tugasan hbml3203 penanda wacana

18
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI / 2012 HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NAMA : IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH NO. MATRIKULASI : 720113135055002 NO. KAD PENGENALAN : 720113135055 NO. TELEFON : 0148813027 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARWAK 1

Upload: ikmalbong

Post on 01-Jan-2016

428 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2012

HBML 3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NAMA : IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH

NO. MATRIKULASI : 720113135055002

NO. KAD PENGENALAN : 720113135055

NO. TELEFON : 0148813027

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARWAK

1

Page 2: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

Isi Kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Fungsi Penanda Wacana 2

2.1 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan Maksud Tambahan 2

2.2 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atauSebaliknya. 3

2.3 Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab 52.4 Penanda Wacana Yang menunujukkan Maksud Ketika atau tempoh. 6

3.0 Penggunaan Penanda Wacana Dalam Perenggan 7

4.0 Cara Meningkatkan Penggunaan Wacana Di Kalangan Pelajar 9 - 13

4.1 Penulisan

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

vi) Penanda menutup isi

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik

termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat

4.2 Lisan 15

5.0 Kesimpulan 15

Rujukan

2

Page 3: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

PENANDA WACANA DALAM PENULISAN

Ikmal Hisham Bong Abdullah

Abstrak

Tugasan ini dibuat bertujuan untuk mengkaji kepentingan penanda wacana dalam penulisan

Bahasa Melayu. Di samping itu, jenis dan fungsi penanda wacana dihuraikan untuk melihat

kegunaannya dalam sesuatu wacana. Di akhir tugasan dinyatakan kaedah merapakan

kemahiran menggunakan penanda wacana kepada pelajar. Tugasan ini mendapati penanda

wacana meningkatkan kualiti penulisan pelajar seterusnya meningkatkan peluang pelajar

mendapatkan markah dalam ujian penulisan. Di samping itu, pelajar juga dapat menggunakan

kemahira ini untuk menghasilkan wacana yang mantap.

1.0 Pengenalan

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi

menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun

berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat,

kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpapautan

yang lengkap (Harimurti Kridalaksana, dalam HBML Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa

Melayu, 1982).

Penanda wacana juga diertikan sebagai mewujudkan kesinambungan antara ayat dan

frasa ( Abdullah Hassan, 2008).

Penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian

teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan (Nik Safiah Karim, Norlidza

Shamsuddin, 2008).

2.0 Fungsi Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat

dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda wacana dapat dikategorikan kepada

3

Page 4: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

empat jenis pula, iaitu maksud tambahan, maksud tentangan, maksud musabab, dan maksud

tempoh.

Dalam tulisan kali ini, akan dihuraikan empat fungsi penanda wacana iaitu penanda

wacana menunjukkan maksud tambahan, maksud tentangan, menunjukkan sebab dan

menunjukkan maksud ketika atau tempoh.

2..1 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan Maksud Tambahan

Penanda wacana yang menunjukkan maksud tambahan merupakan penghubung yang

memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan

sebelumnya. Antara penanda jenis ini termasuklah dan, tetapi, lalu, malahan, tambahan pula,

lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya. Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang

ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan

lebih lebat.

2. Rakyat hendaklah cinta akan negara ini. Di samping itu mereka juga harus bersatu

padu mengekalkan keharmonian negara.

Dalam ayat pertama , penanda wacana tambahan menghubungkan maklumat baharu

(maklumat tambahan), iaitu “lebih lebat” kepada maklumat yang terdahulu , yakni “Setiap

hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu

subuh tadi lebih lebat bukannya reda”.

Dalam ayat dua pula penanda wacana ‘di samping itu’ menghubungkan maklumat

baharu “mereka harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara” dengan maklumat

awal “Rakyat hendaklah cinta akan negara ini”.

2.2 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atau Sebaliknya.

Penanda Wacana tentangan pula ialah penghubung wacana yang menunjukkan

wujudnya pertentangan maklumat antara satu maklumat yang baharu dengan maklumat

sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara contoh penanda wacana tentang ini

termasuklah tetapi, namun, sebaliknya, namun begitu, dan walau bagaimanapun. Contoh

penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:

4

Page 5: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

1. Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Namun, sekali-sekala, apabila melihat rakan-

rakan sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.

2. Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan serta langkah-langkah

pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha

ini.

Dalam ayat pertama, penanda wacana ‘namun’ menghubungkan maklumat

pertentangan antara ayat pertama. iaitu “Dia sudah tiga bulan berhenti merokok”, dengan

maklumat tentangan “ia ingin menghisap rokok kembali apabila melihat rakan-rakannya

sepejabatnya merokok” dalam ayat kedua.

