliau dan pada ketika itu kerajaan Islam sedang menguasai dunia serta ditakuti oleh kerajaan-kerajaan lain yang terdapat pada ketika itu.

Setelah berakhirnya zaman Khulafa Ar-Rasyidin, maka muncul pula zaman Bani Umayyah yang telah dipelopori oleh Muayiwah Bin Abi Sufian. Pada zaman ini bermulalah pemerintahan berbentuk sistem monarki. Perluasan wilayah Islam pada ketika ini adalah berbentuk kekejaman dan kekerasan. Hal ini bermaksud bahawa pemerintahan Bani Umayyah ini adalah di atas dasar kekejaman dan kekasaran sehingga telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia yang terlalu tinggi demi meluaskan tanah jajahan Islam. Oleh hal yang demikian, kerajaan Bani Umayyah ini telah mendapat tentangan hebat dari umat Islam sehinggalah runtuhnya kerajaan ini disebabkan kerajaan Bani Abbasiyyah yang mengambil kesempatan memerintah dalam kesibukan pergolakan dalam kalangan kerajaan Bani Umayyah. Kerajaan Islam pada ketika itu diteruskan lagi dengan munculnya kerajaan Bani Abbasiyyah, yang mana pada zaman inilah dikenali sebagai zaman keilmuan. Hal ini demikian adalah kerana khalifah-khalifah yang memerintah pada zaman ini amat mementingkan ilmu pengetahuan dalam diri umat Islam sehinggakan Kota Baghdad diikenali sebagai pusat pengumpulan ilmu di samping berperanan sebagai pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah.

Namun begitu, zaman kerajaan Bani Abbasiyyah berakhir dengan serangan daripada tentera Mongol yang dipelopori oleh Hulagu Khan. Hal ini adalah disebabkan kelemahan khalifah yang memerintah pada ketika itu, iaitu Khalifah Mutasim Billah yang telah termakan dengan kata-kata seorang pengampu kerajaan Bani Abbasiyyah yang bernama Umayiduddin Muhammad Al-Aqami yang telah berkomplot dengan Hulagu Khan dalam misi mereka untuk merampas takhta kerajaan Bani Abbasiyyah. Setelah itu, kerajaan Islam masih tetap diteruskan walaupun pada ketika itu kerajaan Bani Abbasiyyah telah jatuh. Kerajaan Turki Uthmaniyyah kembali memerintah dengan mengamalkan sistem khalifah sepertimana zaman-zaman sebelumnya. Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada ketika itu merupakan salah suatu kuasa besar dunia yang sering berjuang untuk menewaskan kerajaan Byzantine yang menakluki Kota Konstantinopel. Kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyyah ini dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menakluki Kota Konstantinopel dan secara tidak langsung berjaya menewaskan kerajaan Byzantine. Hal ini demikian bermaksud bahawa setelah sekian lama berjuang menewaskan kerajaan Byzantine, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan orang pertama yang berjaya menakluki Kota Konstantinopel. Hal ini demikian kerana Kota Konstantinopel pada waktu itu merupakan pusat tumpuan dunia.

2.3 Sejarah Ringkas Perkembangan Tamadun ChinaSejarah tamadun di China sangat panjang dan telah mengalami pelbagai perubahan, jatuh bangun, peperangan, huru-hara, perebutan kuasa, penaklukan, bencana, interaksi dan perkembangan ilmu. Tamadun China adalah Antara tamadun tertua, yang menaungi kawasan yang sangat luas dan mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai. Tamadun China dikatakan sangat terbuka dan dinamik. Tamadun China sentiasa berkembang, tidak pernah lenyap, saling menerima dan memberi antara pelbagai tamadun. Aspek kesenian, falsafah, moral dan keharmonian antara manusia dengan alam sangat ketara dalam tamadun China. Menurut Konfucius, kesetiaan dan hubungan yang akrab antara ahli keluarga sangat diutamakan dan penolakannya dianggap bercanggah dengan prinsip keadilan dan nilai kekurangan. (Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Muhammad, 2011)

Pada pendapat saya, berdasarkan pendapat tokoh tersebut, tamadun China merupakan sebuah tamadun yang telah mengalami peradaban dalam kehidupan terlebih dahulu berbanding tamadun-tamadun yang lain. Hal ini demikian kerana masyarakat di China telah mengorak langkah untuk meningkatkan cara hidup mereka daripada hanya bergantung pada alam semula jadi kepada usaha menggunakan sumber semula jadi untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka pada zaman Neolitik. Jika diteliti kembali zaman prasejarah yang terdiri daripada tiga, iaitu zaman Paleolitik, zaman Neolitik dan zaman Logam. Masyarakat di China telah mencapai sedikit kemajuan pada zaman Neolitik dan hal ini terbukti apabila wujudnya penduduk yang mengamalkan kegiatan bercucuk tanam, menternak binatang dan tinggal menetap di suatu kawasan. Seperti contohnya di wilayah Henan yang juga merupakan pengamal kebudayaan Seperti contohnya di wilayah Henan yang juga merupakan pengamal kebudayaan Yangshao, yang mana mereka menjalankan kegiatan pertanian primitif dan di samping oleh kegiatan penternakan.

Selain itu, tahap permulaan pembentukan awal tamadun China bukanlah bermula pada zaman Neolitik, bahkan sejak zaman Paleolitik lagi sudah terdapat tanda-tanda perkembangan prasejarah di China. Zaman Paleolitik ialah zaman terawal dalam era prasejarah dan wujud antara 1 juta dengan 1.3 juta tahun yang lalu. (Gina L. Barnes, 1993) Hal ini terbukti dengan jumpaan tengkorak yang dikenali sebagai Homo Erectus oleh ahli arkeologi di tapak Choukoutien, barat daya Beijing. Namun begitu, evolusi perkembangan spesies ini dapat dikesan di benua Afrika lagi kira-kira 2 juta tahun yang lampau iaitu bermulanya zaman Ais Batu. Hal ini bermaksud kemunculan spesies ini di tapak Choukoutien adalah kira-kira 700 000 tahun yang lampau, iaitu sewaktu Zaman Ais Batu Pertengahan, dan penemuannya di China dikenali sebagai Peking Man, atau nama saintifiknya sebagai Sinanthropus Pekinensis. Peking Man dipercayai sebagai seorang manusia pendek yang berjantina lelaki kerana terdapat ciri-ciri manusia moden pada ketika itu, manakala kapasiti otak mereka adalah 80 peratus daripada otak manusia moden. (Bai Shouyi)

Bukti ini menjadi semakin kukuh apabila kira-kira 100 000 tahun yang lampau, muncul pula manusia yang dikenali sebagai manusia moden atau Homo Sapien. Kemunculan spesies ini dipercayai pandai membuat jarum, tinggal secara berkumpulan di kawasan gua, memburu, memancing ikan, pandai menghias diri dengan kalung dan sudah pandai mengebumikan mayat. Hal ini bermaksud bahawa manusia yang sudah wujud pada ketika itu sudah mencapai kemajuan dalam kehidupan seharian dan fosil ini telah dijumpai oleh ahli arkeologi di tapak Dingcun, Maba, Chanyang, Dali, Jinniushan dan Quyuanhekou.

