tugasan wajib modul 3

11
1 1 PENDAHULUAN Dasar kurikulum sekolah adalah selari dengan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berpaksikan kepada Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya juga selaras dengan moto sekolah ‘Ilmu Suluh Hidup’. Oleh itu, program-program bercorak akademik dan sahsiah sentiasa diutamakan.Kurikulum merupakan teras utama dan nadi kepada sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti dan mampu bersaing di persada dunia. Oleh sebab itu, perhatian yang serius perlu diberikan semasa merancang program kurikulum agar hasrat dan matlamat kementerian dapat direalisasikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Para pendidik sememangnya mempunyai peranan yang cukup banyak khususnya dalam memastikan kejayaan anak-anak didik mereka. Pada umumnya kejayaan para guru ini diukur oleh masyarakat berdasarkan kejayaan para pelajar mereka. Walau pun kita tahu bahawa peranan ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Strategi pengajaran yang sesuai harus diselaraskan dengan motivasi pelajar. Dengan gaya pembelajaran yang selaras dengan motivasi pelajar dapat membolehkan pelajar meneroka potensi dan keupayaan diri pelajar. Oleh yang demikian, gaya pembelajaran yang berkait rapat dalam merangsang motivasi pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik. Dunn dan Dunn (1978), mendapati gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu :- (i) Persekitaran, (ii) Emosional, (iii) Sosiologikal, (iv) Fizikal (v) Psikologikal. Beliau mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan membawa individu mencapai ke tahap yang lebih cemerlang. Menurut Crow dan Crow (1983), darjah pencapaian seseorang pelajar dalam proses pembelajarannya banyak bergantung kepada sikap, minat dan motivasi yang berterusan.

Upload: halin-othman-mjc

Post on 17-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Wajib Modul 3

1

1 PENDAHULUAN

Dasar kurikulum sekolah adalah selari dengan dasar yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia yang berpaksikan kepada Pendidikan Negara iaitu

melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya

juga selaras dengan moto sekolah ‘Ilmu Suluh Hidup’. Oleh itu, program-program

bercorak akademik dan sahsiah sentiasa diutamakan.Kurikulum merupakan teras

utama dan nadi kepada sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti dan

mampu bersaing di persada dunia. Oleh sebab itu, perhatian yang serius perlu

diberikan semasa merancang program kurikulum agar hasrat dan matlamat

kementerian dapat direalisasikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Para

pendidik sememangnya mempunyai peranan yang cukup banyak khususnya dalam

memastikan kejayaan anak-anak didik mereka.

Pada umumnya kejayaan para guru ini diukur oleh masyarakat

berdasarkan kejayaan para pelajar mereka. Walau pun kita tahu bahawa peranan ibu

bapa juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

Strategi pengajaran yang sesuai harus diselaraskan dengan motivasi pelajar. Dengan

gaya pembelajaran yang selaras dengan motivasi pelajar dapat membolehkan pelajar

meneroka potensi dan keupayaan diri pelajar. Oleh yang demikian, gaya pembelajaran

yang berkait rapat dalam merangsang motivasi pelajar dapat meningkatkan pencapaian

akademik. Dunn dan Dunn (1978), mendapati gaya pembelajaran boleh dikategorikan

kepada 5 kategori iaitu :-

(i) Persekitaran,

(ii) Emosional,

(iii) Sosiologikal,

(iv) Fizikal

(v) Psikologikal.

Beliau mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang

disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan

pencapaian akademik seseorang pelajar dan membawa individu mencapai ke tahap

yang lebih cemerlang. Menurut Crow dan Crow (1983), darjah pencapaian seseorang

Page 2: Tugasan Wajib Modul 3

2

pelajar dalam proses pembelajarannya banyak bergantung kepada sikap, minat dan

motivasi yang berterusan.

Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini,

kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang

ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu

utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru

Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau

sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan

ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang.

