tugasan teori komunikasi

Upload: mazni-bali

Post on 04-Jun-2018

284 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    1/16

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Objektif

    1.3 Kaedah

    1.4 Batasan

    1.5 Definisi

    2.0 PERANAN MEDIA MASSA

    2.1 Mengawasi (Surveillance)

    2.2 Menginterpretasi

    2.3 Menghubung (Linkage)

    2.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai

    2.5 Menghibur (Entertainment)

    2.6 Membujuk

    2.7 Mempengaruhi

    3.0 KESIMPULAN

    4.0 BIBLIOGRAFI

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    2/16

    1.0 PENDAHULUAN

    Media Massa sering dikaitkan dengan media cetak dan elektronik

    seperti akhbar, majalah, radio, Televisyen, Web dan WebTV.

    Negara kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan

    media cetak yang semakin meningkat saban tahun walaupun

    jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh

    mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan

    mencari informasi sudah mula kelihatan. Begitu juga dengan

    peningkatkan penggunaan radio, televisyen mahupun internet.

    Fenomena ini menunjukkan bahawa media massa di negara ini

    memiliki peranan-peranan penting dalam pembangunan danmemepengaruhi perlakuan khalayak, khsusnya di negara

    membangun seperti Malaysia.

    Sumbangan utama media massa di negara ini ialah sebagai

    sumber maklumat kepada masyarakat kita. Saban hari kita dapat

    menerima semua berita atau maklumat mutakhir, ini menjadikan

    masyarakat kita mengetahui semua perkara yang berlaku, sedang,

    dan bakal terjadi di negara ini. Selain itu media massa juga

    berperanan untuk mengawasi, menginterpretasi, menghibur,

    membujuk, menghubung, menyebarkan nilai dan mempengaruhi

    tindakan kolektif.

    Media massa di negara ini memang mempunyai peranan yang

    penting dalam memastikan negara terus mampu membangun dan

    bersaing dengan negara lain. Ia juga dapat melahirkan masyarat

    yang bermaklumat dan berpengetahuan dari pelbagai aspek.

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    3/16

    1.2 Objektif

    Kertas kerja ini dihasilkan bagi membentangkan dengan terperinci

    peranan media massa dalam :

    i. Pembangunan negara

    ii. Mempengaruhi perlakuan khalayak

    1.3 Kaedah

    Dalam menghasilkan tugasan ini, saya memperolehi

    maklumat dari internet dengan merujuk beberapa laman web

    berkaitan. Selain itu, saya juga merujuk beberapa buah buku yang

    dari perpustakaan.

    .

    1.4 Batasan

    Skop kajian atau ruanglingkup penulisan saya untuk kertas kerja ini

    adalah memfokaskan kepada peranan penting media massa dalam

    pembangunan dan keupayaan mempengaruhi perlakuan khalayak

    khususnya di Negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    4/16

    1.5 Definisi Teori

    Teori Komunikasi Massa

    Secara umumnya komunikasi massa melibatkan proses perkongsianmaklumat dari sumber menerusi penggunaan media yang ditujukan

    kepada khalayak yang ramai. Komunikasi massa dianggap berbeza dari

    bentuk komunikasi yang lain kerana melibatkan gabungan insan, mesej,

    saluran tertentu, gangguan, maklumbalas, konteks dan juga kesan

    tertentu.

    Menurut Dominick (2002), Komunikasi massa adalah proses mentransmisi

    mesej oleh sesebuah institusi yang kompleks kepada khalayak yang

    ramai dan heterogeneous dari pelbagai lokasi.

    Gamble & Gamble (2002) pula mendefinisikan komunikasi massa sebagai

    proses mentransmisi mesej yang diproses oleh pengampang (gatekeeper)

    sebelum disampaikan kepada khalayak yang ramai menerusi saluran

    yang luas mencakupi media cetak, audio atau visual.