Dalam ayat kedua, maklumat berkenaan dengan usaha pihak Kementerian Kesihatan

mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik

dipertentangkan dengan maklumat baharu, iaitu “masih terdapat sebilangan orang ramai yang

memandang sepi akan usaha ini”; dengan menggunakan penanda wacana penghubung

tentangan walau bagaimanapun.

Secara mudah, perkataan dia atas menunjukkan proses pembentukannya seperti yang berikut:

Ayat tunggal: Dia sudah tiga bulan berhenti merokok.

Ayat majmuk: Sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnya

merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.

Penanda wacana: namun

Ayat tunggal: Sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha

ini.

Ayat gabungan: Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan

serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang

ramai dari semasa ke semasa

Penanda Wacana : Walau bagaimanapun

2.3 Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab

Penanda wacana penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab

berlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh

5

Page 6: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

hal yang demikian, dengan itu, dan maka itu. Telitilah penggunan penanda wacana ini dalam

ayat-ayat contoh yang berikut ini:

i. Bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, kita harus tidak ragu-ragu menggunakan

bahasa tersebut dalam semua bidang dan urusan.

ii. Semua pihak harus menyahut seruan Perdana Menteri agar berjimat serta berhemat

berbelanja. Dengan ini, kegiatan penabungan wang dapat dibuat.

iii. Sebelum memulakan perjalanan, kita patut memastikan kenderaan dalam keadaan

baik. Ketika memandu kenderaan, wajarlah memandunya dengan cermat serta

mematuhi arahan trafik daripada papan tanda jalan raya. Maka itu, kemalangan dapat

dielakkan dan jiwa kita selamat.

Dalam ayat i, yang menjadi musabab kita harus tidak berasa ragu-ragu untuk

menggunakan bahasa Melayu dalam semua bidang dan urusan kerana jaminan bahawa bahasa

Melayu itu sudah termaktub dalam perlembagaan, yakni telah diangkat sebagai bahasa rasmi

dan bahasa kebangsaan negara.

Dalam ayat ii, kegiatan penabungan wang dapat dibuat jika semua pihak berbelanja

secara cermat dan berhemat menurut saranan Perdana Menteri.

Dalam ayat iii, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan jiwa akan selamat kerana

kita memandu kenderaan dengan cermat, mematuhi papan tanda jalan raya, serta kenderaan

yang digunakan berkeadaan baik. Maka menjadi penanda penghubung musabab dalam ayat

ini.

2.4 Penanda Wacana Yang menunujukkan Maksud Ketika atau tempoh.

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan

masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua,

ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.

6

Page 7: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

Penanda jenis ini menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu perkara atau

hal. Contoh penanda wacana jenis ini ialah pertama, lalu, seterusnya, selanjutnya, kemudian,

selepas itu, maka, dan akhirnya. Contoh dalam ayat:

i. Pertama selekoh di situ sungguh berbahaya, kedua papan tanda amaran

telah tiada lagi, dan ketiga jalan rayanya licin.

ii. Apabila dilihat oleh mereka guru disiplin sekolah tiba, maka semua murid yang

berbuat bising itu segera diam.

iii. Mula-mula dikepalnya ubi tumbuk ini kecil-kecil, kemudian dimasukkannya ke

dalam mulut, lalu dikunyahnya lumat-lumat, akhirnya ditelannya dengan cermat.

Maklumat yang dipaparkan dalam ayat (i) – (iii) digabungkan secara berurutan satu

demi satu dengan menggunakan penanda urutan lalu membentuk gabungan ayat yang utuh

dan bermakna. Dalam ayat (i), maklumat-maklumat tentang selekoh berbahaya, papan

tanda amaran dan jalan raya licin digabungkan dengan menggunakan penanda tempoh

pertama, kedua dan ketiga.

Dalam ayat (ii) pula, penanda wacana tempoh maka menggabungkan maklumat urutan

masa murid-murid melihat guru disiplin sekolah tiba, dengan masa tindakan murid-murid

segera diam.

Ayat ke iii pula, memaparkan dan menggabungkan urutan maklumat secara tersusun

satu demi satu, iaitu bermula dari ubi tumbuk itu dikepal, dimasukkan ke dalam mulut,

dikunyah hinggalah kepada tindakan yang terakhir, iaitu menelannya dengan cermat., dengan

menggunakan penanda wacana penghubung tempoh kemudian, lalu, dan akhirnya.

3.0 Penggunaan Penanda Wacana Dalam Perenggan

Petikan di bawah menunjukkan fungsi penanda wacana untuk membentuk wacana

yang lengkap dan ada kesinambungan idea.

Petikan 1

“Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah

peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja.

7

Page 8: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga

mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.

Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran

hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang

sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan

entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.

Sejajar dengan itu , remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah

penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial

dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan

institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja”.