Justeru , berdasarkan semakan data keputusan peperiksaan awam UPSR

Sekolah Kebangsaaan Sungai Lesong di dapati dalam tempoh tiga tahun iaitu tahun

2011,2012 dan 2013 Gred Purata Sekolah (GPS) telah merundum jatuh berbanding

dengan dua tahun sebelumnya. Kejatuhan GPS ini membuktikan bahawa prestasi

pencapaian akademik murid tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk tahun

2013 berpaksikan kepada penandaarasan pencapaian tertinggi dalam tempoh tiga

tahun. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

2 LATAR BELAKANG MASALAH

Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pencapaian

pelajar. Kejayaan sekolah perlu ditingkatkan walaupun setiap tahun wujud aliran masuk

bagi pelajar tahun satu dan aliran keluar bagi pelajar tahun enam. Maka dalam

pengurusan pencapaian akademik perlu ada satu mekanisme untuk mengesan

pencapaian akademik setiap pelajar sepanjang persekolahan dan potensi pelajar perlu

ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diperkenalkan pada

tahun 1988. UPSR menjadi kayu ukur bagi menentukan tingkat pencapaian salah satu

daripada objektif pendidikan iaitu untuk menyediakan murid-murid sekolah rendah bagi

melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dengan menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira (3M). Ujian Pencapaian Sekolah Rendah juga

Page 3: Tugasan Wajib Modul 3

3

merupakan peperiksaan awam pertama yang ditempuh oleh kanak-kanak ketika berada

pada penghujung Tahun Enam di semua sekolah rendah seluruh negara. Kewajipan

sekolah untuk menyediakan murid dan seterusnya melaksanakan UPSR termaktub

dalam Akta Pendidikan 1996 Bahagian IV Seksyen 19 yang menegaskan setiap

sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya untuk peperiksaan yang ditetapkan

oleh atau di bawah Akta ini (Akta Pendidikan, 1996; Mohd Ismail Othman, 2004).

2.1 PERBANDINGAN PENCAPAIAN UPSR TIGA TAHUN

Keputusan UPSR sememangnya mendapat perhatian daripada

Kementerian Ppendidikan Malaysia , pihak media massa dan ibu bapa.Kepimpinan

pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan sekolah

cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem

pembelajaran. Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling

penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab

terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan

nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam moral guru serta darjah

keprihatinan terhadap masa depan pelajar (Rosemblum dalam Hussein Mahmood,

1993).

Page 4: Tugasan Wajib Modul 3

4

KUANTITI LULUS ABC

TAHUN 2011 2012 2013

BIL. CALON 51 56 60

SUBJEK BIL. % BIL. % BIL. %

BM PEMAHAMAN

51 100 56 100 57 95

BM PENULISAN

51 100 56 100 50 83.3

BAHASA INGGERIS

44 86.3 53 94.6 51 85

MATEMATIK 44 86.3 53 94.6 51 85

SAINS 49 96.1 55 98.2 55 91.7

LULUS ABC 41 80.4 51 91.1 44 73.3

GPS 2.02 1.82 2.35

Perbandingan keputusan Peperiksaan Awam Tiga Tahun

Page 5: Tugasan Wajib Modul 3

5

Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan, Sweeney (1983)

mengenalpasti enam ciri kepimpinan Guru Besar yang tekal kaitannya dengan

keberkesanan sekolah. Ciri-ciri tersebut ialah:

(a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar

dalam bidang akademik.

(b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.

(c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di

sekolah.

(d) Guru Besar menyelaras program pengajaran.

(e) Guru Besar kerap menilai pencapaian akademik para pelajarnya.

Keputusan UPSR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi

Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana

calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang

diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di sekolah ialah

Gred Purata Sekolah (GPS).

Sehubungan itu, jika dilihat kepada data perbandingan pencapaian UPSR

2011, 2012 dan 2013 Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong maka gambaran yang jelas

terpapar bahawa dalam tempoh tiga tahun terbukti tahun 2013 pencapaian GPS

sekolah dalam UPSR hanya mencapai 2.35. Penurunan sebanyak 0.53 dibezakan

dengan GPS 2012 yang terbaik sepanjang tiga tahun. Tidak ada seorang pun yang

mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2013, murid yang di target tidak dapat mencapai

sasaran.

