tugasan 1 d20102042049 k.komala el-a11[1]

Upload: bala-murugan

Post on 04-Apr-2018

310 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    1/26

    KAE3013

    EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

    TAJUK TUGASAN 1

    Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif (Tarian)

    dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-

    kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di

    Malaysia.

    KUMPULAN

    A11 (A112PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON

    KOMALA A/P KANNUSAMY D20102042049 019-5732917

    NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN AZILA BINTI ALIAS

    TARIKH SERAH : 04 MAY 2012

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    2 TUGASAN 2

    3 E FORUM

    JUMLAH

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    2/26

    PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI KREATIF

    Pendapat Tokoh

    Menurut toeri Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada

    kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan

    perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu imulai dengan gerakan tubuh badan.

    Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan.

    Kanak-kanak akan mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga.,

    mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun

    kanak-kanak tidak boleh bertepuk tangan dan menyanyi mengikut rentak irama, tetapi

    mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi

    kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik, spontan dan terancang.

    Dauer dan Pragrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai pelbagai

    keinginan yang kuat untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh

    dipuaskan.

    Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata.

    Dauer an Prangrazi telah mengenal pasti Sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:

    keinginan untuk bergerak

    keinginan untuk Berjaya

    keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya

    keinginan untuk bersaing

    keinginan untuk memperolehi kecergasan fizikal

    keinginan untuk mengembara

    keinginan untuk memperolehi daya penarik

    keinginan untuk memperolehi kepuasan kreativiti

    keinginan untuk mengetahui

    Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang

    mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan psikomotor,

    perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    3/26

    Gladys Andrew Fleming (1926) telah menggunakan istilah Pergerakan Kreatif

    untuk pendidikan gerak tari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai

    penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota

    badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelasaikan tiga komponen iaitu

    ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.

    Margaret HDoubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis

    tarian berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini

    membentuk pemikiran mental dan merencanakan aktiviti yang merangsang daya pemikiran,

    pertumbuhan fizikal dan spiritual. Perkara yang dipersembahkan kanak-kanak, bukanlah

    bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan

    ekspresi emosi kendiri melalui pergerakan.

    DEFINISI TARIAN DAN PERGERAKAN

    Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama

    mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula

    mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama(C.Sachs). Tarian boleh diertikan

    sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya

    dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu

    masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan idea-idea perasaan jiwa

    manusia penari kepada orang lain.

    PENDAPAT TOKOH

    Menurut C.Sachsyang merupakan ahli sejarah dan muzik Jerman, beliau

    mendefinisikan seni tari sebagai gerakan berirama.Seni tari merupakan pengucapan

    jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tariansama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Seni

    tari boleh dikategorikan kepada:

    a. Tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu

    perkhawinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian ini

    termasuklah tarian seperti tarian siti payung, mak inang, asyik, gamelan dan

    sebagainya

    b. Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.

    c. Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda

    kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    4/26

    PERGERAKAN KREATIF

    Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-

    gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi

    aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah danmelahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik,

    pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang

    dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik

    yang didengari.

    Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam

    kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas,

    permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam

    pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu

    melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta

    seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya.

    Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu

    yang baru.

    JENIS-JENIS PERGERAKAN YANG ADA DALAM PERGERAKAN KREATIF

    Pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan bebas dan

    pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis

    pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu

    pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah

    pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan

    skip.

    Pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi

    berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa

    bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya

    dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis

    ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan

    bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama

    dan tarian.Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah

    kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga

    perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai

    untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman

    dalam aktiviti pergerakan asas.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    5/26

    Manupulasi alatan pula ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara

    yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan

    angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran

    manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada

    peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi

    angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

    Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola

    sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari,

    menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan(tarian Gimnastik)

    Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di

    dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan

    dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu

    aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak

    menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan

    cara memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda

    mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul

    tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu,

    mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan

    seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua

    pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

    Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-

    gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi

    aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan

    melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik,

    pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang

    dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik

    yang didengari.

    Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan

    dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran

    asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam

    pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu

    melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta

    seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya.

    Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu

    yang baru.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    6/26

    Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan

    perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan

    (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-

    licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah

    mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih

    kreatif mengikut muzik.

    CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF

    Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk personaliti

    unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat

    membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai,

    berkeyakinan, berdisiplin dan lain-lain lagi. Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam

    melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya

    dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian

    dalam aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara

    mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak

    mengikut kreativiti masing-masing.

    Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak

    berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan

    kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh

    dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari

    segi aspek kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang

    menarik. Yang terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu

    menggunakan pancaindera. Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota

    badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan dalam perkembangan

    motor kasar dan motor halus.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    7/26

    KESEDARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

    Tarian adalah salah satu bidang seni kreatif yang menyumbang kepada

    meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Malaysia mempunyai

    pelbagai kebudayaan daripada pelbagai etnik dan keturunan penduduknya yang berbilang

    kaum. Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal

    rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan

    orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan

    keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

    Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan

    serta agama -agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti

    Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai

    perayaan penting.

    Tarian mampu mewujudkan identiti Malaysia yang unik dengan perayaan

    kebudayaan dan keagamaan kumpulan etnik utama di Malaysia yang mempunyai pelbagai

    jenis tarian disambut di peringkat kebangsaan. Kerajaan menganjurkan rumah terbuka

    untuk semua perayaan dengan persembahan tariannya yang masing-masing mempunyai

    keunikan tersendiri. Ini menunjukkan semangat perpaduan sekali gus meningkatkan

    kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

    Tarian juga dapat meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan budaya sertapemuliharaan warisan Negara Malaysia. Dengan itu, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) terus

    menyediakan kursus di peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang termasuk tarian

    bagi menggalakkan pembangunan seni kreatif dan persembahan serta menyediakan tempat

    untuk mengasah bakat. Ini kerana program yang menyelitkan aktiviti seni kreatif tarian,

    dapat menyediakan peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk mengembangkan bakat

    mereka dan dalam masa yang sama, ianya dapat meningkatkan kesedaran terhadap

    kepelbagaian budaya di Malaysia.

    Melalui tarian juga ianya dapat menyokong industri pelancongan dan memberi

    peluang kepada rakyat Malaysia meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap seni

    dan budaya yang pelbagai di Malaysia. Usaha terus diambil untuk membangunkan

    infrastruktur hiburan bertaraf dunia bagi pementasan pertunjukkan bertaraf dunia. Istana

    budaya yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini terus menjadi tempat penting

    untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai pertunjukkan kebudayaan. Dalam

    tempoh Rancangan Malaysia ke-9, sebanyak 96 persembahan dipentaskan di Istana

    Budaya meliputi muzikal, konsert dan tarian yang berjaya menarik lebih daripada 403,400penonton. Ini sedikit sebanyak dapat membuktikan bahawa ianya mampu meningkatkan

    kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    8/26

    Melalui tarian juga ianya dapat menyokong industri pelancongan dan memberi

    peluang kepada rakyat Malaysia meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap seni

    dan budaya yang pelbagai di Malaysia. Usaha terus diambil untuk membangunkan

    infrastruktur hiburan bertaraf dunia bag i pementasan pertunjukkan bertaraf dunia. Istana

    budaya yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini terus menjadi tempat penting

    untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai pertunjukkan kebudayaan. Dalamtempoh Rancangan Malaysia ke-9, sebanyak 96 persembahan dipentaskan di Istana

    Budaya meliputi muzikal, konsert dan tarian yang berjaya menarik lebih daripada 403,400

    penonton. Ini sedikit sebanyak dapat membuktikan bahawa ianya mampu meningkatkan

    kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

    Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk

    tradisional mahupun kontemporari. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang

    mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian. Tarian trdisional pula walaupun di

    telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis

    kenamaan.

    Mahupun begitu , tarian tradisional sering dihubung kaitkan dengan semangat ritual

    dan mistik. Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara

    barat semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak

    muda masa kini. Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik. Tarian

    dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan. Selain itu, tarian juga dapat

    dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia

    disamping memuliharanya agar ia tidak ditelan zaman.

