tugasan 1 kbk 3073 2013

19
FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pendidikan Khas PPG (PJJ) SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D20112055735 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST03 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. FAEIZARATUL FAZEILA BINTI ISA TARIKH SERAH: 6 MEI 2013 PEMARKAHAN TUGASAN 1 a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).

Upload: khudrey-hamid

Post on 03-Jul-2015

1.616 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

KANAK-KANAK HIPERAKTIF

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 kbk 3073 2013

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

Jabatan Pendidikan Khas

PPG (PJJ)

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D20112055735

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST03

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. FAEIZARATUL FAZEILA BINTI ISA

TARIKH SERAH: 6 MEI 2013

PEMARKAHAN

TUGASAN 1 a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti

(Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)

b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial

terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity

Disorder/ADHD).

c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah

kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).

Page 2: Tugasan 1 kbk 3073 2013

2

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan ------------------

m/s 2

Soalan ------------------

m/s 3

Pengenalan ------------------

m/s 4

Ciri-ciri gangguan hiperaktif ------------------ m/s

6 – 10

Penyebab kepada gangguan hiperaktif ------------------

m/s 11

Intervensi awal ------------------ m/s 12 -

13

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ------------ m/s 14

– 16

Penutup ------------------ m/s 17

Rujukan ------------------ m/s 18

Page 3: Tugasan 1 kbk 3073 2013

3

SOALAN TUGASAN

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD

merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak

yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih

kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di

peringkat perkembangan yang normal.

Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan

artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk

membincangkan:

a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan

hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)

b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan

Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit

Hyperactivity Disorder/ADHD).

c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak

masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).

Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

Page 4: Tugasan 1 kbk 3073 2013

4

Pengenalan.

Anak adalah anugerah daripada ilahi. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan memiliki

sifat semulajadi yang berbeza-beza. Ada yang memiliki sifat hiperaktif. Hiperaktif adalah

istilah yang biasa digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang

terlampau aktif dan mengganggu akan tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali

sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak yang ada simptom

ADHD ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.

Mereka akan rasa ‘tidak selesa’ seterusnya akan melakukan kerja lain yang aktif dan

mengganggu.

Marityn Friend (2005) membuat tafsiran ADHD sebagai satu kecelaruan psikologi.

Menurut beliau simptom-simptomnya boleh dikenalpasti semasa kanak-kanak berumur tujuh

tahun dan beliau kategorikan kepada 3 bahagian;

1. ADHD Kurang Tumpuan

2. ADHD Hiperaktif-impulsif - Bertindak tanpa berfikir

3. ADHD Gabungan - Menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan,

hiperaktif dan impulsive

Page 5: Tugasan 1 kbk 3073 2013

5

Definisi

Kanak-kanak hiperaktif adalah anak yang mengalami masalah gangguan pemusatan

perhatian dengan hiperaktifitas (GPPH) atau Attention Deficit and Hyperactifity Disorder

(ADHD). Keadaan seperti ini juga dikenali sebagai gangguan hiperkinetik. Sebelum

penggunaan istilah ini, hiperaktif disebut sebagai Minimal Brain Dysfunction Syndrome.

Seawal perkembangan kanak-kanak yang berusia 7 tahun sindrom ini mengakibatkan kanak-

kanak tidak mampu memberi perhatian, bersifat hiperkatif, dan impulsif kepada

perseitarannya. Lazimnya keadaan ini akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Punca kanak-kanak mengalami ADHD ialah kerana penyakit saraf. Sebagai ibubapa

mahupun pendidik, kita perlu belajar untuk mengesan tanda-tanda ADHD. Sekiranya ada

tanda-tanda yang dapat dikesan, maka sepatutnya perkara pertama ialah mencari pakar dan

orang yang ahli mengenai ADHD. Tanda utama ADHD ialah kanak-kanak bersifat agresif,

impulsif, mudah rasa gelisah, ketidakmampuan untuk belajar, tidak fokus dan sifatnya yang

hiperaktif.

Walau bagaimanapun, acapkali ibubapa adalah sukar mengesan sifat atau tanda-tanda

kelakuan normal dan ADHD anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak yang hiperaktif tidak

akan memberi perhatian dan mudah lupa apa yang dikatakan padanya kurang dari 10 saat.