    Vivian (2002), berpendapat bahawa komunikasi massa ialah satu proses

    yang melibatkan kelompok komunikator (mass communicator) yang

    menyampaikan pelbagai mesej (massmessages) kepada khalayak yang

    besar (mass audience) menerusi perantara media massa (mass media).

    Kesemua komponen definisi tersebut melibatkan kelompok atau

    kumpulan-kumpulan berikut:

    1. Komunikator

    Mereka yang menghasilkan mesej merupakan komunikator massa.

    Penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai individu yang

    menghasilkan kandungan mesej. Di antara komunikator termasuklah

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    5/16

    penulis lirik lagu, penulis skrip, animator, wartawan, penyampai

    rancangan, dan pengamal media.

    2. Mesej

    Mesej merupakan isi kandungan maklumat seperti cerita, cerpen,

    novel, filem, rancangan TV, berita atau lirik lagu, iklan di akhbar, papan

    tanda atau laman web. Mesej dalam komunikasi massa amat

    berstruktur dan diterima oleh khalayak yang ramai.

    3. Media Massa

    Dalam konteks komunikasi massa, mesej ditransmisikan menerusi

    saluran tertentu. Media massa merupakan perantara mekanikal yang

    mengandungi, menyimpan dan mentransmisi mesej. Media massa juga

    mencakupi institusi yang menggunakan perantara tersebut untuk

    menyalurkan mesej. Secara ringkasnya, media massa terdiri dari media

    cetak dan media elektronik yang melibatkan organisasi media, individu

    di dalam industri media, polisi dan teknologi yang terlibat dalam

    distribusi komunikasi massa. Contoh media cetak ialah surat khabar,

    majalah dan buku-buku manakala media elektronik meliputi radio, filem,

    rakaman, televisyen, dan komputer.

    Dengan adanya perantara media, mesej dapat disalurkan

    kepadakhalayak yang meluas. Jarak antara penyampai dan penerima

    maklumat tidak menjadi halangan kerana maklumat boleh disalurkan

    dan juga diperolehi dari media massa dalam jangkamasa tertentu.

    Media massa merupakan pengganda maklumat yang berpotensi

    menyalurkan maklumat. Kemampuannya seolah-olah membentuk

    jaringan maklumat yang dikagumi.

    Media Mass terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

    Jenis Media Contoh-contoh

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    6/16

    Media cetak Buku, majalah, akhbar

    Media penyiaran Radio dan televisyen

    Media digital Komputer, Internet, audio visual

    4. Pengampang

    Pengampang merujuk kepada individu atau kumpulan yang berperanan

    memilih, merubah, menerima atau menolak mesej yang akan

    disalurkan menerusi komunikasi massa.

    1. Khalayak

    Khalayak merujuk kepada pengguna dan penerima mesej menerusi

    media. Khalayak komunikasi massa terdiri daripada berbagai-bagai

    jenis dan ragam individu yang mempunyai kepentingan dan latar

    belakang yang berlainan malah berada di lokasi yang berbeza-beza.

    Saiz khalayak dalam konteks media massa tidak dapat ditentukan

    jumlahnya. Komunikasi yang terjalin menerusi komunikasi massa

    berlaku secara formal manakala jarak di antara sumber dan penerima

    adalah berjauhan dan terdiri dari sesiapa sahaja yang menggunakan

    media sama ada media cetak, media elektronik, media digital ataumedia berbentuk hiburan. Massa atau khalayak di dalam konteks

    komunikasi massa tidak mempunyai penyatuan, atau kepemimpinan

    dan kewujudannya rapuh. Mereka mempunyai kawalan yang amat

    minima atau kadang kala langsung tidak berkemampuan mengawal

    sumber maklumat yang diterimanya. Dalam proses komunikasi massa,

    maklumbalas dari khalayak adalah amat terhad

    Teori Pergantungan (Dependency Theory)

    Teori Pergantungan (Dependency Theory) yang diutarakan oleh Shaw

    dan McCombs, pula melihat bagaimana masyarakat memerlukan media

    massa sehingga mewujudkan keadaan di mana ada orang akan

    merasakan seolah-olah tugas harian merekat tidak lengkap kalau tidak

    dapat membaca akhbar, atau tidak dapat menonton berita di TV. Kita

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    7/16

    sendiri tentu biasa mengalami keadaan ini di mana kita merasakan berita

    yang didapati dari media massa amat penting bagi kita dalam

    menajalankan tugas harian, contohnya keadaan di mana keperluan media

    amat tinggi ialah apabila berlaku bencana atau krisis. Keadaan amat

    memerlukan media massa ini dilihat sebagai pergantungan atau

    dependency.