    Antara tarian yang popular di Malaysia ialah seperti tarian kuda kepang, zapin, tarian

    joget, tarian singa, tarian naga, tarian bharatna natyam, tarian bhangra, tarian ngajat solo,

    tarian mongigol, tarian sumazau, tarian buluh, tarian orang asli dan lain-lain, dapat

    meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Selaras dengan

    usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan budaya, pelbagai program

    dilaksanakan oleh kerajaan di semua peringkat termasuk sekolah untuk meningkatkan

    penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan murid sekolah dan rakyat Malaysia.

    Sehubungan dengan itu aktiviti berkaitan seni dan budaya dilaksanakan di peringkat

    kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    9/26

    KANAK KANAK DAN SENI KREATIF TARIAN

    Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir

    pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga

    dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti

    dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju

    ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa

    faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas,

    berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak

    dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain.

    Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan

    perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian

    guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat

    meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara

    bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan

    kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang

    menarik perhatian kanak-kanak.

    Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan

    perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian

    guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat

    meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara

    bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan

    kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang

    menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk

    menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan

    mindanya untuk berfikir.

    Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan,

    irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi

    pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang

    dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk

    ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan

    kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan

    mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan

    sesuatu masalah yang diberikan.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    10/26

    Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam

    pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat

    menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara

    keseluruhannya pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna

    kepada kanak-kanak kerana sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna

    kepada mereka.

    Tarian juga boleh disampaikan kepada golongan kanak-kanak melalui latihan supaya

    tarian ini tidak lapuk ditelan zaman. Latihan ini boleh diselitkan dalam sistem pendidikan

    menerusi aktiviti kokurikulum disekolah. Kesemua ini akan memberi peluang kepada

    generasi baru mengenali tarian kaum majoriti dan minoriti di Malaysia disamping memberi

    peluang kepada yang berminat mencuba tarian-tarian tersebut. Oleh yang demikian seni

    jiwa bangsa dapat dihayati kerana "tak kenal maka tak cinta".

    Pihak sekolah juga harus mempertingkatkan pendidikan mengenai budaya

    kemasyarakatan agar murid-murid dapat menanam nilai-nilai positif serta dapat bergaul

    mesra dengan pelbagai kaum serta mengubah pemikiran dan memecahkan jurang

    perkauman. Pihak kerajaan harus mengambil inisiatif dengan mengadakan rumah

    terbuka/majlis keraian semasa perayaan sesuatu kaum agar dapat mengetahui

    budaya(tarian)sesuatukaumtersebut.

    Terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia menonjolkan kesenian dan

    kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu, tarian perlulah dijaga keseniannya agargenerasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian secara mendalam dan tarian

    tradisional pula tidak akan dilupakan oleh masyarakat akan datang. Tarian juga

    mencerminkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum. Pada era

    modenisasi sikap manusia yang mengagungkan budaya barat menyebabkan tarian

    tradisional semakin ditelan zaman. Generasi muda sekarang tidak lagi pandai untuk

    menarikan tarian tradisional seperti mana mereka menarikan tarian moden. Kesannya,

    tarian tradisional kian ditelan zaman dan kurang mendapat perhatian. Cuba kita lihat pada

    masa kini sukar untuk kita melihat tarian tradisional ditarikan kecuali dalam majlis-majlis

    keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis kebudayaan.

    Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-

    jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa

    suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah

    sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara

    asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia. Jadi sudah

    menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk memperkembangkan tarian tradisionaldijiwakanak-kanak.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    11/26

    Guru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran tarian dan pergerakan kreatif

    dengan menggunakan pelbagai kaedah.Antaranya ialah kaedah latihan secara professional

    daripada penggiat seni tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak,kaedah menonton

    persembahan di panggung dan tayangan video seni tarian dan pergerakan kreatif kanak-

    kanak.Berikut adalah tarian-tarian yang diwarisi oleh masyarakat Malaysia yang perlu

    diketahui dan dipelajari oleh kanak-kanak.

