1
SEKAPUR SIREH
Segala puji bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah, berkuasa dan maha
mengasihani hambanya. Dengan izin dan kurniaNya telah menganugerahkan kekuatan
dan kesihatan kepada hambanya untuk menyempurnakan tugasan ini. Dikesempatan ini,
saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih
kepada tutor HBML4303, Encik Khairul Azhar bin Mohd Zahari yang telah memberi
bimbingan, dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tidak lupa sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang
terlibat terutama pihak sekolah, suami tercinta, anak-anak dan rakan seperjuangan.
Tugasan ini kelihatannya agak mudah, namun kekangan masa dan kesukaran
mendapatkan bahan menjadikannya agak mencabar. Ada masanya saya kebuntuan idea
untuk mengolah dan mencari sumber rujukan apatah lagi sebagai seorang pelajar
sambilan Sarjana Muda Pengajaran dan guru sepenuh masa di sekolah, saya dibebani
dengan tugas dan tanggung jawab berganda untuk menguruskan masa untuk
melaksanakan tugasan ini.
Akhir sekali, saya berharap tugasan ini menepati kehendak tutor dan fakulti.
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan segala kekurangan adalah dari
kelemahan saya sendiri. Sesesungguhnya kejayaan seseorang itu di dunia dan akhirat
hanya dengan ilmunya.
ROZITA BAHARUN
70052107545200
2
Isi Kandungan
Bilangan Perkara Halaman
Sekapur sireh 1
Kandungan 2
1. Pendahuluan 3
2. Konsep 5P ( penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, 5pengayaan dan penilaian)
2.1 Penggabungjalinan 6
2.2 Penyerapan 8
2.3 Pengayaan 11
2.4 Pemulihan 12
2.5 Penilaian 12
3. Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) 13
4. Refleksi 17
4.1 kelemahan 18
4.2 Kekuatan 19
4.3 Cadangan 19
5. Penutup 20
6. Rujukan 22
3
1.0 PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui
bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan
informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya
(Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah.
Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan
murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan
kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan
juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek
kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan
untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan
peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam
penguasaan bahasa Melayu.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997)
menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang
pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran;
pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Seseorang
guru perlulah mempunyai daya kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah
aktiviti mengikut tahap dan kesesuaian murid-murid. Ketika melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada
aktiviti yang menggalakkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstektual,
dan pembelajaran secara konstruktivisme dan sebagainya.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas menyenaraikan
matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai
4
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang
berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan
objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur
dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai ketika
berkomunikasi. Untuk menyediakan murid-murid yang cemerlang dan dapat
berkomunikasi dengan baik, guru perlulah merancang dan melaksanakan satu
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh hal yang demikian, guru
perlulah bijak merancang strategi pengajaran.
Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan
perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik
perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk
tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Dalam sesuatu waktu pelajaran,
strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti
penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik
mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik
mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.(Abd.
Aziz Abd.Talib,2000).
Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk
setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran
mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas
mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan
pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu
rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran
dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi
penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain
5
5P
Penggabungjalinan
Penyerapan
PengayaanPemulihan
Penilaian
itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta
dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan
kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
pelajaran dalam kelas bercantum.
Tuntasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.
2.0 KONSEP 5P ( PENGGABUNGJALINAN, PENYERAPAN, PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN PENILAIAN)
Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Konsep 5P ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu yang juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu disampaikan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat
sekolah rendah menekankan kepada konsep 5P ini. Konsep 5P ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun
demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar
6
yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar
yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi,
dan berfikir. (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. 2001).
2.1 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan boleh ditakrifkan sebagai suatu pengolahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan
pengajaran beberapa aspek kemahiran bahasa yang dihimpun dan
diajar serentak dan berkait rapat antara satu dengan lain dalam satu
sesi pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan
beberapa mata pelajaran, aktiviti, pendekatan dan media. Menurut
Juriah Long (1992), strategi penggabungjalinan mempunyai beberapa
tujuan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara
tujuan tersebut ialah membantu murid-murid menguasai kemahiran
berbahasa secara serentak. Kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia ialah
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Strategi penggabungjalinan juga akan membantu guru untuk
merangka dan membentuk sebuah sesi pengajaran yang lebih
menarik dan efektif kerana guru mempunyai kebebasan untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Antara kaedah dan teknik yang boleh diguna pakai oleh guru ialah
kaedah terus, kaedah oral-aural, kaedah linguistik, teknik permainan
bahasa, teknik main peranan, teknik sumbangsaran dan sebagainya.
Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam
pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu memahami dan
mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Prinsip
utama strategi penggabungjalinan ialah, ia mestilah bersifat boleh
7
ubah dan perlu selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang ingin dicapai. Seterusnya, guru perlu tahu dan
menetapkan jumlah kemahiran yang ingin digabungjalinkan dalam
sesebuah pengajaran. Guru perlu menggabungjalinkan sekurang-
kurangnya dua kemahiran dalam sesebuah pengajaran. Guru juga
mestilah merancang kemahiran fokus dan kemahiran sampingan
dengan baik. Prinsip terakhir ialah, penggabungjalinan yang ingin
dilakukan oleh guru perlu diseimbangkan dengan kebolehan,
pencapaian dan keperluan murid-muridnya. Strategi
penggabungjalinan mempunyai tiga bentuk. Bentuk-bentuk tersebut
ialah:
a. Penggabungjalinan Kemahiran
Terdapat tiga kemahiran utama dalam pengajaran bahasa
Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Kemahiran-
kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Dalam sesebuah pengajaran yang menggunakan strategi
penggabunjalinan, guru perlu menggabunjalinkan sekurang-
kurangnya dua kemahiran tersebut dalam pengajarannya. Ini
bermakna murid-murid akan memperoleh dan menguasai dua
atau lebih kemahiran dalam masa yang sama.
Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada fokus utama dan
fokus sampingan. Selain daripada kemahiran-kemahiran bahasa,
guru juga boleh menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran
daripada mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran bahasa
Malaysia. Kemahiran-kemahiran tersebut seperti Muzik,
Pendidikan Seni, Sains, Sastera dan sebagainya boleh digunakan
oleh guru ketika menyampaikan pengajarannya. Aktiviti-aktiviti
seperti nyanyian, pergerakan, melukis, mendeklamasikan sajak,
8
lakonan dan sebagainya boleh membantu merangsang minat
murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
b. Penggabungjalinan Aktiviti
Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti
atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajarannya.
Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi aspek-
aspek seperti lisan, bacaan dan tulisan. Penggabungjalinan aktiviti
perlu dirancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan
yang baik, misalnya aktiviti membaca disusuli dengan mengesan
isi-isi utama, kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis
ulasan dalam buku latihan. Aktiviti lisan seperti perbincangan
boleh digabungjalinkan dengan aktiviti membaca, iaitu memahami
sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan
berdasarkan isu yang telah dibincangkan.
c. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada
bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajarannya di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad
kepada buku-buku teks, papan tulis, gambar-gambar sahaja,
tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,
mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja
yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan-bahan itu boleh
terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Guru perlu
merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
9
pengalaman dan tahap pencapaian murid. Bahan-bahan tersebut
boleh digabungjalinkan mengikut keperluan masa dan mempunyai
pertalian dan urutan yang baik. Misalnya keratan akhbar yang
memuatkan isu-isu semasa boleh digabungjalinkan dengan bahan
lisan, iaitu murid-murid boleh membuat ulasan, perbincangan dan
sebagainya terhadap bahan tersebut.
2.2 Penyerapan
Penyerapan merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, kemahiran berfikir,
nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata
pelajaran. Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan
lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya
mampu dikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah yang ditekankan di dalam
kurikulum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM),
matlamatnya tidak hanya menekankan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi
pembinaan diri pelajar.
2.2.1 Tujuan penyerapan dijalankan adalah untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan
peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan
perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi,
dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;
10
h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri; dan
i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima
oleh rakan sebaya dan masyarakat.
2.2.2 Terdapat lima unsur penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu iaitu:
a. Ilmu Pengetahuan.
i. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti
Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian
Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata
pelajaran lain.
ii. Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
iii. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
iv. Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
b. Nilai murni.
Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang
pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi
utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara
individu, berkumpulan, atau kelas. Kadang kala nilai murni tidak
dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang
dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni
ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif
seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam
pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia ,
berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara
satu dengan lain.
11
c. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara
Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang
baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
a. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi
kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam
masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan
falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
e. Kemahiran Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia
sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
2.3 Pengayaan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid
sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan
daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid
selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan
kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti
pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan
kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Pengayaan mengandungi unsur-
12
unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran
yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi
mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat
ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah
Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad,
permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai
kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa
yang ditentukan.
2.4 Pemulihan
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang
menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat
diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid
menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya
dilakukan dalam tempoh yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi
kelemahan murid. Menurut Abd.Aziz (2000), murid-murid pemulihan perlu diberikan
pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang antara mereka dengan murid lain
dapat dikurangkan atau dihapuskan.
