tujuan membaca

5
TUJUAN MEMBACA Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu; 1. Tujuan serta-merta 2. Tujuan lanjut 1. Tujuan Serta-Merta Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan ‘boleh membaca’, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, ‘boleh membaca’ juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru. Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain; untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul. Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan. Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca. Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan. 2. Tujuan Lanjut Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan

Upload: syedshahrulnizar

Post on 01-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Objektif

TRANSCRIPT

TUJUAN MEMBACA

Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu;

1. Tujuan serta-merta

2. Tujuan lanjut

1. Tujuan Serta-Merta

Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.

Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain;

untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul.

Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan.

Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca.

Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

2. Tujuan Lanjut

Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Tujuan lanjut bermatlamat;

Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid dan.

Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.

Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan perbandingan dengan orang lain.

Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.

Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut;

1. Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.

2. Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.

3. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan yang dibacanya.

4. Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi yang dibaca dengan pantas juga.

5. Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.

6. Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan cepat, jelas dan tepat.

7. Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.

8. Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza.

9. Menambahkan ilmu pengetahuan.

10. Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca dengan jujur.

11. Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.

12. Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri sendiri dan masyarakat.

13. Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.

14. Memberi peluang kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.

15. Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi masyarakat sekelilingnya.

16. Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.

17. Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Ciri-ciri yang patut ada pada sebuah alat bantu mengajar;

1. Berfungsi dengan baik untuk membantu para guru mengajar dan para pelajar belajar

2. Berjaya menarik perhatian para pelajar untuk menggunakannya

3. Tidak membahayakan para pelajar; bucu sepatutnya dipotong membulat.

4. Boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar kerana mereka akan bersifat ingin tahu.

5. Mempunyai ciri-ciri fizikal yang sesuai; warna sepatutnya terang, huruf dan gambar perlu besar dan sebagainya

6. Tahan lama dan sentiasa relevant untuk digunakan selagi masih boleh digunakan; pelajar darjah satu tahun 2000 dan 2013 boleh belajar menggunakannya

7. Boleh digunakan oleh ramai pelajar dalam satu masa, sebaiknya sekelas.

8. Mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana oleh guru; saiz sederhana, ringan

9. Mudah dihasilkan oleh guru

10. Tidak menelan belanja yang besar.

Satu tip yang Muja rasa berguna bagi guru yang dalam proses mencari idea membina alat bantu mengajar adalah meletakkan diri dalam situasi para pelajar. Sila tanya diri sendiri, kalaulah aku pelajar;

adakah aku akan faham perkara ini dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku berminat dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku rasa tertanya-tanya atau teruja dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku akan menjaganya dengan baik jika guru membenarkan aku menggunakannya?

adakah alat bantu mengajar ini akan kekal lama, sekurang-kurangnya dua tahun?

Semoga entri ini membantu para bakal guru yang dalam usaha membina alat bantu mengajar yang baik. Semoga alat bantu mengajar yang dihasilkan akan dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Semoga para pelajar kita akan menyukai dan belajar dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar yang kita hasilkan