Page 6: Tugasan 1 kbk 3073 2013

6

Dari perspektif lain, kanak-kanak hiperaktif atau ADHD sama sekali tidak akan mengingati

apa yang kita katakan dan nasihat yang diberi.

a.1. Ciri-ciri gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti

(Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)

Umumnya terdapat beberapa ciri yang boleh dikesan dalam diri kanak-kanak yang

menderita masalah hiperaktif atau ADHD.

1. Sensory Hyperactive (pancaindera)

Lemah dan gagal memberi tumpuan :

Biasanya kanak-kanak hiperaktif lemah dalam pelajaran akibat tidak memberi tumpuan dan

mereka lebih cenderung untuk bermain dan melakukan perkara-perkara yang menghiburkan.

Walaupun begitu, meraka hanya melakukan ‘aktiviti mereka’ untuk tempoh masa yang

singkat kemudian melakukan kerja lain lagi. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan

yang baik semasa pembelajaran.

Mudah hilang tumpuan :

Page 7: Tugasan 1 kbk 3073 2013

7

Dalam keadaan ini kebiasaannya kanak-kanak akan menghadapi masalah dari beberapa sudut

yang merangkumi masalah seperti tidak memberi tumpuan, sangat mudah hilang tumpuan dan

tidak mampu berimiginasi. Semasa pembelajaran sedang berlangsung, tumpuan mereka anya

untuk seketika sahaja. Mereka akan melakukan sesuatu perkara yang pada perasaan mereka

yang menghiburkan hati.

Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali :

Jika diteroka dengan lebih mendalam, kanak-kanak ini sebenarnya menguji kesabaran guru

dan ibubapa kerana mereka akan hanya akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara

sekiranya ia dilakukan berulang kali. Berada di dalam kelas atau di tempat-tempat lain seperti

di rumah, perhatiannya hanya akan tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang

kali dialami.

Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau

perhubungan :

Kanak-kanak hiperaktif juga menghadapi masalah berkenaan kelemahan imiginasi seperti

ketidakupayaan untuk membayangkan sesuatu objek, membeza dan menghuraikan perkara

yang ada hubung kait. Sebagai contoh kesukaran mereka untuk membezakan di antara huruf q

dan p. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu objek yang diberikan, tidak dapat

membeza dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada kaitan misalnya perbezaan di antara

sekolah dan rumah.

Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang :

Kanak-kanak hiperaktif juga menghadapi masalah untuk membezakan suasana persekitaran

dari segi saiz, jarak dan keadaan sesuatu ruang. Ciri lain ialah masalah motor hiperaktif. Ini

dapat dilihat daripada tingkahlaku terlalu aktif dan agresif serta tidak mendiamkan diri.

2. Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) :

Tingkahlaku yang aktif dan melampau :

Ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif sangat berbeza dan kebiasaannya hiperaktif-impulsif

mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas kelihatan dalam aktiviti seharian mereka.

Kanak-kanak dalam golongan ini berkelakuan lebih agresif berbanding kanak-kanak normal.

Page 8: Tugasan 1 kbk 3073 2013

8

Misalnya, kerap memulakan sesuatu pergaduhan, membuat kesalahan akibat kecuaian, tidak

menyiapkan tugasan sekolah, tidak memberi tumpuan ketika orang lain bercakap dan suka

mengatur sesuatu atau kelihatan seperti berkuasa. Kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh

duduk diam dan selalunya agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan

dengan rakan-rakan.

Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang :

Kanak-kanak hiperaktif juga mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Ciri ini dapat

diperhatikan daripada gerak-geri seperti suka menghentak, memukul dan membaling bahan-

bahan yang dilihat dan disentuh apabila mendapat sesuatu benda atau permainan baru. Mereka

juga akan membaling benda tersebut ke arah orang atau benda yang berada berhampiran

dengannya.

Ciri-Ciri Intelektual Kanak-Kanak Hiperaktif

Ada beberapa ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif yang perlu kita ketahui kerana ianya

sangat penting terutamanya bagi ibu bapa dan guru-guru. Antaranta ialah;

Mudah terganggu :

Kanak-kanak dalam kategori hiperaktif ini sangat peka dengan persekitaran sehingga mereka

mudah terganggu sama ada kerana terganggu oleh orang lain mahupun dari dirinya sendiri.