Berdasarkan dua zaman prasejarah tersebut menjelaskan bahawa perkembangan yang membawa kepada permulaan tamadun China adalah pada zaman Paleolitik lagi, dan kemudiannya pada zaman Neolitik sebelum bermula dan terbentuknya sebuah masyarakat China yang bertamadun. Oleh hal yang demikian, hal ini tidak sepatutnya menjadi suatu kehairanan apabila meneliti masyarakat China merupakan antara masyarakat yang terawal bertamadun sedangkan mereka sudah mengorak langkah untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan seharian sejak pada zaman Neolitik lagi.

Kemunculan awal tamadun China adalah tidak jelas dan hanya berdasarkan kepada cerita-cerita mitos yang penuh khayalan. Sebagai contohnya, menurut kepercayaan orang Cina, terdapatnya lagenda Pan Ku sebagai pembina kehidupan di dunia. Mereka mempercayai Pan Ku dianugerahi kuasa sakti yang membolehkan beliau mencipta bintang dan kehidupan dari kawasan pergunungan. Setelah beliau mati, suaranya menjadi guruh, matanya menjadi bulan dan matahari, darahnya menjadi sungai dan jeram, badannya menjadi tanah, rambutnya menjadi pokok, giginya menjadi batu mineral dan peluhnya menjadi hujan. Mitos ini adalah sebahagian penulisan oleh Evelyn Lip di dalam buku beliau yang berjudul Chinese Beliefs And Supersitions pada tahun 1985. Antara contoh yang lainnya termasuklah masyarakat Cina juga mempercayai terdapat beberapa pemimpin magis yang muncul di China. Antara pemimpin itu termasuklah 12 atau 13 pemimpin syurga (Tien Huang), semuanya bersaudara dan setiap orang memerintah selama 18 000 tahun. Selepas itu, diikuti dengan 11 orang pemimpin bumi (Ti Huang), yang semuanya bersaudara dan setiap orang memerintah 18 000 tahun. Kemudiannya, muncul 10 pemimpin manusia (Ren Huang), juga bersaudara dan memerintah selama 45 600 tahun. Cerita lagenda ini telah dicatat oleh Kenneth Scott Lattourette di dalam bukunya, The Chinese : Their History and Culture.

Suatu zaman yang penting dalam pembinaan tamadun China ialah kemunculan zaman feudal. Jika diteliti dalam sejarah peradaban dunia, zaman feudal ini adalah sangat sinonim dan popular di kawasan benua Eropah. Namun begitu, perkembangan feudalism di China adalah kerana memenuhi keperluan mentadbir wilayah-wilayah di China. Hal ini bermaksud bahawa oleh sebab kelemahan tentera pentadbiran pusat dan perhubungan, maka cara atau strategi terbaik yang dilakukan ialah menganugerahkan kawasan kekuasaannya kepada pembesar tempatan dan kerabat diraja. Sebagai balasannya, mereka akan menyatakan taat setia dan memberi bantuan ketenteraan dan kebendaan kepada kerajaan pusat. Mengikut sejarah tamadun China, kemunculan feudalism ini dapat dikesan sewaktu kemunculan zaman Dinasti Chou. Secara umumnya, masyarakat Chou tinggal di lembah Sungai Wei yang merupakan salah satu cabang Sungai Kuning dan mejalankan proses penyerapan budaya dan teknologi dari Dinasti Shang. Setelah itu, masyarakat Chou cuba bangkit dari kemunduran budaya dan teknologi secara beransur-ansur untuk bersaing dengan Dinasti Shang dan seterusnya merampas kuasa Dinasti Shang ketika dalam kelalaian bagi membentuk Dinasti Chou.

Jika diteliti, Dinasti Chou terbahagi kepada dua, iaitu Dinasti Chou Barat dan Dinasti Chou Timur. Menjadi suatu perkara biasa dalam sistem pemerintahan, akan wujudnya perebutan kuasa di antara wilayah-wilayah yang kuat pada ketika itu dan itulah yang berlaku dalam pemerintahan Dinasti Chou. Hal ini wujud apabila terdapat kekacauan dalam pemerintahan oleh wilayah-wilayah yang berpengaruh dan kuat yang muncul untuk merampas kuasa pemerintahan dari kerajaan pusat. Kesan daripada perebutan kuasa ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah peperangan sesame wilayah dan pada ketika itu Dinasti Chou tidak lagi dipandang sebagai suatu kuasa kuat yang perlu dihormati. Antara negeri terkuat yang bersaing pada ketika itu termasuklah Chi, Chu, Yen, Han, Chao, Wei dan Chin. Peperangan di antara tujuh negeri terkuat ini telah mengakibatkan kepada perpecahan dalam masyarakat China pada ketika itu. Hal ini berterusan walaupun terdapat beberapa usaha untuk menyatu padukan kembali negeri-negeri ini dengan perkahwinan anak-anak raja di antara dua negeri, rundingan dan perjanjian, masih tetap gagal untuk berdamai dan menemui jalan buntu. Oleh hal yang demikian, maka muncullah ahli-ahli sarjana untuk memberikan pandangan mengenai kaedah terbaik untuk memupuk perpaduan dan mengelakkan perpecahan dan huru-hara di China. Hal ini telah menyebabkan munculnya pelbagai aliran yang dikenali sebagai Seratus Aliran Pemikiran atau Hundred Schools.

