tugasan tokoh moral elm3104

Upload: haslida-johari

Post on 03-Jun-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    1/11

    PENGENALAN

    Ibu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap keluarga.

    Kebanyakan anak berasa sungguh bahagia kerana mempunyai ibu yang prihatin dan

    penyayang. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kasih sayang ibu terhadap anak amat

    penting sekali.

    Sebenarnya, nilai kasih sayang seseorang ibu tidak dapat diukur dengan wang

    ringgit. Ibu yang peka dan penyayang akan senantiasa mengambil berat dan menjaga

    hal-ehwal kebajikan anak dengan sempurna, mendorong anak agar berjaya dengan

    cemerlang dalam pelajaran di samping mengutamakan aspek kesihatan dan minat

    anak-anak. Lumrahnya, ibu sanggup berkorban untuk kepentingan masa depan anak

    supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.

    Sebaliknya, jika seseorang ibu tidak bersifat penyayang dan kurang

    bertanggungjawab maka masa depan anak-anak akan menjadi gelap-gelita. Anak yang

    kekurangan perhatian dan kasih sayang seringkali didapati emosi mereka mudah

    terganggu sekali gus mendorong mereka mencari jalan keluar dan mudah bergaul

    dengan rakan sebaya yang bebas dan liar. Akibatnya, masa depan anak-anak akantergugat sekiranya mereka terjerumus ke lembah dadah, jenayah dan maksiat.

    Dalam kehidupan yang penuh dengan kemodenan ini, pasti terdapat pelbagai

    pihak yang tidak puas hati dengan apa yang diperolehnya yang boleh membawa

    kepada perlakuan perkara-perkara yang tidak baik. Institusi kekeluargaan yang

    merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam kehidupan seseorang individu perlu

    memainkan peranan yang penting bagi memastikan isu-isu moral dapat dibendung

    dengan segera. Hal ini kerana keluarga bukan sahaja bertanggungjawab dalam

    menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga

    bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak melalui keteladanan keluarga.

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    2/11

    Malangnya, pada alaf moden ini, terdapat segelintir anak yang sudah dewasa

    dan berjaya mudah bersikap bagai kacang lupakan kulit. Mereka sanggup

    membiarkan kehidupan ibu yang pernah membesarkan mereka di desa pedalaman

    dalam keadaan yang tidak terurus, hidup melarat dan kesepian tanpa anak cucu di

    sisinya. Oleh itu, pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun, tarikh keramat itu dipilih

    semata-mata untuk anak-anak meraikan ibu yang tercinta bersempena dengan Hari Ibu

    di seluruh negara. Pada hari tersebut, jasa bakti dan iltizam ibu selama ini diperkatakan,

    dikenang dan dihargai.

    Dalam esei ini, saya akan bercerita mengenai tokoh moral keluarga saya dari

    segi sumbangan beliau dalam membentuk moral dan juga model tokoh keluarga.

    Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan

    buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang

    berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Oleh itu, tokoh moral dan juga model tokoh

    keluarga merupakan individu yang mempunyai ketokohan dalam membentuk

    keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan perangai yang baik.

    Kesimpulannya, kasih sayang ibu akan senantiasa kekal dan berada di sisi anak-

    anak selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, syurga anak di hujung telapak kaki

    ibu.

    TOKOH MORAL KELUARGA

    Tokoh moral yang di pilih dari kalangan keluarga terdekat ialah ibu kandung saya

    sendiri. Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik

    kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan

    tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Zainab Binti Mat Rani yang memegang kad

    pengenalan bernombor 550519065182. Kini beliau berumur 59 tahun.

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    3/11

    Ibu saya telah dilahirkan pada 19 Mei 1955 di sebuah perkampungan kecil di

    Kampung Pelindung, Beserah, Kuantan Pahang. Beliau telah dilahirkan dalam

    keluarga yang sederhana. Bapanya merupakan seorang nelayan dan manakala ibunya

    pula adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa. Ibu saya merupakan anak yang

    keempat daripada empat belas orang adik beradik. Sebagai seorang anak nelayan, ibu

    saya telah diasuh untuk hidup berdikari dalam menguruskan hal ehwal keluarga.

    Memandangkan ibu saya dilahirkan dalam keluarga yang agak susah, maka

    tahap pendidikan ibu saya hanya setakat darjah enam sahaja. Selepas tamat

    persekolahan, ibu saya mencari rezeki membantu keluarga dengan cara menorah

    getah.