Fikiran yang tidak stabil akan sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain walaupun ketika

itu sedang melakukan sesuatu kerana perkara lain itu dianggap penting.

Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :

Kanak-kanak ini sangat menuntut semangat dan kesabaran daripada guru. Hal ini kerana

proses pembelajaran di dalam kelas tidak akan berjalan lancar dalam tempoh masa yang lama

kerana kesukaran untuk menumpukan kepada pengajaran di dalam kelas. Ringkasnya kanak-

kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian secara total. Mereka sentiasa

memikirkan perkara yang lain. Demikian juga semasa di rumah atau di mana sahaja, mereka

tidak dapat memberikan tumpuan jika diminta untuk melakukan sedemikian. Misalnya ketika

diminta untuk menulis, kanak-kanak hiperaktif boleh melakukannya akan tetapi pada masa

yang sama mereka akan memikirkan sesuatu yang lain. Akhirnya aktiviti menulis itu tidak

akan dapat disiapkan.

Page 9: Tugasan 1 kbk 3073 2013

9

Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :

Kanak-kanak hiperaktif ini sememangnya tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan apabila

disuruh, mereka tidak mampu menyiapkannya sendirian. Pada awalnya mereka akan

melakukan kerja atau tugasan yang diberi. Akan tetapi hasil kerja mereka tidak seperti yang

dikehendaki tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa dan guru.

Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :

Sindrom ADHD membuatkan kanak-kanak lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi

tumpuan. Biasanya ADHD ini lebih kerap ada pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-

kanak perempuan. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu

perkara yang membosankan dan memenatkan, kesannya sebarang arahan tidak akan diikuti

dalam tempoh masa yang lama. Akibatnya, hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti.

Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap :

Kanak-kanak hiperaktif suka melakukan sesuatu aktiviti, walau bagaimanapun, aktiviti

tersebut hanya berkesan untuk tempoh masa yang singkat. Ini menyebabkan sedikit sahaja

yang siap. Misalnya, mereka hanya suka kepada sesuatu aktiviti yang sekejap dan tidak gemar

kepada sesuatu yang memenatkan.

Perkembangan bahasa yang lambat :

Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak yang terlalu aktif ini menyebabkan

perkembangan mereka sedikit terbantut. Disebabkan sifat mereka yang suka sentiasa

bermain, mengganggu orang lain dan berkhayal maka penguasaan bahasa mereka turut

terjejas.

Ciri-ciri Tingkah laku kanak-kanak ADHD

Seperti kanak-kanak lain, kanak-kanak hiperaktif juga boleh memahami dan berfikir tetapi

sangat sukar memberi tumpuan atau perhatian. Lantaran itu, kanak-kanak ini sukar untuk

bergaul dengan kawan-kawan lain serta lemah dalam akademik. Kajian perubatan moden

tidak dapat menentukan dengan pasti penyebab ADHD. Apa yang pasti sindrom ADHD ini

melibatkan faktor genetik. Menurut pakar perubatan ADHD berlaku disebabkan perubahan

saraf yang dipanggil neurotransmitter pada otak. Ada juga berpendapat saiz otak kanak-kanak

penghidap ADHD lebih kecil daripada otak kanak-kanak normal di antara 5-10%. Selain itu,

ibu hamil yang merokok juga adalah penyebab kanak-kanak hiperaktif.

Page 10: Tugasan 1 kbk 3073 2013

10

Faktor kelahiran pramatang dan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak

semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.

Berikut ciri-ciri lain kanak-kanak hiperaktif;

Bersikap degil.

Suka melawan atau membantah.

Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.

Kurang tumpuan.

Sering tidak puashati.

Sering tertekan.

Lembam dalam pelajaran.

Masalah dalam hubungan sosial.

Mudah rasa takut dan risau.

Mudah berpeluh.

Selalu mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

Kanak-kanak hiperaktif berbeza dengan kanak-kanak normal dari segi tingkah laku.