    Penentuan Agenda

    Perspektif Penentuan Agenda merujuk pandangan bahawa media

    membentuk agenda untuk khalayak. Media menurut perspektif ini

    menganggap bahawa media tidak mungkin mengubah pandangan

    seseorang terhadap sesuatu isu tetapi boleh mengubah persepsi tentangapa yang penting. Media mampu memilih dan mendapatkan perhatian

    khalayak tentang idea, kejadian, tajuk-tajuk berita tertentu atau tentang

    seseorang. Contoh: Sekumpulan lima orang pelajar ditahan kerana

    berkelakuan kasar dan mencederakan guru. Hanya Salman yang

    diberitakan di muka hadapan akhbar tempatan. Media di dalam konteks ini

    menentukan agenda untuk menarik kesedaran umum (public

    consciousness). Apa yang tidak diberitakan oleh media kadang kala lebih

    penting dari apa yang disiarkan. Kemungkinan ada di antara maklumat

    penting yang tidak disiarkan. Kemungkinan juga berita tertentu sepatutnya

    dicetak di muka hadapan akhbar dan mendapat liputan dalam berita

    prima/berita utama. Pengampang (gatekeeper) media menjalankan

    peranannya menentukan berita yang mana harus diberi keutamaan dalam

    media.

    Konsep yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1947 ini

    menghuraikan peranan pengampang (individu atau kumpulan) yang

    memilih dan menentukan berita yang melepasi aliran kawalan maklumat

    sebelum sampai kepada khalayak. Mereka ini terdiri daripada editor

    majalah, akhbar, penerbit radio dan televisyen, pengiklan, kumpulan

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    8/16

    politik dan pemilik stesen yang mempunyai pengaruh menentukan

    maklumat yang disampaikan kepada khalayak. Kumpulan atau individu

    yang berperanan sebagai pengampang bukan hanya menyaring

    maklumat dan kandungan malahan juga menentukan sumber maklumat.

    Kumpulan editor, penulis skrip, penerbit atau mereka di bahagian

    pemilihan program menentukan apa dan siapa yang harus dipaparkan

    dalam berita atau siapa yang boleh dijadikan sebagai pakar yang dijemput

    untuk satu-satu segmen rancangan televisyen.

    Analisis Penyuburan (Cult ivat ion A nalysis)

    Perspektif analisis Penyuburan yang diperkenalkan oleh George Gerbner

    dan rakanrakannya dari University of Pennsylvania menyatakan bahawa

    media televisyen mempromosi worldview yang tidak tepat tetapi khalayak

    menganggap serta menerimanya sebagai realiti kehidupan. Persepsi

    tentang realiti hidup dianggap serupa dengan apa yang digambarkan

    melalui program yang disiarkan di televisyen. Analisis penyuburan ini

    memfokus kepada kesan perlakuan dan pandangan khalayak

    berdasarkan pendedahan yang begitu lama. Cuba bayangkan apa yang

    ditayangkan dalam filem Melayu, Hindustan dan Hollywood yang ditonton.

    Kehidupan yang digambarkan selalunya lebih menarik berbanding

    kehidupan sebenar. Hubungan peribadi yang sebenarnya bukanlah

    seindah yang digambarkan dalam filem. Namun apa yang ditonton di

    televisyen dipercayai akan membentuk perspektif khalayak terhadap apa

    yang berlaku secara kumulatif apabila khalayak terus menonton

    televisyen. Dengan kata lain, semakin lama seseorang itu menonton

    televisyen maka semakin cenderung ia mempercayai apa yang

    ditontonnya sebagai realiti yang berlaku. Hakikatnya, terdapat hubunganantara imej media dengan pandangan seseorang terhadap realiti

    kehidupan.