    TARIAN-TARIAN YANG POPULAR DI MALAYSIA

    Mak Yong Melayu

    Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan

    kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian

    ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya

    yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

    Zapin

    Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam

    tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan

    oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir

    yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    12/26

    Kuda Kepang

    Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari

    menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam,

    diiringi paluan gendang, gong dan angklung. Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian

    rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh

    Islam. Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik

    berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti

    seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang

    diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

    Joget

    Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan

    rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan

    gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang

    diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.Tarian Joget merupakan

    sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu

    Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial

    serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan secara

    berpasangan lelaki dan wanita.

    Tarian Lilin

    Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam

    piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengankelembutan.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    13/26

    Tarian Singa

    Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina,

    adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Tarian naga

    adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan

    simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-

    penarinya.Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan

    masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan

    kostum singa.

    Tarian Naga

    Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan,

    kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya

    dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan

    kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi

    mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak

    tarian yang tepat.

    Tarian Buluh

    Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan,

    menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali.

    Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari

    perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa

    tersepit.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    14/26

    Bharata Natyam

    Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan

    bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak

    tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai,

    terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

    Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,

    yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat

    pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk

    mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan

    kegemilangan.

    Bhangra

    Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra

    adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan

    dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan

    Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian

    serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan

    tarian Banghra sangat menghiburkan.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    15/26

    Ngajat

    Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini

    lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburukepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan

    dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang

    tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang

    dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

    Datun Julud

    Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak.

    Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan

    kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu

    perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau

    sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi

    bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas

    tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayapburung suci tersebut.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    16/26

    Sumazau

    Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan

    sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda

    kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk

    mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang

    mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan

    burung yang sedang terbang. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian

    sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan

    menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan

    mengubati penyakit.

    Tarian Sumazau dari suku kaum Dusun

    Orang Asli

    Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan

    kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam

    upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah

    Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    17/26

    CARA-CARA SENI KREATIF TARIAN MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN DAN

    PEMBELAJARAN KANAK-KANAK.

    a) Meningkatkan kecergasan

    Pergerakkan kreatif dalam tarian mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanakterutamanya kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sering mengalami masalah otot

    lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakkan kreatif mereka akan rasa

    lebih gembira untuk bergerak dan bermain dan dengan secara tidak langsung mereka dapat

    membina kecergasan diri. Guru perlu peka dengan keadaan kanak-kanak ini kerana,

    dengan aktiviti yang teratur dan senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang

    dapat membantu kanak-kanak menjamin kesihatan dan tahan lasak. Terdapat empat

    komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasan kardiovaskular, kecergasan kekuatan dan

    ketahanan otot, kecergasan kelenturan dan kecergasan berat badan.

    Kecergasan merupakan pergerekan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh

    seseorang untuk menunjukkan sejauh mana kemampuan untuk bergerak. Pergerakkan-

    pergerakan dalam tarian akan memberi implikasi terhadap seseorang terutama kanak-kanak

    untuk menjalani kehidupan secara efektif atau tidak. Keupayaan untuk melakukan

    pergerakkan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan

    spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan yang merupakan perkarayang berkaitan antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap dilakukan dapat

    mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan salah satu

    faktor penting dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat membantu

    kanak-kanak mencegah penyakit Osteoporosisatau kekurangan garam galian dalam tubuh

    yang berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lembam. Ini berlaku kerana

    aktiviti yang rancak dapat memberi bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang lebih

    besar. Ia juga memperbaiki struktur tulang dan membina semula tulang-tulang yang rosak. .

    Gabungan pergerakan yang dilahirkan melalui perasaan dan idea yang bernas ini dapat di

    aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah khususnya. Ini berlaku

    kerana, jika kita melihat dari konteks perkembangan psikomotor aktiviti seperti tarian dan

    drama dapat membantu pembentukan perkembangan psikomotor secara langsung melalui

    aktiviti tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi peringkat kanak-kanak

    yang berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan serta kaki yang

    cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula mampu menjana

    perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang ketika

    sedang menari.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    18/26

    Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru agar dapat

    membantu kelancaran perkembangan psikomotor. Selain itu, aktiviti seperti ini juga, dapat

    mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah

    mereka seronok bermain, menyanyi dan menari.

    b) Perkembangan kognitif

    Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan

    masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan penggunaan dalam

    perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan

    pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalam konteks perkembangan ini, kita

    dapat lihat bahawa pergerakan kreatif memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif.