Tingkah laku kanak-kanak hiperaktif ialah seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa

dalam keresahan dan tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak

hiperaktif juga tidak mengendahkan arahan ibubapa, guru atau sesiapa sahaja. Kanak-kanak

ADHD sering menunjukkan kedegilan serta susah dikawal dan didisiplinkan. Kerana tabiat

yang suka merayau dan tidak boleh duduk diam, tidak mendengar arahan guru, kanak -kanak

hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Ciri-ciri Sosial

Azizi Yahaya et.al.(2006) menyatakan bahawa ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih

tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negatif

bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah

menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial. Di samping itu, keadaan individu yang

mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya

hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin

kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Mereka juga selalunya gagal

mencapai kejayaan yang cemelang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya.

Page 11: Tugasan 1 kbk 3073 2013

11

a.2. Penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti

(Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)

Perilaku hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga

kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa

disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang

boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum

dikenal pasti dengan tepat.

Selain daripada itu, perkara lain seperti penceraian ibubapa, perubahan tempat tinggal,

tukar sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengaruhi perilaku kanak-kanak

tersebut. Kanak-kanak yang mengalami keadaan sebegini biasanya akan bertindak diluar

kawalan. Sebagai penerangan, berikut adalah faktor yang membantu mewujudkan perilaku

hiperaktif di kalangan kanak-kanak:

Faktor keturunan (Faktor genetik)

“ Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula

dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa

mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi

anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom.

Page 12: Tugasan 1 kbk 3073 2013

12

Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam

pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam

keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan

kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh

anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah

seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma

pembawa baka cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka

kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi.” Modul KBK3073. UPSI

Kecederaan otak dalam kandungan (Kemalangan dan ibu hamil merokok)

Anak kembar, jika salah seorang dari pasangannya mengalami ADHD maka

peratusan sangat tinggi pasangan kembarnya juga akan mendapat hal yang

sama.

Kesukaran untuk belajar boleh mengakibatkan kanak-kanak menjadi hiperaktif

kerana merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami pelajaran.

Faktor persekitaran. Misalnya selalu terdedah kepada asap rokok dan

pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara boleh menyebabkan risiko

hiperaktif.

b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan

Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention

Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).

Intervensi awal ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bertujuan membantu

kanak-kanak yang bermasalah hiperaktif dalam usaha mengurangkan masalah yang dihadapi

mereka. Selain itu, intervensi awal dapat merapatkan jurang kecacatan dan membantu kanak-

kanak ini dari peringkat awal masalah mereka dikenalpasti. Intervensi awal dapat membantu

ibubapa, guru dan masyarakat dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah

kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).

Seorang ahli psikologi kanak-kanak, Majnemer (1998) menyifatkan intervensi awal

sebagai input yang boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan kanak-kanak malah

ia boleh mengelakkan masalah daripada menjadi lebih serius. Intervensi awal kanak-kanak

juga boleh membantu memaksimumkan potensi kanak-kanak yang berkeperluan khas

Page 13: Tugasan 1 kbk 3073 2013

13

disamping mengurangkan bebanan masyarakat. Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa

intervensi awal merupakan sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi dalam

keluarga agar perkembangan kanak-kanak tidak terganggu.

Tujuan intervensi awal ialah untuk mengembangkan potensi individu secara

menyeluruh walaupun mengalami kecacatan. Ia juga memberi perkhidmatan awal bagi tujuan

mendapatkan rawatan, program pemulihan, bimbingan, proses khidmat nasihat, pendidikan,

penjagaan diri kanak-kanak, membantu interaksi sosial dan membantu perkembangan

kemahiran motor. Semua ini dapat dilakukan seawal pengesanan masalah kecacatan kanak-

kanak. Intervensi awal juga merupakan program yang diatur untuk keperluan khas kanak-

kanak sejak lahir hingga 6 tahun (0 hingga 6 tahun). Usaha ini merupakan pengukuhan dari

segi penguasaan bahasa, mengembangkan kemahiran matematik, meningkatkan kemahiran

motor serta interaksi sosial. Selain itu, ia membantu mengurangkan kesan sesuatu kurang

upaya kepada pembelajaran. Ringkasnya, intervensi awal sebenarnya dapat melengkapkan

kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah

rendah.