    Teori Pilin Kesenyapan

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    9/16

    Teori Pilin Kesenyapan ini utarakan oleh Noelle-Neumann {1974). Teori ini

    menyatakan peranan media ialah membantu pembentukan pendapat

    umum. Media massa dan komunikasi antara perseorangan bertindak

    balas dalam membentuk pendapat umum. Berlaku apabila individu

    mempunyai tanggapan pendapat mereka adalah popular dan menyatakan

    pendapat tersebut menjadi pendapat umum. Teori ini berandaian bahawa

    orang ramai tahu pandangan yang utama dan mereka mengubah

    pandangan mereka mengikut tanggapan mereka berkenaan pandangan

    utama. Apabila individu mempunyai tanggapan bahawa pendapat mereka

    adalah bukan pendapat ramai maka mereka akan berdiam diri. Proses

    berlaku dalam bentuk pilin yang membuat suatu pandangan tentang isu

    lebih utama berbanding pandangan sebaliknya. Pilin kesenyapan dibantu

    oleh media massa kerana isu yang diutarakan oleh media massa adalah

    isu utama.Mereka yang mempunyai pendapat yang berbeda akan

    mendiamkan diri. Bilangan yang berdiam diri di kalangan masyarakat

    akan bertambah hingga wujud pilin kesenyapan

    Pendapat yang dinyatakan adalah pendapat umum manakala pendapat

    yang tidak dinyatakan adalah pendapat peribadi. Mereka yang

    menyokong pandangan majoriti lebih sanggup menyatakan pendapat

    mereka berbanding mereka menyokong pandangan minoriti.

    Kesanggupan menyuarakan pendapat bergantung kepada tanggapan

    tren/perubahan masa depan. Orang ramai lebih sanggup berkongsi

    pendapat dengan orang yang mempunyai pandangan yang sama. Nilai

    kendiri yang rendah membuat seseorang berdiam diri dan tidak

    menyuarakan pendapat. Selalunya orang lelaki dari kumpulan atasan atau

    menengah lebih mudah menyuarakan pendapat. Namun begitu Pilin

    kesenyapan tidak berlaku kalau individu atau kumpuian tidak takut disisih

    walau apapun akibatnya. Media massa dan komunikasi antara

    perseorangan berupaya mempengaruhi kesediaan menyatakan pendapat

    dalam keadaan tertentu

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    10/16

    sahaja

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    11/16

    2.0 Peranan Media Massa

    Menurut Dominick (2002) umpamanya melihat fungsi media massa dari

    perspektif berikut, iaitu ahli masyarakat perlu untuk berkomunikasi untuk

    membentuk hubungan dengan orang lain. Dengan berkembangnya

    masyarakat maka keperluan komunikasi meningkat. Seiringan dengan itu

    juga, masyarakat memerlukan perantara komunikasi yang dapat

    memenuhi pelbagai keperluan.

    Secara umumnya Media Massa memainkan peranan penting

    dalampembangunan dan berupaya mempengaruhi perlakuaan khalayak.

    Antara peranan tersebut ialah:

    2.1 Mengawasi (Survei l lance)

    Pengawasan lebih dikenali sebagai pemberitaan dan peranan

    maklumat yang disebar oleh media. Tujuan pengawasan adalah

    untuk:

    (a) Memberi Amaran

    Pengawasan berbentuk amaran digunakan untuk mengingatkan

    khalayak ( masyarakat) terhadap sesuatu kejadian yang

    dijangkakan akan berlaku. Contohnya, apabila media

    memberitahu tentang ancaman seperti bencana alam, gempa

    bumi, banjir kilat, tsunami, pemanasan global, jangkaan

    kemerosotan ekonomi, kenaikan kadar inflasi atau

    peperangan.Peringatan berbentuk amaran ini mengingatkankan

    kepada khalayak tentang sesuatu ancaman yang melanda pada

    sesuatu masa. Televisyen contohnya akan memberhentikan

    siaran untuk menyiarkan berita tentang bencana alam yang

    sedang melanda sesuatu kawasan, atau memberikan amaran

    tentang wabak penyakit, peperangan dan sebagainya.