Seterusnya, zaman pertengahan China adalah bermula dengan zaman Dinasti Chin, Dinasti Han, Dinasti Sui dan Dinasti Tang. Zaman pertengahan ini dikenali sebagai zaman keagungan. Hal ini demikian kerana selepas 500 tahun tamadun China berada dalam keadaan perpecahan dan huru-hara, maka muncul sebuah negeri di China yang berjaya menggerakkan usaha untuk mententeram dan mendamaikan perpecahan yang berlaku. Negeri yang dimaksudkan di sini ialah negeri Chin.

Kebangkitan negeri ini memulakan satu babak baharu dalam sejarah tamadun China. Hal ini demikian kerana negeri tersebut menjadi titik pemisah kepada kemunculan perubahan tamadun China menjadi sebuah empayar. (Derk Bodde, 1986)

Mengikut sejarah, negeri Chin bukan sahaja berjaya menyatukan China dari segi geografi fizikal, malah turut berjaya membulatkan pemikiran masyarakat China kepada satu pemerintahan. Hal ini bermaksud bahawa negeri Chin telah berjaya memulakan suatu transformasi dalam era pemerintahan China dengan menghapuskan pemikiran kuno masyarakat China pada ketika itu yang berpaksikan pemerintahan di wilayah-wilayah kecil yang tidak berstruktur kepada pemerintahan berpusat yang lebih berorganisasi. Antara sumbangan besar yang dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin ini termasuklah pembinaan Tembok Besar China atas cadangan maharaja Dinasti Chin sendiri, iaitu Shih Huang-Ti.

Tamadun China diteruskan lagi dengan zaman Dinasti Han yang dipelopori oleh Liu Pang yang mengambil gelaran Maharaja Kao-tsu pada tahun 206 Masihi. Sepertimana zaman Dinasti Chin, zaman Dinasti Han juga dianggap sangat penting dalam sejarah tamadun China kerana telah banyak mencapai dan mencipta kejayaan dan kegemilangan. Disebabkan pencapaian ini, masyarakat Cina telah mengambil nama Han ini sebagai merujuk kepada bangsa Cina. Sebelum itu, Liu Pang telah menamakan kerajaan ini sebagai Dinasti Han bersempena nama Sungai Han. Seterusnya, zaman keagungan Dinasti Han dapat dilihat pada era pemerintahan maharaja kelima, iaitu Maharaja Wu Ti. Pembinaan terusan yang menghubungi Changan dengan Sungai Kuning telah diarahkan oleh beliau bagi mengairi tanah bergaram dengan tujuan aktiviti pertanian. Akibat daripada kemajuan pertanian telah menyebabkan pembangunan bidang perdagangan berlaku. Namun, pihak kerajaan mengalami kekurangan wang sehingga menyebabkan Maharaja Wu Ti terpaksa menjalankan dasar fiscal, iaitu langkah memiliknegarakan beberapa industry penting seperti industry besi dan garam di samping sistem pengangkutan diinstitusikan bagi mengawal pengagihan barang pengeluaran dengan mengarahkan pegawai-pegawainya mengawal pengangkutan di darat dan air. Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh beliau ini adalah untuk menampung wang perbendaharaan dan mengawal harga barangan dengan membawa barang-barang dengan segera ke pasaran.

Setelah berlalunya zaman Dinasti Han, maka muncul pula zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang. Dinasti Sui ialah merupakan sebuah kerajaan yang telah ditubuhkan oleh seorang jeneral yang bernama Jeneral Yang Chien dan telah mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Wen Ti setelah berjaya menumpaskan Dinasti Chou Utara. Pada era pemerintahan Dinasti Sui, Maharaja Wen Ti telah berjaya menyatukan kembali orang Cina di bawah suatu pemerintahan dan berjaya melaksanakan pembaharuan dan membaik pulih bagi memperkukuh kekuasaannya di China. Antaranya termasuklah beliau telah memindahkan ibu negeri Dinasti Sui ke Bandar baru Changan yang lebih besar dari bandar Changan yang lama. Beliau juga telah berjaya melaksanakan projek membina terusan bersambung dari Sungai Kuning ke Sungai Yangtze. Tambahan pula, gudang-gudang telah dibina untuk tujuan menyimpan lebihan hasil bijirin. Setelah kematian Maharaja Wen Ti, legasi pemerintahan Dinasti Sui diteruskan lagi di bawah pemerintahan Maharaja Yang Ti. Sewaktu pemerintahan beliau, rakyat Cina dikerah untuk membaiki pembinaan Tembok Besar China dan para petani dijadikan tentera kerahan kerajaan. Setiap peperangan yang dilakukan beliau mengalami kegagalan dan di situlah bermulanya era kejatuhan zaman Dinasti Sui yang hanya berkuasa selama 29 tahun sahaja.

Setelah kejatuhan Dinasti Sui, Li Yuan telah memainkan peranan penting dalam usahanya menubuhkan kerajaan Dinasti Tang. Beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Kao Tsu. Namun begitu, Maharaja Kao Tsu mengalami sedikit gangguan dengan kehadiran Li Shih-Min yang sedang merancang untuk merampas kuasanya. Li Shih-Min telah mengorak langkah dalam usahanya menjalankan krisis keluarga, iaitu dengan membunuh abang dan adik kepada Maharaja Kao Tsu. Oleh hal yang demikian, Maharaja Kao Tsu terpaksa turun takhta dan memberi laluan kepada Li Shih-Min sebagai maharaja kedua dalam Dinasti Tang yang telah menggunakan gelaran Maharaja Tan Tsung. Zaman pemerintahan Dinasti Tang boleh disamakan dengan zaman Dinasti Han yang dikategorikan sebagai zaman keemasan dalam sejarah tamadun China. Pembinaan terusan dan jalan perhubungan yang lain telah membantu menyatukan politik dan ekonomi dalam empayar Dinasti Tang, dan secara tidak langsung telah membolehkan pemusatan kuasa yang lebih efektif. Pada era pemerintahan ini, telah banyak berlakunya perubahan dalam perkembangan sains dan teknologi khusus dalam pertanian, sistem hubungan dan pengangkutan, perubatan dan kesihatan, sistem peperangan dan penciptaan lain yang telah dilakukan. Antaranya termasuklah para petani telah menjalankan pertanian dengan kaedah penanaman secara batas-batas menerusi penggunaan alat semaian dan cangkul. Tambahan pula, sejarah telah mencatatkan bahawa masyarakat Cina telah menggunakan kompas sejak abad ketiga. Menurut sebuah dokumen China yang awal ada menyatakan masyarakat di negeri Cheng yang pergi mencari batu jed, mereka menggunakan satu alat penunjuk selatan untuk memandu mereka pulang.

