tugas-tugas kaunselor sekolah dan cabarannya

8
TUGAS-TUGAS KAUNSELOR SEKOLAH dan cabarannya AHLI KUMPULAN:- Syahrul Haniff bin Sarman Nurailli Akhmal bin Kipli Muhamad Yusuf bin Mehat Wan Azhar bin Ali

Upload: syahrul-haniff

Post on 20-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugas kaunselor

TRANSCRIPT

TUGAS-TUGAS KAUNSELOR SEKOLAH dan cabarannya

TUGAS-TUGAS KAUNSELOR SEKOLAH dan cabarannyaAHLI KUMPULAN:-Syahrul Haniff bin SarmanNurailli Akhmal bin KipliMuhamad Yusuf bin MehatWan Azhar bin Ali

Tugas-tugas kaunselor

Inventori Individu Dan RekodMengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang muridMengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat murid.Mengawas perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod murid.Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran murid bermasalah untuk tujuan pemulihan.Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri murid.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling KelompokMengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama murid.Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari semasa ke semasa.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

Perkhidmatan KaunselingKaunseling dengan murid secara individu atau kelompok mengenai:Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.Kerjaya, pelajaran dan peribadi.Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

Perkhidmatan Konsultasi dan RujukanMembantu bekas murid sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, muridan dan sebagainya apabila diminta.Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan murid.Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan murid.Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu BapaMengadakan hubungan dengan penjaga murid untuk bersama mengawasi kemajuan murid terutamanya dalam muridan.Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan murid tidak memuaskan.Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid dan ibu bapa murid baru.Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid.Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi murid berpunca daripada keluarga.