Model perubatan (Medical Model)

Dalam bidang perubatan, penggunaan ubat seperti Amphetamine, Ritalin dan

Haloperidol nerupakan contoh ubat yang sering digunakan oleh doktor bagi mengurangkan

keadaan hiperaktif. Namun kesan ubat ini bukanlah dalam tempoh yang panjang. Selepasa

berhenti menggunakan ubatan tersebut, kelakuan hiperaktif akan timbul balik.

Terdapat beberapa langkah dalam model perubatan bagi mengurangkan dan mengawal

hiperakitf di antaranya ialah;

Memberi ubat stimulant

Pendekatan Rawatan Konvensional

Pendekatan Rawatan Alternatif

Rawatan Herba

Asli dan Rawatan Home Made

Model Sosial

Usaha mengawal hiperaktif dengan intervensi awal yang giat mampu mengurangkan

beban penyediaan pendidikan khas di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.

Intervensi awal yang dirancang secara sistematik dan berkesan mampu mengurangkan

Page 14: Tugasan 1 kbk 3073 2013

14

masalah lain, contohnya seperti mengurangkan tekanan kepada ahli keluarga, guru-guru dan

mengurangkan kos pembinaan institusi khas.

Dalam model sosial, teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural modification)

merupakan salah satu langkat yang lebih berkesan. Tenaga kerja adan pengajarnya mestilah

terdiri golongan yang terlatih dalam bidang ini agar pelaksanaannya menepati piawaian yang

sebenar. Cara ini bertujuan untuk mengurangkan aktiviti hiperaktif kanak-kanak ini dan

sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti

yang boleh memantapkan tahap intelek kanak-kanak ini.

c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-

kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity

Disorder/ADHD).

Dalam membantu kanak-kanak yang menderita ADHD, semua pihak terutamanya ibu bapa

dan guru seharusnya berganding bahu untuk sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu dengan

berkesan kepada mereka. Terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang boleh digunapakai

untuk kanak-kanak ini. Di antaranya ialah;

Teori Kognitif Piaget Jean (1869-1980). Berpendapat pelajar memerlukan masa yang

panjang untuk mengenali dan membeza pelbagai rangsangan. Piaget juga menjelaskan

bahawa kanak-kanak merupakan individu yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu

membina pengetahuan berdasarkan pengalaman. Dua proses yang terlibat ialah asimilasi dan

akomodasi. Berdasarkan teori Piaget dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa pelajar

hiperaktif juga mengalami perkembangan kognitif seperti kanak-kanak normal yang lain

tetapi ada rintangan-rintangan tertentu. Kanak-kanak hiperaktif ini juga mengalami proses

pembelajaran melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Penerokaan terhadap alam

kehidupan mereka seperti juga kanak-kanak lain, tetapi tanpa memikirkan akibatnya. Piaget

juga berpendapat, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini sangat penting

untuk perkembangan kognitif mereka.

Page 15: Tugasan 1 kbk 3073 2013

15

Teori Pemodelan Bandura pula ialah pembelajaran berdasarkan pemerhatian dan peniruan.

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Kanak-kanak

hiperaktif boleh meniru sesuatu kemahiran hasil demontrasi guru sebagai model. Kanaka-

kanak pula memperoleh kemahiran jiks mereka berjaya memerhati dan meniru aktiviti yang

diajar oleh guru. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah

laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

Teori Sosial Kognitif Bandura.

Dapat diandaikan bahawa kelakuan pelajar dipelajari melalui pemerhatian terhadap

permodelan. Pelajar terdorong untuk turut sama membuat bising sewaktu pengajaran guru

kerana melihat kawan mereka yang membuat bising. Implikasi teori ini juga, pemberian

peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan

tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru.

Implikasi pengajaran.

Sebagai guru, kita perlu mewujudkan motivasi tinggi bagi menimbulkan minat kepda kanak-

kanak ini. Hal ini ialah untuk menghasilkan perubahan dari segi tingkah laku mereka. Jika

kanak-kanak ini menghadapi masalah mendengar arahan, kita harus mencari dan cuba

menyelesaikannya dengan mengubah teknik pengajaran. Kepelbagaikan bahan bantu

mengajar seperti penggunaan akhbar di dalam bilik darjah, aplikasi ICT, audio visual dan

banyak lagi perlu diwujudkan. Guru perlu hendaklah mempraktikkan dan mengubah

pengajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.

