tugasanbmm3111_2013_v3

5
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: NAMA GURU PELATIH: PISMP TAJUK KURSUS: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu SEMESTER: KOD KURSUS: BMM 3111 06 (Ambilan Januari 2011) TARIKH MULA 14 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 22 OGOS 2013 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa. 2. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu. 3. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa. Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menganalisis teks prosa serta mengenal pasti peribahasa yang berkaitan dengan peristiwa dalam teks. 2. Menjelaskan aspek makna dalam peribahasa Melayu. 3. Menilai aspek makna peribahasa Melayu dengan konteks amalan masyarakat. 4. Mengkaji pembentukan istilah bahasa Melayu melalui penggunaan teks prosa. 5. Menjelaskan aspek-aspek yang mempengaruhi makna dalam tatabahasa dan pembentukan istilah bahasa Melayu

Upload: jus-oren

Post on 30-Nov-2015

112 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasanbmm3111_2013_v3

TRANSCRIPT

Page 1: tugasanbmm3111_2013_v3

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: NAMA GURU PELATIH:

PISMP

TAJUK KURSUS:Semantik dan PeristilahanBahasa Melayu

SEMESTER:

KOD KURSUS: BMM 311106

(Ambilan Januari 2011)

TARIKH MULA 14 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 22 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa.

2. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dansemantik peristilahan Bahasa Melayu.

3. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dantatabahasa.

Objektif Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menganalisis teks prosa serta mengenal pasti peribahasa yang berkaitan dengan peristiwadalam teks.

2. Menjelaskan aspek makna dalam peribahasa Melayu.3. Menilai aspek makna peribahasa Melayu dengan konteks amalan masyarakat.4. Mengkaji pembentukan istilah bahasa Melayu melalui penggunaan teks prosa.5. Menjelaskan aspek-aspek yang mempengaruhi makna dalam tatabahasa dan

pembentukan istilah bahasa Melayu

Page 2: tugasanbmm3111_2013_v3

2

Tugasan Projek

Dalam ilmu linguistik, bidang semantik merupakan satu bidang yang memberi tumpuan kepada

aspek makna yang terkandung dalam setiap kata yang membentuk ayat atau ujaran.

Pendekatan semantik yang digunakan mampu mengukur ketepatan bahasa dari aspek makna.

Masyarakat pengguna bahasa Melayu, khususnya penutur jati bahasa Melayu mengunakan

pelbagai pendekatan dalam menyampaikan makna yang ada kalanya boleh membawa

kekeliruan. Unsur tatabahasa dan peristilahan juga turut menyumbang kepada keadaan ini dan

memerlukan pemahaman dan pengertian dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.

Pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kajian semantik tidak hanya meliputi kajian

tentang makna kata semata-mata tetapi lebih luas pengertiannya.

Berdasarkan penyataan di atas, buat analisis berkaitan:

1. Makna dalam peribahasa Melayu

a) Secara individu, pilih sebuah cerpen, kemudian buat analisis setiap peristiwa

mengikut plot serta mengaitkannya dengan peribahasa Melayu yang wujud dalam

masyarakat berdasarkan jenis-jenis peribahasa seperti berikut:

i. Kiasan

ii. Bidalan

iii. Pepatah

iv. Perbilangan

v. Perumpamaan

vi. Simpulan bahasa

b) Anda perlu menganalisis makna peribahasa tersebut berdasarkan peristiwa

dalam cerpen tersebut dan membuat penilaian dalam konteks realiti amalannya

dalam masyarakat pada hari ini.

c) Huraian yang dibuat perlu mengaplikasikan teori pembuktian bagi mengukuhkan

jawapan anda.

2. Kuiz individu. Anda perlu menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam laman

sesawang http://pengajianmelayuipgkb.edmodo.com

3. Secara berpasangan, pilih salah satu cerpen yang anda kaji, kemudian buat analisis

kandungan teks tersebut dari aspek tatabahasa dan peristilahan bahasa Melayu yang

mempengaruhi makna istilah.

Page 3: tugasanbmm3111_2013_v3

3

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara berpasangan (2) orang atau (3) sekiranya tiadapasangan.

2. Soalan (1) hendaklah dibuat secara individu, manakala soalan (2) dilaksanakan secaraberkumpulan.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

2.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

2.2 Menggunakan fon Arial

2.3 Saiz huruf 12

2.4 Langkau 1.5 baris

2.5 Format penulisan keseluruhan (termasuk Rujukan) hendaklah menggunakanformat APA (American Psychological Association).