    Ibu saya telah bertemu jodoh dengan allahyarham ayahanda saya ketika beliau

    berusia lapan belas tahun. Hasil perkongsian hidup beliau dikurniakan anak seramai

    empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. Anak yang sulung bernama Afzainizam

    Bin Johari. Kini telah berusia 40 tahun dan telah berkahwin dengan seorang jururawat

    di Hospital Temerloh. Mereka telah dikurniakan lima orang anak. Anak sulung beliau

    bekerja sebagai Penolong Pegawai Tanah di Raub Pahang. Anak kedua beliau pula

    bernama Norhaslida binti Johari. Kini anak kedua beliau telah berusia 35 tahun dan

    bekerja sebagai seorang guru di daerah Muar. Anak kedua beliau telah berkahwin dan

    menetap di Muar Johor. Manakala anak yang ketiga pula, pemegang ijazah Bach of

    Science and Geomatics tahun 2009 tinggal di Labuan bersama suami dan dua orang

    anak. Nama anak yang ketiga ialah Norsyazila Binti Johari dan kini berusia 29 tahun.

    Dan anak yang bongsu pula bernama Afdlin Firdaus Bin Johari.dan sedang menuntut di

    semester akhir di POLISAS dalam jurusan Ukur Tanah.

    Ibu saya telah melayan ayahanda saya dengan baik ketika hayat ayahanda saya

    masih ada. Setiap petang, ibu saya tidak akan lupa untuk menyediakan kudapan

    petang selepas ayahanda saya pulang dari tempat kerjanya walaupun dengan hanya

    segelas kopi sahaja. Takdir Allah menentukan bahtera kehidupan mereka hanya

    setakat dua puluh enam tahun sahaja, apabila ayahanda saya pergi selama-lamanya

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    4/11

    menyahut seruan ilahi. Ketika itu, saya sedang menuntut di Maktab Perguruan Batu

    Pahat di semester 4 manakala adik yang bongsu masih kecil dan belum bersekolah

    ketika itu. Ibu saya amat tabah menhadapi ujian ini dan ia memberikan motivasi kepada

    saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi menjadi seorang guru seperti yang

    diidamkan oleh arwah ayahanda saya.

    Selepas kematian ayahanda, tinggallah ibu saya berseorangan mengendalikan

    kehidupan kami sekeluarga. Dialah ayah dan dialah ibu bagi kami adik beradik. Beliau

    amat mementingkan pelajaran anak-anaknya.Beliau menguruskan dua orang adik saya

    yang masih bersekolah ketika itu sehingga mereka akhirnya kini berjaya meraih ijazah

    dan diploma.

    Walaupun hanya sebagai surirumah tangga, kehidupan seharian ibu amat sibuk.

    Jika saya pulang bercuti, pada setiap pagi ibu akan bangun awal untuk menyiapkan

    sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Bahkan hingga sekarang pun

    jika saya pulang bercuti bersama keluarga pada waktu cuti sekolah, beliau suka

    memasak untuk kami dan bersarapan bersama serta melayan karenah cucu-cucunya.

    Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipujiuntuk dianggap sebagai seorang insan yang bermoral. Penyataan ini adalah penting

    dan disokong oleh kebanyakan ahli falsafah moral. Wallace, J.D. (1978) yang banyak

    membincangkan tentang akhlak mulia (virtues) dan kelakuan jahat (vices). Telah

    banyak memberikan bukti bahawa keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat

    penting untuk seseorang manusia serta ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat.

    Beliau dipilih sebagai tokoh moral bagi keluarga saya kerana beliaulah yang

    membentuk keluarga kami untuk menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang

    negatif. Beliau jugalah yang menjadi role-model dalam keluarga kami. Beliau

    bertanggungjawab dalam memberikan didikan kepada saya dan juga adik-beradik yang

    lain serta memberikan asuhan moral yang baik. Walaupun beliau juga sibuk dalam

    urusan rumahtangganya, namun didikan dan asuhan moral terhadap keluarga tidak

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    5/11

    pernah diabaikan. Beliau sentiasa mempunyai masa untuk mendidik kami adik beradik

    dan sentiasa mempunyai lapangan dalam mengawal serta memberikan pendidikan

    moral kepada setiap ahli keluarga dalam usaha pembentukan moral. Bahkan beliau

    juga merupakan seorang prihatin dan bertanggunggawab terhadap jiran tetangga serta

    masyarakat setempat.

    Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh

    memincangkan akahlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada

    faktor persekitaran dan mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri. Sebagai

    tokoh moral dalam keluarga saya, ibu saya sentiasa mengawasi supaya kami tidak

    terlalu terpengaruh dalam unsur-unsur negatif dan tidak baik yang terdapat dalam

    faktor-faktor tersebut. Sebagai contoh, perkembangan dalam tekonologi merupakan

    salah satu faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan moral ahli keluarga.

    Hal ini disebabkan kerana terdapat banyak bahan-bahan sama ada melalui

    media elektronik dan juga media cetak yang dapat memuatkan yang boleh merosakkan

    akhlak. Oleh sebab itu, ibu saya sentiasa memantau bahan-bahan bacaan yang kami

    baca dan juga rancangan-rancangan televisyen yang sering kami tontoni. Hal ini bagi

    memastikan kami tidak terlalu terpengaruh dengan dengan bahan-bahan hiburan yang

    merosakkan akhlak. Tambahan pula, kami juga diberikan penjelasan mengapa ada

    sesetengah perkara tidak dapat kami ikuti dan dijadikan amalan dalam kehidupan

    harian. Kami juga diberikan penjelasan akan akibat yang bakal kami perolehi jika

    menjadikan perkara-perkara negatif itu sebagai amalan hidup kami.

    Segala pengawasan yang telah diberikan oleh ibu saya sejak kami kecil haruslah

    dicontohi oleh semua ibu bapa.Hal ini adalah disebabkan anak-anak lebih mempercayai

    dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan

    antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan

    rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga

    akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Teringat pula saya

    pada satu kejadian dimana abang saya dek terpengaruh dengan rakan sebayanya

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    6/11

    untuk mengisap rokok, ibu saya telah memarahi dan menasihatinya. Sehingga kini,

    abang saya mengingati peristiwa tersebut dan sejak itu tidak lagi menghisap rokok.

    Untuk menangani hal tersebut, ibu saya telah mengenali latar belakang setiap

    rakan sebaya kami adik beradik dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada

    kami pada setiap masa. Dalam hal ini, saya menyedari bahawa ibu bapa perlu

    memainkan peranan untuk bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum

    kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh

    memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Ibu saya telah

    mengawasi perkembangan dan pergaulan kami adik beradik dengan rakan sebaya

    bagi memastikan kami cemerlang dalam pelajaran seterusnya menempa kejayaan

    dalam setiap bidang yang kami ceburi.

    Selain itu, ibu saya juga sentiasa menerapakan kemahiran berkomunikasi yang

    sangat baik dalam menasihati kami adik beradik. Komunikasi yang kurang lancar dapat

    menimbulkan ketegangan dalam keluarga kami. Oleh itu, ibu saya telah menggunakan

    kemahiran komunikasi yang baik bagi mengelakkan kegagalan berkomunikasi yang

    mungkin akan menyekat pembentukan moral dalam sesebuah keluarga. Ibu saya juga

    telah menyediakan suasana yang harmonis dalam keluarga kami. Sebagi contoh beliau

    telah menegur kami jika kami melakukan perbuatan yang kurang baik dengan nada

    yang sopan dan tidak menggunakan kekerasan. Hal ini dapat merubah diri anak kepada

    yang lebih baik. Kekerasan hanya akan menyebabkan suasana di rumah tidak aman

    dan akan menjejaskan ketenteramn jiwa anak-anak.

    Bukan itu sahaja, ibu saya juga memastikan setiap anaknya mendapat didikan

    agama yang cukup sejak dari kecil lagi. Beliaulah yang bertanggungjawab menghantar

    kami untuk pergi mengaji pada setiap hari untuk berguru dengan guru yang lebih pakar.

    Kami juga dihantar ke sekolah agama dan mendapat didikan secara formal

    sehingga ke darjah 6 ( di Pahang ). Hal ini bagi memastikan kami mendapat didikan

    agama yang cukup dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian kami.

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    7/11

    Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata

    pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu

    bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral

    yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang

    berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk.

    Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami

    peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu

    bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk

    memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

    Selanjutnya, antara peranan penting yang telah dijalankan oleh ibu saya sebagai

    tokoh moral keluarga ialah dalam aspek pembinaan iklim keluarga yang harmoni.

    Dalam hal ini, untuk membantu anak-anaknya mencapai kejayaan yang cemerlang

    dalam hidup, Selain itu, ibu menerapkan sikap saling memahami dan berkasih sayang

    antara satu sama lain bagi menjamin anak-anaknya hidup bahagia dan harmoni.

    Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-

    anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa

    yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan

    pelajaran anak-anak. Dengan wujudnya iklim yang selesa, sudah pasti kami adik

    beradik dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana

    mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat.