Penanda wacana yang digunakan dalam petikan ialah sehubungan itu, selain itu,

sejajar dengan itu dan oleh itu.

‘Sehubungan itu’, sejajar dengan itu, dan ‘selain itu’ menunjukkan maksud tambahan.

Penanda wacana menguatkan lagi hujah tentang kepentingan institusi keluarga kepada

remaja serta hubungan kekeluargaan. Penanda wacana yang digunakan membuatkan

peranggan ini menjadi wacana yang baik.

‘Oleh itu’ menunjukkan maksud sebab institusi keluarga perlu diperkuatkan untuk

membendung maslah sosial remaja.

Petikan 2

Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato’ Sri Mohd

Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan

kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah

sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan

warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu

gagasan iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Ungkapan “RAKYAT DIDAHULUKAN,

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” adalah ‘tagline’ kepada gagasan tersebut. Natijah

8

Page 9: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan

dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan

peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan

negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan

kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Gagasan satu

Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh

nilai-nilai murni.

Penanda wacana yang diguna dalam perenggan di atas ialah ‘sebaik-baik sahaja’,

‘sebubungan dengan itu’, ‘natijah’, ‘oleh yang demikian’ dan ‘ini adalah kerana’.

‘Sebaik-baik sahaja’ menunjukkan maksud urutan peristiwa.

‘Sehubungan dengan itu’ menunjukkan maksud tambahan

‘Natijah’ dan ’ ini adalah’ kerana menunjukkan maksud sebab

‘Oleh yang demikian’ menunjukkan maksud melanjutkan idea atau tambahan.

4.0 Cara Meningkatkan Penggunaan Wacana Di Kalangan Pelajar

4.1 Penulisan

Pendedahan dan latih tubi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu terutamanya guru

boleh membiasakan pelajar menggunakan penanda wacana. Ini akan memantapkan lagi hasil

wacana pelajar. Pengunaan penanda wacana dalam karangan pelajar dapat mengaitkan idea

atau isi dalam karangan. Pennada wacana digunakan pada setiap perenggan untuk mi

berikut;engaitkan isi karangan atau hujag yang ingin disampaikan. Antara penggunaan

penanda wacana adalah seperti berikut:

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,

2. Dalam meniti arus kemodenan ini,

3. Dewasa ini………-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada

waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa

ini. Ada sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan

9

Page 10: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai

digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut.

4. Pada masa ini,

5. Kini,

6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin

mengambil masa satu darsawarsa; perayaan - perayaan yg diadakan pd tahun

kesepuluh tertubuhnya dan sebagainya sesuatu, perayaan ulang tahun yg ke

sepuluh.

7. Sejak sedekad yang lalu,

8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini …….)

9. Belakangan ini,

10. Sejak akhir-akhir ini,

11. Baru-baru ini,

12. Umum mengetahui bahawa,

13. Sejak zaman-berzaman

14. Sejak dahulu lagi,

15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

(untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)

1. Antara,

2. Selain itu,

3. Di samping itu,

4. Sementara itu,

5. Dalam pada itu,

6. Lain daripada itu

7. Dalam pada itu,

8. Seterusnya,

9. Begitu juga dengan

10. Ahkir sekali,

10

Page 11: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

1. Saya berpendapat demikian kerana

2. Hal ini dikatakan demikian kerana

3. Hal ini berlaku kerana

4. Hal ini terjadi kerana

5. Hal ini disebabkan oleh

6. Hal ini wujud akibat daripada

7. Hal ini bersangkut-paut dengan

8. Hal ini berpunca daripada

9. Hal ini tercetus apabila

10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,

2. Contohnya,

3. Sebagai contoh,

4. Tamsilnya,

tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah

keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita,

ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg

mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh);

5. Seperti yang kita sedia maklum,

6. Antaranya adalah seperti

7. Satu contoh

8. Satu cara

9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan

2. Hal ini menyebabkan

3. Oleh itu,

11

Page 12: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

4. Maka,

5. Oleh hal yang demikian,

6. Oleh sebab itu,

7. Jelaslah bahawa

8. Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

1. Kesannya,

2. Natijahnya,

3. Akibatnya,

4. Akhirnya,

5. Dengan itu,

6. Kesudahannya,

7. Dengan berbuat demikian,

8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang

memeningkan kepala (Huraian 1) membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

1. justeru

2. juga

3. malah

4. malahan

5. tambahan pula

6. sementelahan

7. bahkan juga

8. sekali gus

9. di samping

10. bahkan

11. malar-malar

12

Page 13: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,

2. Intihanya,- intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.

3. Secara tuntas,

tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata);

2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya

sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris

yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak

menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;

menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2.

menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;

ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;

ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.

4. Tuntasnya,………….

5. Konklusinya,

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, ), kesimpulan.