2.6 Lampiran boleh disertakan sekiranya berkenaan.

4. Panjang tugasan adalah seperti maklumat berikut:

i. Tugasan 1 (Soalan 1 – Individu) hendaklah ditulis antara 15 antara 20 halaman(setiap individu)

ii. Tugasan 2 (Kumpulan) ditulis antara 10 hingga 15 halaman.

5. Amalan plagiat merupakan kesalahan serius dan akan diambil tindakan tegassekiranya dikesan.

6. Tugasan ini membawa markah 100 peratus; 70 peratus individu dan 30 peratusberkumpulan.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan kandungan yang menyeluruh, konsisten, dan terperinci berdasarkan maklumat

yang betul dan tepat.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a. Peribahasa yang dikemukakan tepat dengan konteks peristiwa dalam teks

cerpen dan meliputi kepelbagaian jenis peribahasa berdasarkan satu periswa.

b. Analisis tentang makna peribahasa secara terperinci, jelas, dan tepat dengan

mengemukakan hujah-hujah serta pandangan yang bernas.

c. Analisis tentang aspek tatabahasa dan pembentukan istilah yang mempengaruhi

makna dijelaskan dengan terperinci dengan mengemukakan contoh-contoh yang

jelas

d. Perkembangan isi yang dihurai adalah tepat dan jelas dengan sokongan sumber-

sumber ilmiah yang relevan.

e. Menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan dalam laman sesawang

http://pengajianmelayuipgkb.edmodo.com

Page 4: tugasanbmm3111_2013_v3

4

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan secara

ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan esei harus menunjukkan kecekapan bahasa, laras, bahasa yang sesuai dan

tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber ilmiah yang tepat dan memenuhi kehendak

tugasan (buku, jurnal, prosiding, bahan bercetak yang lain, dan internet).

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.............................................. ....................................................

(MOHD. ASIF MOHD. ALWI) (ZALEHA BINTI MOHD. NOOR)

Penyelaras Kursus BMM3111 Ketua Jabatan

Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu

Page 5: tugasanbmm3111_2013_v3

5

Spesifikasi Tugasan

TAJUKTUGASAN WAJARAN CATATAN

6. Semantik Teori Pembuktian Keharmonian dan Pembuktian Koheren dalam Pembuktian

8. Peribahasa Bahasa Melayu Makna dalam Peribahasa Asal Makna dalam Peribahasa

14. Aspek Tatabahasa dan SemantikPeristilahan Bahasa Melayu

Penggunaan Kata Dasar, ProsesPengimbuhan, Reduplikasi,Penggabungan,

Peleburan Fonem & Suku Kata,Proses Analogi

Penterjemahan, ParadigmaIstilah, Sinonim, Homonim,Hiponim, Kepoliseman

1. Analisis dan penilaian cerpen –Analisisperibahasa

Membuat analisis setiap peristiwa dalamteks cerpe dengan mengaitkannyadengan pelbagai jenis peribahasa bahasaMelayu

Menjelaskan aspek makna peribahasaserta membuat penilaian dari aspekamalannya dalam masyarakat

Mengaplikasikan teori pembuktiansemantik untuk mengukuhkan hujah

60%

Kriteria penilaian keseluruhan:

Kandungan Perbincangan kritikal dan reflektif Persembahan/pengolahan Organisasi Bahasa Rujukan dan bahan-bahan

sokongan

2. Kuiz atas talian Menjawab soalan-soalan kuiz yang

disediakan dalam laman sesawanghttp://pengajianmelayuipgkb.edmodo.com

10%

Soalan diberikan secaraberperingkat-peringkat dalamtempoh yang ditetapkan mengikuttarikh kerja kursus

Pemarkahan akan dibuat secaraatas talian dalam laman tersebut

Pelajar akan mencetak jawapanyang dibuat setelah markahdiberikan dan dikepilkan bersamadalam tugasan.

3. Analisis teks –Tatabahasa danPembentukan Istilah

Menganalisis tatabahasa dan istilah yangmempengaruhi makna denganmenggunakan teks cerpen sebagaisumber

30%

Analisis perlu memperlihatkanaspek tatabahasa dan semantikperistilahan yang membawakepada perkembangan maknabagi setiap kata/istilahberdasarkan teks cerpen.