tugasan 5 ekonomi islam(dinar emas)

4

Click here to load reader

Upload: nurul-jannah-arajle

Post on 09-Jan-2017

346 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 5 ekonomi islam(dinar emas)

NAMA: NURUL JANNAH BINTI ARAJLE

NO. MATRIK: A151918

LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM – DINAR EMAS

Dinar emas merupakan mata wang yang berasaskan emas atau kepingan wang emas. Menurut

sejarah, dinar emas telah menjadi mata wang dunia selama beribu-ribu tahun dahulu. Dinar

berasal daripada bahasa Latin yang disebut sebagai denarius iaitu mata wang yang digunakan

oleh Kerajaan Rom pada tahun 211 sebelum Masihi. Mata wang tersebut diperbuat daripada

logam perak. Setelah tercetusnya mata wang denarius, maka wujud mata wang lain seperti denier

iaitu mata wang perak Perancis, denaro iaitu mata wang perak Itali, dinar iaitu mata wang emas

Islam, dinero iaitu mata wang perak Sepanyol dan dinheiro iaitu mata wang perak Portugis.

Penghujung zaman Republik Roman, mata wang denarius yang diperbuat daripada logam

emas mula digunakan dan telah dikenali sebagai denarius aureus iaitu denarius emas. Sejak itu,

perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman. Ketika pemerintahan

Constantine The Great iaitu pada 306 hingga 377 Masihi, mata wang emas lama telah bertukar

dengan mata wang yang lebih ringan. Mata wang tersebut dikenali solidus yang mempunyai

berat 4.5 gram. Mata wang solidus telah digunakan sehingga akhir Empayar Byzantium dan

penggunaan mata wang tersebut telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan

sehingga zaman permulaan perkembangan Islam.

Ketika zaman bermulanya perkembangan agama Islam, penggunaan mata wang dinar

emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang yang akan digunakan

dalam urusan jual beli. Selain itu, pada zaman pemerintahan Khalifah yang ketiga iaitu Khalifah

Sayidina Ummar al-Khattab pada 13 hingga 23 Hijrah bersamaan 633 hingga 644 Masihi,

penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak telah mula dikawal dari segi corak dan

beratnya. Corak mata wang tersebut telah diukir dengan nama Allah SWT dan potongan ayat-

ayat suci al-Quran. Berat bagi mata wang ini juga telah ditetapkan. Bagi mata wang dinar, emas

yang terkandung hanya seberat 1 mithqal iaitu 4.25 gram sahaja. Manakala bagi mata wang

Page 2: Tugasan 5 ekonomi islam(dinar emas)

dirham pula, beratnya hanya 2.975 gram sahaja. Nilai tukaran bagi mata wang dinar emas

dengan dirham perak ialah tujuh dinar emas bersamaan 10 dirham perak.

Apa Pandangan Anda Mengenai Penggunaannya Dalam Dunia Moden?

Pada pandangan saya, penggunaan mata wang dinar emas dalam dunia moden perlu

diketengahkan dan diperluaskan penggunaannya. Hal ini kerana terdapat banyak manfaat yang

boleh diperoleh daripada penggunaan dinar emas. Antara manfaat yang dapat diperoleh ialah

penggunaan mata wang dinar emas dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Seperti

yang kita sedia maklum, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir

Mohamad telah menyarankan agar dinar emas digunakan dalam perdagangan antarabangsa

melalui Sistem Pembayaran Dua Hala (BPA) dan Pelbagai Hala (MPA). Penggunaan mata wang

dinar emas akan memberikan lebih banyak peluang-peluang dagangan negara yang akan

membantu dalam ekonomi semasa negara. Bagi negara yang bekerjasama dalam menggunakan

mata wang dinar emas, perbezaan jumlah eksport dan jumlah import akan dinilai dengan

menggunakan dinar emas.

Penggunaan mata wang dinar emas dalam dunia moden amat berpatutan dan

digalakkan untuk dijadikan instrumen perdagangan. Hal ini disebabkan dinar emas dibangunkan

mengikut dasar umum dalam mempromosikan perdagangan Islam iaitu dagangan tanpa riba.

Melalui penggunaan dinar emas, hubungan antara negara Islam dapat dieratkan melalui

perdagangan yang dilaksanakan berdasarkan prinsip dan syariat Islam. Riba dapat dikurangkan

dan dihapuskan. Tambahan pula, mata wang dinar emas lebih stabil jika dibandingkan dengan

mata wang kertas yang sedia ada. Dengan penggunaan mata wang dinar emas dapat

menggalakkan dan membangunkan ekonomi sebenar tanpa riba di rantau ini. Riba hanya

membawa kepada keruntuhan moral, kerosakan akhlak dan kemusnahan sistem nilai manusia.

Oleh itu, dengan penggunaan mata wang dinar emas dapat membantu dalam menghapuskan riba

yang kini sering terjadi dalam urusan yang melibatkan mata wang terutama perdagangan.

Selain itu, penggunaan mata wang dinar emas merupakan satu pendekatan yang

membantu dalam menyatupadukan umat Islam. Perdagangan yang melibatkan negara-negara

Islam amat digalakkan untuk menggunakan dinar emas. Negara-negara Islam atau OIC

seharusnya meneruskan legasi penggunaan mata wang dinar emas yang telah digunakan ketika

Page 3: Tugasan 5 ekonomi islam(dinar emas)

zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan Kalifah al-Rasyidin untuk urusan jual beli.

Melalui urusan perdagangan yang melibatkan negara-negara Islam dapat membantu dalam

mengeratkan hubungan dagangan antara negara sekali gus menggalakkan komoditi dan

meningkatkan ekonomi negara. Urusan dagangan yang melibatkan negara-negara Islam dapat

membantu dalam mengeratkan hubungan antarabangsa dari pelbagai aspek selain aspek

perdagangan sahaja.

Kesimpulannya, penggunaan mata wang dinar emas mempunyai pelbagai manfaat yang

dapat kita peroleh. Sistem dinar emas memerlukan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaannya.

Penggunaan mata wang emas dinar amat digalakkan dalam urusan perdagangan kerana dapat

mengelakkan daripada berlakunya riba yang kini berakar umbi dalam sistem ekonomi spekulatif

wang kertas. Penggunaan mata wang dinar emas juga dapat membantu dalam menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, sistem dinar emas yang digunakan oleh negara-

negara Islam dalam urusan dagangan dapat membantu dalam menyatupadukan hubungan antara

negara dan umat Islam. Sekiranya penggunaan mata wang dinar emas diketengahkan dan tidak

dipandang enteng oleh sesetengah pihak, kedaulatan Islam dan keadilan dapat ditegakkan dan

dalam semua aspek kehidupan khas kepada umat Islam dan kepada seluruh masyarakat amnya.