tugasan 1 - kaitan kecergasan dengan prinsip fitt

5

Click here to load reader

Upload: amar-safwan

Post on 28-Oct-2015

290 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

mn

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 - Kaitan Kecergasan Dengan Prinsip FITT

[ ] ANATOMI DAN FISIOLOGI

Tugasan 1

Berikan maksud kecergasan dan bagaimana ia berkaitan dengan FITT.

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan

ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan

atau aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu

kecemasan. Menurut Haji Gapor Ahmad (2007), kecergasan adalah keupayaan dan

kemampuan melakukan sesuatu dengan sempurna dan kecergasan secara total

boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta

mampu memberi sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik. Kecergasan yang

menyeluruh dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu fizikal, mental, sosial, emosi,

dan rohani. Kecergasan fizikal boleh ditingkatkan dengan senaman yang sesuai.

Jumlah komponen kecergasan fizikal boleh dikenali dengan 11 komponen. 5

daripadanya merupakan komponen berkaitan dengan kesihatan iaitu daya tahan

kardiovaskular, kekuatan, daya tahan otot, kelenturan dan kompisis badan dan 6 lagi

adalah komponen berkaitan dengan kemahiran. 6 komponen kemahiran adalah

ketangkasan, keseimbangan, kelajuan, masa reaksi, koordinasi, dan kepantasan.

Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan

komposisi badan.

Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi menyeronokkan

yang dirancang dan diulang-ulang serta dilakukan untuk meningkatkan status

kesihatan dan tahap kecergasan. Terdapat 3 jenis senaman yang perlu untuk

membentuk komponen kecergasan iaitu senaman aerobik, latihan kekuatan, dan

senaman regangan. Kecergasan fizikal dan senaman merupakan sesuatu perkara

yang dapat dikaitrapat. Kedua-dua elemen ini melibatkan fungsi pergerakan anggota

dan organ tubuh badan. Jika seseorang itu cergas secara fizikal, badannya akan

berfungsi dengan efisien menjalankan sebarang tugas atau aktiviti harian di samping

mempunyai tenaga untuk beriadah dan mengatasi kecemasan. Kecergasan fizikal

boleh dinilai dengan cara ujian berbentuk perlakuan atau kemampuan jasmani.

Kecergasan badan dapat dikaitkan dengan prinsip F.I.T.T. Prinsip F.I.T.T.

adalah salah satu daripada asas-asas senaman, satu garis panduan yang

Page 2: Tugasan 1 - Kaitan Kecergasan Dengan Prinsip FITT

[ ] ANATOMI DAN FISIOLOGI

membantu seseorang individu menubuhkan rutin senaman untuk memenuhi

matlamat dan tahap kecergasan di samping membantu anda mendapat yang terbaik

daripada program senaman anda. F.I.T.T. terdiri daripada ‘frequency’, ‘intensity’,

‘time’, dan ‘type’. Asas senaman yang diperkenalkan dalam prinsip F.I.T.T. dapat

membantu sesorang individu mencapai kecergasan tubuh badan dan mendapatkan

kesihatan tubuh badan yang ideal.

‘Frequency’ iaitu kekerapan melakukan senaman Bagi kekerapan, ia seperti

yang kita jangkakan di mana ia merujuk kepada berapa kerap anda bersenam pada

satu tempoh masa tertentu. Selepas apa-apa bentuk senaman dilakukan, proses

bina semula dan membaik pulih telah dilaksanakan oleh badan. Jadi, menentukan

kekerapan senaman adalah penting dalam usaha untuk mencari keseimbangan

yang menyediakan tekanan yang cukup untuk tubuh badan menyesuaikan diri serta

memberikan masa rehat yang cukup untuk sembuh. Sebagai contoh, bagi latihan

kardiovaskular, garis panduan mencadangkan supaya senaman yang sederhana 3

hari seminggu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

‘Intensity’ iaitu kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan

kadar denyutan jantung. Ia juga ditakrifkan sebagai jumlah usaha atau kerja yang

mesti digunakan di dalam senaman-senaman tertentu. Ini juga memerlukan

keseimbangan yang baik untuk memastikan bahawa keamatan adalah cukup untuk

memberi beban ke atas tubuh badan tetapi tidak begitu sukar untuk menyebabkan

kecederaan, latihan berlebihan, atau pembakaran. Sebagai contoh, bagi latihan

kekuatan, anda hanya mahu mengangkat beban yang anda mampu laksanakan

dengan kuantiti yang anda kehendaki.

‘Time’ iaitu peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit

untuk lebih berkesan). Agak jelas untuk mengatakan bahawa masa adalah berapa

lama setiap sesi latihan individu harus berlangsung. Masa yang diperuntukkan bagi

setiap individu akan berbeza mengikut kepada intensity dan jenis senaman yang

mereka lakukan. Sebagai contoh, bagi latihan kardiovaskular, garis panduan

mencadangkan sesi senaman dilakukan di antara 30-60 minit. Tempoh masa anda

bersenam tidak hanya bergantung kepada tahap kecergasan anda, tetapi juga tahap

Page 3: Tugasan 1 - Kaitan Kecergasan Dengan Prinsip FITT

[ ] ANATOMI DAN FISIOLOGI

intensiti anda. Semakin sukar latihan yang anda lakukan, semakin pendek tempoh

masa yang anda peruntukkan.

‘Type’ iaitu jenis senaman yang dilakukan oleh seseorang individu. Elemen ini

lebih berkait rapat dengan jenis senaman yang akan anda lakukan sama ada latihan

yang mengutamakan kardiovaskular, latihan halangan atau menggabungkan kedua-

duanya serta latihan khusus yang akan anda lakukan. Sebagai contoh, dalam latihan

kekuatan ia termasuklah apa-apa senaman di mana ada menggunakan pelbagai

jenis ketahanan sama ada ‘band’, ‘dumbells’, atau mesin untuk mengerjakan otot

anda.

Prinsip F.I.T.T. adalah penting kerana ia menggariskan bagaimana untuk

memanipulasi program atau cara anda mendapatkan bentuk tubuh yang sihat dan

mendapatkan keputusan yang lebih baik bagi tubuh badan anda. Ia juga membantu

anda memikirkan bagaimana untuk menukar latihan anda untuk mengelakkan

kebosanan, kecederaan yang berlebihan dan kekurangan berat. Badan anda akan

menjadi lebih efektif dalam sesi latihan. Semakin banyak anda bersenam, semakin

mudah tubuh badan anda melakukan senaman dalam mengurangkan kalori

berbanding yang anda lakukan ketika permulaan. Di samping menguruskan sesi

latihan yang lebih tersusun, ia dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan kita

dalam cara yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Ini akan menarik minat

lebih ramai individu untuk bersenam menyihatkan tubuh badan.