Teori Gagne.

Dalam teori Gagne ini, pelajar perlu didedahkan contoh-contoh yang realistik supaya dapat

membentuk konsep yang betul dan tepat. Pendapat Gagne, pembelajaran berlaku secara

berperingkat, iaitu daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.

Implikasi Pengajaran Gagne;

Sekiranya pelajar bising dalam kelas maknanya ia pemberitahuan bahawa pengajaran yang

disampaikan oleh guru tersebut tidak menarik. Justeru, guru perlu mencari cara baharu yang

lebih baik. Dalam teori Gagne ada 8 langkah P&P yang boleh digunapakai.

Teori Behaviorisme.

Page 16: Tugasan 1 kbk 3073 2013

16

Dalam teri ini, andaian-andaian tidak ada penumpuan kerana kurang diberikan peneguhan

oleh guru. Sebaliknya jika kanak-kanak bising atau tidak memberi perhatian terhadap

pengajaran guru adalah kerana mereka telah terbiasa dengan keadaan yang riuh begitu

sekiranya dilihat guru mereka kurang peka terhadap keperluan pembelajaran mereka.

Selain dari teori-teori pembelajaran di atas, terdapat beberapa pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bagi menangani kanak-kanak hiperaktif.

Cadangan-cadangan pendekatan pembelajaran.

Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar.

Mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan (freedom to learn)

Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu

Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras

dengan objektif pelajaran pelajar

Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang

kurang berancam

Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil

inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran

Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi

mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya.

Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran

hidup pelajar.

Bahan pembelajaran yg bermakna akan mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti

pembelajaran. Hasil pembelajaran berkesan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan

melibatkan diri sepenuhnya dalam pembelajaran. Individu akan menentang pembelajaran

sekiranya wujud perubahan struktur kendiri pelajar dan ancaman dalam situasi pembelajaran

Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian untuk memupuk kemahiran

hidupnya. Penilaian berdasarkan pemikiran refleksi diri pelajar lebih baik daripada penilaian

orang lain.

Page 17: Tugasan 1 kbk 3073 2013

17

Penutup

Dapatlah disimpulkan bahawa kanak-kanak yang mengalami hiperaktif atau ADHD

merupakan seseorang individu yang tidak boleh duduk diam serta menghadapi masalah

kurang tumpuan. Dipihak guru yang mengajar kanak-kanak hiperaktif harus mempunyai

semangat yang tinggi dan sabar. Guru juga seharusnya tidak mudah mengalah dan sentiasa

bersabar mendidik kanak-kanak hipeaktif ini. Perhatian yang lebih serta selalu berinteraksi

dengan golongan ini agar mereka merasa dihargai dan disayangi.

Pergaulan kanak-kanak hiperaktif juga kurang menggalakkan kerana mereka kurang

disenangi rakan-rakan sebaya akibat tabiat yang aktif dan agresif. Selain guru, perhatian

daripada ibu bapa juga diperlukan untuk medidik kanak-kanak hiperaktif. Kehidupan dan

pembelajaran mereka perlu dihiasi dengan kegembiraan dan sukacita. Jika dapat dicapai, ini

dapat membantu guru mendidik agar mereka dapat menyesuaikan kehidupan bersama

keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi sependapat

mengatakan bahawa kanak-kanak hiperaktif perlu kepada bimbingan dan sokongan ibu bapa

serta masyarakat sekeliling.

Page 18: Tugasan 1 kbk 3073 2013

18

Rujukan

Modul KAE3013, Universiti Pendidikan Sultan Idris. PJJ-UPSI

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran:

Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Pedagogi untuk Bakal Guru : Ee Ah Meng ,Fajar Bakti Sdn.Bhd.PJ.1987.

Baharudin Omar (2002), Asas penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran.

Psikologi,Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik:Mok soon Sang,Kumpulan Budiman

Sdn.PJ,1989.

Page 19: Tugasan 1 kbk 3073 2013

19

http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/10/masalah-pembelajaran-kanak-kanak lembam.html

(akses pada 28 April 2013)

http://yulia-putri.blogspot.com/2010/02/terapi-untuk-anak-adhd.html

(akses pada 1 Mei 2013)