Selepas kejatuhan Dinasti Tang, muncul seorang jeneral yang terkemuka dari Dinasti Chou Akhir yang menjadi orang yang berperanan besar dalam usaha mewujudkan kerajaan Dinasti Sung. Jeneral tersebut ialah Chao Kuang-Yin dan telah memakai gelaran Maharaja Tai Tsu. Pada hakikatnya, Dinasti Sung ini hanya bertahan selama tiga abad sahaja sebelum mengalami zaman kejatuhannya. Dinasti Sung tidak dapat menyaingi Dinasti Han dan Dinasti Tang walaupun pemerintahan Dinasti Sung dapat menyatukan kembali tamadun China, walhal keluasan kuasanya hanyalah di sekitar kawasan China sebenar. Semasa pemerintahannya, Dinasti Sung mengalami masalah berdepan dengan orang Khitan yang berjaya menubuhkan dinasti mereka sendiri, iaitu Dinasti Khitan Liao. Mengikut sejarah, Dinasti khitan Liao merupakan antara kerajaan terkuat pada ketika itu dan memaksa Dinasti sung untuk menghentikan kempen peperangan dan mengusulkan usaha berdamai dengan orang Khitan menerusi perjanjian damai yang dikenali sebagai Perjanjian Shan-Yuan. Antara kandungan perjanjian tersebut termasuklah, orang Khitan memperoleh bahagian wilayah timur laut dan Dinasti Sung terpaksa membayar ufti tahunan kepada Dinasti Liao.

Semasa zaman Dinasti Sung memerintah, zaman ini dikenali sebagai zaman peralihan dalam sejarah tamadun China. Hal ini demikian kerana semasa zaman inilah pertama kali China telah ditakluki dan dikuasai oleh kuasa asing, iaitu orang Monggol. Puak Mongol ini telah dikepalai oleh seorang pemimpin yang sangat hebat dan disegani yang bernama Genghis Khan. Tentera Mongol ini telah berjaya menguasai Dinasti Chin dan ibu negeri bagi kerajaan Dinasti Chin, iaitu Peking telah menjadi milik orang Mongol. Penguasaan orang Mongol berterusan sehinggalah pada tahun 1277 Masihi, Canton yang merupakan pangkalan terakhir buat jeneral-jeneral Dinasti Sung bertapak telah jatuh ke tangan tentera Mongol. Hal ini berlanjutan sehingga tahun 1279 Masihi, Dinasti Sung Selatan telah dapat dikuasai sepenuhnya oleh orang Mongol dan kekalahan Dinasti Sung Selatan ini telah memulakan era baru dalam sejarah tamadun China. Hal ini demikian bermaksud bahawa inilah pertama kali China telah dikuasai oleh orang asing secara keseluruhannya. Pemerintahan orang Mongol tidak terhenti di Canton, malah orang Mongol telah mendirikan ibu negeri baru di Cambaluc, iaitu Peking. Kerajaan baru yang didirikan oleh tentera Mongol inilah dikenali sebagai Dinasti Yuan.

Selepas penubuhan kerajaan Dinasti Yuan yang dipelopori oleh pemimpin dari kalangan orang Mongol sendiri, iaitu Kublai Khan, maka bermulalah perluasan kuasa tentera Mongol ke wilayah-wilayah di sekitarnya. Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh Kublai Khan seperti mengambil orang-orang luar untuk mentadbir di bahagian bandar, wilayah dan pusat. Hal ini jelas menunjukkan unsur diskriminasi yang telah dilakukan oleh beliau terhadap orang Cina. Namun begitu, Kublai Khan tetap meneruskan sistem pemerintahan kuno Cina semasa pemerintahannya dan telah meniru sistem pemerintahan Dinasti Tang dan Dinasti Sung, misalnya meneruskan fungsi Lembaga Enam atau dikenali sebagai Liu-pu. Selain itu, suatu perkara menarik semasa pemerintahan beliau adalah pengambilan ramai orang Islam sebagai pentadbir kerajaan. Hal ini demikian kerana orang Islam menjadi orang kepercayaan kepada pemimpin Mongol, malah agama Islam menjadi semakin berkembang pada zaman Dinasti Yuan. Terdapat beberapa dakwaan mengenai kedatangan Islam ke China. Antaranya termasuklah ada pihak mendakwa Islam telah sampai ke China semasa zaman Rasulullah s.a.w. lagi sekitar tahun 613 atau 614. Tambahan pula, rekod kuno Dinasti Tang ada mencatatkan tentang kedatangan utusan yang dihantar oleh Khalifah Uthman di bawah pimpinan Saad Bin Abi Waqqas ke China pada tahun 650. Peristiwa itu dianggap sebagai permulaan hubungan dunia Islam dengan China, malah Maharaja China pada ketika itu telah membenarkan pembinaan masjid pertama di Changan, iaitu Ching-Hsiu Ssu yang terletak di Jalan Hua-Chueh di samping para sarjana lain berpendapat bahawa masjid terawal juga terletak di Chengchou, Canton dan Hangchow.

Setelah penduduk Cina menderita semasa zaman pemerintahan Dinasti Yuan, maka berlakunya kebangkitan rakyat Cina untuk menentang Dinasti Yuan seterusnya merampas kembali kuasa pemerintahan. Hal ini terbukti apabila Chu Yuan-Chang atau nama gelarannya Putera Wu berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Dinasti Yuan. Dinasti Yuan yang mengalami masalah kekacauan dalaman sehingga menyebabkan tentera Mongol berperang sesama sendiri telah membuka ruang kepada tentera Chu Yuan-Chang untuk menjalankan serangan ke atas tentera Dinasti Yuan. Penguasaan tenteranya ke atas Cambaluc, ibu negeri Dinasti Yuan telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Yuan dan bermulanya pemerintahan Dinasti Ming. Chu Yuan-Chang telah menamakan Dinastinya sebagai Ming yang bermaksud Kebijaksanaan atau Kegemilangan dan telah mengangkat dirinya sebagai Maharaja Tai Tsu. Pemimpin pertama bagi Dinasti Ming pada ketika itu menghadapi kesukaran apabila terpaksa menyatukan kembali wilayah-wilayah yang telah berpecah di bawah suatu pemerintahan dan akhirnya beliau telah berjaya melakukannya. Sepertimana Dinasti Sung, keupayaan Dinasti Ming dari segi keluasan empayar juga tidak standing dengan kehebatan empayar Dinasti Han dan Dinasti Tang.