6. Sebagai penutup wacana,

7. Sebagai penghias bicara akhir,

8. Sebelum mengakhiri wacana ini,

9. Secara keseluruhan,

10. Secara total,

total 1. bermaksud jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah

semuanya; perang - perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang);

ditotal atau dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).

11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,

2. Namun demikian,

3. Namun begitu,

4. Meskipun,

5. Daripada perspektif yang berbeza,

13

Page 14: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

6. Jika dilihat dari sudut lain,

7. Dengan kata lain,

8. Kontradiksinya,

9. Di sebalik itu,

10. Dalam pada itu,

11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk

peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat

1. ___bak /seperti kata peribahasa,

bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak.

2. ___bak kata peribahasa Melayu,

3. ___bak kata pepatah Melayu,

4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll

5. ___bak kata mutiara,

6. ___bak peribahasa,

7. ___bak pepatah,

8. ___bak kata cendekiawan,/ pujangga

9. ___persis kata peribahasa,

persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang

diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap:

Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;kepersisan perihal (keadaan)

persis, ketepatan, kejituan: arahan yang ideal ialah yang tidak berulang dan

terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia

dapat diukur mutu bahasa Melayu yg dikuasai.

10. ___persis kata peribahasa Melayu,

11. ___persis kata orang tua-tua,

12. ___persis kata mutiara,

13. ___persis peribahasa,

14. ___persis kata cendekiawan,

15. Hal ini sama dengan peribahasa

16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni

17. Fenomena ini dikatakan

14

Page 15: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

18. Masalah ini sama dengan peribahasa

19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan

20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

Berdasarkan contoh yang diberi banyak penanda wacana yang boleh guru Bahasa

Melayu dedahkan kepada pelajarnya. Latih tubi penggunaan penanda wacana semasa menulis

karangan dapat membiasakan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, Semua idea, isi

dan hujah dapat dikaitkan dengan berkesan dan memantapkan karangan pelajar. Penggunaan

dari mula mengarang hingga penutup karangan membolehkan pelajar menghasilkan wacana

yang baik.

Di samping itu, penulisan novel boleh digalakkan kepada pelajar yang sudah mantap

penggunaan wacana dan penanda wacana. Ini membolehkan pelajar meluahkan idea mereka

dalam bentuk wacana yang lebih tinggi nilai bahasanya.

4.2 Lisan

Kemahiran pengunaan penanda wacana dalam bentuk lisan boleh dicapai melalui

ucapan, syarahan, pidato dan berbahas. Di samping pelajar mahir dalam pengucapannya,

penggunaan penanda wacana membolehkan pelajar menyampaikan ucapan, syarahan, pidato

dan berbahas dengan baik. Bahasa pertuturan pelajar juga lebih bernas dan bermakna dengan

adanya penggunaan penanda wacana.

Penggunaan penanda wacana bentuk lisan ini juga sama seperti dalam penulisan.

Pelajar masih lagi perlu mengarang dan juga menyampaikan dengan intonasi dan gaya yang

baik dan betul.

5.0 Kesimpulan

Kecekapan dan kemahiran menggunakan penanda wacana membolehkan seseorang

penulis dapat menyambung pemikiran dan idea secara berkesan, jelas, menarik, dan yang

lebih penting dapat menyalurkan idea-idea kepada pembaca dengan jelas. Jelaslah, aspek

penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan, sturktur ayat, pemerenggan, kosa kata, dan

15

Page 16: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah

karangan yang baik.

Oleh sebab itu, kemahiran ini wajar dikuasai untuk menghasilkan penulisan yang

menampakkan wacana yang utuh maka diharapkan para pendidik berupaya mendedahkan

kecekapan penggunaan kata penanda wacana kepada para pelajar. Ini juga sebagai memenuhi

kehendak sukatan pelajaran Bahasa Melayu kemahiran menulis terutamanya bagi pelajar

tahap 2 sekolah rendah dan sekolah menengah. Aspek penulisan sangat dititik berat hinggakan

peperiksaan awam mengkhususkan kertas 2 Bahasa Melayu untuk menguji kemahiran

menulis pelajar.

Oleh itu, penanda sangat penting untuk dikuasai oleh pelajar agar kelemahan

mengarang dapat di atasi. Kesinambungan isi dan idea sebuah karangan dapat dicapai dengan

pengunaan penanda wacana.

16

Page 17: Tugasan HBML3203 Penanda Wacana

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.

Asraf (2008). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.

Goay Teck chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad (2007). Teks Pra- U STPM. Bahasa Melayu. Kertas 1, Selangor; Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Nik Safiah et. al (2008). Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adenan Ayob Dr ( 2011). HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu:Meteor Doc.Sdn.Bhd

17