Secara keseluruhannya peratus kelulusan pelajar mengalami penurunan

berbanding tahun 2012. Pada tahun 2012 seramai 51 calon lulus kuantiti mewakili

91.1 peratus tetapi tahun 2013 hanya 44 calon yang lulus mewakili 73.3 peratus

sahaja. Data ini amat membimbangkan pemimpin intraksional sekolah bagi menghadapi

UPSR 2014. Suatu tindakan yang difikirkan wajar perlu dilaksanakan demi

kelangsungan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong. UPSR

Page 6: Tugasan Wajib Modul 3

6

dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat

menguasai tiga kemahiran yang telah dinyatakan dan ditambah dengan penguasaan

kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah

rendah. Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk

membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang.

Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai

pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman juga

menunjukkan penurunan iaitu 100 peratus (2012) berbanding 95 peratus (2013), dan

Bahasa Melayu Penulisan sebanyak 100 peratus tahun (2012) berbanding 83.3

peratus (2013). Tidak ada satu pun mata pelajaran pada tahun 2013 yang menunjukkan

peningkatan berbanding 2012. Bahasa Inggeris 94.6 peratus (2012) tapi 2013 hanya

85 peratus. Manakala Matematik (2013) 85 peratus dan Sains (2013) 91.7 peratus.

TAHUN 2012 2013PERBEZAAN PENURUNAN

SUBJEK % % %BM

PEMAHAMAN100 95 5

BM PENULISAN

100 83.3 16.7

BAHASA INGGERIS

94.6 85 9.6

MATEMATIK 94.6 85 9.6

SAINS 98.2 91.7 6.5

LULUS ABC 91.1 73.3 17.8

GPS 1.82 2.35 -0.53

Jadual Perbezaan Peratus Pencapaian UPSR

Perbezaan pencapai tertinggi dalam tempoh tiga tahun dapat dilihat

dengan lebih jelas dalam bentuk peratus seperti jadual di atas. Sekolah Kebangsaaan

Page 7: Tugasan Wajib Modul 3

7

Sungai Lesong juga telah mencatatkan pencapaian GPS 2.35 bagi 2013 berbandingan

1.82 tahun 2012, penurunan sebanyak -0.53 mata berbanding tahun 2012. Data

peperiksaan awam ini menunjukkan dengan jelas bahawa pencapaian akademik

menurun.

Justeru , sebagai pemimpin interaksional perlu melakukuan sesuatu tindakan

untuk memastikan kecemerlangan sekolah terus dipacu dan usaha-usaha

meningkatkan pencapaian akademik pelajar menjadi fokus penting bagi setiap warga

sekolah rendah kerana pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dapat

dijadikan satu pengukuran kepada komitmen dan daya usaha organisasi dalaman

terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar dari pandangan kaca mata organisasi

luaran.

3. CADANGAN PENYELESAIAN

Faktor menentukan kejayaan sekolah apabila sekolah yang mendapat

ranking dan band yang baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Program

Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP). Melalui program ini, prestasi sekolah diukur

melalui Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan skor penarafan

kendiri sekolah menggunakan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) .

Majlis Jawatankuasa Kurikulum Negeri (MJKN) Bil. 3/2013 telah menetapkan

sasaran pencapaian GPS bagi daerah Batang Padang untuk UPSR 2014 sebanyak

2.25. Sehubungan itu, bersandarkan kepada TOV tahun 5 (2013) seperti jadual

dibawah maka sudah pasti satu program yang mempunyai impak yang besar kepada

peningkatan akademik murid tahun enam (2014) yang seramai 55 orang pelajar perlu

dilaksanakan bagi mencapai hasrat keputusan MJKN Bil. 3/2013.

Page 8: Tugasan Wajib Modul 3

8

Jadual : TOV Tahun 5 (2013)

MATA PELAJARAN

BIL.

CAL

ON

A B C D E

BIL. % BIL. % BIL. % BIL. % BIL. %

Bahasa Melayu

(K)55 0 0 33 60 13 23.6 1 1.8 1 1.8

Bahasa Melayu

(P)55 0 0 29 52.7 12 21.8 2 3.6 1 1.8

Bahasa Inggeris 55 0 0 14 25.5 28 50.9 12 21.8 2 3.6

Matematik 55 0 0 4 7.3 23 41.8 23 41.8 3 5.5

Sains 55 0 0 12 21.8 28 50.9 11 0.2 1 1.8

Selain itu, GPS bagi semua sekolah di daerah Batang Padang untuk UPSR 2014

telah ditetapkan oleh Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah

menetapkan GPS daerah sebanyak 2.11. Maka bagi mencapai ketetapan GPS daerah,

Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong telah diminta oleh Unit Akademik Pejabat