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    12/16

    (b) Pengawasan Instrumental

    Pengawasan berbentuk instrumental ini membantu masyarakat.

    memperoleh maklumat seperti harga di bursa saham, produk

    baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini bukan

    hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitan-

    penerbitan ringkas dan kandungan media bertujuan menghibur

    seperti majalah teknikal juga menjalankan peranan mengawasi.

    2.2 Menginterpretasi

    Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia

    juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dankesignifikanan sesuatu peristiwa. Pengampang media akan

    menentukan mana berita yang penting yang akan disebarkanmenurut

    kepentingan dan keutamaannya. Bukan semua berita yang diterima

    akandisebarkan di televisyen atau radio.

    Selain dari menyiarkan berita, media jugamenyediakan ruang untuk

    komentar pembacanya. Artikel yang membincangkan implikasi

    sesuatu polisi, kritikan, karikatur juga membentuk interpretasi

    khalayak. Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, khalayak

    memperoleh berbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh

    mereka.Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman editorial

    surat khabar. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan supaya

    pembaca memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu

    pemberitaan. Fungsi ini juga dapat dilihat dalam rencana yang

    menganalisis peristiwa-peristiwa semasa atau polisi kerajaan.

    Kenaikan harga gas danimpak kepada harga makanan juga termasuk

    dalam kategori ini.

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    13/16

    2.3 Menghubung (Linkage)

    Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di

    dalam masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan

    keperluan pembeli dengan produk penjual. Pengundi mengumpul

    maklumat berkenaan wakil rakyat melalui surat khabar, televisyen, radio

    dan laman web. Menerusi rancangan yang disiarkan di media elektronik

    atau di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang sakit dan mangsa

    peperangan dan bencana alam yang memerlukan bantuan ini. Fungsi

    menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan yang

    dilakukan oleh media. Komuniti yang terpisah tetapi berkongsi

    kepentingan bersama juga dapat disatukan oleh media. Era teknologi

    pengkomputeran telah menyediakan perantara perhubungan yang pantas,

    menjangkaui masa dan sempadan khalayak. Pelbagai laman web, news

    groups dan chatrooms di Internet menyediakan wahana dan platform

    untuk berhubungan antara dua atau ramai orang atau membentuk

    komuniti

    maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web

    menghubungkan pelbagai komuniti untuk berkongsi pendapat dan

    pengalaman hidup mereka dengan orang lain yang setara

    permasalahannya. Kadang kala media Internet juga mencipta

    perhubungan dan menyatukan kumpulan sosial yang dulunya tidak

    menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa. Fungsi

    menghubungkan ini juga memperlihatkan kemampuan media

    menyediakan akses kepada masyarakat untuk menyuarakan

    kepentingan mereka.

    Fungsi menghubung ini walau bagaimanapun ada kelemahannya. Ia

    mungkin memberi peluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes

    sehingga membawa kepada berlakunya pemberontakan. Ini boleh

    membawa bahaya kepada masyarakat.