    Ia dapat dilihat dalam persembahan yang mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun

    muzik.

    Aktiviti seperti ini memerlukan ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan

    kanak-kanak untuk menghafal skrip begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak

    memahami serta menghafal lirik lagu manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak

    mengingati estiap langkah dalam tarian yang diperlajari mahupun yang bakal

    dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif juga mencetuskan

    idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan

    tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini dapat melahirkan kanak-kanak

    yang mampu berfikiran kritis serta memberikan pengalaman kepada pelajar bagaimana

    untuk menyelesaikan masalah serta dapat menonjolkan bakat kepimpinan kanak-kanak

    berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.

    Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan

    mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan efektif

    dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, kreatif dan estetika

    merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakan kreatif

    mempunyai nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut untuk

    dijadikan pengalaman mereka. Pendidikan pergerakkan kreatif dapat memberikan peluang

    kepada kanak-kanak untuk merealisasi potensi mereka dengan imej yang lebih positif

    dengan melakukan pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang

    mereka miliki untuk melakukan sesuatu pergerakan.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    19/26

    Kanak-kanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang bagaimana mereka ingin

    lakukan melalui penyelesaian masalah dan memupuk interaksi sosial yang positif dengan

    membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka meneroka dan

    mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka serta mempelbagaikan

    pergerekan melalui pengalaman estetika.

    Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri.

    Mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya serta ingin melalui cabaran

    dan kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu merangkumi

    kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor

    yang seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan

    kesihatan, sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional.

    Pergerakan kreatif sangat penting memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan

    individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan menyatakan bahawa ekspresipergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin. Pergerakan kreatif

    mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan simtom, integrasi

    emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan memperkukuhkan pemahaman

    mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak kesan terhadap tubuh badan

    mereka dan pergerakan seperti melompat tali (skipping), lompat seperti kuda, meregang dan

    menggerakan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sangat menarik terutamanya

    kepada kanak-kanak yang lemah daya koordinasinya.

    c) Sosialisasi

    Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rasa saling

    mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran yang diberikan

    dan menjadi salah satu seni pergaulan (socialization). Aktiviti pergerakan kreatif merupakan

    perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian. Kanak-kanak sangat

    sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang

    lain, menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak dan

    menyesuaikan diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan

    mengikut. Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan

    menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama dan persaingan.

    Tatatertib, sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan meghormati sahabat dan

    kepimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak

    dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat

    yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk

    personaliti diri.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    20/26

    Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi

    bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk berkomunikasi

    bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak yang duduk

    bersendirian tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti oleh mereka.

    Menurut Coplan et al (1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak berinteraksi sosial dan

    kurang berhubung dengan orang lain, walaupun terdapat orang yang bermain berdekatandengan mereka, manakala Pan (1994) mengatakan bahawa, dengan peningkatan umur

    mereka akan belajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk

    permainan. Teori-teori tersebut jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-

    kanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampu memberangsangkan mereka untuk

    bersosialisasi disamping dapat memberi keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-

    kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan

    suatu aktiviti-aktiviti yang menarik seperti tarian, drama dan muzik.

    Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti

    tarian, drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat

    kerjasama di antara pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini.

    Ketika ini, guru perlu bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan

    pendekatan berkumpulan dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang memerlukan

    kerjasama daripada ahli kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak,

    sama dan menarik minat penonton. Aspek emosi juga turut menerima impaknya. Ia dapat

    dilihat daripada pengamatan dan penghayatan pelajar dalam menjalankan aktiviti tersebut.Tarian, drama dan muzik merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan

    emosi kanak-kanak. Ia dapat ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang

    memerlukan pengamatan dan penghayatan terhadap watak yang disampaikan. Emosi atau

    perasaan kanak-kanak ini dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak

    yang dipegang. Begitu juga, tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada

    perkembangan emosi kanak-kanak.

    d) Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

    Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan

    dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini

    dapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam

    diri mereka. Dalam hal ini pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktif kanak-kanak

    kerana pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang semulajadi.

    Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yangsesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan

    masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan kepada mereka.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    21/26

    Kanak-kanak memerlukan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi untuk membina

    personaliti mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti,

    tekanan yang mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk dikawal.

    Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya

    bukan untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapatdiredakan namun tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk

    disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang

    dilakukan. Melalui pergerakan kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap apa

    yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap fizikal,

    psikologi, emosi, dan sosial mereka terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan kreatif juga

    kanak-kanak lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal

    berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan

    persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan dan idea-idea danmelahirkan melalui pergerakan.

    e) Kemahiran bertutur

    Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar

    lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan. Dengan

    aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur

    an kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu untuk menyebut perkataan

    dengan betul dan hanya menyebut hujung perkataan, sebalikny a dengan aktiviti pegerakan

    kreatif yang disertai dengan nyanyian dapat membantu memperbaiki pertuturan kanak-

    kanak tersebut.

    Menyanyi dan digabungkan dengan tarian yang berbagai pergerakan akan lebih

    menarik minat murid dan mereka akan lebih selesa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak

    mereka akan beranggapan menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian

    mereka akan lebih terhibur dan menenangkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-

    kanak, aktiviti ini sangat membantu untuk mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan

    kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian memerlukan sebutan yang betul dan jelas mengikut

    rentak dan irama serta disampaikan tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak

    langsung aktiviti dapat membantu kanak-kanak memperbaiki pertuturan mereka.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    22/26

    f) Meningkat kreativiti

    Keativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak.

    Pergerakan menjadi perintis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses

    kreativiti mereka dan dalam ruang balas pendidikan tertentu mereka didorong untuk

    mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dankreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan

    fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh

    digunakan untuk menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan

    pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti dapat memberikan

    pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.

    Kanak-kanak mampu untuk meneroka dan mengembangkan daya kreativiti mereka

    mampu melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukanidea mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti

    melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di bilik

    darjah yang bersifat mengongkong. Menggunakan pendekatan pergerakan kreatif

    merupakan aktiviti semulajadi dan menyeronokkan kanak-kanak untuk dijadikan

    pengalaman mereka. Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri

    kanak-kanak, perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada

    pergerakan kreatif akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan

    pergerakan kreatif akan mengalami proses kreativiti ini kepuasan sepenuhnya dan rasa

    dihormati dalam kalangan mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebasan untuk

    berfikir yang memerlukan saluran untuk meluahkan perasaan mereka berhubung dengan

    pengalaman-pengalaman seharian yang mereka lalui.

    RUMUSAN

    Daripada tugasan ini secara amnya saya dapat merumuskan bahawa bidang seni

    kreatif tarian dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak

    iaitu dari segi perkembangan sosial dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian

    budaya di Malaysia. Dari aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana

    pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan.

    Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak

    dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga

    adalah perkembangn emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang

    dilakukan samada memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah

    perkembangan fizikal.Sekian terima kasih.

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    23/26

    RUJUKAN

    Cox,M.(2005).The pictorial World of the child.United Kingdom:Cambridge Unuversity Press.

    Koster,J.B. (2001).Growing Artists:Teaching Art to Young Children.2th Edition.New

    York:Thomson Delmar Learning.

    Loy Chee Luen.(2010).Seni Persembahan Kanak-Kanak:Modul Pengajaran dan

    Pembelajaran. Petaling Jaya:L.C.L.

    Loy Chee Luen.(2010). Seni Visual Kanak-kanak:Modul Pengajaran dan

    Pembelajaran.Petaling Jaya:L.C.L

    Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling? Chichago :

    Alsine-Asherton

    Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology: understanding human interactions(Edisi

    2). Boston

    Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. KualaLumpur Flo Enterprise.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala

    Lumpur : Pusat PerkembanganKurikulum.

    Rancangan Malaysia ke-9(2006-2010). Bab 23.4. retrieved April, 10, 2012, from World Wide

    Web: http://library.perdana.org.my/Digital_Content/RMK/RMP9_May.pdf

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    24/26

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    25/26

  • 7/30/2019 TUGASAN 1 D20102042049 K.KOMALA EL-A11[1]

    26/26