Sebelum era kejatuhan Dinasti Ming, kerajaan ini telah diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang lemah sehingga menyebabkan kepada kejatuhan Dinasti Ming dan perampasan kuasa oleh kuasa asing, iaitu orang Manchu. Orang Manchu berasal daripada puak Jurched (Nuzhen) yang tinggal di Manchuria dan pernah membina dinastinya sendiri, iaitu Dinasti Chin pada abad ke-12. Namun begitu, dinasti yang didirikan mereka tersebut tidak bertahan lama kerana tidak lama selepas itu kira-kira pada abad ke-13, Dinasti Chin telah ditawan oleh orang Mongol. Usaha orang Manchu untuk menguasai China ini adalah bermula dari Nurhaci, seorang pemimpin yang disegani dalam kalangan puak Manchu. Selepas kematian beliau, usaha ini diteruskan lagi oleh anak beliau, iaitu Abahai. Abahai meneruskan usaha bapanya untuk menakluki China dan telah bertindak menukar nama Dinasti Chin kepada Dinasti Ching kerana Chin mempunyai nama yang tidak baik dalam bahasa Cina. Setelah kematian Abahai, usaha ini kemudiannya diteruskan lagi oleh pegawai pentadbiran kerajaan yang bernama Jirgalang dan Dorgan. Mereka berdua inilah yang telah berjaya membuka Tembok Besar China dengan menawarkan bantuan ketenteraan kepada Wu San-Kei yang merupakan pemimpin ketenteraan Dinasti Ming ketika itu untuk menghadapi kebangkitan golongan petani yang diketuai oleh Li Tzu-Cheng. Menerusi bantuan ketenteraan yang diberikan, Li Tzu-Cheng telah berjaya ditewaskan dan pada masa yang sama Dorgan telah mengambil kesempatan itu untuk mengasaskan Dinasti Ching dengan melantik Fu-Lin, iaitu anak kepada Abahai sebagai maharaja baru. Oleh hal yang demikian, dengan pelantikan Fu-Lin tersebut, maka berakhirlah era pemerintahan Dinasti Ming dan sejarah mencatatkan bahawa ini adalah kali kedua empayar China dikuasai oleh kuasa asing selepas orang Mongol.

Fu-Lin telah ditabalkan sebagai Maharaja Shun-Chih. Selain Maharaja Shuh-Chin, terdapat tiga lagi pemimpin Dinasti Ching yang berkaliber. Antaranya termasuklah Maharaja Kang-His, Maharaja Yung-Cheng dan Maharaja Chien-Lung. Setiap pemerintah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam caranya memerintah kerajaan. Sewaktu Maharaja Chien-Lung memerintah, beliau telah dikenali sebagai maharaja ketenteraan kerana usaha beliau meluaskan pengaruh dan empayar China sehingga melintasi kawasan China sebenar. Namun, apabila beliau sudah tua, pemerintahan beliau semakin merosot dan urusan pentadbiran telah diberikan kepada orang kanannya yang bernama Ho-Shen. Ho-Shen ialah seorang yang sering menerima rasuah dan suka bertindak sesuka hati di istana. Akibat perbuatan beliau tersebut, amalan rasuah telah berleluasa di seluruh wilayah. Oleh hal yang demikian, hal ini bermaksud bahawa masalah rasuah dan penyelewengan menjadi factor utama kelemahan Dinasti Ching sehingga menjejaskan keupayaan dinasti ini untuk berhadapan dengan kemaraan kuasa asing di China pada abad ke-19.

2.4 Sejarah Ringkas Perkembangan Tamadun JepunDalam proses pembentukan tamadun Jepun ini, kematian Shotoku Taishi pada tahun 621 M tidak memutuskan hubungan antara Jepun dengan negara China secara langsung dan tidak secara langsung melalui Korea. Utusan-utusan ke negara China membawa idea-idea dan ilmu pengetahuan Cina balik ke negara Jepun. Selain melalui saluran diplomatik, Jepun telah mengirim sejumlah besar pelajarnya ke China dan pelajar-pelajar ini memainkan peranan penting membawa masuk mengenai ilmu sains dan kesusasteraan. Pada tahun 645 M berlaku suatu rampasan kuasa yang dipimpin oleh sekumpulan pelajar yang kembali dari negara China dan mereka memperkenalkan beberapa perubahan yang dikenali sebagai Pembaharuan Taika. Pada tahun 702 M, diperkenalkan Kod Taiho (Taihoryo) dan melaluinya struktur kerajaan telah dikaji semula. Berdasarkan sistem baru ini, Kerajaan Pusat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Jabatan Pemujaan ffingi-kan) dan Jabatan Negara (Dajo-kan). Jabatan Pemujaan lebih penting berbanding dengan Jabatan Negara. Menurut kod ini, negara Jepun dibahagikan mengikut wilayah (kuni) dan setiap wilayah ditadbir oleh gabenor (kami) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (Gun atau Kori) dan ditadbir oleh gabenor-gabenor daerah (Gunshi). Bilangan wilayah semakin meningkat apabila tanah-tanah baru diterokai dan dimajukan. Menjelang kurun ke-8, terdapat sejumlah 66 buah wilayah yang mengandungi 592 daerah. Pegawai- pegawai di peringkat wilayah dan daerah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kestabilan; mengutip cukai dan mengambil tenaga buruh untuk kerja wajib. Daftar penduduk dan peruntukan tanah dikekalkan. Pembaharuan Taika dan Kod Taiho telah membina asas dan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang lebih sistematik (lengkap) dan teratur. Di samping itu dari segi pencapaian, kemunculan aristokrasi yang memainkan peranan penting dalam struktur Kerajaan di Yamato. Kelas aristokrat ini kemudiannya, memainkan peranan penting (dominan) dalam sejarah perkembangan politik Jepun sejak kurun ke-8 sehingga kurun ke-12 Masihi.ZamanNara (710-784 M)Dalam adat resam keluarga diraja Jepun, Maharaja atau Maharani yang menaiki takhta akan bertukar tempat atau memindahkan ibu negara (pusat kerajaan) dan ini merupakan suatu tradisi penting. Tradisi ini tidak diikuti oleh Maharani Gemmyo apabila pada tahun 710 M beliau mendirikan ibu negara yang tetap di Nara dan diikuti hampir keseluruhannya oleh pemerintah-pemerintah terkemudian. Nara merupakan pusat pentadbiran, pusat agama Buddha dan perkembangan keseniaan.

