aktiviti 7 pembangunan bandar kajang

22
AKTIVITI 7 REKA BENTUK BANDAR FATIMATULZAHRA BINTI MOHAMAD JAPAR A140352

Upload: fatimatulzahra-mohamad-japar

Post on 24-Jan-2017

266 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI 7 REKA BENTUK BANDAR

AKTIVITI 7REKA BENTUK BANDARFATIMATULZAHRA BINTI MOHAMAD JAPARA140352

SOALANKajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

PENGENALANKajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.Pusat tumpuan utama penduduk Kajang adalah Taman Saujana Impian, Sungai Kantan, Sungai Jelok, Sungai Ramal, Sungai Chua, Sungai Sekamat, Bandar Mahkota, Jalan Reko, Jalan Bukit, Bandar Sungai Long, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, Taman Prima Saujana, Taman Kantan Permai, Taman Kajang Perdana, Taman Sri Ramal dan Taman Kajang Prima.

Bandar Kajang membangun kerana terletak berhampiran dengan Sungai Langat dan cawangannya iaitu Sungai Jelok atau Sungai Jerloh. Sungai Langat merupakan laluan utama pedagang dan pelombong mengangkut bijih timah dan getah ke luar negara, khususnya ke negara Britain. Jadi Kajang boleh membangun kerana adanya faktor bijih timah dan getah.Kajang terletak hanya 22 km dari Kuala Lumpur, 8 km dari Semenyih dan 12 km dari Bandar Baru Bangi.Menurut susur galur sejarah, Kajang mula didiami pada tahun 1709 iaitu pada kurun ke-18. Ia merupakan kawasan kediaman orang asli daripada keturunan suku Temuan. Pada masa itu orang asli diperintah oleh seorang ketua yang berpusat di Klang yang bernama Batin Seri Alam. Kuasa Batin Seri Alam tertunduk pada kuasa Sultan Johor kerana pada masa itu Klang adalah di bawah jajahan Kerajaan Melayu Johor.

ISU DAN MASALAH YANG PERLU DIBAIKI DI BANDAR KAJANGMASALAH PERPARITAN DAN SISTEM PENGALIRAN AIR

Kajang sememangnya telah membangun namun sering berlaku banjir sekiranya berlaku hujan lebatHal ini kerana sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baikSistem pengaliran air juga tidak diselenggarakan dengan baik sehingga banjir berlaku

Banjir di Kajang

MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DAN KEKURANGAN TEMPAT PARKING

Kajang sering berlaku kesesakan lalu lintas dan ini menimbulkan ketidakselesaan kepada para penggunaTempat untuk pejalan kaki juga tidak disediakan sehingga menyusahkan para pejalan kaki untuk melintas jalan kerana kesesakan yang sangat terukOleh kerana Kajang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai, tempat parking di kawasan sekitar tidak mencukupiJalan raya juga agak kecil di Bandar Kajang

Video kesesakan jalan raya

Kesesakan jalan raya

MASALAH SAMPAH DI KAJANG

Masalah sampah memang sinonim di mana-mana sahajaNamun, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan masalah iniMasalah sampah bukan sahaja memcacatkan alam sekitar tetapi boleh juga menyebabkan masalah-masalah lain seperti wujudnya penyakit yang di bawa oleh haiwan perosak

Sampah

CADANGAN MEMBANGUNKAN BANDAR KAJANG

MENAIKTARAF SISTEM PENGANGKUTANPerubahan di kajang perlu dilakukan dengan kadar segeraKajang merupakan kawasan tumpuan di samping menjadi tumpuan pelajar-pelajar di UKMSistem pengangkutan seperti bas, teksi, monorel, LRT dan KTM merupakan pengangkutan yang menjadi tumpuan ketika mahasiswa ini balik ke kampungSistem pengangkutan ini perlu dinaiktaraf seiring dengan pertambahan penduduk di bandar Kajang supaya kesesakan dapat dikurangkanGalakan penggunaan pengangkutan awam juga perlu diterapkan dalam diri masyarakat supaya penggunaan kereta persendiriaan di atas jalan raya boleh dikurangkan

MELEBARKAN JALAN RAYAJalan raya di Kajang juga perlu diperlebarkanProses ini memang sudah dilakukan, namun kerja-kerka memperlebarkan jalan ini perlu dilakukan dengan segera dan sistematik. Hal ini kerana banyak kerja-kerja ini terbengkalai agak lama sehingga menyusahkan pengguna jalan rayaJalan-jalan yang rosak juga perlu diperbaiki supaya kemalangan jalan raya boleh dikurangkanTambahan juga, landasan untuk pejalan kaki melintas jalan perlu dibina untuk memudahkan pejalan kaki

MENGURANGKAN MASALAH SAMPAH SARAPPenghasilan sampah sarap perlu dikurangkan oleh masyarakatPihak Majlis Perbandaran Kajang juga perlu menyediakan lori sampah untuk mengambil sampah mengikut masa-masa yang telah ditetapkan. Lori-lori sampah ini perlu sistematik dalam menjalankan tugas mereka.Kempen 3R ( Reduce, Reuse, Recycle) perlu diamalkanPenggunaan tong sampah yang di sediakan oleh Majlis Perbandaran perlu digunkan dengan sepenuhnya dan tidak membuang sampah merata-rata

GREEN BUILDING DAN MESRA ALAMBangunan yang bercirikan teknologi mesra alam sekitar perlu diwujudkan di kajang supaya menjimatkan pelbagai jenis tenaga elektrik, air serta kos supaya boleh memberi keselesaan kepada penghuninya.Green building mempunyai banyak kelebihan kerana mempunyai kos kitar hidup yang lebih rendah, mesra alam dan pemasaran bangunan yang lebih tinggi kerana bangunan yang menggunakan elemen semula jadi lebih kerap dan ramai dikunjungi berbanding bangunan yang tertutup.Bangunan ini mempunyai kelebihan kepada alam sekitar kerana ia boleh mengurangkan pemcemaran. Bangunan ini juga memberi kebaikan kepada penghuni di dalamnya supaya bekerja dalam keadaan sihat dan selesa dan mengelakkan Sick Building Syndrome

Contoh bangunan hijau

RUJUKANhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htmhttps://www.youtube.com/watch?v=9btnMU0XuCU