Murid yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang
bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan
pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Program pemulihan disediakan
13
untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam
tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan
maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-
peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah
mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
2.5 Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian
merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat
yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Menurut Koh Boh Boon (1989),
dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat
pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid bedasarkan
objektif pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan,
penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya
melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu
diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau
pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) TAHUN LIMA
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Zuhal
Bilangan Murid : 32 orang
14
Unit : 4
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Manusia Prihatin Bumi Terpelihara
Tarikh : 18 Jun 2012
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
ii. Menyatakan 5 isi penting secara lisan sebab-sebab berlakunya pencemaran dan kesannya.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek tentang kepentingan menjaga alam sekitar
Hasil Pembelajaran : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (ii) Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraianberdasarkan sesuatu perkara.
Aras 1 (i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi. Aras 1 (ii) Menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.
15
Ilmu : Bahasa Melayu, kebersihan, kesihatan
Nilai : Menghayati, menghormati dan menghargai alam sekitar.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid pernah melihat kempen mencintai alam sekitar di televisyen.
ii. Murid terlibat secara langsung dalam kegiatan gotong-royong di rumah atau di sekolah.
iii. Murid sendiri pernah membuang sampah merata-rata.
BBB : Video lagu Atuk Oh Atuk, Power point, gambar.LCD
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: ( Konstektual)
i. Murid bercerita tentang keadaan kawasan tempat tinggal mereka.
ii. Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka.
iii. Murid membaca petikan tentang Pencemaran Alam Sekitar.
iv. Murid menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam teks.
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi 5 minit
Video dari You Tube“Atuk Oh Atuk”
Guru menayangkan video bertemakan pencemaran alam sekitar.
Murid menghayati lirik lagu serta paparan video
Guru bersoaljawab tentang video yang ditonton.
Soalan :Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tersebut?
KB: inferens,Menghubungkait,
BBB : Video dari You Tube, LCD, laptop.
Nilai : kebersihan,Cintai alam sekitar
Ilmu : Kajian Tempatan, PSK
16
Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar?
Namakan jenis-jenis pencemaran yang kamu lihat/ tahu.
Langkah 1
10 minit
Tayangan slaid Powerpoint
Menyenarai isi-isi penting
Guru menayangkan slaid powerpoint
Murid diminta mengelik pautan yang disediakan dan membaca petikan yang tersedia dengan kuat dan intonasi yang betul.
Murid-murid lain diminta mendengar dan turut membaca secara senyap.
Guru meminta murid menyenaraikan lima isi penting yang terdapat dalam petikan.
KB: mengumpul maklumat, Menjana idea
Ilmu : PSK
SB: Sebutan intonasi
Tatabahasa : ayat topic dan ayat majmuk
KBT : Intrapersonal
BBB: buku latihan
Langkah 2
10 minit
Perbincangan Kumpulan
Mengenal pasti dan menyenarai isi-isi penting.
Menulis ayat topik
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.
Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza.
Kumpulan 1 – menyenarai dan melukis / membuat lakaran jenis-jenis pencemaran
Kumpulan 2 – sebab-sebab berlakunya pencemaran
Kumpulan 3- kesan-kesan pencemaran
Tatabahasa : ayat topik dan ayat majmuk
Nilai : bekerjasamaSayangi alam, bertanggungjawabbersyukur
BBB: kertas sebak, marker pen
KBT :Visual ruang
Ilmu :Kajian Tempatan, Pendidikan Islam
17
Kumpulan 4 – langkah/ usaha mengatasi.
Langkah 3
10 minit
Pembentangan kumpulan
membentangkan hasil perbincangan.
Kumpulan lain bertanyakan soalan
Kumpulan yang berjaya membentangkan dengan baik, diberi ganjaran
KBT : intrapersonal. Interpersonal
Nilai : bekerjasama, keberanian.
Langkah 4
20 minit
Latihan - menulis karangan
Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Melengkapkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.
guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.
guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek tentang kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah mengatasinya.
guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan.
Kumpulan ini diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan dan frasa yang sesuai.
KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens.
BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.
KP : Intrapersonal,interpersonal, visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama, menghargai, BBB : buku latihan,Lembaran latihan untuk kumpulan pemulihan.
Penutup
5 minit
Membuat rumusan
Menanyakan nilai-nilai murni yang dipelajari
Menyanyikan lagu ‘Atuk Oh Atuk’
Menyatakan nilai- nilai murni
Menyanyi kan lagu mengikut lirik yang tertera di video
BBB : LCD, Laptop, Lirik lagu.