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    14/16

    2.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai

    Proses menyebarkan dan mentransmisi nilai dalam masyarakat ini

    dikenali sebagai proses sosialisasi (socialization). Fungsi

    mensosialisasi merujuk cara individu menerima perlakuan dan nilai

    sesebuah kumpulan. Media massa memaparkan tentang pelbagai

    nilai masyarakat dan amalan mereka yang berbeza-beza. Menerusi

    pemerhatian, pendengaran dan pembacaan, seseorang itu dapat

    mempelajari bagaimana sesebuah masyarakat bertindak dan apakah

    nilai yang dibawa oleh mereka. Kadang kala media sengaja memupuk

    nilai di dalam diri khalayak. Ini dilihat melalui rancangan berbentuk

    nasihat seperti menggunakan topi keledar, kurangkan gula, jaga

    kesihatan dan memelihara harta awam. Di antara perantara media

    yang ada masa kini, yang manakah yang paling berpotensi untuk

    mentransmisi nilai di kalangan masyarakat? Televisyen mempunyai

    potensi besar mensosialisasi masyarakat kerana kemampuannya

    menyampaikan mesej kepada lebih ramai khalayak berbanding media

    yang lain.

    2.5 Menghibur (Enter tainment)

    Fungsi komunikasi massa yang paling adalah untuk menghibur. Filem,

    muzik , berita sukan, rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang

    disiarkan di media memainkan fungsi hiburan kepada khalayak

    dengan kos yang rendah dan murah. Kebanyakan program di

    televisyen bertujuan memberi hiburan kepada khalayak. Khalayak

    menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang,

    mendengar muzik, menyewa video, melihat rancangan komedi di

    televisyen dan melayar internet.

    2.6 Membujuk

    Fungsi membujuk media dapat dilihat melalui cara bagaimana

    pengiklan menarik minat khalayak untuk mengambil tindakan tertentu.

    Media penyiaran umpamanya menayangkan iklan shampoo, alatan

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    15/16

    automobil, kawalan berat badan, promosi jualan mega untuk menarik

    minat khalayak membuat keputusan membeli. Oleh kerana khalayak

    menginterpretasi mesej yang diterima dari media yang ditonton atau

    dibaca, maka mereka tidak terkecuali dari elemen membujuk yang

    terkandung dalam mesej tersebut. Rancangan dokumentari atau

    temubual mempunyai elemen membujuk secara tidak langsung.

    Akhbar menjadikan pakej maklumatnya di bahagian editorial untuk

    mengemukakan pendapat dan membujuk.

    2.7 Mempengaruhi

    Media mampu menyatukan sesebuah komuniti dalam masyarakat

    dengan menyalurkan mesej yang dikongsi. Akhbar yang hanya

    didapati di sebuah bandar tertentu umpamanya membentuk

    pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama dalam komuniti

    di situ. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka

    bertindak terhadap sesuatu isu yang timbul. Dalam keadaan tertentu,

    media membantu mempengaruhi pandangan tentang sesuatu isu.

    Teknologi komunikasi maklumat masa kini merupakan perantara yang

    amat berkuasadalam mengagih dan menyumbang maklumat dengan

    pantas tanpa halangan masa dan tempat. Setiap pengguna yang

    mempunyai akses akan mendapat makluamat dengan cepat. Internet

    merupakan platform yanga berpotensi mempengaruhi pencarian

    maklumat berbanding media cetak. Sepantas kilat sesuatu isu atau

    kejadian yang baru berlaku dipaparkan dan dapat diakses oleh

    khalayak. Badan-badan sosial dan komuniti yang mempunyai akses

    terhadap teknologi pada masa kini menggunakan Internet sebagai

    platform menyuarakan pandangan kolektif komunitinya di samping

    menjadi perantara berkomunikasi.

  • 8/13/2019 TUGASAN TEORI KOMUNIKASI

    16/16

    3.0 KESIMPULAN

    Komunikasi massa sememangnya mempunyai fungsi penting di dalam

    segenap aspek kehidupan individu dan masyarakat. Khalayak sentiasa

    berinteraksi dengan media dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Media

    boleh mengawasi sesuatu yang berlaku di persekitaran dan

    mempengaruhi perlakuan khalayak. Kepelbagaian media massa

    membuka pintu yang luas terhadap dunia dan kehidupan sejagat

    dibandingkan dengan sebelumnya, tetapi Khalayak sebagai pengguna

    media mempunyai pilihan menentukan kegunaan media, memahami

    secara kritikal dan menilai maksud di sebalik kandungan mesej media.