Berdasarkan peranan sebagai pusat agama Buddha, ia berhubungkait dengan aspek politik, kesenian, seni tulis dan kesusasteraan. Di bidang politik, wujud cubaan untuk mempengaruhi politik dari kalangan sami Buddha terhadap keluarga diraja Jepun tetapi dapat dihalang dan dikawal sepenuhnya. Pada waktu ini diperkenalkan penciptaan Daibutsu (patung Buddha) yang terkenal. Selaras dengan perkembangan agama Buddha, banyak kuil Buddha dibina dan termasuklah Horyuji, iaitu sebuah kuil terawal yang kesemuanya merupakan binaan kayu tertua di dunia. Istana keluarga diraja serta kerabat dan golongan bangsawan terutama kerabat Fujiwara mengadakan upacara-upacara agama Buddha yang penting. Dalam konteks ini, ramai Maharaja Jepun yang telah bersara menjadi sami-sami Buddha. Di Nara, agama Buddha dikatakan menikmati lebih banyak sokongan daripada Shintoisme. Kemasukan agama Buddha ke Jepun disertai oleh kesenian-kesenian dari negara China yang lain. Dalam bidang seni tulis dan kesusasteraan, orang Jepun sudah biasa dengan tulisan Cina tetapi pada zaman Nara orang Jepun buat pertama kalinya telah berjaya menghasilkan kesusasteraan mereka menggunakan bahasa Cina. Karya sastera yang dihasilkan berbentuk penulisan sejarah (historiografi) dan antara yang terpenting ialah Nihonshoki (Nihongi) yang disusun dalam bahasa Cina pada tahun 720 M.Berdasarkan kepada penulisan sejarah, Zaman Nara merupakan zaman yang menandakan kemuncak peminjaman kebudayaan dari negara China.Zaman Meiji (1868-1912 M)Dengan kejatuhan Kesyogunan a, suatu peristiwa penting berlaku di negara Jepun iaitu Pemulihan Meiji pada tahun 1868. Matlamat utama pemulihan ini ialah untuk mengembalikan semula Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan bersesuaian dengan keturunannya dari Dewi Matahari. Maharaja Meiji berusia 16 tahun ketika berlangsungnya peristiwa ini maka itu beliau hanyalah merupakan ketua negara yang simbolik kerana kepimpinan kerajaan dikuasai oleh beberapa pemimpin samurai muda terutama dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau oligarki Sat- cho. Pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji menyedari bahawa kedatangan kuasa- kuasa Barat merupakan suatu ancaman kerana dasar imperialisme mereka. Bagi menghadapi ancaman ini, pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji bermatlamat untuk menjadikan kerajaan baru sebuah negara yang kaya (ekonomi) dan tentera yang kuat (Fukoku Kyohei) di samping memodenkan negara tersebut.

Untuk mencapai matlamat tersebut, dasar pemodenan dilaksanakan iaitu yang meliputi pembentukan semula institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial menurut garisan panduan dari Barat. Langkah pertama ke arah modenisasi Jepun ialah sistem feudalisme dihapuskan. Dengan pemansuhan sistem feudalisme maka beberapa dasar mengenainya diperkenalkan iaitu semua tanah diserahkan dan merupakan hak milik diraja; memansuhkan tentera feudal dan memperkukuhkan tentera pusat; negara Jepun dibahagi-bahagikan menurut daerah (Ken); mengambil alih beban hutang semua daimyo dan Han (kerajaan bawah kuasa feudal); penghapusan sistem atau hierarki sosial ketat terutama menghapuskan sistem kelas; memperkenalkan sistem kerahan tentera moden. Dalam bidang ketenteraan, angkatan tentera darat dan laut dipermodenkan menurut cara Barat dengan memperkenalkan industri persenjataan moden; sistem kerahan tentera moden; dan latihan-latihan ketenteraan melalui penubuhan akademi-akademi tentera. Dalam bidang perundangan, diperkenalkan beberapa pembaharuan untuk membentuk suatu sistem undang- undang moden. Sistem undang-undang moden amat penting untuk diperkenalkan kerana ia merupakan syarat mutlak bagi mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang dianggap berat sebelah, iaitu perjanjian antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat sekitar tahun 1850-an dan 1860-an di samping untuk memenuhi perkembangan kapitalisme (industri). Pada tahun 1873, kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan. Peraturan dan sistem undang-undang moden telah berjaya menghapuskan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan membentuk sebuah masyarakat industri moden.

Bagi mencapai matlamat pembentukan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang moden maka bidang pendidikan dibenkan tumpuan penting oleh pemimpin-pemimpm Pemulihan Meiji. Pendidikan merupakan alat transformasi untuk mencapai matlamat mi dan kesannya, sistem pendidikan berbentuk moden diperkenalkan. Kerajaan Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke seberang laut untuk mempelajari bidang pentadbiran, sains dan teknik perindustrian Barat dan mengambil sejumlah besar pakar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871 ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem pendidikan yang seragam. Pada tahun 1886, ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo yang merupakan pusat pendidikan tertinggi di Jepun. Universiti ini juga berperanan sebagai sekolah latihan dalam perkhidmatan aw am (pentadbiran), pusat pendidikan dan pusat penyelidikan. Sistem pendidikan Jepun menekankan kepatuhan dan penghormatan terhadap Maharaja dan negara (nasionalisme), pendidikan berorientasikan Barat dan pendidikan moral (etika Kung Fu Tze). Proses modenisasi dilaksanakan dalam bidang komunikasi yang meliputi perhubungan dan pengangkutan. Dalam bidang perhubungan, diperkenalkan penggunaan telegraf yang jauh lebih pesat berbanding dengan pembinaan landasan keretapi dan menjelang tahun 1880, hampir semua bandar-bandar besar memiliki sistem perhubungan moden ini. Dalam bidang pengangkutan, diperkenalkan pengangkutan kereta api melalui pembinaan landasan-landasan kereta apt untuk mengangkut penumpang dan barangan ekonomi. Menjelang tahun 1881,Jepun sudah memiliki landasan kereta api sepanjang 26 batu, dan landasan kereta api antara Kyoto-Otsu (1880) dibina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Ini membuktikan dari segi komunikasi, ianya sudah mencapai taraf atau melebihi taraf sebuah negara Barat.

Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu seni lukis, seni muzik, seni drama dan lain-lain. Seni lukis tradisional Jepun dipulihkan dan diperbaharui; lukisan minyak menjadi semakin terkenal dan lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati pelukis-pelukis Jepun. Seni muzik gaya Barat iaitu instrumental dan vokal menjadi semakin terkenal; piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik; dan tarian-tarian Barat antaranya tarian ballroom. Alat-alat muzik tradisional antaranya shakuhachi, koto dan samisen dan gaya muzik tradisional Jepun iaitu gagaku telah dihidupkan semula dengan gabungan antara seni muzik tradisional dengan Barat. Mengenai seni drama, kabuki zaman Edo yang diminati oleh golongan saudagar-saudagar (kelas terendah struktur sosial) telah mengalami perubahan penting dan seni drama ini mendapat penghormatan sosial yang tinggi di zaman Meiji. Drama Kabuki mengalami perubahan-perubahan lain dalam bentuk peralatan dan muzik, struktur panggung dan teknik penggunaan lampu. Selain itu diperkenalkan pementasan sandiwara gaya Barat iaitu Shingeki. Seiring dengan perkembangan Kabuki, industri perfileman berkembang pesat dengan filem-filem bisu di peringkat awal. Industri perfileman mencapai kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, 'prop' dan sebagainya.

Dalam bidang kesusasteraan, berlaku beberapa perubahan dan pengenalan kepada beberapa aliran kesusasteraan baru. Di peringkat awal Pemulihan Meiji, minat terhadap kesusasteraan Barat semakin meningkat sehingga mendorong kepada penterjemahan karya-karya Barat termasuk terjemahan berbentuk biografi tokoh-tokoh Barat seperti Homer, Shakespeare, Voltaire, Rousseau dan lain-lain. Antara karya yang diterjemahkan lalah Pilgrim's Progress, The Bible (Old Testament) dan Social Contract. Melalui karya-karya terjemahan mi, masyarakat Jepun terutama golongan elit telah terdedah dengan idea-idea Barat, ilmu pengetahuan dan sains, pemikiran politik, kebudayaan dan sosial, pendidikan dan sebagainya. OdaJunichiro merupakan penterjemah terkenal yang menerima pendidikan dari University of Edinburgh (Scotland). Kegiatan penterjemahan telah membawa kepada perkembangan bentuk kesusasteraan baru yang menggunakan perbendaharaan bahasa Jepun iaitu gembun itchi oleh penulis-penulis novel. Antara tokoh terkenal ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahannya berjudul Rendezvous (1889). Berdasarkan penterjemahan buku-buku Barat, maka bahasa Inggeris merupakan bahasa asing terpenting di zaman Pemulihan Meiji. Tokoh-tokoh kesusasteraan lain yang terkenal ialah Baba Tatsui, Kanagaki Robun, Kawashima Chunosuke, Suyehiro Tetcho, Sudo Nansui, dan lain-lain. Terdapat penulis-penulis Jepun yang mengilhamkan pemikiran politik dan sistem politik Barat antaranya Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. Idea-idea dan pemikiran politik Fukuzawa Yukichi mengenai pemodenan telah menjadi panduan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji. Idea-idea pemikiran dan teori- teori ekonomi yang membawa kepada doktrin laissez-faire (perdagangan bebas) telah dipelopori oleh Taguchi Ukichi, melalui penulisannya berjudul Dasar Ekonomi (Keizai Saku) pada tahun 1882. Di negara Jepun juga, berlaku perkembangan persuratkhabaran. Akhbar harian pertama dalam bahasa Jepun ialah Nisshin Shinjishi (Reliable Daily News). Penerbitan akhbar menggunakan mesin cetak yang diimport dan ini memperkenalkan industri pencetakan di Jepun. Menjelang tahun 1875, terdapat sejumlah lebih 100 jenis surat khabar dan majalah berkala dicetak di Jepun.

Secara umumnya, dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) telah membawa negara Jepun ke arah matlamat sebuah negara perindustrian yang kaya dan memiliki kekuatan angkatan tentera (politik) yang dianggap moden. Pencapaian dalam pelbagai bidang terutamanya melalui hubungan dengan Barat mendorong kepada pemodenan negara Jepun. Natijahnya, ini meletakkan Jepun sebagai negara tunggal di Asia yang muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan, setaraf dan dapat menyaingi kuasa-kuasa Barat.

2.5 Sejarah Ringkas Perkembangan Tamadun IndiaWalaupun tamadun Indus telah lenyap lebih kurang pada tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan lain terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam tamadun Indus digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam. Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan tamadun Indus. Di kawasan Gujarat, perdagangan laut memainkan peranan penting terutama di bandar-bandar iaitu Prabhaspatan, Broach dan Nagara. Ini merupakan rantaian dan kesinambungan kepada perdagangan Gujarat.

Budaya Indus mulai mengalami kemerosotan dan akhirnya kedatangan orang-orang Arya pada tahun 1,500SM telah membawa kemunculan satu peradaban baru di barat laut India. Asal-usul orang-orang Indo Arya dapat dikesan di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong kaum ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagian dari kumpulan yang datang ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan migrasi sampai ke benua kecil India. Kedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan. Walaupun kumpulan Aryadapat mengekalkan beberapa unsur-unsur budaya yang dibawa bersama mereka tetapi pertembungan ini menyebabkan kemunculan satu budaya komposit di kawasan utara India yang dikenali sebagai Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Orang-orang Indo Arya telah mencipta teks-teks agama atau Veda-Veda yang mengandungi mazmur-mazmur agama. Dari Veda-veda mi, terutama Rig Veda yang disusun antaratahun 1,200SM dan 1,000SM, kita dapat menyusun dan mengetahui mengenai semua unsur kehidupan politik, sosial, ekonomi dan agama masyarakat Indo Arya.

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah kula (keluarga) yang diketuai oleh grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam sebuah kampung (grama) yang diketuai olehgramina; beberapa kampung adalah bahagian visya (bandar) yang diketuai oleh visyapati; dan beberapa visya adalah sebahagian danjana yang diketuai oleh raja (rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati oleh mantriparishad (ahli-ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya dikawal oleh pandangan umum dan undang-undang dan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan iaitu sahha (anggota-anggotanya terdiri dari ketua- ketua dan orang-orang kaya raya) dan samriti (perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa raja.