    Ibu saya juga menggalakkan anak-anaknya membaca untuk mencapai

    kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, tidak hairanlah kerana kami telah ditanamkan

    dengan sikap suka membaca sejak kecil lagi. Menurut beliau juga, kami harusmempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam

    kehidupan kami sehingga kami berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

    dalam pelajaran di samping memiliki nilai moral yang tinggi dalam diri masing-masing.

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    8/11

    Selebihnya, ibu saya juga merupakan seorang tokoh moral keluarga yang

    berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak

    mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia

    setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang

    lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua

    memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak

    kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak

    ke nasi . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal.

    Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah

    pembentukan akhlak anak-anak. Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu

    bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng

    arang atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan

    penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

    Seterusnya budaya berterima kasih juga telah diajarkan kepada kami sejak kecil

    supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima

    bantuan. Pada pandangan saya, ibu saya juga telah melatih kami bekerjasama dalam

    melakukan sesuatu perkara dan kerja rumah agar kami membesar dalam suasana yang

    saling bekerjasama. Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila kami sudah

    dewasa dan akan menerapkannya dalam keluarga sendiri. Dengan demikian, amalan

    tersebut telah mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga

    seterusnya dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.

    Tidak lupa juga, ibu saya telah mendidik kami cara hidup bersederhana dan

    bertanggungjawab . Bagi beliau, anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti

    membasuh kasut sekolah dan membasuh pinggan yang telah digunakan. Anak-anak

    juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja

    yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang

    sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    9/11

    Manakala sikap bersederhana yang diterapkan oleh ibu dalam diri dapat anak-

    anaknya dapat menjadi kami insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros

    dalam berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana

    akan membesar sebagai seorang yang sederhana sikapnya dan tidak berlebihan dalam

    sesuatu perkara. Selain itu, kami di latih melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan

    tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa

    depan yang berpandangan jauh. Oleh itu, saya amat berbangga dengan tindakan

    terpuji ibu saya itu kerana pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan

    sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan

    bertanggungjawab.

    Keperibadian ibu yang baik serta pergaulan yang mesra di antara jiran juga

    menjadikan beliau seorang yang dihormati di kampung. Ibu memang seorang yang

    ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

    Sikapnya yang peramah dan mudah memaafkan menyebabkan dirinya amat disenangi

    oleh penduduk setempat. Dek kerana sifatnya yang jujur dan amanah, beliau di

    amanahkan oleh jiran setempat untuk memegang wang yang dikumpul antara jiran-jiran

    dalam aktiviti main undi sehingga untuk diserahkan kepada yang berkenaan pada

    bulan tersebut. Beliau juga dilantik sebagai Bendahari Blok 2 di Felda Sungai Panching

    Timur, Kuantan.

    Kesimpulannya, keperibadian mulia adalah penting bagi pembentukan insan

    yang bermoral, dan bagaimana ia dapat membantu seseorang hidup dengan lebih

    bermakna dan bermaruah. Sebagai contoh, kita mendapati bahawa dalam masyarakat

    kita, terdapat manusia yang mempunyai wajah yang cantik atau kacak, berpakaian

    kemas dan bersih, berkelakuan baik, dan bersopan di depan orang, sebaliknya di

    belakang orang, dia sangat jahat pandai sabotaj kerja dan memburuk-burukkan nama

    orang lain serta melakukan sesuatu yang kadang-kadang kita tidak boleh percayai.

    Fenomena ini jelas dilihat dalam arena politik atau bidang perniagaan. Konspirasi

    politik, persaingan bisnes yang tidak sihat, jenayah kolar putih, serta cemburu-

    mencemburui antara satu sama lain dalam pejabat dan sebagainya adalah wujud akibat

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    10/11

    sikap manusia yang telah mengabaikan keperibadian mulia. Sebagai kesimpulannya,

    seseorang individu yang mempunyai peribadi mulia tetap akan memanfaatkan diri

    sendiri dan orang-orang di sekelilingnya. Hanya dengan peraturan masyarakat, kita

    tidak akan dapat hidup dalam satu keadaan dan suasana masyarakat yang selesa dan

    sempurna. Kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli masyarakat amat bergantung kepada

    keperibadian mulia yang sepatutnya dimiliki oleh semua insan dalam dunia ini.

    KELUARGA BAHAGIA KAMI

  • 8/12/2019 Tugasan Tokoh Moral Elm3104

    11/11