tugasan harian 7

Upload: ong-xuan-yao

Post on 22-Jul-2015

108 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN HARIAN 7 Di Malaysia, rakyat boleh menganuti agama lain walaupun agama rasmi negara ialah agamaIslam. Kerajaan bertindak demikian mengikut Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kerajaanMalaysia harus mengamalkan nilai-nilai di bawah.Kerajaan Malaysia harus menanamkan nilai kebebasan beragama dalam pentadbirannya supaya rakyat jelatanya yang pelbagai kaum bebas menganut dan mengamalkan ajaran agamamasing-masing. Pihak kerajaan haruslah membolehkan rakyat untuk bebas menganuti agamamasing-masing supaya rakyat jelata dapat menyambut pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun.Sebagai contoh, masyarakat India juga menyabut pesta menuai yang biasanya disambut olehsuku kaum Kadazan di Sabah. Selain itu, kerajaan Malaysia juga membenarkan rakyatnya untuk bebas mengamalkan tuntutan agama masing-masing. Contohnya, setiap kumpulan agama yangterdapat di Malaysia berhak menguruskan hal-hal ehwal agama mereka sendiri dan jugadibenarkan menubuhkan serta menyelenggarakan yayasan bagi maksud agama atau khairat. Nilai sikap keterbukaan juga merupakan nilai yang harus diterapkan oleh kerajaanMalaysia. Pihak kerajaan harus bersedia memberi pandangan, pembahuruan dan kritikan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasamemberi idea dan cadangan yang pelbagai dalam dasar keagamaan agar rakyat jelatanya dapat bebas menganuti agama yang disukainya. Tambahan pula, nilai ini membolehkan pihak kerajaanMalaysia mendidik diri agar menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan daripada pihak-pihak luar, terutamanya rakyatnya. Sebagai contoh, kerajaan sentiasa bersikap terbukaketika mengendalikan hal-hal yang berasaskan keagamaan dan bertungkus lumusmembaikpulihkan dasar pentadbirannya dari segi keagamaan selepas menerima kritikan daripadarakyat jelata.Di samping itu, nilai toleransi harus diamalkan oleh kerajaan Malaysia dengan mengamalkansikap bertolak ansur dalam pelaksanaan dasar keagamaan untuk kesejahteraan rakyatnya.Sebagai contoh, kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan kebahagiaan dan keselesaan hiduprakyatnya dengan menjamin kemakmuran agama-agama yang terdapat di dalam kalanganmasyarakat Malaysia supaya rakyat jelata dapat menganuti agama masing-masing dengan penuhkegembiraan. Selain itu, pihak kerajaan Malaysia juga harus bersikap sabar dalam menanganisebarang konflik yang berkaitan dengan hal keagamaan dengan mencari penyelesaian yangsesuai. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mengambil masa yang ada untuk fikir masak-masak tentang cara untuk menangani pertelingkahan yang melibatkan dua agama yang berlainan.