Dari sudut percukaian, cukai ke atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian merupakan aktiviti utama orang-orang Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu barii dan gandum. Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang-orang Indo Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber susu. Terdapat juga orang-orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuattembikar.peminjamwangdanpedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota-kota penting dalam perdagangan luar.

Empayar Maurya

Dengan kemunculan empayar Maurya, latar belakang sejarah menjadi semakin jelas kerana terdapat banyak bukti dari beberapa sumber persejarahan. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai sejumlah besar kawasan di India dan sistem politik mencapai tahap keseragaman.Pengasas empayar Maurya, Chandragupta Maurya telah menggantikan Nanda pada tahun 321SM ketika baginda berusia 25 tahun dan berasal dari puak Moriya. Panduan dan strategi yang diberikan oleh penasihatnya, Kautalya atau Chanakya (seorang Brahmin) telah membantu Chandragupta menjalankan dasar perluasan kuasa dengan menakluki kawasan-kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. Sumber-sumber bertulis Greek menyebutkan tentang peperangan antara Sandracottos (Chandragupta) dengan Seleucus Nikator (pemerintah Greek), kemenangan ke atas kawasan-kawasan Seleucid di Indus pada tahun 303SM, perjanjian yang dibuat antara mereka dan perkahwinan puteri Seleucus dengan Chandragupta. Disebutkan juga tentang duta Seleucus, Megasthenes yang menetap di Pataliputra dan kewujudan jawatankuasa khas bertujuan untuk menjaga kebajikan orang asing.

Pada tahun 297SM, Chandragupta telah memeluk agamaJainisme dan menyerahkan takhta kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar sehingga ke Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya menakluki Kalinga di timur. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahisma (tidak melakukan kekejaman).

Di bawah pemerintahan Asoka, sistem Buddhisme disusun semula semasa Majlis Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250SM. Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang-pengembang agama Buddha ke kawasan lain di India dan ke luar India. Asoka telah menghantar utusan- utusan diplomatik dan agama ke Syria (Antiochus II Theos 260-246SM), Mesir (Ptolemy III Philadelphus, 285-247SM), Macedonia (Antigonus Gonatus, 276- 239SM), Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander). Hubungan dengan dunia luar berkembang sehingga kerajaan dan masyarakat Greek mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehidupan di India. Hubungan erat diadakan dengan kerajaan Seleucid di barat laut dan ini dibuktikan melalui ciri-ciri Persia yang terdapat pada Tiang-tiang Asoka (Asokan Pillars) yang mungkin diukir oleh pengukir dari kawasan barat laut. Idea inskripsi batu mungkin berasal dari Persia. Inskripsi-inskripsi Asoka terdapat di kawasan India Selatan dan baginda mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra dan Keralaputra. Putera Asoka, Mahindra telah melawat Ceylon sebagai pengembang agama Buddhis.

Pemerintahan raja-raja Maurya yang pertama, kedua dan ketiga penting bukan kerana penaklukan tetapi sistem kerajaan yang didirikan. Arthasastra, merupakan teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta) yang memberi panduan kepada pemerintah-pemerintah India.Buddhis dan Jain.

Hubungan India dengan Dunia Luar

Dalam persejarahan India sehingga zaman pertengahan berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan dunia luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula sejak zaman sebelum Masihi di mana pedagang-pedagang India belayar ke lautan Asia Tenggara mencari kekayaan termasuk rempah-rempah, kayu-kayuan, damar, emas dan lain-lainnya. Melalui kaedah arkeologi, carigali di Arikamedu di India Selatan, Oc-eo di Indo China, Kuala Selinsing di Perak menunjukkan kesan-kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara, kawasan India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh masihi. Inskripsi-inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (di selatan Thai) dan Labu Tuwa (Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syankat peniaga-peniaga India di Asia Tenggara.

Unsur-unsur budaya dan tradisi India yang dibawa oleh pedagang- pedagang ke Asia Selatan telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera dan seni rakyat ke rantau ini. Dalam sistem politik Asia Tenggara, unsur-unsur agama Hindu dan Buddha menjadi asas kerohanian bagi institusi kerajaan sehingga pihak pemenntah digelar sebagai devaraja. Pengaruh ajaran Saivisme terlihat pada candi yang mempunyai patung lingo, (lambang aspek kedewaan Siva) manakala pemerintah yang menganuti Vaisnavisme dianggap sebagai inkamasi Dewa Vishnu. Untuk memperkukuhkan dan mengesahkan konsep mengenai pemujaan devaraja, ianya dijalankan oleh pendita-pendita Brahmin atau sami-sami Buddha melalui nyanyian-nyanyian suci berbahasa Sanskrit dan Tamil di istana-istana raja. Nyanyian-nyanyian suci dari Tevaram dan Tiruvacakam masih diamalkan sehingga kini di Thailand semasa upacara pertabalan raja. Manakala, pengaruh agama Buddha dapat dilihat pada candi Borobudur di Pulau Jawa dan candi Angkor Thorn di Kampuchea.

Dalam bidang kesusasteraan Asia Tenggara, pengaruh karya-karya epik Hindu dan cerita-cerita agama Buddha amat penting. Cerita-cerita Ramayana, Mahabharata danJataka menyediakan bahan-bahan penting untuk perkembangan tradisi kesusasteraan yang bercorak lisan dan bertulis. Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia dan Ramakien di Siam menunjukkan kepentingan cerita Sri Rama di kalangan penduduk Asia Tenggara. Cerita-cerita Ramayana dan Mahabharata telah memperkayakan lagi seni pertunjukan pentas seperti wayangkulit.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan bahasa-bahasa di Asia Tenggara diperkayakan melalui proses pinjam meminjam dari banyak perkataan dari bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil. la melibatkan dalam bidang ketatanegaraan, kekeluargaan, perdagangan, pengetahuan, keagamaan, fenomena semula jadi dan sebagainya. Begitu juga dengan Sri Lanka (Ceylon), pengaruh India dapat dilihat pada masa agama Buddha disebarkan pada zaman Asoka dan kemudiannya menjadi agama rasmi, dalam seni bina seperti di Anuradhapura dan Polonnaruva, dalam seni lukis, seni ukir, seni tarian dan seni muzik. Manakala negara China tidak terkecuali dari pengaruh India terutama agama Buddha yang telah menggalakkan pengembara Buddhis Cina seperti Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I Tsing yang melawat India untuk belajar, mengkaji dan mengumpul kitab-kitab Buddhis.