Pendidikan Daerah Batang Batang untuk mencapai Sasaran Pencapaian Gred Purata

Mata Pelajaran dan Gred Purata Sekolah 2014 seperti Jadual di bawah:

SASARAN PENCAPAIAN GPMP DAN GPS SEKOLAH UPSR 2014

Page 9: Tugasan Wajib Modul 3

9

KOD SEKOLAH ABA 0015

NAMA SEKOLAH SK SUNGAI LESONG

TARGET GPS 2.05

BIL.MATA

PELAJARAN

BIL.

MURIDA B C D E GPMP

1Bahasa Melayu

(K)55 30 18 7 0 0 1.58

2Bahasa Melayu

(P)55 23 25 7 0 0 1.71

3 Bahasa Inggeris 55 10 13 29 3 0 2.45

4 Matematik 55 10 21 21 3 0 2.31

5 Sains 55 10 25 20 0 0 2.18

JUMLAH MURID 275 83 102 84 6 0 2.05

SASARAN GPS SEKOLAH UPSR 2014 2.05

Jadual Sasaran GPS Sekolah UPSR 2014

Setelah meneliti kepada perbandingan pencapaian peperiksaan awam UPSR selama tiga tahun serta TOV yang telah diperolehi oleh pelajar semasa tahun lima (2013) maka suatu program yang mempunyai impak kepada peningkatan prestasi

Page 10: Tugasan Wajib Modul 3

10

akademik Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong perlu dilaksanakan bagi mencapai Sasaran Pencapaian GPS yang telah ditetapkan oleh Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. Adalah menjadi hasrat pemimpin intraksional sekolah untuk melihat kejayaan mampu dicapai bagi tahun 2014 dengan kerjasama dan sokongan yang padu oleh semua guru sekolah, ibu bapa, PIBG, komuniti setempat dan pelajar-pelajar tahun enam (2014) sendiri. Maka dalam pengurusan pencapaian akademik perlu ada satu mekanisme untuk meningkatkan pencapaian akademik setiap pelajar sepanjang persekolahan dan potensi pelajar perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa dan program yang dipilih untuk dilaksanakan ialah “Kilauan Buku Graf Pestasi UPSR 2014”.

4. IMPLIKASIPerubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai

faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan. Perubahan juga adalah berbentuk kompleks di mana perubahan itu dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi. Evolusi ialah proses perubahan yang berlaku secara perlahan tetapi dalam jangka masa yang panjang atau lama manakala Revolusi pula ialah proses perubahan yang berlaku secara drastik dan pantas. Proses revolusi akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

4.1 FAKTOR GURU

Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Berikut disenaraikan juga aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia. Maka terdapat beberapa elemen ini sewajarnya dijadikan garis panduan utama semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Antara elemen tersebut adalah profesionalisme, integriti, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.

4.2 FAKTOR MURID

Di dalam sekolah dan di dalam setiap bilik darjah, masalah disiplin memang berlaku, tidak kira apa jenis kepimpinan guru atau apa jenis disiplin yang wujud, termasuk disiplin arahan diri. Ini adalah kerana murid-murid terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza-beza. Perkembangan masyarakat dengan pelbagai

Page 11: Tugasan Wajib Modul 3

11

pengaruh yang kurang sihat di alam sekitar, masalah-masalah disiplin sekolah masa kini telah bertambah rumit dan kompleks.

4.3 FAKTOR IBU BAPA

Kurangnya sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang kepada kegagalan dari segi pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan gejala luar yang semakin mencabar pada masa kini. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang terdekat kepada anak-anak dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Kegagalan ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian anak-anak mereka malah mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara terancang dan tanpa disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini kepada pihak lain akan menyebabkan ibu bapa secara tidak langsung mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka.

5 RUMUSAN

Kejayaan dalam akademik dan UPSR bukan hanya bergantung kepada usaha guru sahaja bahkan melibatkan factor murid , ibu bapa dan juga persekitaran. Namun walau apa pun halangan usah gigih guru di sekolah perlu untuk memertabatkan maruah sekolah sewaktu keputusan UPSR diumumkan.