18
4.0 REFLEKSI
Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan
dan tindakan untuk memperbaiki diri. Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran
berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru bahasa Melayu untuk menilai dan
memperbaiki proses pengajaran. Seseorang guru bahasa Melayu perlu mengamalkan
refleksi dengan secara bijak dan saksama dalam apa jua situasi yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran. Aktif dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindak
tanduknya, tidak mudah putus asa dan bosan dengan masalah yang dihadapi, berjiwa
kental dan tabah lagi cekal serta tidak pernah kenal rasa jemu untuk mengatasi semua
masalah yang mendatanginya terutama permasalahan yang melibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi perlu ditulis selepas selesai satu-satu sesi pengajaran dan
pembelajaran dan tujuan utama adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
hasil pengajaran seseorang guru dan berusaha memperbaikinya pada pengajaran dan
pembelajaran akan datang. Selain itu tujuan menulis refleksi adalah untuk :
I. Mengetahui sama ada PnP pada hari tersebut berjaya atau tidak.
II. Adakah mencapai objektif?
III. Berapa yang capai?
IV. Berapa yang tidak dapat mencapai objektif?
V. Apa tindakan guru kepada murid yang tidak dapat mencapai objektif
tersebut
Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang dihasilkan, beberapa
kelemahan dan kekuatan dikenal pasti yang berkaitan dengan strategi
penggabungjalinan yang digunakan.
4.1 Kelemahan
19
i. Kaedah penyoalan guru yang kurang jelas terutama ketika induksi set.
Ketika guru bertanyakan soalan untuk menguji kemahiran lisan murid,
soalan yang dikemukakan oleh guru terlalu umum. Murid dijangka akan
memberi pelbagai jawapan apabila guru bertanya ‘apakah yang mereka lihat
di dalam video tersebut.
ii. Pembahagian murid seramai 32 orang kepada empat kumpulan, iaitu satu
kumpulan 8 orang dilihat terlalu ramai. Dibimbangi, terdapat murid yang
tidak memainkan peranan atau mengambil bahagian kerana terlalu ramai.
4.2 Kekuatan
i. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu yang
sesuai dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran lebih
menyeronokkan. Penggunaan video dan lagu ‘Bangau Oh Bangau’ yang
ditukarkan liriknya berjaya menarik perhatian murid.
ii. Guru mengaplikasikan kesemua unsur penggabungjalinan iaitu
penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan aktiviti dan
penggabungjalinan bahan.
iii. Di dalam penggabungjalinan kemahiran, terdapat penggabungjalinan kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Selain itu, terdapat juga penggabungjalinan mata pelajaran lain iaitu kemahiran
muzik dan Kemahiran Pendidikan Seni.
iv. Guru juga menggabungkan pelbagai aktiviti seperti soal jawab, bacaan kuat,
perbincangan dalam kumpulan, pembentangan kumpulan, menulis karangan dan
nyanyian
4.3 Cadangan
20
i. Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah
dilaksanakan. Guru perlu berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan
dengan kehidupan seharian murid agar mereka dapat mengaplikasikan
pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan
mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu
yang sinonim dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran akan
lebih menyeronokkan.
v. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan murid secara
menyeluruh. Guru sepatutnya membahagikan murid-murid kepada beberapa
buah kumpulan yang lebih kecil bilangannya agar semua murid akan terlibat
secara langsung.
vi. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang
lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat
disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.
vii. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini
dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas
yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
viii. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak
menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif
pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan
soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pencemaran alam.
ix. Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi
penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan
dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.
5.0 PENUTUP
21
Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang
disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan
isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang sama juga
berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam
jiwa murid-murid. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi
muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan
untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh itu, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan
sosial yang baik dan murni. Penggabungjalinan merupakan strategi
pengajaran yang mampu untuk menghasilkan sebuah sesi
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti.
Guru perlu mempertimbangkan kemahiran-kemahiran, unsur-
unsur daripada mata pelajaran lain, serta bahan-bahan yang sesuai
untuk digabungjalin dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran.
Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan
murid-murid memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam
kehidupannya (Omardin Ashaari, 1999). Strategi yang
menggabungjalinkan kemahiran, bahan dan aktiviti dapat digunakan
oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam
mempelajari subjek bahasa Malaysia. Strategi penggabungjalinan
membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara disiplin diri.
Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan
dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan
bermakna bagi diri mereka. Hasil daripada gabungan yang mantap di
antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang guru
mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian, maka terhasillah satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh
guru akan dapat dicapai. Hanya guru yang mempunyai komitmen,
22
iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta
mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja
mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai
seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.
Seorang guru bahasa Melayu yang reflektif adalah merupakan individu yang
sentiasa berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul, komited dan sentiasa berasa bertanggungjawab dalam
memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam dan terperinci. Sering
memikirkan kebaikan bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya malahan untuk orang lain
terutama pelajarnya supaya mereka mendapat faedah yang terbaik. Sentiasa
bersikap scepticism (satu sifat ragu-ragu terhadap teori dan amalan yang digunapakai)
dan berfikir secara kritikal terhadap teori amalannya serta bersikap terbuka untuk
menerima idea-idea baru dan menyesuaikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman.
Faridah Nazir. (2010). Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
23
Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Haji Husin, et al. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mook Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Tahap I.
Siri Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd
Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasaMalaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.